Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,969
Kategori: Buku
Genre: Umum
Pikat

Tertidur enak di atas buaian,
Di ganggu budak ia bersin,
Hajat di hati tidak kesampaian,
Mencari gadis untuk berkahwin.

Dia, Yunus cuba memikat anak gadis di kampung nya itu. Namun tiada seorang pun mahu akan dia. Setiap kali dia hendak mendekati seorang gadis, gadis itu terus beranjak pergi. Para pemuda di sebuah gerai cuba mengusik Yunus.

Pemuda 1 : pergi belajar dengan tekun, sungguh dia Raja pantun.
Gadis : Dari rambut ke hujung kaki, semuanya berdaki.
Yunus : eh mana ada! Memandai mandai. Pembetulan. Bekas raja pantun.
Gadis : pergi lah dikau dari sini.
Yunus : amboi, macam menghalau jin.  Membawa kain dari pekan, tidak ku sangka pangkat yang kau inginkan.

Yunus terus pergi dari sana tanpa memandang ke belakang. Dia tidak ingin menyimpan dendam. Sudah 2 tahun berlalu, mereka masih saja menyindir tentang kekalahannya. Sedang dia ingin pergi ke tempat biasa dia duduk, Mid anak kedua Tok Penghulu datang memanggilnya.

Yunus : ya ada apa?
Mid : ayah panggil.
Yunus : ah tak usah lah. Cakap kat dia aku dah kenyang makan buah dalam hutan tadi.
Mid : aduh bukan tu lah.. ikut je lah.

Yunus pun akur dan mengikuti anak penghulu itu. Sampai saja di rumah, Tok Laba terus mengajak nya naik. Mereka duduk di beranda itu.

Yunus : ada apa tok?
Tok Laba : orang kampung mengadu kat aku, kamu mengganggu anak dara mereka. Kenapa?
Yunus : angin menyusur pokok beringin, saya teringin nak kahwin.

Orang yang ada di sekitar rumah itu semua terkejut mendengarnya.

Tok Laba : apa?! Kamu nak kahwin?
Mid : dengan siapa bang?
Yunus : laa , kalau abang tahu tak yah lah abang cari.
Tok Laba : Kamu tengah betul-betul ke?
Yunus : tok, tak kan saya nak main-main.

Isteri tok penghulu datang membawa air kopi yang masih panas.

Mak Laba : jemput minum ni Yunus. Kamu tu bujang. Rumah pun tak ada.
Tok Laba : kamu dengar tu, macamana kamu nak kahwin sedangkan kamu tidak punya apa-apa.
Mak Laba : apa?! Yunus nak kahwin?
Mid : ya mak.
Yunus : wah! Saya nak kahwin apasal riuh sekampung?
Mak Laba : nampak nya kamu belum sedar.
Yunus : saya sedar Mak Laba. Tapi saya yakin bila saya kahwin rezeki akan datang bergolek.
Tok Laba : mana ada. Kena usaha. Cuba bayangkan, lepas kamu kahwin. Apa kamu buat?
Yunus : buat anak?

Mereka semua tepuk dahi.

Mak Laba : dasar pemuda yang tak tahu apa-apa. Ikan kaloi berenang-renang, kamu ingat senang?

Yunus dengan wajah kecewa ingin berlalu pergi.

Yunus : jangan angkat kuda guna sudu, saya undur diri dulu..

Katanya dengan kecewa. Lantas itu, Tok Laba menghentikan nya.

Tok Laba : kalau kamu mahu, kahwin lah dengan anak tok, Salwa. Mahu?
Yunus : itu saya tak mau walau seribu tahun.

Yunus terus pergi dan terus mencuba untuk memikat anak-anak gadis di kampungnya. Namun tetap gagal.. dia mula hilang keyakinan diri. Di sebalik kelelahan nya itu, dia baring di rumpunan rumput kering di kandang kuda. Dia melihat langit malam dan tertidur dengan nyenyak.

Malam yang gelap-gelita,
Menghiasi malam dengan bintang,
Yunus tidur dengan duka,
Begitu susah untuk hati senang.

Esoknya, orang-orang kampung lagi teruk menyindir Yunus. Apa sahaja yang baru dilakukan nya semalam, habis semua di perkatakan. Malah tentang tawarannya Tok Laba untuk meminang dengan anaknya juga di tolak pun di ceritakan. Yunus hanya berdiam diri. Tok Laba merasa kasihan melihat Yunus. Hari itu Yunus bertingkah aneh. Di ajak makan juga tidak mahu. Tok Laba mengadu pada keluarga nya di meja makan malam itu.

Tok Laba : abang rasa risau dengan Yunus tu. Hari ni dia diam je.
Mak Laba : ha ah. Kadang kita ni kesian juga. Bukan apa, hanya sebab dia kalah pantun teka teki je. Dia seolah-olah di buang oleh orang-orang kampung.
Tok Laba : padahal dia anggap orang-orang kampung macam keluarganya sendiri.
Salwa : dia juga yang silap. Siapa suruh sombong dengan kemewahannya. Tuhan kalau nak tarik sekejap je.
Mak Laba : ya.
Mid : tapi Mid yakin dia dah belajar dari kesilapan nya.
Salwa : sibuk nya orang-orang tua tengah bercakap.
Mid : membeli umpan untuk siakap,
Izinkan saya untuk bercakap. Mid rasa Abang tu baik je. Dia peramah, dan hebat di mata Mid.
Tok Laba : abah pun rasa begitu. Salwa, pergilah bagi makanan ni kat Yunus.
Salwa : eh kenapa saya?
Tok Laba : dengar cakap abah ni.
Mid : nak jadi anak derhaka ke?

Salwa yang keberatan terpaksa membungkus beberapa lauk pauk untuk Si Yunus. Sesampai saja di kandang kuda, dia nampak Yunus baring dengan santai.

Salwa : ehem.
Yunus : huh ku sangkakan penghangat hati, rupanya perosak hati..
Salwa : kau ingat aku nak sangat ke datang kemari? Ini, Abah bagi lauk.
Yunus : wah terima kasih. Baiknya dia.
Salwa : siapa?
Yunus : kau lah.
Salwa : hah?

Salwa merasa malu dan tak selesa. Yunus sungguh santai waktu itu. Seolah-olah kata itu dari hati terdalam nya.

Yunus : siapa yang masak?
Salwa : mak aku lah.
Yunus : kalau mak nya yang masak sedap macam ni, apatah lagi anak nya. Aku tak sabar merasa keenakan masakan kau.

Wajah Salwa kemerahan. Dia malu. Entah kenapa dia malu. Suara Yunus lembut sambil membelai dalam kata-kata.

Salwa : cepat sikit. Aku nak bawa balik bekas makanan tu.
Yunus : suapkan?
Salwa : eh.. apahal kau ni?
Yunus : hahaha.. gurau je la.

Suasana jadi hening. Di temani dengan bunyi alam.

Yunus : nah, terima kasih Wa.
Salwa : jangan panggil aku macam tu.
Yunus : ala nama timangan apa salahnya.
Salwa : ye la Nus!
Yunus : kalau di tengok-tengok, kau manis juga ya orang nya.

Salwa berpura-pura marah dan terus pergi. Sampai di rumahnya, Salwa tersenyum memikirkan Yunus sebenarnya baik cuma layanan nya kepada Yunus membuat kan Yunus saling membalas.

Tok Laba : macam mana? Dia baik tak?
Salwa : dia baik-baik saja abah.

Salwa terus masuk ke dalam sehingga Mak nya lalu dia tak perasan.

Mak Laba : apahal dengan anak awak tu?
Tok Laba : berseri-seri wajah nya. Mesti dia jatuh cinta..
Mak Laba : dengan si Yunus? Abang bukan tak tau Salwa benci dengan dia tu.
Tok Laba : dalam gelap tidak berbayang, sudah kuasa Tuhan memberikan rasa sayang.
Mak Laba : wah pantun dia. Bukan main lagi. Ingat lagi masa pertama kali kita berkasih sayang?
Tok Laba : ahhhh mengantuknya. Mari masuk tidur.

Mak Laba hanya merangkai wajah yang geram.

Keesokan harinya, Salwa cuba ingin mengintai-intai Yunus di kandang kuda. Namun tidak kelihatan kelibatnya di situ. Dia mencari di seluruh kampung Sutera itu dan bertanyakan tentang keberadaan Yunus. Namun hampa. Dia bertemu dengan Abahnya.

Tok laba : Yunus hilang?!

Bersambung...

Previous: Terima
Next: Pergi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy