HAJAH SAODAH tidak bersetuju, tetapi
Haji Ahmad terus mengangkat tangan, berdoa kemudian mengaminkan. Mungkin
suaminya gembira kerana anak gadis mereka akan menamatkan zaman bujang.
“Han
kan muda lagi? Yang si Syam tak sabar sangat, kenapa? Baru sangat bekerja, dah
nak kahwin.” Dia meluahkan ketidakpuasan hatinya. Tidak bersetuju apabila Rifhan
menyampaikan hajat Hafsyam sekeluarga yang mahu menyunting Rifhan sebagai
menantu mereka.
“Biarlah...
saya setuju kalau Han berkahwin dengan Syam. Nak tunggu apa lagi? Dah lama
mereka berdua berkawan.” Haji Ahmad menyokong keputusan Rifhan. Dia yakin
Hafsyam mampu membahagiakan anak gadisnya.
“Tau
pun... kalau selama ni boleh bersabar, kenapa sekarang tak boleh?” Hajah Saodah
tetap tidak berpuas hati.
“Han
dah setuju, ibu. Minggu depan keluarga Syam datang. Han akan siapkan semuanya,
nanti Han bagi duit untuk ibu buat kenduri sikit,” tegas Rifhan. Itu
keputusannya. Dia tidak akan berpaling ke belakang lagi kerana ibu tidak akan
mengerti. Dia tahu selama ini dia yang banyak mengorbankan wang ringgitnya
untuk mereka sekeluarga tapi Anita juga yang dibangga-banggakan oleh ibu.
“Pasal duit hantaran, Han dah bincang dengan Syam. Nanti Han beritahu ayah,”
sambungnya.
Haji
Ahmad tersenyum. Senang hatinya mendengar kata-kata Rifhan. Anak itu tidak
pernah melupakan tanggungjawabnya tetapi dia kesal kerana isterinya tidak tahu
menghargai perngorbanan Rifhan.
Rifhan
sudah bersedia untuk meninggalkan ruang tamu. Malas dia menghadap wajah ibu
yang masam mencuka. Dia sudah menduga, ibu pasti menentang hajatnya. Ibu memang
begitu, ada waktunya ibu melayannya seperti orang asing. Tetapi Anita mendapat
layanan istimewa dari ibu, seolah-olah hanya Anita satu-satunya anak ibu.
“Lepas
kahwin, tinggal kat sini.” Tiba-tiba Hajah Saodah bersuara.
Kata-kata
itu mengejutkan Rifhan dan Haji Ahmad. Apa hal pula? Kenapa disuruh tinggal di
rumah itu? Rumah yang biliknya cuma tiga. Anita berkongsi bilik dengan Azira
dan Razila pula lebih senang tinggal sebilik dengannya. Masakan ibu hendak
menyuruh Razila tinggal sebilik bersama Anita dan Azira? Anita pasti tidak akan
bersetuju.
“Kenapa
pula kena tinggal kat sini? Han pun nak hidup macam orang lain. Ada rumah
sendiri, ada keluarga sendiri,” tekan Rifhan. Dia tidak pasti apa niat ibu
menghalangnya keluar dari rumah itu setelah berkahwin nanti.
“Kalau
nak kahwin jugak, ibu tak benarkan Han keluar dari rumah ni.” Hajah Saodah
masih dengan pendiriannya.
Rifhan
mengetap bibirnya, geram. Ibu pentingkan diri sendiri. Dia dapat mengagak
kenapa ibu tidak membenarkan dia keluar dari rumah itu. Ibu takut tidak ada
orang yang hendak membayar perbelanjaan di rumah itu.
“Itu
hak Han. Lepas kahwin... Han kena ikut cakap suami. Mana boleh ikut cakap
awak,” marah Haji Ahmad. Tidak bersetuju dengan kata-kata isterinya. Masakan
semuanya hendak dibebankan pada Rifhan.
“Banyak
mana sangat gaji Syam tu. Mampu ke nak sewa rumah. Kereta pun kereta buruk,”
gumam Hajah Saodah.
Itu
satu penghinaan. Ibu tidak berhak untuk menghina Hafsyam. Dia tahu kemampuan
Hafysam, jumlah gaji bulanan Hafsyam juga sudah dihafalnya tapi Hafsyam bukan
orangnya yang suka menunjuk-nunjuk. Hafsyam mampu berkereta besar malah Hafsyam
pernah menyuarakan hajatnya hendak menukar kereta tapi dia yang menghalang.
Cukuplah dengan apa yang ada.
“Kalau
Syam tak mampu pun, Han kan ada. Bila dah kahwin kenalah saling bantu membantu.
