Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
44,234
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

DERINGAN alarm daripada handphone itu kedengaran lagi buat kali kedua, namun masih belum dapat membangunkan lena Faizah. Faizah masih lagi diulit mimpi barangkali. Alarm berbunyi lagi setelah lima minit.

“Saya nak nyanyikan awak satu lagu.” Bisik suatu suara di telinga Faizah sambil memeluk pinggangnya dari belakang.

“Lagu apa?” Faizah bertanya dengan senyuman menghiasi bibirnya.

“Awak dengar ya.” Suara itu masih berbisik lagi.

“Ya, saya dengar.” Faizah tersenyum lagi. Lagu apakah yang mahu dinyanyikan oleh insan itu. Dadanya berdebar-debar menanti.

Mira memandang Faizah dengan pandangan pelik. Dilihat Faizah tersenyum-senyum dalam tidur walhal alarmnya sudah berbunyi buat kali ketiga. “Mimpi agaknya Faizah ni. Baik saya kejutkan dia.”

Faizah masih menanti suara itu mendendangkan lagu untuknya. “Kenapa awak tak nyanyi lagi?” Faizah cuba menoleh memandang wajah insan misteri itu. Dirasakan tangannya dipegang erat oleh insan itu.

“Faiz, bangun. Dah pukul enam dah ni.” Mira menggoyang-goyangkan lengan Faizah. Faizah masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu bangun.

Kali ini insan itu menggerakkan-gerakkan tangannya pula. Semakin lama semakin kuat. Sudah tiada genggaman lembut itu lagi. Faizah rasa tangannya sudah mahu tercabut.

“Sakitlah, kau bodoh ke apa!!!” Sepantas itu, Faizah terjaga. Dilihat Mira terpaku disebelahnya dengan wajah bersalah.

“Mira, sorry. Saya tak bermaksud nak cakap macam tu dekat awak. Saya mimpi tadi.” Faizah bertutur perlahan dalam keadaan separa sedar. Jari jemarinya mengusap-usap mata yang dirasakan berat seperti ditempel dengan gam gajah. Rasa bersalah menyelinap di hati Faizah. Ingatkan mimpi. Rupanya memang betul tangannya digerakkan oleh Mira.

“Eh, tak apa. Saya cuma risau tengok awak tak bangun lagi. Takut terlajak subuh nanti.” Mira menuturkan lembut. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Faizah.

“Terima Kasih Mira.” Terhapus sedikit rasa bersalah di hatinya. “Insan misteri apa nya. Mira la insan tu. Nyanyi konon. Alarm tu yang tolong nyanyi. Entah sudah berapa kali dah agaknya.” Faizah mengutuk dirinya sendiri sambil tangannya pantas membetulkan cadar dan melipat comforter. Selesai mengemas, dia ke tandas untuk mandi dan berwudhuk.

JAM di dinding sudah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Faizah dan Mira sudah mula bersiap-siap mahu ke kuliah. Ini hari pertama mereka ke kuliah sebagai mahasiswi. Buku telah dimasukkan ke dalam beg. Baju kurung coklat bercorak bunga ungu sudah pun disarungkan ke badan. Tudung diambil daripada hangeryang disangkut di hadapan almari.

“Masalah ni nak pakai tudung. Nak pakai style apa ni. Wardina ke? Ayu la sangat. Tak sesuai dengan aku. Ah, selak belakang je la.” Faizah masih berkira-kira bagaimana mahu menggayakan tudung bewarna ungu lembut itu. Seolah-olah memahami masalah yang dihadapi Faizah, Mira menghampiri.

“Mari saya tolong pakaikan.” Mira menawarkan bantuan. Faizah sudah tersengeh memandang teman sebiliknya ini. “Macam tau-tau je aku tak pandai pakai tudung gaya-gaya bagai ni.” Pantas tangannya menyerahkan tudung dan brooch kepada Mira.

“Saya pakaikan Faiz macam saya ya.” Sepantas ayat yang dituturkan Mira, Faizah pantas menganggukan kepalanya berulang kali tanda setuju. Tangan Mira juga pantas memasang brooch di kiri dan kanan bahu Faizah.

