Home Novel Cinta CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
Rabihah Nur Ridhuan
15/12/2016 22:06:07
37,752
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 7

NAYLI menghembuskan asap rokok sekuat hati bagaimelepaskan kesendatan hati yang sedang membukam kalbu. Merokok adalah tabiatnyabila dia berasa gelisah, tertekan dan kecewa. Padahal dia sememangnya ariftentang bahana rokok kepada kesihatan jantungnya. Peliknya Nayli rasakanjantungnya semakin tenang setiap kali dia hembuskan kepulan asap berkepul-kepuldi udara.

Ketika ini rasa sepi benar-benar melintas setiap relunghatinya. Masalah di hospital semakin menekan perasaannya. Dia benar-benarmemerlukan teman bicara. Malangnya dia tiada sesiapa.

Tiba-tiba wajah cemberut lelaki tadi bermain di mindanya.Nayli tersenyum sambil terus menghisap rokoknya dalam-dalam.

‘Padan muka kau! Siapa suruh cari masalah dengan aku!’hati Nayli mendongkol sendirian.

Kali ini yang dirasakannya adalah perasaan puas. Sepuasmenelan bermacam pil yang diberikan tiga teman hiburnya. Teman yang suka benarmenjahanamkan dirinya. Tetapi apa boleh buat. Hanya cara ini sahaja yang mampudia lakukan demi untuk menghilangkan tekanan yang membelenggu perasaannya.

“Cik!”

Puncak tekanan Nayli berada di tahap paling tinggi bilamatanya bertemu pandang dengan seorang lelaki berbadan tegap di hadapannya. Ahada sahaja orang yang mahu mengganggunya!

“Nak apa?” soal Nayli kasar. Hampir sahaja dia menengkinglelaki di hadapannya ini. Menjadi kepantangannya apabila dia diganggu.

“Saya pengurus restoran ini,” kata lelaki itu dengantertib.

So?’ KeningNayli terjungkit. Sengaja dia mempamerkan riak menjengkelkan.

“Di sini tak boleh merokok cik. Ramai sudah customer yang complain cik merokok di sini. Kalau cik nak merokok, cik bolehmerokok di luar. Maafkan saya ya cik.”

“Kalau saya tak nak macam mana?” Nayli sengaja mencabar.

 

TUBUH Nayli ditolak kasar ke luar dari restoran. Hampirtersadung tubuhnya di kaki lima. Bibir diketap kuat. Sakit betul hatinya. Tidakpernah selama ini dia dimalukan sebegini. Bila matanya terpandang wajah yangsedang tersenyum sinis di hadapan restoran, penumbuk dikepal kuat.

“Macam mana rasanya kena halau? Rasa macam anjing kuraptak?” tanya Adrian dengan senyuman yang sengaja dilebarkan. Biar hati Naylisemakin sakit dengan kata-katanya ini. Kali ini dia benar-benar puas melihatkankeadaan Nayli.

Penumbuk dikepal lagi. Sedaya upaya dia cuba menahansabarnya yang semakin rabak. Bila Adrian merapatinya, Nayli tahan tangannyadaripada terbang mencari muka Adrian. Dia tidak mahu perkara ini menjadi kecohdi sini.

“Siapa kau sebenarnya hah? Pelacur ke?” bisik Adrian ketelinganya.

Berdentum dada Nayli mendengarkan cacian lelaki itu.Kalau tidak difikirkan siapa dirinya mahu sahaja dia membelasah lelaki ini disini. Namun belum sempat dia berkata telinganya terus disapa dengan perlianlelaki itu.

“Berapa untuk semalam? Banyak ni cukup?”

Dan lelaki itu terus membaling beberapa keping wangkertas seringgit ke mukanya sebelum berlalu pergi. Nayli mengepal penumbuknya.Dada pula sudah berombak kencang.

“Dia memang nak cari pasal dengan aku! Dia tak tahu siapaaku lagi agaknya!” Nayli berdenggus sendirian. Pantas Nayli mengeluarkan telefon bimbit dari tastangannya. Setelah mendail satu nombor dia menunggu panggilannya bersambut.“Hantar orang kat aku! Tempat biasa!” arah Nayli sebelummematikan panggilan. Dan senyuman sinis pula tersungging di bibirnya kali ini.  

ADRIAN panik bila sekumpulan lelaki bersenjata kayumenghampirinya. Adrian pandang ke kiri. Pandang ke kanan. Baru dia sedarikawasan yang dilaluinya adalah kawasan sunyi. Tiada seorang pun di situmelainkan dirinya sahaja. “Pukul dia!”Suara perempuan yang memberi arahan tetapi Adrian tidaknampak wajahnya kerana dilindungi oleh lelaki-lelaki perkasa itu. Suara yangsungguh meremangkan bulu romanya.

Adrian berundur ke belakang beberapa tapak. Liur ditelankesat. Mata tepat memandang lelaki-lelaki perkasa di hadapannya dengan seribupersoalan di dada. Apa salahnya kepada mereka?“Serang!!” kedengaran jeritan geng samseng menyerbu kearahnya. Walaupun panik Adrian cuba menenangkan perasaannya dan cuba menghadapisituasi ini dengan sebaik mungkin.

Pantas Adrian menyusun langkah menahan serangan kumpulansamseng yang mula menggila. Nasib baik dia ada belajar ilmu mempertahankan diriketika menjadi palapes dahulu. Sedaya mungkin dia cuba mempraktikkan di sini. Adrian menghayunkan penumbuknya ke perut salah seorangpenyerangnya. Lalu menyiku bahu lelaki yang tertunduk menahan senak itu. Satudemi satu samseng ditumbangkan. Namun..DEBUK!!Tiba-tiba kepalanya dipukul oleh kayu. Berpinar matanya.Kemudian satu sepakan tepat mengenai perutnya. Adrian terbatuk dek keranasenak. Menggigil kakinya cuba menahan berat badannya. Namun pukulan yang tepatmengenai belakangnya membuatkan tubuhnya terjatuh ke tanah. Adrian cuba bangun. Tetapi segerombolan samseng terusmenyerangnya bertalu-talu. Mukanya ditumbuk! Perutnya disepak! Batang tubuhnyaditerajang! Darah sudah membasahi mukanya. Sakit seluruh anggotanya. “Cukup!”Suara itu kedengaran lagi. Derap tapak kakimenghampirinya. Dan sesaat kemudian rambutnya ditarik dengan kasar.“Ini hadiahnya kalau kau cari pasal dengan aku!” Dalam ketidakdayaannya Adrian dapat lihat wajah gadisitu. Gadis yang dijumpainya di restoran sebentar tadi. Sungguh tidak disangkagadis itu berdendam sampai sebegini kepadanya.“Kau..” belum pun sempat Adrian menghabiskan kata-kata,gadis itu sudah menendang batang tubuhnya. Adrian mengerang kesakitan. Untukmelawan lagi dia sudah tidak berdaya. “Ini sebenarnya harga diri aku!” Nayli menghadiahkanterajangnya ke tubuh Adrian dan kali ini Adrian benar-benar tidak berdaya.Pandangannya berbalam. Namun sempat dia lihat gadis itu mencapai beg galasnyasebelum pandangannya menjadi kelam.  

 

Previous: Bab Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.