Mana boleh bebankan dia sorang,” ujar Rifhan.
“Habis
kat rumah ni macam mana?” potong wanita itu.
Rifhan
tersenyum sinis. Sudah dijangka itu masalahnya. Ibu bimbang dengan perbelanjaan
di rumah itu.
Haji
Ahmad menggelengkan kepala. Sampai ke situ sekali pemikiran isterinya. Sanggup
menyekat hak seorang anak dengan mementingkan diri sendiri.
“Han
akan tanggung Zira belajar sampai habis. Cukup bulan Han bagi duit belanja pada
ibu tapi tak adalah sebanyak sekarang. Han pun ada tanggungjawab Han sendiri.”
“Tak
payah, Han. Biar ibu kamu minta dengan Nita.” Haji Ahmad mencelah.
Rifhan
terdiam. Dia tahu ayah memihak kepadanya namun tidak ibu. Ibu tidak bising bila
Anita tidak dapat menghulurkan wang kepada ibu, tetapi ibu akan membebel jika
dia terlewat memberi wang belanja kepadanya.
“Suruh
keluarga Syam datang. Kita sambut tetamu kita,” ujar Haji Ahmad. Dia jatuh
simpati pada si anak yang tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada orang
tua.
Rifhan
mengangguk lalu mendaki anak tangga ke tingkat atas. Masuk ke biliknya kemudian
menghempaskan tubuhnya di atas katil. Razila belum pulang daripada bercuti.
Entah di mana adiknya itu bercuti, dia sendiri tidak diberitahu. Aman sedikit
hidupnya apabila Razila tidak berada di dalam bilik. Razila suka berbual. Ada
saja cerita yang dibukanya.
Telefon
bimbitnya berbunyi. Dilihatnya pada skrin panggilan daripada Hafsyam. Nampaknya
lelaki itu tidak sabar untuk mengetahui keputusan keluarganya. Dia menjawab
panggilan itu.
Mereka
berbual seketika sebelum Hafsyam bertanya tentang keputusan keluarga Rifhan.
Rifhan
tertawa kecil. “Ayah okey tapi ibu lorat sikit.”
“Kenapa,
ibu masih tak setuju Han pilih Syam. Sebab Syam tak ada kereta besar macam
pakwe Nita tu.”
Rifhan
tahu Hafsyam berkecil hati. Dia pernah bercerita tentang omelan ibu tentang
Hafsyam. Bukan niatnya hendak mengecilkan hati Hafsyam tapi dia perlukan
seseorang untuk mendengar curahan hatinya.
“Tak...
pasal Han muda lagi,” ujar Rifhan, tidak mahu Hafysam terus melayan
perasaannya.
“Mesti
ada sebab lain?” tanya Hafsyam, tidak berpuas hati dengan jawapan yang
diberikan oleh Rifhan.
Rifhan
terdiam seketika. Teringat akan kata-kata ibu sebentar tadi. Siapa yang hendak
menanggung keluarga itu jika dia berkahwin dan meninggalkan rumah itu.
“Han!”
Hafsyam menyeru nama Rifhan.
“Ya.”
“Kenapa
ni, apa yang ibu cakap sampai Han hilang suara. Sampai tak boleh nak cakap.”
“Entahlah
Syam, susah juga macam ni. Han ni anak... bukannya jahat sangat. Nak buat benda
tak baik pun Han tak sampai hati.”
“Sayang,
kenapa cakap macam tu? Bukan ke setiap ibu bapa akan gembira mendengar berita
perkahwinan anaknya?”
“Ayah
gembira Syam... tapi tidak ibu.”
“Ibu
bencikan Syam.” Ada keluhan yang dilepaskan dari hujung talian.
“Bukan
itu masalahnya. Syam pun tahu kan... perbelanjaan rumah ni siapa yang tanggung.
Kebanyakannya Han... Nita memang susah nak tolong. Kos belanja Zira pun Han
juga. Ila pun kalau nak beli apa-apa mesti minta dari Han. Sebab tu ibu tak
setuju. Ibu bimbang Han akan lupakan tanggungjawab Han bila Han dah kahwin
dengan Syam nanti,” ujar Rifhan.
“Han
ni perempuan... Han berhak ada kehidupan Han sendiri. Bila kita berkahwin
nanti... Han isteri Syam tapi Syam tak akan menghalang Han untuk bantu keluarga
Han. Cuma sebagai suami... Syam rasa Syam berhak untuk bersuara atau menegur
kalau apa yang Han sumbangkan pada keluarga sampai menyusahkan diri Han
sendiri.” Hafsyam memberikan pendapatnya.
Rifhan
terdiam. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata Hafsyam. Ibu seharusnya
bersyukur kerana dia memilih seorang lelaki sebaik Hafsyam sebagai suaminya,
sebagai menantu ibu.
“Han.”
Rifhan
masih mendiamkan diri.
“Syam
janji Syam akan jaga Han selagi Syam hidup di bumi ALLAH ini melainkan ALLAH
yang tidak mengizinkannya.”
“Kenapa
cakap macam tu?” Tidak senang Rifhan mendengar kata-kata Hafsyam.
“Yalah...
ditakdirkan Syam yang mati dulu. Tak pun accident ke... terlantar atas
katil ke... Han pula yang kena jaga Syam.” Hafsyam ketawa kecil.
Hati
Rifhan terusik dengan kata-kata tersebut. “Kenapa minta yang bukan-bukan,”
marahnya. Hafsyam bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
“Bukan
minta, sayang. Syam cuma cakap saja.”
“Jangan
cakap macam tu lagi. Han tak suka,” tegas Rifhan.
“Okey...
okey... Syam janji Syam tak cakap lagi. Syam sayang Han. ”
“Esok
Syam jemput Han, ya?” ujar Rifhan. Malas pula dia hendak bersesak di dalam bas.
Ada kalanya terpaksa berdiri sepanjang menuju pusat bandar. Kalau jalan raya
sesak, panjanglah tempoh dia berdiri. Itu yang dia tidak tahan, apatah lagi
bila pulang dari kerja. Macam-macam bau akan dihidunya.
“Hari-hari
jemput pun tak apa. Biar Syam susah, asalkan Han senang.”
“Han
menyusahkan Syam.” Rifhan bersuara. Bimbang andai dia bakal menyusahkan Hafsyam
pula.
“Bukan
macam tu. Syam sanggup buat apa saja untuk menyenangkan hati Han. Lagipun dari
dulu lagi Syam tak setuju Han naik bas. Han tu yang degil... nak juga berhimpit
dengan orang ramai. Kalau perempuan saja, tak apalah juga. Ini bersesak dengan
lelaki. Tengok Han yang cantik manis, tentu ada yang nak ambil kesempatan,”
bebel Hafysam.
“Jangan
fikir yang bukan-bukan. Han minta Syam jemput Han... yang membebel yang
bukan-bukan tu, kenapa?”
“Yalah...
apa-apa sajalah, sayang. Han nak suruh Syam jemput kat rumah atau kat bus
stop?” tanya Hafsyam, malas memanjangkan cerita.
“Kat
rumah,” pantas Rifhan menjawab.
“Tak
takut ibu sindi? Naik motor buruk aje.”
“Biarlah
ibu nak cakap apa, asalkan Han tahu hati budi Syam. Syam bukan nak menunjuk.
Han tahu tu. Kalau nak beli kereta besar pun Syam mampu.”
Hafsyam
ketawa lagi. Entah apa yang lucunya. “Okeylah... jangan nak sedih-sedih lagi.
Minggu depan kita bertunang. Bulan depan kita kahwin.” Dia mula mengatur agenda
mereka.
“Hah?
Cepatnya?”
“Lagi
cepat lagi bagus, Han. Tak sabar Syam nak peluk Han puas-puas. Masa tu Han dah
halal untuk Syam.”
Merah
padam wajah Rifhan mendengar kata-kata Hafsyam. Mujur juga Hafsyam tidak berada
di hadapannya.
“Dahlah
tu, Han nak mandi.”
“Laa...
belum mandi lagi? Patutlah harumnya dah sampai kat sini.” Hafsyam ketawa
mengekek.
“Syam
ni teruk, tau. Han ni wangi lagi.”
“Yalah...
Syam bergurau. Janganlah ambil hati. Syam kat sini. Han kat sana. Nak pujuk pun
jauh sangat.”
“Tahu
pun.”
“Okey...
pergi mandi. Tak tahan hidung Syam dengan bau Han ni.” Hafsyam ketawa lagi.
“Okey... Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Rifhan ingin segera menamatkan perbualan. Entah apa lagi usikan Hafsyam jika
mereka terus berbual.
ia
melemparkan telefon bimbit di atas tilam sebaik sahaja talian diputuskan. Dia
masih berbaring di tempat yang sama. Minggu depan dia akan bertunang dengan
Hafsyam. Tidak berapa lama, kemudian dia akan menjadi isteri Hafsyam. Melayari
bahtera perkahwinan bersama Hafsyam. Itu impiannya. Impian yang bakal
terlaksana tidak lama lagi.