Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,721
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 4

FATEH membuka langkahnya ke hadapan sambil menjinjing beg yang diperbuat daripada kayu rotan di dahinya. Sekali-sekala, tangannya diletakkan di hadapan wajahnya. Cuba menangkis telur busuk yang dilempar ke arahnya oleh masyarakat yang berdiri di sekitar mereka. Nafasnya ditarik dalam. Sempat lagi dia mengerling ke arah isterinya yang berdiri di sebelah. Apabila menyedari sebiji batu yang ingin dilempar tepat ke arah isterinya, dia terus meluru ke hadapan sebelum memeluk tubuh isterinya erat. Membiarkan belakangnya yang terkena balingan itu. Dia tidak sanggup apabila melihat orang yang tersayang menerima bahana akibat perbuatan dirinya.. Ini adalah kesalahannya.. Biar dia sahajalah yang menanggungnya semua.. Tak perlulah mereka nak menyakiti hati mahupun tubuh anak dan isterinya itu. 

“Nid.. Kamu tak apa-apa kan??” soalnya sambil meraba-raba wajah isterinya yang sudah mulai berubah pucat. Pasti isterinya itu terkejut dengan tindakannya yang secara tiba-tiba itu. 

“Hah?? Saya.. Saya tak apa-apa.. Abang macam mana?? Abang tak apa-apa kan??” 

Fateh menggelengkan kepalanya perlahan, sebagai jawapan kepada pertanyaan isterinya itu. Wanida tersenyum kelegaan. Pantas peluh yang memercik di dahi di seka menggunakan hujung bajunya. 

“Baguslah kalau abang tak apa-apa.. Eh.. Kenapa dengan dahi abang ni?? Dahi abang berdarah.. Teruknya bang.. Banyak sangat darah ni.. Kita berhenti sekejap ya.. Biar saya rawat luka abang ni sekejap” 

Wanida mulai gelabah. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat darah yang sudah mengalir hingga ke pipi suaminya itu. Pasti ada orang yang membaling batu kepada suaminya itu tadi. Beg kain yang berada di tangan diletakkan ke atas tanah. Pantas tangannya mulai laju, cuba mencari kain dan minyak urut yang mungkin sempat dia masukkan ke dalam beg itu tadi. Namun, belum sempat dia mahu membongkokkan badannya untuk mencari, badannya terus sahaja ditolak dari belakang. Hampir-hampir sahaja dia jatuh ke tanah tadi. Tapi nasib baiklah suaminya ada di sampingnya. Pegangan erat suaminya di tangannya membuatkan badannya tidak jadi jatuh menyembah tanah. 

“Yang kamu asyik bersembang-sakan lagi tu kenapa?? Kamu ingat sini tempat untuk bersembang sakan ke?? Kamu tahu tak berapa lagi masa yang kita perlu ambil untuk sampai ke pelabuhan tu?? Dah jadi orang terbuang pun, masih ada hati lagi nak duduk berlama-lama di sini.. Aku tak kira.. Jalan cepat!! Cepat!!! Buang masa aku ajelah.. Kau tahu tak aku masih ada banyak kerja yang perlu dibuat lagi lepas ni.. Dah jadi orang terbuang tu, buat ajelah macam cara orang terbuang.. Apa.. Kau ingat.. Kalau kau berlama-lama kat sini, orang kat sini akan bersimpati dengan keadaan kamu ke?? Dahlah kerja tahu menyusahkan negara aje.. Kalau kamu mati pun kat sini, diaorang semua ni takkan kesian dengan kamulah.. Gembira lagi adalah.. Dah!! Cepat jalan!” gesa salah seorang pengawal yang bertugas mengiringi mereka. 

Wanida menegakkan badannya. Tangannya yang penuh dengan debu tanah itu dibersihkan. 

“Tapi.. Dahi suami saya ni tercedera.. Biarlah saya rawat dia sekejap ya.. Tak lama pun.. Lima minit pun cukuplah.. Tolong ya, tuan..” rayunya sambil memandang lelaki tegap yang memakai tag nama Karim itu dengan penuh pengharapan. Karim tergelak sinis. Disikunya rakannya yang berdiri di sebelah. 

“Daus.. Kau dengar tak apa yang perempuan ni cakap tadi?? Kau dengar tak?? Suami dia cedera?? Ala.. Kesiannya.. Suami kau cedera ya?? Jadi kalau dia cedera pun, kenapa?? Apa kaitan dengan aku?? Bukannya aku yang cedera tapi dia.. Pandai-pandailah dia rawat luka dia tu sendiri.. Dia kan ada tangan.. Ada kaki.. Kalau dia boleh pergi kacau tuanku permaisuri, kenapa dia tak boleh pulak nak rawat luka dia tu sendiri kan?? Betul tak cakap aku ni, Daus??! Dah!! Cepat jalan!!” Tubuh wanita itu ditolaknya. Kali ini, tanpa sebarang perasaan, ditolaknya tubuh wanita itu sehingga jatuh tersembam ke tanah. 

Fateh mengggigit hujung bibirnya. Tangannya mulai mengepalkan penumbuknya. Dengan berbakikan kesabaran yang ada, dibantunya isterinya yang terjatuh itu bangun semula. Matanya mulai dihalakan ke arah dua pemuda yang sedang ketawa terbahak-bahak di hadapannya. Saat Karim menyedari akan sepasang mata yang sudah memandangnya dengan tajam, tawanya terus mati. Terus sahaja dia berdiri menegakkan badannya. Dia cukup tahu dan kenal siapa insan yang berdiri di hadapannya itu.. Siapa yang tak kenal dengan Jeneral Abdul Fateh bin Al-Kiram, bekas ketua askar diraja merangkap pembantu setia mendiang Sultan Badlishah. Setiap insan yang bergelar askar pasti sahaja akan gerun tatkala mendengarkan sebaris nama itu disebutkan di hadapan mereka. Jeneral Fateh Al-Kiram adalah satu-satunya askar diraja yang memiliki kehebetan menembak musuhnya daripada jarak jauh sebanyak satu kilometer. Bukan itu sahaja, bahkan pemilik nama Jeneral Fateh Al-Kiram ini juga adalah antara nama yang berjaya menumbangkan paling ramai musuh yang datang dan menyerang negera mereka dahulu. Kehebatan dan keunggulan pemilik nama Fateh Al-Kiram ini sememangnya langsung tidak dapat dicontohi oleh orang lain. Disebabkan kehebatannya ini jua dululah, mendiang sultan Badlishah cukup menyukai dan mempercayai insan yang berada di hadapannya itu kini. 

“Kamu tak perlu risau pasal abang, Nid.. Abang tak apa-apa.. Sikit aje ni.. Kita sambung jalan dulu.. Nanti kalau kita tangguh, lambat pulak kita nak sampai ke sana nanti.. Kita jalan ya.. Kamu masih boleh jalan kan??” soalnya sambil cuba mengawal amarah yang membuak di dada. Wanida sekadar menganggukkan kepalanya. Dia sendiri pun sudah sedia meneruskan perjalanan mereka. Dia cukup kenal dengan maksud pandangan suaminya itu tadi. Dia pasti, kalau mereka berlengah, pasti ada sahaja perkara lain yang akan terjadi nanti. Lagipun, dia sudah penat. Dia sudah penat mendengar kutukan masyarakat yang sedari tadi tak berhenti-henti melemparkan fitnah dan mengaibkan diri mereka. Dia sudah tidak tahan. Dan kalau boleh, dia ingin cepat-cepat pergi dari sini. 

Fateh segera mengangkat kain yang dijadikan bagasi oleh isterinya sebelum dijinjingnya di belakang. Tangan kanannya pula penuh dengan beg pakaian manakala tangannya yang satu lagi membimbing tangan isterinya dari tepi. Baru sahaja beberapa langkah mereka dibuka, tiba-tiba seekor kuda tunggangan berhenti tepat-tepat di hadapan mereka. Fateh tidak jadi meneruskan langkahnya. Dahinya mulai berkerut seribu, cuba memahami situasi yang sedang berlaku ketika ini. 

Mejar Jeneral Basif menarik tali yang diikat pada badan kuda tunggangnya untuk menghentikan gerakan kudanya. 

“Berhenti!! Berhenti semua! Berhenti!!” laungnya kuat. Membuatkan suasana hiruk-pikuk yang melanda kota itu menjadi sunyi tiba-tiba. Dia terus turun daripada badan kudanya. Songkran yang berdiri di belakang terus melangkah ke hadapan, menyambut kedatangan tuannya yang tidak dijangkakan itu. Satu tabik penuh hormat sempat diberikan kepada pegawai atasan yang tertinggi itu. 

“Tuan” 

Mejar Jeneral Basif terus sahaja melangkah ke hadapan. Tanpa memperdulikan lelaki yang sibuk memberi hormat kepada dirinya itu. 

“Saya nak bercakap dengan dia sebentar.. Boleh kan??” ucapnya sambil memandang tepat Fateh yang berdiri di hadapannya itu. Karim menggaru kepalanya sebentar. Dikerlingnya sahabat merangkap rakan sejawatnya, cuba meminta pendapat daripada rakannya itu. Daus pula, apa lagi yang dia mampu lakukan selain daripada menggelengkan kepalanya, tanda tidak tahu. 

“Erm.. Err... Bbbolehh.. Boleehh aje, tuan..” balasnya akhirnya, tergagap...


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky