BAB 6

Malam semakin tua, namun mata Mila masih belum mahu lelap. Hatinya walang dengan nasib dirinya sendiri. Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi entah buat kali ke berapa hari ini.

Sungguh dia tak sangka yang nasibnya akan bertambah malang selepas berkahwin walaupun dia mendapat sebuah rumah besar untuk berlindung daripada terik mentari dan hujan.

Kata Ibu Yanti, dia kena bersabar dengan semua ini. Segala yang berlaku adalah ujian kepadanya. Allah uji tanda sayang. Allah sayangkan Mila dan Dia mahu Mila mendekatkan diri kepada-Nya.

Matanya melorot pula ke arah batang tubuh tidak berbaju di sebelahnya. Seketika, gementarnya datang lagi. Menggigil tubuhnya apabila teringatkan kejadian tadi. Ya Tuhan, sungguh suaminya bukan manusia!

Air matanya kembali tumpah berserta esak tangis perlahan. Kain selimut yang membaluti tubuhnya yang juga tanpa seurat benang dikemaskan. Tak sangka, malam itu, dirinya dirasmikan oleh sang suami.

Namun, bukan cara itu yang diharapkannya. Suami bernama Tengku Zakry terlalu kejam terhadap dirinya. Dia diperlakukan seperti binatang, bukannya seperti isteri.

"Buka pintu ni!" Suara Zakry beroktaf-oktaf sambil tangannya juga galak mengetuk pintu.

Mila yang ketika itu baru selesai menyudahkan solat malamnya mengikut ajaran Ibu Yanti walaupun tak sempurna mana, terus membuka pintu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, bau arak menerjah masuk ke rongga hidung Mila. Zakry pula apabila melihat Mila, terus nafsunya naik. Gadis cantik ada di depan mata, buat apa simpan lama-lama?

Maka, malam itu, dengan penuh kekasaran dia menodai isterinya sendiri. Walaupun Mila menjerit-jerit minta dilepaskan, Zakry tetap tidak menghiraukannya. Mila miliknya!

"Isk, isk..." Mila menekup mulut.

Curahan air di dalam bilik mandi meluncur laju selaju air matanya mengalir mengenangkan nasib diri. Dia diperkosa! Dirinya terasa jijik walaupun orang yang memperkosanya ialah suaminya sendiri.

Dia ditampar, dijerut leher, disepak dan diterajang serta dihentak ke bucu katil apabila mahu melepaskan diri daripada cengkaman si suami. Dia terlalu takut dengan wajah Zakry yang begitu bengis.

"Ibu Yanti... tolong Mila. Mila takut..." tangis Mila lagi.

Menggigil dia keluar dari bilik tersebut lalu bergegas turun ke bawah bagi mendapatkan Ibu Yanti. Wanita separuh abad itu sahajalah yang dirasakan dapat membantunya ketika ini. Dia perlukan seseorang untuk bersandar!


*****


Trisha memandang lama wajah kekasih hati yang bertakhta di dalam jiwanya sejak sekian lama. Kadang-kadang, geram jugalah dia dengan Zakry. Bercinta sudah lama, tapi tak reti-reti ke nak pinang dia?

"Sayang..." panggilnya.

"Erm?" Zakry mengangkat muka.

Wajah Trisha dipandang sekilas sebelum pandangannya kembali menerawang jauh. Sesekali, senyuman suka terbit dari bibirnya. Tak sangka pula dirinya dapat merasa Mila semalam.

Mahu lari ke mana, Mila? Dia tahu yang gadis itu sangat tak rela, tapi Mila kan isterinya. Rasanya, dia tak buat salah pun. Dia bukannya berzina dengan perempuan lain.

"I nampak you semakin berubah," komen Trisha.

"Yakah? Berubah macam mana tu?" Tangan mulus Trisha diraih lalu digenggam erat.

Fikirannya teringatkan lagi kepada Mila. Isterinya itu pun mempunyai kulit semulus Trisha bahkan lebih lagi. Sejujurnya, tiada apa-apa yang cela pun pada gadis tersebut.

"Hati you dah tak sama macam dulu," rengek Trisha.

Zakry terus tertawa mendengar rengekan tersebut. Trisha selalu membahagiakannya baik di luar mahupun di ranjang. Tapi entah kenapa, dia hanya anggap Trisha sebagai pelempias nafsunya semata-mata.

"Okey, I janji hati I hanya untuk you, baby," ucap Zakry lalu mengucup mesra tangan Trisha.

Wajah Trisha terus berubah ceria apabila mendengar ayat cinta tersebut. Hatinya bahagia dengan janji manis seorang Tengku Zakry, sang cinta matinya yang demi lelaki itu, dia sanggup menggadaikan maruahnya.

"Apa khabar dengan sepupu you? Lama tak nampak." Tiba-tiba, Trisha mengutarakan soalan berkaitan Mila.

"Minah tu? Ada je kat rumah," jawab Zakry selamba.

Seketika, senyuman nipis terbit lagi dari mulutnya. Terbayang dia akan kecantikan Mila yang baginya, another level. Tapi, dia suka melihat wajah takut gadis itu. Sebab itulah gadis itu dilayannya seperti boneka.

"Wait, maknanya you tinggal serumah dengan dia?" Senyuman Trisha terus mati.

"Yup. Papa suruh," balas Zakry.

Sebaik sahaja jawapan tersebut meluncur laju dari mulut Zakry, Trisha mengetap bibir. Entah kenapa, dia berasa kedudukannya di hati Zakry tergugat.

Mila sangat cantik. Dengan perangai Zakry yang memang hidung belang, dia tak jamin yang gadis itu takkan terjatuh ke dalam lautan asmara Zakry. Kalau itu terjadi, memang parah.

Dia takkan membenarkan Mila mengambil tempatnya di hati Zakry! Sudahnya, dengan hati bergetar geram, dia menarik senyuman lalu kembali berbual dengan lelaki itu seperti biasa.


*****


Suara merdu bacaan al-Quran menyambut deria pendengaran Zakry sebaik sahaja dia pulang ke rumah. Seketika, hatinya terusik sebelum akalnya tiba-tiba menghantar isyarat 'bising'.

"Mila!" laung Zakry.

Panas hatinya apabila Mila tidak menyahut bahkan alunan bacaan al-Quran dari kaset terus berbunyi. Kuat betul gema bacaan tersebut sampaikan boleh dengar di setiap inci rumah.

"Mila, tutup radio tu aku kata!" laung Zakry lagi.

Namun, beberapa minit menunggu, radio tersebut tidak dimatikan. Lantas, dengan hati meruap marah, cepat-cepat bilik Mila ditujunya lalu pintu bilik itu dibuka kasar.

"Kau pekak ke?" jerkah Zakry.

Turun naik nafasnya menahan geram melihat Mila masih berada dalam kain telekung. Baru selesai solat, mungkin. Ibu Yanti yang berada di dalam bilik tersebut turut kelihatan terperanjat melihat tuan mudanya menerjah masuk.

Dia baru sahaja selesai menunaikan solat dengan Mila serta mengajar gadis itu bacaan al-Quran. Kaset alunan al-Quran pula sengaja dipasang bagi menambahkan ketenangan. Tapi, tak sangka pula begini jadinya apabila si tuan muda balik ke rumah.

"Tuan muda..." Ibu Yanti bersuara takut-takut.

"Berambus." Zakry mencerlungkan matanya kepada Ibu Yanti.

Melihat panahan mata tersebut, Ibu Yanti tiada pilihan selain daripada cepat-cepat keluar dari situ. Tak betah dia melihat tuan muda mengherdiknya lagi. Sebelum dirinya dipecat, lebih baik dia melarikan diri dari situ.

Zakry pula apabila melihat orang gajinya telah pun keluar, terus dia mendepani Mila yang kelihatan berubah pucat mukanya. Pasti gadis itu teringat hal semalam. Yalah, meronta-ronta Mila ingin melepaskan diri daripada cengkamannya tetapi gagal.

"Kau ingat, kau boleh lari daripada aku ke bila kau sembahyang?" Zakry menapak setapak ke arah Mila.

"Kau ingat Tuhan nak dengar ke doa kau?" soalnya pula.

"Sedarlah diri sikit. Manusia sial macam kau ni mana layak masuk syurga!" hinanya pula.

Semakin Mila berundur ke belakang, semakin seronok dia mengeji gadis itu. Hatinya puas melihat wajah kelam tersebut. Ya, teriaklah. Menangislah. Tak ada siapa pun mampu tolong dia sekarang!

"Kau tak payah solat!" Zakry merentap kasar kain telekung Mila lalu melemparkannya ke dalam bilik air.

"Kau nak bahagia sangat kan? Kau nakkan rumah ni kan? Kau buatkan papa bagi syarat aku kena menikah dengan kau setahun lamanya sebelum semua aset diserahkan kepada aku. Kau ingat aku boleh tunggu selama tu?" Zakry mencekau rahang Mila lalu menariknya rapat ke mukanya.

"Fine! Aku akan buatkan kau 'bahagia' dengan cara aku. Mampus." Dengan sekuat tenaga, dia menolak Mila ke dinding lalu menumbuk perut gadis itu.

Mila menjerit kesakitan, namun semuanya bagaikan lagu sendu meniti telinganya. Tidak cukup dengan tumbukan, dilibasnya batang tubuh Mila dengan tali pinggang.

Dia bagaikan kerasukan syaitan apabila melihat gadis itu merayu-rayu kepadanya supaya berhenti. Hatinya puas mendengar desah kesakitan tersebut. Dendamnya terasa berbalas!



Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.