Dalam hatinya Mira berasa lucu juga dengan karakter Faizah. Faizah yang dikenalinya ini merupakan seorang tomboy. Maka tidak hairanlah dia tidak tahu berhias. Sepanjang MMS dilihat Faizah hanya menyelak tudungnya ke belakang. Terasa juga bangga apabila dia dapat menolong Faizah hari ini. Teringat pertama kali memperkenalkan diri, Faizah menyuruh Mira memanggilnya Faiz. Kerana itu dia memanggil Faizah dengan panggilan Faiz sehingga hari ini.

“Ok, dah siap. Cuba Faiz tengok ok tak. Ketat tak?” Mira bertanya sambil tangannya rancak memperbetul letak tudungnya sendiri. “Cantik jugak aku ni.” Faizah memuji dirinya sendiri. Pertama kali dia memakai tudung seperti itu.

“Ok, tak ketat. Sedang elok je ni.” Sebuah senyuman dihadiahkan kepada fashion stylistnyayang tidak bergaji itu.

“Jom kita gerak sekarang.” Faizah memimpin tangan Mira ke luar bilik apabila melihat Mira sudah memegang beg sandangnya. Sambil itu matanya mencari-cari kasut yang sesuai untuk dipakai ke kuliah hari ini. Sebuah kasut sukan dicapai daripada rak dan disarungkan ke kaki. Mira pula memilih sepasang sandal sedikit bertumit pada hari itu.

Keadaan di bumi Jengka yang sememangnya berkabus di waktu pagi membuatkan kedua-dua mereka berasa tenang. Tiada kata yang dituturkan sepanjang perjalanan ke ruang kuliah di Blok I yang mengambil masa lebih kurang 20 minit daripada Blok Kediamannya di Kompleks Siswi itu. Hanya kedengaran bunyi-bunyi burung yang terbang secara berkumpulan mencari rezeki di awal pagi.

SUASANA didalam kelas sudah mulai riuh apabila jam menunjukkan pukul tujuh lima puluh lima minit pagi. Masing-masing mula memperkenalkan diri dan bertukar cerita. Keadaan semakin riuh apabila Alia yang menjadi penolong ketua batch semasa MMS juga sekelas dengan mereka. Alia memang terkenal dengan mulut ‘kepoh’nya itu. Lantaran itulah dia dilantik menjadi penolong ketua batch. Bukan dilantik sebenarnya. Alia menawarkan dirinya waktu itu.

“Hei Faiz, kita sekelas rupanya.” Alia menghampiri. Sebuah tamparan singgah dibahu Faizah. Faizah hanya menganggukkan kepalanya. Malas dia mahu melayan perempuan seperti Alia ini. “Gediksemacam jebudak ni.” Getus hati kecilnya. Pandangan dihalakan ke pintu kelas melihat sama ada masih adakah ahli kelasnya lagi yang akan datang.

“Eh eh, kau ni perempuan ke jantan? Aku dengar budak-budak semua panggil kau Faiz. Ada pulak perempuan nama jantan.” Shukri yang mahu digelar sebagai Shu pula menghampirinya. Kedengaran tawa Shu bergema di seluruh ruangan kelas yang tak seberapa besar itu. Faizah memandang Shu tanpa perasaan. Malas dia mahu melayan ‘lelaki sotong’ sebegini.“Lelaki tak sedar diri betul si Shu ni. Naksound-sound orang pulak. Karang kalau aku sound balik confirm menangis.” Faizah mengomel dalam hati.

“Yang kau tu jantan ke perempuan Shu?” Kedengaran suara daripada pintu kelas. Faizah hanya tersenyum mengejek kepada Shu. Matanya dihalakan kepada gerangan yang membantunya melaserdengan si Shu yang mulut bagai tiada insurans itu. Jejaka itu sekadar menganggukkan kepala dan mengangkat tangannya tatkala mata mereka bertembung. Faizah membalas anggukan dan memberikan senyuman kepada hero yang menyelamatkannya pagi itu.

Mira menyiku lengan Faizah apabila melihat mata Faizah tidak beralih memandang jejaka tadi. “Angau ke Faiz ni?” Kata-kata itu terdetik dihatinya. Faizah hanya memandang dengan muka blurmenandakan dia memang tidak sedar dia memandang jejaka itu sejak tadi.

Melihat Faizah yang masih blur, Mira mula menyoal. “Kenapa pandang dia macam nak telan?” Mira menyoal separuh berbisik sambil memuncungkan mulutnya ke arah Farhan yang duduk di hujung kelas sebaris dengannya. Faizah tertawa secara spontan apabila melihat wajah Mira yang begitu serius memandangnya tidak berkelip.

“Taklah. Macam pernah nampak. Tapi lupa dekat mana jumpa mamat tu.” Faizah menuturkan sambil membetulkan letak tudungnya yang dirasakan sudah lari daripada tempat asalnya. “Dalam mimpi pagi tadi kot.” Faizah menambah lagi dan mula tertawa menunjukkan baris giginya yang rata kepada Mira.

“Awak ni Faiz, main-main ya.” Pantas tangan Mira mencubit lengan Faizah tanda geram kerana dipermainkan. “Nanti saya cakap dekat dia awak mimpi dia pagi tadi baru tahu.” Mira seakan-akan mengugut.

“Eh eh tak payah Cik Mira. Jangan susah-susah. Nanti saya boleh cakap sendiri dekat dia.” Faizah masih mempermainkan Mira. “Tak pe, saya boleh tolong Faiz.” Serentak itu, Mira bangkit dari kerusinya. Langkah dihalakan menuju ke meja hujung sebaris dengannya berhampiran pintu tempat di mana jejaka itu duduk.

“Awak, girl tu kirim salam pada awak.” Bersahaja Mira menuturkan dengan jari telunjuknya dihalakan ke Faizah. Matanya dikenyitkan kepada Faizah. Puas hatinya dapat membalas kembali perbuatan Faizah mempermain-mainkannya tadi.

Farhan memandang sekilas wajah gadis yang diselamatkan olehnya tadi. Masam mencuka wajah itu. Pasti sedang dipermainkan oleh gadis yang sedang berdiri di hadapannya kini. “Waalaikummussalam.” Salam dijawab oleh Farhan.

Puas dengan tindakannya, Mira kembali ke tempat duduknya di sebelah Faizah. Faizah sudah menarik muncung sepanjang enam inci. Mira hanya tertawa melihatnya.“Panjang sangat tu. Boleh panjang lagi tak Faiz?” Masih mahu mempersendakan Faizah.

“Boleh. Macam ni.” Faizah juga tidak mahu kalah. Dimuncungkan bibirnya lebih panjang. Farhan yang melihat dari jauh hanya tertawa dengan sifat keanak-anakan Faizah. Faizah yang baru menyedari dirinya diperhatikan oleh Farhan cepat-cepat menarik kembali bibirnya yang muncung tadi. “Comel.” Farhan menuturkan sendiri. Mira sudah menghamburkan tawanya yang tersimpan sejak tadi.

ASSALAMMUALAIKUM.” Suara itu menuturkan tatkala menjejakkan kaki ke dalam kelas mereka. Langkah dihalakan ke meja yang terletak di sudut kiri kelas. Bukunya diletakkan di atas meja pensyarah itu. “Waalaikummussalam.” Faizah menjawab beserta semua ahli kelasnya yang lain. Keadaan sunyi sepi seketika.

“Ok, kamu semua siswa dan siswa baru kan. Selamat datang ke Fakulti Sains Gunaan. Selamat juga bergabung dengan warga Diploma Sains.” Tutur pensyarah itu. Kelihatan tegas. Mereka semua hanya mengangguk.

“Memandangkan ini hari pertama perkuliahan, kita tidak akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mahu kamu semua memperkenalkan diri. Sesudah sesi perkenalan nanti, saya akan mengedarkan outline berkenaan subjek yang akan saya ajarkan nanti. Faham semua?” Pensyarah itu menuturkan sambil matanya meliar memandang semua isi kelas.

“Nama saya sendiri, Tahir. Saya sudah berkahwin. Saya akan mengajar kamu subjek Kimia semester ini.” Pensyarah yang berusia awal 30-an itu memperkenalkan dirinya. “Sekarang mula perkenalkan diri daripada hujung pintu sana.” Jarinya ditudingkan mengarah ke Farhan.

Farhan bangun dari duduknya. Tubuhnya dihalakan ke belakang memandang ke arah rakan-rakan yang lain. “Assalammualaikum. Nama saya Muhammad Farhan Faizuddin. Boleh panggil saya Farhan. Saya berasal daripada Negeri Sembilan.”

“Muhammad Farhan Faizuddin. Farhan. Negeri Sembilan.” Faizah menyimpan nama yang baru didengarinya tadi didalam kotak memorinya. “Farhan Faizuddin. FF. Nice name.” Faizah bukan sahaja menyimpan nama itu di mindanya bahkan dia mula berangan memikirkan benda yang bukan-bukan. Bibirnya yang sudah mekar dek senyuman itu berhenti tersenyum apabila dirasakan lengannya dicubit.

Mira membisikkan sesuatu ke telinga Faizah. Dengan pantas Faizah bangun. Entah sejak bila sudah tiba gilirannya untuk memperkenalkan diri. Dalam keadaan gelabah dan panik Faizah memperkenalkan dirinya. “Assalammualaikum. Nama saya Muhammad Farhan Faizuddin. Boleh panggil saya Farhan. Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Serentak itu, seluruh isi kelas tertawa. Malah Prof. Tahir juga tertawa melihat kekalutan Faizah itu. Farhan sudah memamirkan wajah pelik. “Ish, apa hal dia sebut nama aku ni?”

Pantas juga Mira mencubit lengan Faizah sekali lagi. “Sah Faiz ni berangan. Buat malu betul.” Mira merungut dalam hati. Perasan dengan kesalahan yang dilakukan, Faizah menepuk dahinya.

“Nama kamu pun Farhan?” Pensyarah itu menyoal kembali dengan tawa yang masih bersisa. “Eh, tak, tak. Nama saya Nur Faizah. Boleh panggil saya Faiz. Saya orang JB.” Mukanya sudah merah menahan malu. “Isk isk. Malunya. Padan muka aku. Siapa suruh berangan.” Faizah mengutuk dirinya sendiri.

“Baiklah Faizah, awak boleh duduk.” Pensyarah itu berasa kasihan pula apabila dilihat muka Faizah sudah merah padam. Setelah dibenarkan duduk, Faizah membenamkan mukanya ke atas meja. “Memalukan betul. Rosak reputasi aku sebagai tomboy.” Dia mengutuk dirinya sendiri.

Sesi perkenalan diteruskan. “Nama saya Shukri. Panggil saya Shu aje.” Shu menuturkan bersahaja seperti seorang gaya model terkenal yang sedang ditemubual. Tangannya diangkat ala-ala gaya Primadona Saloma yang mahu bertwist.

Ala, jantan buat cara jantan beb!! Yang kau nak jadi sotong apehal? Melahar betul budak ni.” Suatu suara daripada belakang kelas jelas kedengaran.

Faizah pantas menoleh ke arah suara itu. “Berani betul budak ni cari fasal timeade lecturer.” Sekilas dia melihat pemilik suara tadi. Terpapar wajah tidak puas hati di mukanya.

Hey, yang kau jealous apa hal? Sebab kau tak boleh jadi macam aku ni kan?” Shu mula bertindak agresif.

“Tak hingin kitorang jadi sotong macam kau la.” Satu lagi suara menyahut. Melihat keadaan yang agak tegang, Prof. Tahir mula campur tangan.

“Sudah-sudah. Saya suruh kamu perkenalkan diri. Bukan bergaduh. Kamu berdua yang di belakang tu, mari ke depan. Perkenalkan diri kamu di hadapan.” Prof. Tahir sudah bertukar menjadi seorang diktator lagaknya. Kedua-kedua pelajar lelaki tersebut bangun dengan tanpa rasa bersalah dan maju ke hadapan kelas.

“Perkenalkan diri kamu sekarang.” Arahan diktator dikeluarkan. “Saya, Mohd Afiq Afendy. Panggil Afiq je. Asal Pulau Pinang.” Afiq dengan wajah toyaselamba menuturkan. Pandangannya seolah-olah mengejek Shu. “Saya Fadzli bukan Fadzliah, panggil Deli. Asal Johor.” Pandangan meluat dilemparkan kepada Shu. Shu memandang mereka dengan pandangan tidak puas hati.

Setelah sesi perkenalan selesai, mereka diberitahu tentang topik-topik yang akan dipelajari sepanjang satu semester ini. Buku-buku rujukan yang harus mereka ada untuk subjek kimia juga telah diberitahu oleh Prof. Tahir. Akhirnya setelah jam menunjukkan pukul sembilan lima puluh, Prof. Tahir mengundurkan diri.

SEDANG mereka menanti pensyarah berikutnya masuk, Shu yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan Afiq dan Deli yang memalukannya tadi mula mengorak langkah ke meja mereka berdua. Di hempas buku ke atas meja. “Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha mamat? Kau fikir kau hot ke ha?” Tangannya menunja-nunjal bahu Afiq dan Deli.

Wei sotong, blah la kau. Menyemak je kat sini.” Afiq bertutur selamba. Tidak memandang wajah Shu.

Apasal aku bau hanyir kat sini wei??” Deli pula menutupkan hidungnya seolah-olah benar-benar bau hanyir disitu.

“Patutlah, ada sotong kat sini la Afiq.” Dan serentak itu mereka ketawa terbahak-bahak. Faizah hanya menggelengkan kepala. Malas dia mahu melayan kerenah budak-budak tidak cukup umur begitu.

“Nama saya Muhammad Farhan Faizuddin. Boleh panggil saya Farhan. Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Farhan menuturkan perlahan seolah-olah berbisik. Badannya dibongkokkan sedikit supaya Faizah mendengarnya. Faizah mendongakkan kepalanya. Serta merta mukanya pucat waktu itu apabila menyedari Farhan kini berdiri dihadapannya. Kalau ditoreh mukanya dengan pisau waktu itu sekalipun pasti tiada darah yang akan mengalir keluar. Dadanya berdebar hebat. “What happen? Lupa nama sendiri ke girl?” Farhan bertanya selamba.

Faizah memberanikan diri. Diangkat jari telunjuknya dan diletak di dahi Farhan yang begitu hampir dengan mukanya. Menolak muka Farhan ke belakang agar jauh sedikit daripadanya. “Amnesia sekejap. Asal? Tak boleh?” Ringkas dan padat jawapannya. Sebenarnya hanya ayat itu yang mampu dikeluarkan dalam situasi genting seperti ini.

“Kalau aku cakap tak boleh macam mana?” Farhan menyoal kembali sambil berpeluk tubuh memandang Faizah. Faizah memandang tepat ke arah anak mata Farhan. “Ada aku kisah?” Ringan sahaja mulutnya menjawab kembali. Faizah menolak kerusinya ke belakang lalu bangkit. Langkah diarah menuju ke pintu kelas. Sebaik sahaja melintasi belakang Farhan, sempat dia menuturkan, “Kalau kau kisah pun, aku takkan kisah.” Dan Faizah sudah berjaya meloloskan diri keluar daripada kelas itu.

Melihat situasi itu, Afiq dan Deli yang sedari tadi memerhati mula mengeluarkan suara. “Farhan, kuburkan je lah niat kau nak mengayat si Faiz tu. Budak tomboymacam tu jugak yang kau berkenan. Apa punya taste lah. Punya lah ramai awek cun dalam kelas ni tak nak pulak kau ayat.” Gigi putih mereka sudah mula kelihatan. Kedua-duanya seolah-olah mencabar Farhan.

“Kalau nak join aku cakap la der. Boleh join aku sekali mengorat dia.” Serentak itu mereka bertiga ketawa. Faizah yang terdengar perbualan itu kembali masuk ke dalam kelas. Panas hatinya dipermainkan begitu. Dihampiri Farhan dengan wajah menyinga. Lengan baju kurungnya disinsing hingga ke siku. Farhan yang terkejut dengan kehadiran Faizah hanya kaku disitu. Dengan pantas tangan Faizah sudah menarik tie yang dipakai oleh Farhan. Menjerutnya hingga Farhan meminta maaf dan meminta tie itu dilepaskan.

Mira yang melihat kejadian itu berkejar ke tempat Farhan berdiri lalu memujuk Faizah agar melepaskan tangannya yang menjerut leher Farhan. “Dah lah tu Faiz. Mati anak orang ni pulak nanti.”

Watch out your words next time or else you will die.” Faizah merentap tali leher itu sekali lagi dan berlalu meninggalkan Farhan yang tercungap-cungap mencari oksigen. Puas hatinya. “Ingat aku perempuan murahan ke nak offer-offer kat orang. Amik kau. Rasakan.” Hatinya masih menyumpah seranah Farhan.

AKHIRNYA,tamat juga kuliahnya pada hari pertama. Sewaktu jalan pulang ke kompleks kediaman, Faizah meninjau-ninjau papan kenyataan Diploma Sains yang terletak di laluan gajah antara Blok Akademik I dan J itu. Melihat jika ada pengumuman baru. Matanya tertancap pada satu notis baru yang ditempel disitu.

PERHATIAN kepada semua siswa dan siswi baru. Anda dikehendaki berkumpul untuk perlantikan ketua dan penolong ketua batch pada hari ini seperti yang dijadualkan di bawah:

Masa : Jam 5:00 petang

Tempat : Di hadapan Perputakaan Al-Bukhari

Slackbetul. Baru nak balik.” Faizah menuturkan perlahan. “La, ada program ke hari ni?” Mira juga merungut setelah membaca notis itu. Faizah melihat jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan kirinya. Lima minit lagi ke jam lima.

“Nak lepak mana ni?” Faizah bertanya. “Duduk je lah depan library tu. Lima minit lagi je pun.” Mira menjawab. Kedua-dua mereka menuju ke foyer perpustakaan Al-Bukhari. Sudah ramai pelajar berkumpul di hadapan perpustakaan tersebut. Suasana sudah mula riuh-rendah.

“Ok, kumpul sini semua.” Laungan daripada manusia yang tidak jelas kelihatan siapakah gerangannya dalam kesesakan manusia itu mengarahkan. Faizah dan Mira mengambil posisi tempat duduk di bahagian tepi kiri baris paling hadapan supaya tidak terhimpit antara puluhan manusia yang ada di situ. Pandangan mata Faizah dihalakan ke hadapan. Mencari-cari pemilik suara yang memberikan arahan tadi.

“Tenang semua. Ambil tempat masing-masing. Duduk dan diam.” Suara itu memberi arahan lagi. Keadaan mulai sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian. Sebaik sahaja melihat wajah insan yang berdiri dihadapan itu, amarahnya tiba-tiba kembali. Faizah memandang wajah Mira. “Kenapa mesti dia?” Soal Faizah separuh berbisik kepada Mira. “Sebab dia lah ketua batch sementara kita masa MMS hari tu.Faiz tak ingat ke?” Mira juga berbisik kepada Faizah.

“Awak berdua yang dekat hujung tu. Dah boleh berhenti bercakap?” Farhan bertanya dengan tegas. Pandangannya mencerun ke arah Faizah dan Mira. “Damn shit!! Patutlah macam kenal masa masuk kelas pagi tadi. Rupanya mamat yang budget hot nak mati masa MMS hari tu. Mamat ni memang tak habis-habis nak cari fasal dengan aku.” Faizah menyumpah dalam hati. Mira hanya mengangguk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Farhan kepada mereka.

“Ok, kembali kepada agenda utama kita pada hari ini. Kita akan melakukan perlantikan semula ketua dan penolong ketua yang baru untuk batchkita memandangkan saya dan Alia hanya ketua dan penolong ketua batch sementara anda sekarang ini. Ada sesiapa yang mahu memberikan cadangan?” Singkat, ringkas dan padat. Begitulah ciri-ciri pemimpin yang ada dalam diri Farhan.

“Saya cadangkan ketua dan penolong ketua batch yang sedia ada dikekalkan sebagai ketua dan penolong ketua batch yang tetap.” Cadangan itu datang daripada Amirul yang duduk di bahagian paling belakang. Sebaik sahaja cadangan itu diusulkan, hampir semua pelajar angkatan mereka bersetuju dan menepuk tangan.

Farhan hanya tersenyum apabila merasakan dia masih diberi kepercayaan untuk memimpin batchnya. Namun senyumannya mati tiba-tiba apabila melihat wajah Faizah masam mencuka. Entah kenapa hatinya seolah-olah terasa dengan sikap gadis itu. Lalu dia membuka bicara sekali lagi. “Ada sesiapa yang membantah cadangan Amirul?” Soalannya kali ini lebih ditujukan kepada Faizah.

Alia sudah mula memaparkan baris-baris giginya yang putih tanda berpuas hati. Farhan juga begitu. Faizah hanya memamirkan muka tidak bersalahnya. Malas dia mahu melayan lelaki sebegitu. Makin dilayan makin mengada-ngada. Setelah semuanya sepakat menyatakan persetujuan agar ketua dan penolong batch lama dikekalkan, perjumpaan mereka pada petang itu bersurai.

Sewaktu melintas di hadapan Farhan, sehelai kertas dihulurkan kepada Faizah. Faizah berhenti seketika memandangkan tangan itu menghalang laluannya. “Apa hal ni?” Soalnya dengan suara yang tinggi kepada Farhan. “Ambik nombor aku ni.” Faizah mengambil kertas itu sambil mendengus kuat menandakan ketidakpuasan hatinya. “Messageaku malam ni.” Arah Farhan lagi.

Faizah berpura-pura seolah-olah tidak mendengar ayat yang dituturkan oleh Farhan sebentar tadi. Tiba di selekoh foyer library, kertas yang di berikan oleh Farhan tadi dihumban ke dalam tong sampah. “Kau fikir kau siapa? Hot sangat ke kau? Tu tong sampah tu je yang nak simpan nombor kau.” Puas hatinya apabila dia melihat Farhan memandang perbuatannya sebentar tadi.

Panas dengan perbuatan Faizah, Farhan meluru menuju ke arahnya. Telefon bimbit yang dipegang di tangan kiri Faizah dirampas oleh Farhan. Tindakan reflexakibat rasa marah yang membuak-buak kepada Faizah telah memicu Farhan untuk mendail nombornya sendiri menggunakan telefon bimbit milik Faizah. Setelah melihat panggilan daripada nombor Faizah masuk ke telefon bimbitnya, Farhan mematikan talian dan membuka telapak tangan Faizah lalu memulangkan kembali telefon bimbitnya itu kepada tuannya.

“Terima Kasih.” Farhan menuturkan ayat itu dan terus berlalu pergi meninggalkan Faizah dan Mira yang masih lagi kaku tidak bergerak di situ. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Puas dapat mengenakan Faizah yang dia tidak tahu apakah alasan yang menyebabkan gadis itu terus bermusuhan dengannya sepanjang hari ini.

“Faiz, sudahlah tu. Jomlah kita balik. Hari dah nak gelap ni.” Mira cuba memujuk Faizah yang masih kaku berdiri di situ. Akhirnya setelah lima minit Mira memujuknya, gadis tomboy itu hanya menuruti sahaja langkah kaki yang dibawa oleh Mira. Fikirannya runsing saat ini memikirkan tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh lelaki sewel itu sebentar tadi.

Farhan yang memerhatikan Faizah daripada pintu masuk Kolej Siswa berasa sangat bersalah apabila dilihat gadis yang begitu berani melawannya tadi kini berwajah sugul dan diam membisu saat melintasi laluan gajah Kolej Siswa itu. Matanya merah menahan marah. Giginya diketap kuat menahan rasa geram. Tangannya dipimpin oleh Mira dan langkah kakinya hanya berpandukan Mira.

Satu SMS dikirimkan kepada Faizah. “Truly sorry. I didn’t mean to make you feel sad. Just want to be someone that you can trust to be your friend. Bestfriend I mean.” Message diterima daripada nombor yang tidak dikenalinya. Faizah membuka dan membaca message itu. “Farhan.” Nama itu diucapkan di bibir tipis miliknya. Dia pasti nombor itu milik Farhan.

Satu SMS dikirim kembali kepada Farhan. “Mengapa menguji jika sudah pasti hasrat di hati?” Farhan membaca SMS itu dengan senyuman. Pantas jari-jemarinya menekan papan kekunci di telefon bimbitnya. “Kerana si pemilik diri mendatangkan gusar dihati apabila dia seorang gadis yang sangat berani. Sorry sekali lagi kalau kau terasa. Aku cuma nak berkawan dengan kau je. Tu pun kalau kau sudi.” Amarahnya hilang tiba-tiba setelah membaca SMS yang baru diterimanya itu.

“Tunggu dan lihat nanti. Kau ingat kau boleh lepas daripada aku macam tu aje?” Butang send ditekan. Kini Faizah dan Mira sudah berada di dewan makan untuk menikmati makan malam sebelum mereka naik ke bilik. Semasa mahu menjamah makanan, satu message masuk lagi ke telefon bimbit Faizah.

“Ampunkan patik tuanku. Sembah patik harap diampun.” Hanya ayat itu tertulis di dalam message yang baru diterimanya. “Gila.” Hanya itu yang terkeluar daripada mulut Faizah.

Setelah selesai makan, Faizah dan Mira sama-sama menaiki tangga menuju bilik mereka. Akhirnya setelah jam menunjukkan jam dua belas tengah malam, lampu di bilik I2-06 dipadamkan menandakan ahlinya sudah mahu melelapkan mata. ‘Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini, dan hari ini lebih baik daripada semalam,’ Faizah bermonolog sendiri. Senyuman diukir dan Faizah kini lena diulit mimpi.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.