Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,720
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5

FATEH menghenyakkan punggungnya pada batang kayu yang baru ditebang yang diletakkan di tepi hutan. Sempat lagi matanya dikerling ke arah isteri dan anaknya yang duduk tidak jauh dari mereka. Bimbang pula dia tatkala melihat isterinya ditinggalkan sendirian bersama pengawal yang busuk mulut itu. Mana tahulah pengawal itu ada menyakitkan hati isterinya nanti. Kesabarannya pun sudah berada di tahap yang paling minimum. Dia pasti, sekali lagi pengawal yang bernama Karim itu membuka mulut untuk memburukkan nama isteri dan anaknya, dia tidak akan teragak-agak lagi untuk menghadiahkan tumbukannya kepada lelaki itu. 

Basif menarik nafasnya dalam-dalam. Kuda yang ditunggangnya diikat pada batang pokok yang berdekatan. Pandangannya dijatuhkan ke arah Fateh yang sedang leka memandang ke arah sana. Dia sendiri pun sudah tidak tahu perkataan apa lagi yang harus diucapkannya kepada bekas rakan sekerja merangkap rakan karibnya itu. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakan dia tidak tahu perkara mana yang harus mereka bincangkan dahulu. 

“Maafkan aku Fateh.. Maafkan aku sebab tak mampu langsung untuk membantu kamu.. Kamu dalam keadaan susah.. Dan aku pula.. Aku..” Dia meraup wajahnya perlahan. Rambutnya yang tersisir rapi dilurut dengan penuh gelisah. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap keadaan rakannya yang satu itu ketika ini. 

Fateh yang sedang asyik memandang ke arah isteri dan anaknya segera mengalihkan pandangannya tatkala mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut sahabatnya itu. Dipandangnya wajah sahabatnya itu tanpa berkedip. Seketika, satu senyuman hambar menghiasi wajahnya. 

“Dah nasib aku macam ni, Sif.. Kau jangan bimbang.. Aku langsung tak salahkan kau.. Aku tahu keadaan kau macam mana..” 

“Tapi..” 

“Dah.. Kau jangan bimbang.. Kau tak payah nak ungkitkan pasal hal ni lagi.. Aku nak tanya kau pasal satu hal.. Dari semalam lagi aku nak tanya kat kau, tapi aku langsung tak berkesempatan.. Aku takut nak soal kau pasal hal ni depan tuanku permaisuri.. Apa sebenarnya yang terjadi?? Kenapa sultan tiba-tiba boleh mangkat pula? Bukan kita dah atur rancangan kita tu dengan penuh teliti ke?? Kenapa masih jadi macam ni??” soalnya bertubi-tubi. Dia benar-benar ingin tahu perkara sebenar yang telah terjadi kepada mendiang sultan negara mereka itu. 

Basif terdiam. Satu keluhan berat terbit daripada bibirnya. Langkahnya dibuka perlahan. Batang pokok yang berada di tepi didekati sebelum menahan dirinya menggunakan tangan di pokok itu. 

“Rancangan kita tak jadi.. Diorang bertindak lebih awal daripada yang kita jangkakan.. Masa aku dapat tahu pasal hal ni pun, semua dah terlambat. Aku tak tahu macam mana diaorang boleh lakukan semua tu, tapi yang penting rancangan kita dah gagal.. Semua rancangan kita berterabur. Memang selama ini mendiang sultan ada beritahu aku pasal keberangkalian rancangan kita ni yang mungkin akan gagal.. Tapi tak sangka sebegini teruk pula kegagalan rancangan kita ni.. Waktu kami dapat tahu yang ada pembunuh yang dah bersiap sedia di dalam istana untuk membunuh sultan, sultan terus keluarkan titah untuk panggil kau.. Menghadap dia di istana.. Dalam fikiran baginda, baginda cuma nak kau selamatkan anak dan isteri dia dulu.. Bila semuanya terkawal, barulah baginda akan bertindak melarikan diri selama sehari dua.. Tapi tak sangka pulak, kau dituduh berzina dengan tuanku permaisuri..” ceritanya satu-persatu. Segala peristiwa yang berlaku pada tempoh hari diceritakan semula kepada sahabatnya.

“Bila baginda dapat tahu yang kau kena tangkap basah dengan tuanku permaisuri, baginda dapat tersenyum dengan tenang.. Sebab baginda tahu, dengan berlakunya hal ini, tuanku permaisuri dan puteri akan terselamat daripada menjadi mangsa bunuh adinda baginda sendiri.. Sebab tu, lepas aje kau dan tuanku permaisuri ditangkap, baginda terus bersiap sedia.. Nak melarikan diri.. Sama macam rancangan kita tu.. Baginda kononnya hendak berangkat untuk menguruskan hal di Mahisi sekaligus tak dapat menerima berita yang telah mengaibkan diri baginda serta institusi diraja.. Tapi tak sangka pula, diorang dapat hidu pasal rancangan kita tu.. Diorang tahu yang baginda bukannya hendak berangkat ke Mahisi.. Diaorang tahu baginda hendak melarikan dan telah menyiapkan pembunuh upahan di sekitar jalan yang kita rancangkan tu.. Kuda baginda pun telah diberi makan racun.. Dan disebabkan itulah, kereta kuda baginda terbabas sebelum kereta kuda tu terhumban jatuh ke dalam gaung.. Bersama-sama dengan baginda..” sambungnya perlahan sambil meraup-raup wajahnya beberapa kali. 

Fateh hanya mendiamkan dirinya. Tiada satu patah perkataan pun yang mampu keluar daripada mulutnya. Semua perkara yang berlaku itu benar-benar di luar kawalannya. 

“Jadi.. Macam mana dengan bukti yang kita dah dapat kumpulkan hari tu?? Mana bukti tu semua?? Masih terselamatkan?? Masih cukup kan untuk tuduh yang adik baginda sendiri yang rancangan pembunuhan ni bersama-sama dengan negara musuh tu..” 

Basif mengalihkan pandangannya ke arah Fateh.. Perlahan-lahan, dia menggelengkan kepalanya. Fateh mengeluh resah. 

“Bukti tu semua dah tak ada.. Orang-orang yang kita berjaya tangkap hari tu pun, semua dah mati.. Mati diracun dalam penjara.. Bukti-bukti yang lain semua hangus terbakar.. Lepas aje baginda mangkat, istana kediaman baginda turut hangus dalam kebakaran.. Diaorang dah rancang semuanya dengan tepat.. Lagipun hal ni susah.. Hal ni melibatkan tentang keluarga diraja baginda sendiri.. Orang yang kita nak tuduh bunuh baginda tu adalah adik kepada baginda sendiri.. Sedangkan masa kau beritahu hal ni kepada baginda dulu, baginda pun susah nak percaya kan.. Almarhum sultan sendiri tak dapat nak percaya yang adiknya sendiri tergamak nak bunuh baginda.. Sebab tu masa kita suruh baginda lakukan sesuatu pun, baginda terus teragak-agak.. Dia sendiri tak sampai hati nak tangkap adik dia sendiri.. Baginda lebih sanggup hidup dalam keadaan yang penuh bimbang daripada menangkap adik dia sendiri walaupun adiknya dah cuba melakukan bermacam-macam cara untuk membunuh baginda..” 

“Bila orang dah gila taktha.. Macam tulah jadinya.. Darah daging sendiri pun sanggup dibunuhnya asalkan dia dapat capai apa yang dia hendakkan..” Fateh mengepal penumbuknya. Satu tumbukan dihadiahkan ke atas batang kayu yang didudukinya. Masih jelas terbayang di mindanya kebaikan dan keramahan mendiang sultan kepada dirinya. Baginda sultan adalah seorang pemimpin terbaik yang pernah ditemuinya. Meskipun mendiang baginda terkenal dengan ketegasan dan keseriusannya dan memimpin negara, namun mendiang sultan tetap ramah dalam melayan kerenah pegawai-pegawai seperti dirinya. Senyuman yang cukup menyejukkan hati yang senantiasa terlukis di wajahnya serta kesudiaan mendiang sultan yang sering kali sanggup mencemar duli bagi melihat keadaan rakyat jelatanya membuatkan mendiang cukup disenangi serta disayangi oleh semua pihak termasuklah warga istana dan seluruh rakyat jelata. Baginya, mendiang sultan adalah pemimpin yang satu dalam sepuluh juta. Jarang sungguh nak melihat pemimpin yang mampu bersikap seperti baginda. Sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan dan kebaikan rakyatnya. Namun kini, semuanya sudah tiada. Semua itu berakhir disebabkan oleh ketamakkan sesetengah pihak yang menginginkan kuasa tanpa mengambil kira akan kepentingan dan keperluan orang lain. Lihat sahajalah berapa ramai yang sudah menjadi mangsa disebabkan oleh ketamakan mereka itu. Apabila memikirkan tentang hakikat itu, hatinya tiba-tiba menjadi marah. Dia dan keluarganya sendiri pun turut menjadi korban dalam rancangan ketamakkan mereka itu! 

“Ayah!! Ayah!! Ambillah air ni.. Ibu suruh beri air pada ayah.. Mesti ayah dah haus kan??” 

Suara yang tiba-tiba memempan telinganya itu membangkitkan dia daripada segala fikirannya. Lantas, pandangannya dijatuhkan kepada kanak-kanak kecil yang sudah berdiri di hadapannya itu. 

“Ya, ada apa sayang??” soalnya sambil menyapu-yapu kepala anak lelaki kesayangannya itu. 

“Air... Ibu suruh beri air ni pada ayah dan pak cik.. Ayah ambillah” 

Bekas kayu yang berisi air disuakan kepada ayahnya. Atthar tersenyum nipis. Pantas, bekas air yang berada di tangan anaknya itu diambilnya sebelum dibawa ke bibir. Kebetulan, dia memang haus ketika ini. 

“Terima kasih ya sayang..” 

Kanak-kanak itu tersenyum ceria. Kini, Basif yang sedang berdiri di tepi pokok itu didekatinya pula. 

“Pak cik.. Air.. Minumlah..” 

Basif membesarkan matanya. Pantas, bekas air yang berada di tangan kanak-kanak lelaki itu diambilnya. 

“Terima kasih.. Fateh! Siapa budak ni?? Takkan kau nak cakap yang ni anak kau kot??” tanyanya separuh tidak percaya.. 

“Anak akulah.. Anak siapa lagi.. Kau tak dengar apa dia panggil aku tadi??” Fateh tersenyum nipis. Lucu juga dia tatkala melihat reaksi yang terpamer di muka sahabatnya itu. Tak percaya sungguh dia.. 

“Kau ni biar betul.. Apasal kau tak pernah beritahu aku pasal hal ni?? Kau ni memang seorang lelaki yang penuh dengan misteri kan?? Dahlah kahwin pun langsung tak bagitahu aku apa-apa.. Dah ada anak sekali pun, kau masih lagi tak bagitahu aku apa-apa.. Kau memang sengaja nak sorokkan hal ni dari aku ke?? Padahal, aku rasa, sejak kau bertugas di luar daerah ni, boleh dikatakan hampir setiap bulan aku datang sini dan berjumpa dengan kau. Rupa-rupanya banyak yang aku dah tertinggal ya? Kalau bukan hal ni terjadi, sampai bila-bila aku takkan tahu yang kau ni dah ada anak!!” 

Fateh hanya tergelak kecil. Muka rakannya yang sedang menahan geram itu langsung tidak diperdulikannya.. Apa yang nak dia buat?? Dah kawan dia sendiri tu tak pernah nak tanya.. Jadi buat apa dia nak bagitahu kan?? Lagipun, setiap kali rakannya itu datang melawatnya di sini, mereka selalunya akan berjumpa di tempat perjumpaan mereka yang biasa sahaja. Pondok yang dibina di tepi hutan. Agar segala rancangan yang mereka lakukan takkan dapat diketahui oleh sesiapa.. Rakannya itu pun langsung tidak pernah membuka bicara untuk singgah mahupun tinggal di rumahnya. 

“Erm.. Fateh.. Apa reaksi bini kau bila dapat tahu pasal hal kau tu?? Dia tak marah ke??” 

Serta-merta, senyuman yang menghiasi di bibir jejaka itu hilang. Sisa air yang masih berada di dalam bekasnya dibuang ke tepi. 

“Dia tak marah.. Entahlah.. Dia tak cakap apa-apa pun.. Lagipun, dia faham juga tugas aku ni macam mana.. Walaupun aku ni dah tak bertugas dalam istana tu dan hanya menjalankan hidup sebagai seorang pegawai tentera yang biasa... Dia tetap tahu yang sedikit sebanyak, aku masih juga ambil berat tentang hal-hal yang berlaku di istana tu.. Tak apalah.. Nanti aku jelaskan lagi pada dia.. Lagipun, dia pun masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku ni” jelasnya. Tubuh anaknya ditarik ke arahnya sebelum dipeluk dari belakang.. Raut gelisah yang mulai menghiasi wajahnya cuba disembunyikan sebaik mungkin. Dia tidak mahu rakannya itu dapat tahu mahupun bimbang tentang masalah yang dialaminya.

Basif menarik nafasnya dalam-dalam. Kakinya terus diangkat, menuju ke arah rakannya. 

“Aku tahu semua ni susah untuk kau.. Tapi aku nak kau ingat.. Dengan perkara yang terjadi sekarang ni, aku takkan mendiamkan diri.. Aku pasti akan lakukan seribu satu cara untuk mengembalikan maruah kau tu balik.. Aku akan pastikan, pengorbanan kau ni takkan menjadi sia-sia..” 

“Ya.. Bukan kau aje.. Tapi kita.. Aku akan pastikan yang Raja Abbas tu takkan gembira dengan lama.. Satu hari nanti, semua perkara ni akan kembali pada dia.. Dan bila hari tu akan tiba, aku akan pastikan yang kematian baginda sultan takkan menjadi sia-sia.. Dan tuanku permaisuri dan puteri Dara akan dapat kembali apa yang mereka telah hilang sekarang ni.. Aku takkan biarkan segala penderitaan ni jadi macam tu aje.. Pasti akan ada balasan yang akan menunggu mereka satu hari nanti.. Aku takkan biarkan negara aku jatuh ke tangan orang yang tamak macam dia!!! Itu janji aku!!” ikrarnya sambil mengeratkan pelukan di tubuh anak lelakinya..


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky