Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,724
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2
BAB 2
YANIE melap air mata yang menuruni pipinya menggunakan hujung baju putih yang
dipakainya.. Baju putih.. Baju putih yang diperbuat daripada jerami.. Baju yang khas dibuat
bagi setiap insan yang berada di dalam penjara itu seperti dirinya. Baju banduan yang tidak
disangka akan tersarung pada tubuhnya hari ini.
“Kenapa semua ni perlu jadi macam ni?? Apa salah aku?? Apa yang aku dah lakukan
sampai aku terpaksa terima nasib macam ni?? Apa??” luahnya sambil cuba menahan sebak di
dada. Namun, semakin dia cuba menahan, semakin bertambah rasa sakit yang menghimpit
dadanya. Rasa sakit, kecewa dan pengkhianatan yang dirasakan semakin kuat mencengkam
dadanya. Membuatkan dia rasa tidak tertahan menghadapi semua itu.
Di sebalik dinding yang hanya dipisahkan batang kayu itu, Fateh hanya menundukkan
wajahnya. Dia sendiri sudah tidak sanggup melihat satu-satunya gadis yang pernah bertakhta
di hatinya itu dahulu berendam dengan air mata. Sebenarnya dia sendiri pun masih terkejut
dengan apa yang menimpa diri mereka. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Tiba-tiba
sahaja beberapa pengawal istana datang dan menangkap mereka semasa mereka berdua
bersembang di dalam bilik. Dan yang lebih mengejutkan dirinya ialah tatkala mendengarkan
kata-kata yang terluah daripada mulut pengawal yang menangkap mereka itu. Tangkap
basah!! Hampir sahaja terjatuh jantungnya tatkala mendengarkan perkataan itu! Padahal
mereka bukannya melakukan perkara yang terkutuk itu. Bahkan tujuannya untuk berjumpa
dengan permaisuri itu tadi hanyalah kerana ingin melaksanakan arahan yang telah diberikan
kepadanya. Tapi.. Tak sangka pulak ini jadinya..
“Maafkan patik tuanku.. Patik tak sangka ini pulak jadinya.. Maafkan patik..” ucapnya
perlahan. Kepalanya segera diangkat sebelum memandang seraut wajah permaisuri negara
Saijis itu daripada batang-batang kayu yang memisahkan diri mereka. Dapat dia agak,
sepasang mata yang sudah membengkak kerana terlalu banyak menangis.. Hatinya sakit..
Hatinya diserang dengan rasa bersalah.. Tapi apa lagi yang dia mampu lakukan.. Nasi sudah
menjadi bubur.. Tiada apa-apa yang dapat dilakukannya lagi. Dia sendiri juga sudah terkurung
di sebalik batang kayu serta seutas gari yang membelit sepasang tangannya itu.
“Kalau kau nak aku maafkan kau, satu aje yang perlu kau lakukan.. Kau jelaskan pada
mereka semuanya sekarang! Kau bagitahu diaorang pasal hal yang sebenar!! Aku nak keluar
dari sini!! Aku nak jumpa anak aku!! Aku nak jumpa suami aku!!! Kau faham tak!! Aku tak
bersalah! Aku nak keluar daripada sini sekarang jugak!! Sekarang jugak kau faham tak!!!”
jeritnya sambil menggoyang-goyangkan batang kayu yang memisahkannya dengan dunia luar
itu. Nafasnya berubah menjadi semput.. Menahan sebak yang semakin mencengkam di dada..
Ini semua tidak boleh terjadi.. Ini semua tidak betul!! Dia tidak sepatutnya menerima layanan
seperti ini. Dia adalah permaisuri Yanie. Isteri kepada pemerintah negara ini.. Dia tidak
sepatutnya meringkuk di dalam penjara. Tempatnya adalah bersama-sama dengan anaknya..
Di samping suaminya yang tercinta. Menemani dan memimpin suaminya dalam mentadbir
negara yang cukup terkenal di mata dunia ini.
Fateh kembali menundukkan wajahnya. Tiada kata yang mampu keluar daripada
bibirnya selain daripada permohonan maaf.. Meskipun semua yang berlaku itu bukanlah
daripada kemahuan dirinya. Dia sendiri pun cukup rindukan anaknya dan isterinya. Dia keluar
rumah pun dengan tergesa-gesa tadi. Langsung tidak sempat menitipkan pesan buat si sang
isteri dan anak lelaki yang tersayang.. Yalah... Arahan yang diterimanya itu tadi bukan
daripada sebarang orang.. Bahkan terus daripada pemerintah negara itu sendiri. Dia apa lagi..
Terus sahajalah menunggang kudanya menuju ke istana.. Tapi... Tapi..
Kata-kata yang menampar telinganya itu mengembalikan dia kepada dunia sebenar..
Perlahan-lahan, pandangannya terus dijatuhkan pada sekujur tubuh yang sudah bersandar
pada tiang kayu bertentangan dengannya itu.
“Dara.. Aku rindukan Dara.. Macam mana ajelah keadaan anak aku tu sekarang.. Dara
mesti tengah cari aku sekarang.. Dara mesti nak ada aku di sampingnya.. Kalau aku tak ada,
mesti dia akan menangis.. Cari aku.. Dara.. Kau pernah jumpa Dara tak?? Umur dia baru aje
menginjak tiga bulan.. Tapi dia dah pandai tersenyum.. Pandai nak ambil hati aku.. Entah
macam mana ajelah keadaan si Dara tu sekarang..”
Permaisuri Yanie memandang jerami yang menjadi tilamnya pada malam ini tanpa
berkedip. Satu senyuman penuh pahit bersama linangan air mata menghiasi wajahnya. Dia
benar-benar rindukan seraut wajah yang penuh suci itu.. Macam mana keadaan satu-satunya
zuriat yang dia ada itu sekarang, dia sendiri pun tidak tahu..
Suasana sepi mulai memenuhi segenap ruang penjara itu. Masing-masing diam tak
berkutik.. Hanyut di dalam dunia mereka yang tersendiri.. Hanyut dalam memikirkan nasib
yang telah menimpa dalam diri mereka itu.. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi
kunci pintu seperti telah dibuka oleh seseorang. Fateh terus menegakkan badannya. Matanya
terus diarahkan ke arah laluan masuk penjara itu.. Menanti dengan penuh debar pemilik tapak
kaki yang semakin mendekat dengan mereka.
Mejar Jeneral Basif al-Azhar terus sahaja menghentikan langkahnya tatkala melihat
wajah insan yang dicarinya sudah berada di hadapan mata. Pandangannya dijatuhkan kepada
permaisuri Yanie sebelum kembali menghalakan pandangannya ke arah Fateh. Sebaik sahaja
pandangannya dan Fateh bersatu, dia terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Atthar terdiam.
Terus sahaja dia terduduk di lantai tatkala menerima berita itu. Mejar Jeneral Basif hanya
menghelakan nafasnya.. Dia cukup faham mengapa Fateh bersikap begitu.. Bahkan dia sendiri
pun hampir tidak dapat mempercayai berita yang baru diterimanya tadi.. Berita tentang
kegagalan rancangan mereka.
Perlahan-lahan, badannya dipusingkan. Melangkah keluar, menuju ke kawasan yang
yang dipisahkan dengan dinding kayu itu. Dan sebaik sahaja dia terpandang wajah penuh
pengharapan daripada permaisuri negara itu, dia kembali menghentikan langkahnya. Nafasnya
kembali ditarik dalam-dalam. Dia memerlukan kekuatan untuk menyampaikan berita yang
satu itu.. Tidak ada orang lain lagi yang mampu melakukannya selain daripada dirinya..
Setelah memperoleh sedikit kekuatan, dia kembali membuka langkahnya. Dia
mencangkungkan badannya sebelum mulai menyampaikan berita itu dengan penuh berhati-
hati.
“Tak.. Ini semua tak betul!! Tak betul!! Tak betul!! Ni semua tak betul!!!” jerit wanita
itu lagi dengan air mata yang kembali deras membasahi pipi..
Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky