Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,722
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1
BAB 1
TAHUN 1824...
“KANDA!!! Dinda tak bersalah kanda!!! Dinda tak bersalah!!!” jerit permaisuri Yanie sekuat
hatinya. Badannya mulai meronta-ronta, meminta dilepaskan daripada genggaman pengawal
istana yang sedang memegang erat dirinya itu.
“Percayalah pada dinda, kanda!!! Dinda tak akan pernah sanggup nak lakukan semua
tu pada kanda!! Dinda mana ada apa-apa hubungan dengan dia!!! Ni semua satu fitnah!! Ni
semua satu fitnah kanda!!” sambungnya lagi, cuba meyakinkan si sang suami tersayang yang
berada di hadapan mata. Air mata yang sudah laju menuruni pipinya sudah tidak dihiraukan
lagi. Yang penting, dia memang tidak bersalah dan dia memang langsung tidak mempunyai
sebarang hubungan dengan lelaki yang ditangkap bersama-samanya itu.
Sultan Badlishah hanya mendiamkan dirinya. Setiap kata yang terluah daripada mulut
isterinya itu langsung tidak memberikan kesan di hatinya. Yang ada hanyalah pandangan
dingin dan bekunya yang diberikan kepada isterinya. Satu pandangan kosong serta tanpa
perasaan. Sedangkan tadi sewaktu menerima perkhabaran yang isterinya telah ditangkap
basah bersama-sama dengan orang yang paling dipercayainya itu, dia langsung tidak
menunjukkan sebarang reaksi. Terkejut pun tidak. Dia seolah-olah sudah bersedia menerima
berita paling buruk dalam sejarah keluarga diraja.. Tuanku permaisuri ditangkap basah dengan
bekas kekasih sendiri!!
Raja Abbas yang berdiri di sebelah tersenyum penuh sinis. Perlahan-lahan, dia
mendekatkan dirinya kepada abangnya yang tersayang.
“Kanda nak buat apa dengan isteri kanda yang tak bermaruah ni.. Takkan kanda nak
lepaskan dia macam tu aje??” soalnya sambil memandang tepat ke arah abangnya. Suasana di
ruang istana yang semakin heboh dengan berita tergempar serta suara rayuan permaisuri itu
membuatkan dia terpaksa menguatkan sikit suaranya. Sultan Badlishah hanya mendiamkan
dirinya. Bisikan-bisikan daripada adiknya dan pegawainya yang lain langsung tidak
didengarinya. Yang ada hanyalah pandangan yang membawa seribu makna yang diberikan
kepada si sang isteri yang sedang menangis dengan penuh sebak di hadapannya.

5

Melihatkan kekandanya yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi, dia terus
melangkah ke hadapan. Memberikan kata putus terhadap apa yang perlu mereka lakukan
ketika ini.
“Pengawal!! Bawa manusia yang tak pandai malu ni ke penjara sekarang!! Situlah
tempat yang paling sesuai untuk manusia yang paling hina macam diaorang ni!! Bawa mereka
pergi dari sini sekarang!! Cepat!!!” arahnya dengan penuh lantang, membuatkan beberapa
pengawal yang berada di situ mulai berlari, tergesa-gesa melakukan tugas mereka.
Mendengarkan arahan yang keluar daripada mulut anak ketiga Maharani Sangkorn itu,
permaisuri Yanie terus mengangkat wajahnya. Rontaannya semakin kuat, meminta agar
dirinya dilepaskan segera.
“Kanda!! Jangan buat dinda macam ni, kanda!! Dinda tak pernah pun buat semua tu!!
Fateh!!! Kamu bagitahu mereka semua pasal hal yang sebenarnya!! Yang beta dan kamu tak
pernah lakukan perkara terkutuk tu! Fateh!!! Kanda!! Dinda tak bersalah!! Dinda tak bersalah,
kanda!!!” jerit permaisuri Yanie semakin galak, merujuk kepada pemuda yang berada di
sebelahnya.Namun malangnya, jeritannya itu langsung tidak mendatangkan sebarang
kebaikan. Baik lelaki itu dan suaminya langsung tidak mengendahkan rayuannya. Lelaki itu
hanya diam, menudukkan kepala. Dan Sultan Badlishah sendiri terus sahaja berangkat pergi
dari situ, meninggalkan dirinya begitu sahaja tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada
mulutnya!
“Kanda!! Kanda!! Kanda!!!” jeritnya kuat sebelum perlahan-lahan tubuhnya jatuh menyembah bumi...
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky