Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,951
Kategori: Buku
Genre: Umum
Hujan

Jejak kaki bertapak alas,
Tidak luka bila berpijak,
Negeri orang berhujankan emas,
Negeri sendiri berhempap batu keras.

Hampir dua hari Yunus berjalan, akhirnya dia sampai di sebuah kampung. tidak, mungkin ianya lebih kepada sebuah kota. tempatnya luas dan penuh dengan perumahan. Yunus pun masuk ke dalam kota itu. Dia sampai di suatu kawasan yang penuh dengan perdagangan. Maka, banyaklah orang yang menjual pelbagai jenis barang di situ. tempat itu teramat bising. berbeza dengan tempat si Yunus. dimana orang-orang kampung hanya datang ke tempat yang mereka mahukan. Tidak perlu menjerit sambil memanggil-manggil pelanggan. Kemudian dia tercium bau makanan. Kebetulan dia belum makan selama dua hari perjalanan. Dia hanya makan buah-buahan kecil sewaktu dalam perjalanan.

Yunus : Makanan ni berapa harganya?

Penjual : Kuih 2 gangsa, Mi cuma 5 perak.

Yunus : oh tak apa lah.

Penjual itu terpinga melihat si Yunus pergi. Mahal kah jualan nya? Yunus baru tersedar dia tidak memiliki duit. namun dia terus dapat ilham. dia terus datang semula ke gerai tadi.

Penjual : kau lagi. Mahal ke harganya?

Yunus : tak ada lah. saya tak ada duit sebenarnya.

Penjual : patutlah. syuh syuh aku tak bagi orang makan free.

Yunus : eh nanti dulu. Apa kata saya tolong abang cari pelanggan? dan upahnya abang bagi saya makan Mi ni? mi apa ni?

penjual : Mi Ayam. boleh ke kau panggil pelanggan?

Yunus : cuba dulu.

Penjual : baiklah. Silakan.

Yunus terus mengambil handuk yang ada nama gerai tadi. dia berjalan sedikit di depan sambil melihat orang lalu -lalang. 

Yunus : Mi Ayam !!!! Mi Ayam !!!

Ramailah orang yang sambil berjalan melihat Kelakuan Yunus. 

YUnus : Burung kekek burung di hutan, Terbang naik berlegar-legar; Mari encik marilah tuan, Mi Ayam baru keluar. 

Mereka di situ terus terpegun. mereka pun masuk ke kawasan penjual itu. Si penjual yang hanya duduk tadinya terus bangun kelam kabut apabila orang ramai mula memenuhi gerai nya itu.

Orang 1 : wah, sungguh unik cara kamu menarik pelanggan. Saya suka.

Yunus : biasa saja lah. 

Hari itu orang datang ke gerai Mi Ayam itu kerana tertarik dengan pantun Yunus. Adakala nya ketika menghantarkan makanan di meja, orang-orang mahu mendengarkan si Yunus berpantun. Ada juga yang membeli pantun.

Yunus : Kalau mengail ikan tenggiri, Umpan di taut ikannya bilis; Makanan baik tidak terbeli, Sayang takut duitnya habis!

Mereka ketawa mendengarkan pantun gurauan dari Yunus. Hari pun hampir malam. Bahan masakan juga habis. Si penjual itu pun mahu menutup kedai. ketika hampir siap berkemas, penjual itu memberikan si Yunus makanan mi ayam yang banyak.

Penjual : tidak ku sangka makanan jualan aku hari ni laku sungguh. nampak nya kamu membawa tuah.

Yunus : biasa orang kata saya bawa Jebat.

Penjual : itu lain! nah makan ni.

Yunus : wah! banyak nya. dah berapa hari saya tak makan ni.

Penjual : siapa nama kau? dari daerah mana?

Yunus : nama hamba Yunus. cuma Yunus dari Kampung Sutera. 

Penjual : Amboi.  berhamba-hamba pulak. memang betul asal kampung ni. sebab tu bahasa kau ni agak baku.

Yunus : ya, memang dari kecil saya di ajarkan dengan bahasa melayu yang dalam. biar luas pengetahuannya. Nama abang apa?

Penjual : Panggil aku Abu je.

Yunus : Abu Jahal ke?

Abu : bukan! ada juga aku siram air panas kat kau. Abu Sadad.

Yunus : hehehe Sedap juga nama tu.

Abu :  Apa gerangan kau datang ke sini?

Yunus : saya merantau mencari rezeki.

Abu : ohhh patut la. nah ambil 5 perak ni. upah kau hari ni.

Yunus : wah terima kasih. 

Abu : Aku ni dah lama meniaga baru hari ini untung lebih dari 20 perak, 30 gangsa. bayangkan kalau ada 100 perak. Aku dah boleh ada 1 emas. kaya hahaha kaya.

Yunus : cis, nak kaya rupanya. sedap jugak mi ayam ni. rupa macam takda apa-apa. tapi sedap.

Abu : Adalah bahan rahsia. Turun temurun. lepas ni kau nak kemana. kalau tak ada nak kemana-mana kerjalah sini. tapi setiap hari aku upah kau bergantung dengan untung yang dapat hari ni. macam mana?

Yunus : boleh sangat tapi saya nak tidur mana.

Abu : tidur lah rumah aku. lagipun aku tinggal sendiri.

Yunus : badan sasa macam ni tak ada orang rumah ke?

Abu : apa maksud kau? ye memang lah umur aku dah 27, dah boleh kahwin dah. tapi calon orang rumah terlalu sukar di gapai.

Yunus : Wah! berpuitis.

Abu : kau pandai ke berpuitis?

Yunus : sudah tentu lah.tapi saya lebih kepada pantun.

Abu : aku pandai juga berpantun ni. tapi tak la sehebat kau. dua kerat je.

Yunus : Terjun tinggi dia berani, silakan menjual hamba membeli. 

Abu : kejap, izinkan hamba berfikir dulu.

Abu pun mula berfikir. sedangkan Yunus meneruskan memakan makanan itu. Dia sangat bersyukur dalam perjalanan nya berjumpa dengan orang yang baik-baik. 

Yunus : lama betul ni tuan hamba berfikir.

Abu : haa dah dapat. Belah kelapa bahagi dua, tuan hamba sudahkah berpunya? hahaha jawab lah.

Yunus : ceh, pantun dua kerat pun berlagu. Mendaki gunung mencari berlian, sejujurnya hamba masih dalam pencarian.

Abu : Wah! cepat betul kau jawab. kejap, fikir dulu.

Yunus pun bangun pergi mengambil air. Dia melihat Abu sedang berfikir.

Yunus : eh bila mahu balik daa.? Hamba dah mengantuk ni.

Abu : haa ye lah. sambung nanti.

Mereka pun mula mengemas dan terus pulang ke rumah Abu.  Rumah Abu berdiri di tanah. ruang kosong di  bawah rumah itu ada tempat buaian.

Abu : Mencari pisang di gunung Daik, silakanlah naik. 

Yunus : agaknya dia ni suka sangat dengan buah. dari tadi buah saja.

Abu : Rumah kecil je. Maklum lah rumah bujang. nanti dah kahwin aku besarkan rumah ni. tak pun aku jadikan rumah ini rumah sewa. kalau kahwin dengan anak raja lah.

Yunus : berangan macam mat jenin. luas juga dalam ni.

Yunus memandang  sekeliling rumah Abu. Rumah kecil tetapi tanahnya luas. 

Yunus  : Apa nama kota ni?

Abu : Nama kota ni Kota Lumpur. Sebab dulu banyak lumpur tapi diorang dah tambak. Lumpur bagus kalau tambak. Nanti keras jadi kukuh.

Setelah berbual panjang bersama kawan baru nya, mereka pun ketiduran. esok paginya, Yunus di bangunkan dengan paksa. Si Abu nampak nya agak bersemangat.

Abu : Yunus!!! bangun. kau tak tau ke hari ni hari apa?

Yunus : mana lah saya tau. saya baru sampai semalam.

Kata Yunus sambil merenggangkan badan nya. Tak sempat mandi dia terus pergi ke tapak gerai itu. Abu agak kelam kabut.  Semalam Abu berkata yang dia mula membuka gerai  tengahari tapi hari ini awal. Rupa-rupanya pagi itu mereka mencari bahan-bahan untuk Mi Ayam.

Abu : Hari ni kita tak yah lah jual kuih. Jual air saja semalam pun dah untung.

Yunus : Oh air berapa?

Abu : 1 perak.

Yunus : eh mahal? tempat saya baru 3 gangsa.

Abu : kau tengok lah cawan aku macamana. kan macam balang air. tak da la mereka nak tambah air selalu. Kalau tambah untung juga.

Yunus : oh macam tu. 

Abu : hari ni hari istimewa. sebab ada adat ziarah rakyat.

Yunus : apa? tak faham?

Abu : Raja akan keluar dari istana untuk ziarah rakyatnya. biasa baginda melalui jalan tempat kita meniaga tu. sebab tu ramai kat jalan tu.

Yunus masih terpinga-pinga. mungkin sebab baru bangun tidur?

Yunus : apa? Raja?!!! Kota ni ada raja?

Abu : ye, kau tak tahu ke negeri ni ada Raja? tempat kau tu pun di perintah oleh Raja ni.

Sesungguhnya Yunus baru mengetahui hal ini. Kampung Sutera termasuk dalam negeri ini.

Note : Gaya penulisan hari ni lain sebab den taip guna PC

bersambung .....






Previous: Sebelum
Next: Selera

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy