Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,723
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

BAB 3

YANIE menghentikan langkahnya. Perlahan-lahan, kepalanya diangkat, memandang bangunan yang akan menjadi tempat tinggalnya bersama-sama dengan anaknya yang masih kecil itu mulai hari ini. Apabila teringat kembali keadaan hidupnya kini, air mata kembali membasahi pipinya. Seolah-olah tidak ada tanda bahawa titis-titis jernih itu akan berhenti mencemar seraut wajahnya. 

“Dara anakku.. Ini adalah tempat tinggal kita mulai hari ini.. Maafkan bonda, Dara... Maafkan bonda.. Ini semua salah bonda.. Salah bonda..” ucapnya dengan suara tertahan. Rasa sebak mulai mencengkam dadanya. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga membuatkan dia tidak tertahan lagi menanggung semua itu sendiri. Noi, pembantu setianya yang berdiri di belakang hanya menundukkan wajahnya. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulutnya. Dia sendiri pun sudah cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas permaisuri negara itu.. Namun, apa yang dia boleh lakukan? Dia hanyalah pembantu istana sahaja.. Hanya pekerja biasa istana. Dia tiada hak untuk melakukan perkara yang diingininya. Yang dia mampu lakukan hanyalah berdiri setia di belakang tuannya sahaja. Memberikan sokongan serta kata-kata semangat daripada belakang. Walaupun ianya cuma perkara yang kecil, tapi dia cukup berharap yang tuanku permaisurinya mempercayai bahawa dia akan senantiasa bersama-sama dengan tuanku permaisurinya itu tidak kira apa yang berlaku.. 

“Tuanku.. Sudah-sudahlah tu.. Mari kita masuk ke dalam.. Patik rasa, tak lama lagi hujan nak turun ni.. Kesian puteri Dara.. Nanti sakit pulak dia nanti” tegurnya sambil mengusap-usap bahu wanita yang berada di hadapannya itu. 

Yanie terdiam. Teguran Mak Noi tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Dia terlalu leka melayan perasaannya tadi.. Masakan tidak, hari ini, satu lagi perkara baru telah berlaku di dalam hidupnya. Satu lagi benda yang tak pernah dia sangka akan dia alami selama ini... Matanya dipejam sebentar. Cuba mencari kekuatan yang mungkin masih lagi ada tersimpan di dalam dirinya.. Ya.. Dia harus kuat.. Dia tidak seharusnya lemah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Walaupun pelbagai dugaan yang datang menjengah dan mencabar dirinya, dia tidak boleh berputus asa. Dia masih ada puteri Dara.. Satu-satunya ahli keluarga dan zuriat yang dia ada ketika ini. Dia harus kuat untuk puteri Dara! Kalau dia lemah, apa akan jadi dengan Puteri Dara?? Siapa lagi yang akan sanggup menjaga Dara?? Takkan dia nak mengharapkan Mak Noi kot?? Tak mungkin.. Dara adalah darah dagingnya..  Cuma Dara sahaja yang dia ada ketika ini.. Dan dia akan pastikan.. Dia akan pastikan yang dia dengan sendirinya akan membesarkan anak gadisnya itu.. Dengan tangannya sendiri!! 

Dengan berbakikan sedikit kekuatan yang ada, dia mulai membuka langkahnya. Melangkah masuk ke dalam bangunan yang sunyi dan sepi itu.. Bangunan yang cukup terasing daripada dunia luar itu.. Matanya mulai diliarkan. Isi dalaman bangunan yang agak kosong serta dilitupi dengan kain putih dan sawang labah-labah itu terpampang jelas di hadapan matanya. Dia hanya mendiamkan dirinya. Tiada sebarang perasaan pun yang dirasainya ketika ini. Kosong.. Sekosong hatinya ketika ini. Yang ada hanyalah matanya yang sedari tadi tak berhenti memandang segenap penjuru dalaman bangunan itu. Noi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam terus meletakkan beg yang dipegangnya di lantai. Laju sahaja dia melangkah ke hadapan, mendapatkan tuannya yang hanya berdiri tak berkutik di ruang pintu itu. 

“Tuanku.. Tuanku tunggu sebentar ya.. Biar patik kemaskan dulu semua ini.. Kabir!! Kabir!!” panggilnya sedikit kuat. Membuatkan lelaki yang berdiri agak jauh dari belakang mereka itu terus terburu-buru melangkah ke hadapan. 

“Kau buat apa kat belakang tu?? Kau tak nampak macam mana keadaan tempat ni?? Takkan kau nak biarkan tuanku tinggal kat tempat macam ni kot?? Cepat tolong aku! Cepat!!” gesa wanita yang berumur di awal 40-an itu lagi. Kabir apa lagi. Terus sahajalah lelaki itu menonong ke hadapan. Mengemaskan apa yang patut. 

Yanie hanya tersenyum nipis. Nasib baik jugaklah ada Kabir dan Mak Noi di sisinya.. Tak ada jugalah sunyi hidupnya itu. Perlahan-lahan, punggungnya dihenyakkan pada kerusi yang baru sahaja dibersihkan oleh Kabir. Satu keluhan yang penuh berat dihelakan dari mulutnya. Wajah suci anaknya yang sedang nyenyak tidur di dalam dukungannya itu dipandang lama.. Alangkah bagusnya hidup seperti seorang bayi kan?? Tak perlu rasa sedih.. Rasa penat.. Tak kira seberat mana pun dugaan yang datang mencabar, mereka masih lagi boleh tidur dengan nyenyak.. Tersenyum dengan riangnya.. Tanpa memahami sebarang permasalahan yang berlaku.. Satu keluhan berat terbit lagi dari bibirnya. Bunyi suara Mak Noi yang memenuhi segenap ruang bangunan itu langsung tidak memberikan sebarang kesan terhadap dirinya. Perlahan-lahan, peristiwa yang berlaku pada awal pagi tadi itu kembali berlegar-legar semula di mindanya... 

Suasana di ruang balairung istana itu kelihatan tegang. Para pegawai kerajaan dan orang-orang penting istana kelihatan memenuhi ruangan itu sejak dari awal pagi lagi. Dari awal lagi mereka sudah bersedia untuk melihat sendiri hukuman yang akan dijatuhkan kepada bekas permaisuri negara yang telah melempar aib dalam institusi diraja negara. Kelihatan kelibat Maharani Aamina sedang melangkah masuk ke dalam balairung istana diiringi dengan kedatangan Sultan Abdullah Jabir al-Khairul Ammirin dan Permaisuri Nur Daaiyah Al-Raziman, pemerintah baharu negara yang baru sahaja ditabalkan tadi. 

Seluruh warga istana berdiri tegak tatkala mendengar suara juruhebah istana yang mengumumkan kedatangan maharani dan pemerintah baru negara mereka itu. Perlahan-lahan, tangan kiri mereka diletakkan di atas dada sebelum mereka mulai tunduk memberi hormat. Suasana kembali sepi. Masing-masing mulai mendiamkan diri, menunggu dengan penuh sabar kata putus yang bakal keluar daripada mulut Sultan baharu mereka mengenai hukuman yang akan dikenakan ke atas bekas permaisuri negara mereka, Yanie. 

Yanie hanya menundukkan wajahnya. Tiada sebarang reaksi yang terpancar di wajahnya. Segala-galanya sudah berakhir bagi dirinya sejak menerima berita kemangkatan suaminya semalam. Terasa segala dunianya sudah terhenti ketika itu. Baginda, mendiang Sultan Badlishah al-Khaizuran telah mangkat akibat kemalangan yang berlaku semasa baginda hendak berangkat ke negara Mahisi semalam. Kereta kuda yang dinaiki oleh baginda dikhabarkan telah hilang kawalan sehingga menyebabkan kereta kuda tersebut terhumban ke dalam gaung semalam. 

Sultan Jabir menarik nafasnya dalam-dalam. Skrol yang baru diterimanya diletakkan di atas meja di hadapannya. Tinggal tunggu dia membuka sahaja skrol itu, dan semuanya akan selesai di situ juga. Skrol itulah yang akan menjadi penentu hidup balu kekandanya itu nanti. Berat.. Sungguh berat yang dia rasakan.. Dia sendiri cukup mengenali balu kekandanya itu.. Dan dia sendiri cukup yakin.. Yanie tidak akan tergamak untuk melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia sendiri cukup tahu betapa Yanie mencintai arwah kekandanya itu.. Tempoh masa perkenalan mereka sepanjang dua tahun itu sudah cukup untuk membuatnya mengenali hati budi balu kekandanya itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Perlahan-lahan, skrol yang berada di atas meja itu dicapai sebelum dibuka ikatannya. Kini, tinggal tunggu keputusan yang akan dikeluarkan oleh mulutnya sahaja nanti. 

Fateh memandang ke arah sebelahnya. Dilihatnya Yanie yang kini tak ubah seperti mayat hidup itu. Wanita itu seolah-olah sedang hanyut di dalam dunianya yang tersendiri. Hati lelakinya bersimpati. Sungguh dia tidak sangka, akhirnya perkara yang paling mereka ingin elakki selama ini akhirnya terjadi jua. 

‘Maafkan aku, Yanie.. Maafkan aku.. Semoga kau tabah menghadapi semua ini..’ bisik hati lelakinya perlahan. 

Sultan Jabir memandang sebentar ke arah isteri dan bondanya yang duduk di sebelah kiri dan kanannya. Dia memerlukan sokongan dan kekuatan daripada mereka. Bukan mudah baginya untuk melakukan semua ini. Perkara pertama yang dilakukannya selepas sahaja ditabalkan menjadi sultan negara itu adalah menjatuhkan hukuman ke atas balu kekandanya yang baru sahaja pergi meninggalkan mereka semalam. Melihatkan wajah bondanya yang seakan-akan memberi kekuatan, dia terus menarik nafasnya dalam-dalam. Perlahan-lahan, titah perintah yang dibuat berdasarkan pandangan para pegawai tertinggi istana yang lain di bacanya. 

“Menurut hukuman diraja seksyen A di bawah akta kurungan satu, atas kesalahan tuduhan berzina kepada tertuduh, Ayyanie binti Al-Amin dan Abdul Fateh bin Al-Kiram, mahkamah telah memutuskan bahawa, tertuduh Abdul Fateh bin Al-Kiram dan keluarganya akan dibuang daripada negeri dan tidak akan dibenarkan masuk ke dalam wilayah negeri ini lagi. Manakala tertuduh kedua, Ayyanie binti Al-Amin.. Mahkamah telah memutuskan bahawa tertuduh Ayyanie binti Al-Amin yang juga balu kepada mendiang Sultan Badlishah akan dijatuhkan hukuman untuk tinggal di istana terbiar seumur hidup. Hukuman ini telah dijatuhkan selaras dengan undang-undang keluarga diraja yang termaktub pada bahagian kesepuluh. Anakanda beliau, Puteri Aaliya Addara Ibni Almarhum Sultan Abdullah Badlishah Al-Khaizuran sekaligus akan turun takhta daripada gelaran puteri makhota dan akan menjadi pewaris takhta keempat yang akan bakal mewarisi pemerintahan negara ini nanti. Puteri Addara juga akan turut tinggal bersama-sama dengan tertuduh, Ayyanie binti Al-Amin di istana terbiar itu nanti. Tertuduh dan anaknya tidak dibenarkan menunjukkan diri mereka kepada dunia luar buat seumur hidup mereka...” Dengan sekali nafas, segala perkataan yang terkandung di dalam titah itu dibacanya. Antara percaya atau tidak, dia telah pun berjaya melaksanakan tugas pertamanya sebagai seorang sultan serta pemerintah negara itu. 

Tukul kayu yang berada di hadapannya diketuk tiga kali, sebagai tanda mengisytiharkan hukuman terhadap kedua tertuduh di hadapannya. Fateh terus mengangkat wajahnya. Dicarinya kelibat sesusuk tubuh itu. Saat mata mereka bertentangan, tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar daripada mulut mereka. Yang ada hanyalah pandangan penuh kesal yang lahir daripada mata panglima angkatan tentera diraja itu. Thorai mengalihkan wajahnya kepada seraut wajah yang berada di sebelahnya. Wajah itu langsung tiada perubahan. Seolah-olah wanita itu langsung tidak kisah dengan hukuman yang baru sahaja dijatuhkan ke atas dirinya. Belum sempat dia membuka mulut untuk menegur wanita itu, tangannya terus direntap oleh dua orang pegawai yang sedari tadi mengawal di belakangnya. Membuatkan dia langsung tidak memperoleh kesempatan untuk menegur mahupun mendekati wanita itu.. 

Yanie hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya membiarkan pegawai wanita yang bertugas menjaga dirinya membawa dirinya pergi dari situ.. Dia seolah-olah manusia yang hidup tanpa nyawanya.. Jasadnya masih ada.. Bahkan dia masih mampu berdiri dan bernafas sendiri.. Tapi jiwa yang ada di dalam dirinya hilang di sebalik khayalannya sendiri.. 

Sentuhan lembut pada bahunya menyedarkannya daripada lamunannya. Lantas, air mata yang jatuh menuruni pipi diseka menggunakan hujung jari. 

“Tuanku.. Tuanku janganlah bersedih.. Tak kira apa pun yang berlaku, bagi kami.. Tuanku masih juga permaisuri kami.. Tiada orang lain yang mampu menggantikan tempat tuanku di hati kami.. Tuanku jangan bimbang.. Kami percayakan tuanku.. Kami percaya yang tuanku tak akan pernah tergamak untuk melakukan perkara yang terkutuk seperti itu... Tuanku percayalah.. Satu hari nanti, semua kebenaran akan terbongkar juga.. Sesiapa sahaja yang melakukan fitnah sebegini kepada tuanku akan menerima balasan mereka.. Dan patik pasti, keadaan pasti akan kembali kepada asal.. Puteri Dara akan tetap menjadi pemerintah negara ini suatu hari nanti.. Percayalah pada patik..” ucap Mak Noi sambil menggigit hujung bibirnya. Dalam hati, dia tak berhenti-henti berdoa agar semua kata-katanya itu tadi akan menjadi kenyataan..


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky