Home Novel Cinta CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
Rabihah Nur Ridhuan
15/12/2016 22:06:07
37,747
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 8

NAYLI mendengar cerita Adrian bagaikanAdrian menceritakan kisah orang lain. Langsung tidak memberikan apa-apa kesandi hati bagaikan dia tidak pernah mengalaminya. Kalau benar cerita Adrian itu,ini bermakna ingatannya masih elok tatkala seminggu yang lalu. Dan diadikatakan berpeleseran di kawasan itu sahaja sepanjang minggu itu. Malah tidurdan makannya di situ.

Naylimengerutkan dahinya. Apa yang sebenarnya terjadi kepadanya? Kenapa dia tidakpulang ke rumah dalam tempoh seminggu ini? Di mana kedua ibu bapanya? Tidakrisaukah mereka? Dan apa yang terjadi kepadanya sehingga ingatannya hilang?Kemalangan? Nayli menggeleng. Tiada langsung kesan kecederaan di tubuhnya.

Disosiatif Amnesia. Memori semantiknya memberitahu. Dia masihjelas siapa dirinya sebenarnya tetapi serasanya dalam otaknya ini terlalubanyak ilmu-ilmu saintifik yang dia ketahui. Dia tahu Disosiatif Amnesia tetapidia tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut mengenainya. Begitu jugadengan memori semantik. Kalau banyak sangat ilmu yang dia tahu mengapa pulaAdrian mengatakan dia seorang pelacur jalanan? Ah tidak mungkin!

Walaupun diatidak tahu siapa dirinya yang sebenar tetapi dia masih ingat siapa kedua-duaibu bapanya. Dia tahu rumahnya terletak di Shah Alam tetapi dia tidak tahu ditaman apa. Memori kanaka-kanak berusia 12 tahun membataskannya untuk mengingatisemuanya. Keluarganya juga bukan calang-calang orang tetapi kenapa Adrianmenuduhnya menjadi pelacur jalanan?

Naylimenggeleng. Dia yakin telahan Adrian itu salah. Adrian juga tidak pasti keranaAdrian hanya menelah berdasarkan penampilannya sahaja. Tidak banyak yang dapatdia ketahui tentang dirinya daripada Adrian kerana Adrian juga tidak mengetahuinyadengan jelas. Hanya pertemuan mereka di sebuah restoran dan diakhiri dengankecederaan Adrian akibat perbuatannya.

“Di mana begaku?”

Nayli kerutdahi. Sungguh dia tidak mengerti mengapa dia mahu mengambil beg lelaki itu. Apayang dia telah lakukan dengan beg itu? Mahal sangatkah beg itu sampaibersungguh-sungguh Adrian mencarinya? Ya Allah..apa yang harus dia lakukan? Sekiranyadia tidak cuba mencari ingatannya sudah tentulah dia tidak akan ingat perkaraini sampai bila-bila. Dan Adrian akan terus menculiknya!

“Woiii..kaudengar tak? Mana beg aku?” jerkah Adrian seraya memegang lengan Nayli dengankasar. Budak kecik ni memang sengaja suruh dia berkasar selalu!

“Beg?” Naylikerut kening. Menahan sakit di tangan dan juga cuba mengembalikan ingatannyayang sudah hilang.

“Dia buat-buattak ingat pulak! Beg aku yang kau curi! Mana dia?”

Apa? Mencuri?Nayli geleng kepala. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia sanggup melakukan perkarasejijik itu! Ah Adrian pasti menipu semata-mata untuk menyakiti hatinya.

“Saya tak tahu.Saya tak ingat!” jujur Nayli berkata.

Adrianmendenggus kasar. Dia makin melenting bila Nayli tidak habis-habis mahu mengujikesabarannya. Ikutkan hatinya yang marah pipi mulus itu mahu ditamparnyaberkali-kali. Biar gadis itu tidak berani mempermainkan dirinya lagi. Tapi diabukan jenis sebegitu. Marah macam mana sekalipun dia tidak akan mencederakankaum yang lemah.

“Kau nakmain-mainkan aku lagi ke?”

“Bukan macamtu. Saya minta maaf. Saya sanggup bayar berapa saja yang encik nak tapi tolonglepaskan saya!” Jika dengan duit, Adrian sanggup melepaskannya..dia sanggupbayar berapa saja yang Adrian mahukan. Dia akan mendapatkannya walau apa carasekalipun.

Sekali lagiAdrian merengkuh lengan Nayli, Nayli mengerang kesakitan. Berkerut dahinyamenahan sakit.

“Kau ingat, akuhadap sangat duit haram kau tu? Aku nak beg aku sahaja!”

“Saya tak tahukat mana! Saya gantikan yang baru! Tolong lepaskan saya! Saya nak balik! Mama!Papa!” dalam sendu Nayli merayu. Matanya berkaca. Sebak dadanya apabiladiperlakukan sebegitu.

“Kau tak fahambahasa ke? Aku nak beg aku yang itu jugak! Bagitau aku kat mana beg aku tu!”

“Saya cakapsaya tak tahu! Saya tak tahu!” kata Nayli dalam sendu sedannya. Semangatnyaterasa lemah. Menghadapi dunia dewasa dengan mental berusia 12 tahun memangmembuatkan perasaannya semakin tertekan.

Adrianmendenggus kasar. Budak kecik ni memang sengaja nak mainkan aku lagi!

Fine..aku cakap elok-elok kau tak nakdengar kan.”

Adrianmelepaskan pegangannya. Dia membuka butang bajunya. Satu persatu sehinggamenampakkan dada bidangnya. Senyuman sinis terukir di bibir lelakinya.

“Apa awak nakbuat ni?” Nafas Nayli seakan mahu berhenti.

“Kaufikirkanlah sendiri apa bayaran setimpal kerana menghilangkan barang pentingaku!”

Nayliterkesima. Apa maksud lelaki itu dengan 'bayaran setimpal?'. Tak kanlah sampaimenyerahkan tubuhnya pulak!

“Saya tak tahu!Sumpah saya memang tak tahu!” jerit Nayli bersama air mata yang mengalir panasdi pipi. Rasa takutnya buat dia hampir putus nafas.

“Kau masih nakmenipu lagi, budak kecik? Kau nak cabar aku ke?” keras Adrian bersuara. Hatinyasedikit geram bila Nayli masih berdegil.

Naylimenggeleng bersama juraian air matanya. “Tak! Saya tak tipu!”

Dalam juraianair mata dia memberanikan dirinya memandang ke dalam anak mata Adrian. “Sayatak tipu. Saya tak tahu apa yang dah jadi kepada saya. Saya lupasegala-galanya. Dan apa yang saya tahu saya berusia 12 tahun dan berada dalamtubuh dewasa Nayli!”

Adriantercengang. Mulut melopong dan dia tidak tahu nak kata apa lagi.

 

JUStembikaidisedutnya hingga tinggal separuh. Namun tidak dapat menghilangkan keresahanhatinya. Rasa macam tidak percaya pula. Mungkin gadis itu berbohong.

Adrian pandang jam di pergelangantangan. Lama sungguh waktu berlalu. Rasanya hampir bengkok belakangnya duduk dikerusi menunggu kedatangan seseorang. Sungguh penantian itu cukup membosankan!

Namun demi sebuah kepastian dia memaksadirinya untuk terus bersabar. Lagipun hanya Amri satu-satunya kawan yang diapercayai. Hanya Amri yang sentiasa membantunya dalam kesusahan.

Sorrylambat. Apa hal tiba-tiba kau nak jumpa aku ni?” Amri melabuhkan punggungnyabertentangan Adrian.

“Aku ada masalah lagi,” keluh Adriansambil meraup wajahnya.

“Masalah apa pula?” Kening Amriberkerut. Melihatkan kekeruhan wajah Adrian itu dia tahu pasti ada sesuatu yangmeresahkan Adrian.

“Budak yang aku culik tu hilang ingatanpulak,” terang Adrian.

Wajah Amri nampak pegun. Adrian tahuAmri terkejut dengan kenyataannya. Malah Amri pasti lebih terkejut kalau diaceritakan yang ingatan Nayli sekarang adalah 12 tahun dalam tubuh dewasanya.Mungkinkah Nayli kurang siuman?

“Kenapa? Apa yang kau buat sampai diahilang ingatan?”

Adrian mengeluh lemah. Dia masihsangsi. Tidak mungkin tiba-tiba sahaja gadis itu hilang ingatan. Setahunyajikalau seseorang itu hilang ingatan disebabkan otaknya mengalami gegeran.Selalunya disebabkan kemalangan jalan raya. Tetapi tidak pula dia lihat kesankecederaan pada gadis itu. Atau gadis itu sememangnya gila sejak dari awalpertemuan mereka lagi? Andrian ketap bibir. Dia dapat rasakan tafsirannya inibenar kerana hanya orang gila sahaja yang sanggup memperlakukannya sebegitu.Nampaknya harapan untuk dia mendapatkan kembali begnya sudah tiada. Perlukahdia mengalah lantas membiarkan haknya dirampas orang lain? Hati Adrian bengkaklagi. Matanya mula hangat.

“Aku rasa dia memang dah gila. Patutlahperangai macam tu!”

Lemah sahaja bicara Adrian. Dia sudahputus harapan. Satu-satunya senjata yang dia ada telah dicuri oleh gadis giladan pastinya dibuang entah ke mana. Ya Allah, kenapalah nasib aku malangsangat!

“Habis tu apa kau nak buat dengan budaktu? Tak kan kau nak biarkan budak tu kat rumah kau selamanya!” Amri juga sudahtidak betah sendiri. Hai..Adrian pun satu! Tak kanlah tak dapat nak bezakanbudak gila atau tidak.

“Entah! Aku pun buntu! Masalah lama takselesai lagi timbul pula masalah baru!” renggus Adrian. Tidak mungkin diasanggup meninggalkan gadis itu di tempat di mana dia mengambilnya dulu.Walaupun gadis itu tiada kaitan dengannya namun dia masih ada rasa bimbang akankeselamatannya. Sudahlah berwajah cantik, pasti akan menjadi mangsa nafsuserakah manusia yang berhati binatang. Tetapi kalau dibiarkan di rumahnyabimbang pula akan menjadi masalah kepadanya kelak.

“Siapa yang kau culik sebenarnya?”tanya Amri ingin membantu. Adrian pernah beritahunya gadis itu adalah gadisliar. Mungkin gadis itu perlu dihantar di mana-mana pusat jagaan.

“Entah! Ni gambar dia!” Adrianmenghulurkan telefon bimbitnya kepada Amri.

 Tidak sabar menunggu jawapan dari mulutAdrian, segera Amri melihat skrin yang berada di tangannya. Saat mata tertacapkepada seraut wajah mulut Amri terngaga luas. Dada berdebar tidak keruan.Kepala menggeleng tidak percaya.

“Nayli?”

“Kau kenal dia?” tanya Adrian tidaksabar.

“Mestilah aku kenal. Ini anak DatukMazlan! Dia satu sekolah dengan aku masa aku sekolah menengah dulu. Macam manadia boleh curi beg kau pulak?” tanya Amri tidak berpuas hati. Dia tidak percayayang Nayli sanggup mencuri.

Adrian merenung Amri tajam. “Anak DatukMazlan? Perempuan gila ni anak Datuk Mazlan?” suara Adrian sudah meninggi.

“Nayli hilang ingatan?” tanya Amri pula,tidak percaya. Tiada angin tiada ribut macam mana Nayli boleh hilang ingatan? “Kaupasti ke dia hilang ingatan? Atau dia tipu kau?” sambung Amri. Pandangankembali ditumpukan kepada gambar Nayli di hadapannya. Ada sangsi menghujamdadanya kala ini.

“Aku tak pasti tapi itulah katanya,”terang Adrian.

Amri pantas mengetip jari. “Entah-entahdia mainkan kau aje kot! Lagipun dia memang budak bermasalah sejak dari dululagi!”

 

“KAU tipu aku bukan?” Andrian merenggusgeram. Dia tengok gadis itu elok sahaja. Tak nampak pun mana-mana kecederaan dikepalanya. Takkanlah tiba-tiba sahaja boleh hilang ingatan pula!

“Saya tak tipu. Memang saya tak ingatapa yang terjadi!”

Nayli ketap bibir. Dia memang dah agakAdrian tidak akan mempercayainya. Lebih-lebih lagi bila melihat keadaan dirinyayang sihat walafiat. Tetapi Adrian harus sedar hilang ingatan boleh terjadidalam banyak perkara. Sekali lagi memori semantiknya memberitahu.

Amri mendenggus geram. “Kau nakmain-mainkan aku bukan? Aku tengok badan kau sihat aje. Macam mana kau bolehhilang ingatan pulak!” desis Andrian.

“Memang badan saya sihat tetapi mentalsaya yang tak sihat,” kata Nayli dalam debar. Takut rasanya mahu menghadapibaran Adrian.

“Kau ingat aku bodoh? Tak kan tiba-tibaaja kau boleh hilang ingatan!” tekan Adrian lagi. Rahang diketap marah.

“Saya tak tahu sebabnya.” Naylimenggeleng. Dia cuba mencari ingatannya. Mencari sebab kenapa ingatannya mahubersembunyi.

“Tipu!” Adrian merengkuh lengan Naylikejap. Nayli tersentak.

“Siapa sebenarnya kau? Kenapa kau curibeg aku? Atas arahan siapa kau buat semua ini?”

“Sa..sakit!” Pegangan kejap Adrian dilengannya begitu menyakitkan. Dia tahu bukan mudah Adrian mahu mempercayainya.Lebih-lebih lagi apabila Adrian hanya melihat sisi gelapnya sahaja.

“Tahu pun sakit! Sekarang aku nak kauberterus terang! Di mana beg aku?”

“Saya tak tahu!” Air mata Nayli tumpah.Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan duduk perkara yang sebenarnya.

Adrian menolak tubuh Nayli. Nayli yangtak bersedia terjatuh. Dia mengaduh perlahan bila kakinya rasa terseliuh. Namunsikit pun tidak menimbulkan rasa belas di hati Adrian. Adrian mendekati tubuhNayli. Dagu Nayli dipaut kasar. Air mata Nayli yang mengalir di pipi tidakdiendahkan.

“Siapa yang upah kau sampai begini kaututup mulut! Berapa yang diorang bayar? Aku boleh bayar tiga kali ganda asalkankau beritahu aku di mana beg aku! Lebih baik kau beritahu di mana beg aku budakkecik!” penuh dendam Adrian bersuara.

“Disosiatif Amnesia! Saya rasa saya kena penyakit tu!”

 

“CUBA kau googleDisosiatif Amnesia tu apa.”

LamunanAdrian tersentak. Dia mengangkat wajah dan terus menentang Amridengan perasaan yang sukar hendak digambar. Debar di dada semakin tidak keruan.Siapa sangka insan yang diculik selama ini rupa-rupanya anak Datuk Mazlan.Kalau benar gadis itu hilang ingatan lebih baik dia menyerahkannya kepada Amriuntuk diserahkan kepada Datuk Mazlan.

“Wujud ke penyakit tu? Lagipun macammana dia tahu?” tanya Adrian tanpa sabar.

Amri menarik nafas panjang dan melepaskannyaperlahan. Wajah Nayli kini terbayang di layar ingatannya membabitkan perasaanbenci dalam hati. Memang sejak dari dulu lagi dia tidak pernah senang dengangadis bernama Nayli itu.

“Nayli tu doktor! Mestilah dia tahusemua ini. Mungkin ini juga helah dia untuk lepaskan diri.”

What?”Tak dapat dibendung rasa terkejut, mata kuyu Adrian terbuka luas.

Doktor? Kenapa boleh tidur di jalanan?Atau memang budak tu dah gila!

“Aku yakin dia sengaja upah samsenguntuk belasah kau kerana mahu balas dendam. Dia memang pendendam orangnya. Cumaaku tak pasti kenapa dia boleh tidur di jalanan pula!”

Adrian diam. Memikir. Misterinyaseorang gadis bernama Nayli. Semuanya masih menjadi tanda tanya.

“Apa yang kau tahu tentang Nayli?”tanya Adrian cukup berminat. Selama ini dia tidak pernah berminat tentangsesiapa pun. Tetapi pelik kenapa kepada perempuan yang telahmemperorak-perandakan hidupnya. Hatinya begitu mudah tertarik untukmengetahuinya.

“Hubungan aku dengan dia tak rapatsangat sebab aku ketua pengawas dan dia pelajar bermasalah. Lepas dia dibuangsekolah aku tak pernah dengar apa-apa tentang dia. Sampailah satu hari tu akuterbaca news tentang keluarga dia.Dari situlah aku tahu dia kini seorang doktor.”

“Kau tak suka dia?” Dari bahasa tubuhAdrian dapat membacanya.

“Mestilah. Dia pun pernah buat kat akuapa yang dia dah buat pada kau!”

Terbeliak biji mata Adrian. Bagai tidakpercaya apa yang telah diperkatakan tetapi bila Amri mengangguk, dia mengeluhlemah.

“Maknanya kita mengalami nasib yangsama?” Dia masih tidak percaya yang gadis yang diculiknya memang sejak daridulu lagi berperangai sebegitu.

“Tapi aku lebih teruk. Dia upah samsengpukul aku sampai kaki aku patah. Tiga bulan jugak aku tak boleh jalan. Dansebab itu dia kena buang sekolah!”

Adrian telan liur. Dasyat betulpenangan budak kecik ini.

“Apa yang kau buat sampai sebegitusekali dia marah?”

“Aku kan ketua pengawas. Tak salahbukan kalau aku report masalahdisiplin dia kepada guru disiplin?”

Adrian mengangguk. Dalam kepala masihmemikirkan tentang gadis itu.

Apa yang telah terjadi kepada kau,Nayli?

Disosiatif Amnesia? Apa tu?

Hatinya tidak betah sendiri.

 

Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.