Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 24

Lebih kurang jam 8.00 malam mereka sampai di Riyaz Heritage yang terletak di Pulau Duyung Kuala Terengganu. Sampai sahaja di chalet Riyaz Heritage mereka dibawa ke bilik dengan menggunakan kereta buggy. Bilik Alia dan Syafikah di tingkat bawah manakala bilik Mimi dan Hana di tingkat atas. Bilik Amysa dan umminya juga di tingkat atas bersebelahan dengan bilik Alia.

Perjalanan yang jauh itu cukup memenatkan mereka. Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing untuk mandi dan berehat. Mimi dan Hana merebahkan diri di atas katil empuk untuk berehat. Begitu juga Puan Anis dengan kesihatannya yang kurang baik memudahkannya terlena.

Alia terlebih dahulu ke bilik air untuk menyegarkan badan maklumlah satu hari suntuk mereka semua berjalan. Selesai sahaja mandi Alia keluar dengan baju pijama putih yang disediakan oleh pihak hotel dan membungkus rambutnya dengan tuala. Dia keluar dari bilik air dilihatnya Syafikah sedang berbaring di atas katil. Alia mengejutkan Syafikah.

“Syaf pergilah mandi aku sudah siap.”

Syafikah bangun menuju ke bilik air. Alia membuka kain sembahyang terus menunaikan solat maghrib dan isyak.

Amsya telah siap mandi dan bersolat, dia keluar ke varrandah untuk mengambil angin malam. Teringat peristiwa pertunangannya tadi mudah dan tiada halangan. Tersenyum sendiri, dia melihat chalet penginapan Alia disebelah chaletnya, lampu bilik Alia masih cerah mungkin belum tidur fikir Amsya.

Sedang Alia melipat kain sembahyangnya telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin hampa perasaannya ketika itu apabila melihat pangilan dari Faris. Bisik hatinya.

“Apa lagi Faris jahaman mahu dari aku.”

Telefonnya berdering lagi mahu tidak mahu Alia terpaksa juga jawab pangilan Faris.

“Hello”

“Hello Lia. Lia ada di mana sekarang?” Tanya Faris dengan lembut.

“Kenapa kau mahu tahu, kau nak apa lagi dengan aku.” Balas Alia.

“Lia, janganlah marah, Faris nak mintak tolong Lia. Lia mesti tolong saya.” Kata Faris.

“Tolong apa lagi?” Tanya Alia mengerut dahi tidak senang dengan sikap Faris.

“Faris nak Lia masukkan duit kat Faris sepuluh ribu.” Pinta Faris. Terkejut Alia mata di bulatkan, dia menarik nafas panjang mendengarnya. Alia sudah mula marah dengan permintaan Faris. Tiada benda yang diminta selain duit.

“Faris mana aku ada duit sebanyak itu, aku tidak boleh tolong kau. Kau boleh tak jangan ganggu hidup aku.” Kata Alia dengan tengking.

“Eh Lia, aku minta baik-baik dengan kau. Kalau kau tidak mahu tolong aku, aku akan terus ganggu kau.” Gertak Faris dengan marah. Alia membalasnya.

“Eh Faris, aku tidak akan bagi duit pada kau…aku tidak takut dengan ugutan kaulah Faris.” Balas Alia.

Dengan perasaan yang marah dan tidak puashati dengan Alia, Faris terus menggugut Alia.

“Eh, Lia. Kau dengar sini baik-baik, aku tidak akan lepas kau, kerusi pengarah urusan HH Holding akan jadi milik aku.” Alia semakin marah dengan kata-kata Faris.

“Apa kaitan HH Holding dengar kau? Kau tiada hak.” Jerkah Alia.

“Bila kau kahwin dengan aku nanti HH Holding akan menjadi milik aku.” Gertak Faris membuatkan Alia hilang sabar.

“Kau giler Farissss” Jerit Alia sekuat hati. Sebak hati diperlakukan begitu oleh Faris.

Alia terus memutuskan talian Faris. Dengan perasaan marah, geram terhadap Faris. Alia menjerit lagi

“Jahaman kau Farisssss….”

Alia terus lari keluar ke varanda dengan tangisan dia duduk di kerusi yang sudah sedia ada di chalet itu.

Syafikah yang masih di dalam bilik air terkejut mendengar jeritan dari Alia.

Amsya yang masih di varrandah melihat Alia keluar dari biliknya duduk dikerusi sambil kedua-dua tangannya menekup muka. Amsya memerhati kelakuaan Alia yang pelik. Kemudian Syafikah keluar menuju ke varrandah dilihatnya Alia sedang menangis. Dia duduk disebelah Alia memegang dan mengosok bahu Lia.

“Faris telefon kau?” Tanya Syafikah. Alia mengangguk.

“Apa lagi dia nak?” Tanya Syafikah lagi.

“Apa lagi nak duitlah sepuluh ribu. Faris tu memang sudah gila dia ugut aku.” Jawab Alia sambil menangis. Syafikah mengeluh. Alia memikirkan sesuatu. Dia meluahkan segalanya dengan perasaan sedih dan sayu bersama airmata yang keluar.

Amsya sedang menyaksikan mereka tidak tahu apa yang dibual dan dibincangkan sehingga Alia menangis sebegitu. “Apa yang sudah terjadi pada Alia?” Bisik hati Amsya.

“Syaf, betul ke apa yang aku buat ini?... selesai ke masalah aku kalau aku kahwin dengan Amsya? Aku rasa akan menambahkan kesulitan lagi. Aku tahu Faris akan cari aku juga lepas ini. Aku tidak mahu Amsya tahu masalah aku dengan Faris. Dan sekarang Amsya pula bagi pengharapan palsu kepada orang tua kami. Apa kata tok wan dan aki bila dia dapat tahu aku bercerai, mungkinlah dia akan suruh aku terima Faris? Aku rasa aku nak batalkan perkahwinan ini. Apa pendapat kau syaf?” Luah Alia air matanya terus mengalir.

“Sabar Lia, kau tidak boleh buat begitu apa kata mereka nanti. Kita fikir apa yang akan kita buat atau kita bincang dengan Amsya lepas kau kahwin rahsiakan dulu perceraian kau sehingga kau jumpa dengan orang yang kau cintai kemudian kau boleh kahwin dengan dia.” Pujuk Syafikah. Alia memandang dengan sayu ke mata Syafikah, airmatanya mengalir lagi.

Syafikah terus memeluk Alia selepas mendengar penjelasan itu. Dia juga turut menangis. Amysa yang sedang ralik menyaksikan keadaan itu dengan jelas dapat melihat Alia menangis kemudian dipujuk oleh Syafikah. Berbisik hati Amsya.

“Kenapa Alia menangis, apa sebenarnya berlaku pada dia? Kenapa dia begitu sedih? Masa mahu menerima lamaran pun dia menangis. Masa bercakap dengan ummi pun dia menangis. Tapi bila bercakap dengan aku selalu jer marah-marah, poyo pula tu ada saja alasannya. Dia tidak suka aku ke? Aku mesti pikat dia, aku sayang dan cinta dia…Tengku Umairah tu biarkan dulu.”

Sedang asyik Amsya memerhati Alia dan syafikah tiba-tiba namanya dipanggil. Amsya tidak perasan yang Mimi keluar di varanda bersebelahan bilik Amsya. Mimi melihat Amsya ada di situ Mimi terus memanggilnya dengan laungan yang kuat.

“En.Amsyaaaa…buat apa tu?”

Mereka bertiga terkejut dengan panggilan Mimi, suara mimi yang kuat itu memecahkan suasana sepi malam. Syafikah dan Alia memandang kearah bilik Amsya. Amsya berdiri di varanda memandang Mimi. Amsya membalas teguran itu dengan melambai tangan ke arah Mimi. Alia dan Syafikah yang berada di bawah bilik penginapan Mimi tersentak.

“Hi, Mimi tidak tidur lagi ke?”. Soal Amsya dengan mesara.

“Tidak boleh tidur.” Jawab Mimi.

“Ingat kekasih ke?” Soal Amsya dengan nada bergurau

“Iyalah, En.Amsya tak apalah buah hati depan mata.” Balas Mimi.

Membuatkan Alia dan Syafikah meleraikan pelukkan, Syafikah menjenguk ke atas bilik Amsya. Amsya membalas pandangan Syafikah. Kemudian Alia bangun masuk ke dalam bilik.begitu juga Syafikah ikut sama masuk ke dalam. Alia dan Syafikah merebahkan dirinya ke katil. Mimi dan Amsya yang berada diluar juga semua masuk ke bilik masing-masing.

Keesokkan paginya mereka semua berkumpul di halaman chalet untuk bersarapan di café Riyal Heritage mereka semua bergerak ke sana. Alia berjalan seiringan dengan Puan Anis manakala Amsya berjalan disebelah Alia. Sambil berjalan Amsya sesekali memandang Alia disebelahnya dia cuba memegang tangan Alia namun Alia berjaya mengalihkan tangannya.Sekali lagi Amsya mencubanya akhirnya kali ini dia berjaya memegang tangan Alia dengan erat membuatkan Alia tidak berjaya untuk meleraikan tangannya. Dia memandang Amsya dengan tajam. Amsya tidak mengendahkannya. Teman-temannya yang lain berjalan didepan. Amsya meramas-ramas tangan Alia yang lembut itu.

Sampai di café mereka menikmati pelbagai hidangan buffer yang disediakan oleh pihak hotel. Amsya asyik memandang Alia, ini membuatkan Alia semakin marah dengan Amsya. Belum sempat Amsya mengambil makanan Alia telah menarik tangannya dan membawa Amsya ke tempat yang jauh sedikit dari ummi dan teman-temannya. Dengan suara yang marah Alia berkata.

“En.Amsya kenapa awak pegang-pegang saya. Saya tidak suka tau, lain kali kalau awak buat macam tu saya akan batalkan perkahwinan ini.”

Amsya tersenyum memandang Alia, Dia menjawabnya.

“Awak marah kan? yang awak pegang tangan saya kenapa?” Terkejut Alia, dia tidak perasan yang dia masih memegang tangan Amsya. Dia terus lepas tangannya. Amsya dengan senyum mendekatkan mukanya ke telinga Alia dan membisikan sesuatu.

“Syok lah Lia pegang tangan abang.” Kata Amsya tersengih keningnya diangkat-angkat pada Alia. Kemudian terus beredar dari situ meninggalkan Alia. Alia tergaman, berkerut mukanya, mengeluh lalu bergerak semula ke meja buffer untuk mengambil makanan. Sepanjang makan Amsya asyik memerhati Alia. Alia pula menarik muka masam.

Selepas bersarapan mereka kembali semula ke bilik mengemas barang untuk pulang. Lebih kurang pukul 11.30pagi mereka bertolak pulang. Memandangkan perjalanan mereka yang jauh, banyak yang dapat mereka bincangkan mengenai perkahwinan mereka. Puan Anis membuka bicara.

“Alia, semalam tok wan ada bagitahu majlis akad nikah pada hari raya ke-tiga akan diadakan sebelah pagi pukul 10.30, lepas itu bersanding pukul 2.00petang, malam pula ada majlis khatam Al-Quran untuk Lia dan tahlil untuk papa dan mama Lia. Kalau begitu ummi perlu bermalam di Besutlah, ada homestay ke dekat-dekat situ?”

“Tidak payah homestay, Ummi bermalam rumah tok wan bersama kami dua malam, hari ke tiga kita bertolak awal pagi ke Kuala Lumpur sama-sama, majlis rumah ummi hari raya ke enam, sempat sangatlah” Balas Alia.

“Kalau itu kata Lia ummi mengikut sajalah. Memandangkan masa tidak banyak lagi, esok ummi mahu Lia datang rumah ummi kita bincang pasal kad kahwin dan baju pengantin untuk rumah ummi pula, ummi sudah buat temujanji dengan perunding perkahwinan. Lia dan Am kena ambil kursus kahwin dan medical check-up cepat-cepat nanti tidak sempat. Minggu ini ummi nak kamu settled semua. Lepas itu beli barang-barang hantaran.” Terang Puan Anis. Alia memandang Amsya.

“Barang-barang hantaran nanti Am pergi beli dengan Lia.” Balas Amsya.

Mereka semua berhenti diperhentian Genting Sempah untuk makan. Selesai mereka di situ Alia tidak lagi bersama Amsya dan Puan Anis. Dia menaiki kereta bersama teman-temannya yang lain. Mereka berpisah di situ pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu semua teman-teman Alia tidur awal mungkin penat satu hari suntuk berjalan. Esok mereka semua bekerja. Alia belum tidur masih dimeja studynya membelek-belek fail yang di bawa balik oleh Syafikah yang belum sempat diperiksanya. Telefon Alia berdering, dia melihat jam 11.40malam. Diambil telefon bimbitnya dilihat skirn, panggilan dari Amsya. Dia menjawab panggilan itu.

“Hello, En.Amsya nak apa lagi malam-malam ni?

“Lia sudah tidur ke?” Soal Amsya.

“Kalau saya tidur saya tidak jawab panggilan awak. Awak nak apa lagi? Nak cancel perkahwinan ke? Boleh juga.” Serkap Alia. Terkejut Amsya mendengarnya.

“Tidaklah, esok awak kerja tak? Saya nak ajak awak pergi beli barang.”

“Kerjalah En.Amsya esokkan hari Isnin. Saya tidak mahu pergilah, lain kali jer. Lagipun esokkan ummi suruh saya pergi rumah nak jumpa perunding perkahwinan.” Balas Alia. Amsya mengeluh, ajakkannya ditolak lagi.

“Awak buat apa tu?” Soal Amsya.

“Kerjalah, awak pergilah tidur esok nak kerja. Saya ada kerja nak buat ni janganlah ganggu saya.” Pinta Alia.

“Awak buat kerja apa?” Tanya Amsya apabila mendengar kunci keyboard ditekan oleh Alia.

“Kerja officelah, banyak ni.” Komen Alia.

“Sampai rumah buat kerja office? Lia bila kita nak pergi kursus kahwin?”

“Awak ni banyak soallah. Nantilah kita bincang. Sudahlah kita jumpa rumah awak esok.” Jawab Lia kemudian memutuskan talian. Amsya termenung, tersengih sendiri memikirkan Alia yang tidak sudi melayan dia. Tidak sabar rasanya nak tunggu esok jumpa dengan Alia. Entah mengapa tidak timbul bayangan Tengku Umairah dalam fikirannya kini. Apa reaksi Tengku Umairah kalau dia tahu aku akan kahwin rasanya bergaduh sakan. Tengku Umairah tidak perlu tahu.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina