Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,953
Kategori: Buku
Genre: Umum
Wazir

Siang ikan buang sisik,
Kayu papan jati di pahat,
Ibarat syaitan suka bersisik,
Menghasut orang berbuat jahat.

Raja menanyakan tentang orang yang bersama Yunus.

Yunus : ini Irsa.. dia seorang pengembara.
Raja : wah bagus. Anak muda seperti kamu lah yang akan membawa maruah bangsa.
Irsa : daulat tuanku.
Raja : kemana kah tempat yang kamu sedang tuju?
Irsa : patik ingin menuju ke tanah arab tuanku. Ingin sekali belajar sesuatu di sana nanti.
Raja : satu tujuan yang baik. Semoga Allah permudahkan perjalanan kamu. Jadi dengan apakah kamu ke sana? Adakah berjalan kaki?
Irsa : patik akan menaiki kapal. Kerna itulah patik meminta tolong dengan Tuan guru Yunus.
Yunus : ya. Betul tu..
Abu : ampun tuan ku, jikalau boleh patik bertanya, tuanku dari mana hendak kemana?
Raja : oh tentang itu. Beta mahu ke perlabuhan. Boleh lah beta mengajak Irsa sekali.
Yunus : untuk apa tuanku ke perlabuhan?
Raja : hari ini, wazir istana beta akan tiba tidak lama lagi. Jadi ada elok nya beta menjemput beliau di sana.
Abu : Yunus? Wazir tu apa?
Irsa : wazir itu orang yang membantu pentadbiran negeri.

*Wazir di zaman sekarang adalah Perdana menteri, presiden

Abu : oh macam tu. Bijak lah kamu ni. Tahu semua.
Yunus : abu abu. Kalau kau belajar pasti kau pun tahu semua.
Abu : ceh..
Raja : marilah kita ke sana.

Raja Muda Muliadi Shahbar dan Irsa pun segera berangkat ke pelabuhan.

Abu : kau tak ikut ?
Yunus : Pergi ke laut tapi terkandas, ahh hamba sedang malas..
Abu : hm hmpp (geleng kepala).. agak-agak kau siapa nama wazir tu ya?
Yunus : laahh , kau tinggal sini tapi tak tahu apa nama orang tu?

Setelah lama menunggu, akhirnya kapal yang mereka tunggu sampai juga. Ramailah orang turun dari kapal itu. Kapal itu agak besar. Mampu muat sebanyak 20 orang. Wazir yang di tunggu-tunggu oleh Raja Muda pun kelihatan.

Wazir : ampun Tuanku, maafkan patik kerana terlambat.
Raja Muda : tak mengapa.
Wazir : terima kasih tuanku. Patik sudah ada ubat untuk tuan puteri.

Raja Muda hanya tersenyum manis. Wazir istana itu pula berasa hairan.

Wazir : ampun tuanku, apakah gerangan berita yang membuatkan tuanku tersenyum seperti ini?
Raja Muda : sebenarnya, banyak perkara yang terjadi semenjak kamu pergi. Tetapi apa yang boleh beta katakan sekarang... Adinda beta sudah pulih sepenuhnya.
Wazir : apa?! Bagaimana? Siapa yang mengubatnya? Tabib dari mana?
Raja Muda : ehem!
Wazir : ampunkan patik tuanku. Patik mahu tahu.
Raja Muda : kamu akan tahu juga nanti. Nanti dalam perjalan pulang ke istana, beta akan cerita kan semuanya. Buat masa sekarang, beta mahu menolong seorang pemuda yang ingin ke Tanah Arab.

Raja muda itu memanggil Irsa.

Irsa : ya Tuanku yang patik sanjungi.
Raja muda : ini wazir istana beta. Dan Wazir, ini Irsa. Pemuda yang beta katakan tadi.
Wazir : ini penasihat ganti tuanku kah?
Raja Muda : bukan. Tiada siapa ganti kamu selama ketiadaan kamu. Sekarang, beta bertitah untuk panggilkan beta pengemudi kapal ini.

Dengan titah itu, Si Wazir terus memanggil orang yang berkuasa di dalam kapal itu.

Wazir : ini dia tuanku.
Raja Muda : beta mahu meminta tolong untuk menghantarkan pemuda ini ke tanah arab dengan selamat.
Kapten kapal : ampun tuanku, memang benar kami akan ke barat namun kami tidak singgah ke tanah arab.

Raja muda berkerut mendengar perkataan orang itu.. dia memikir-mikir.

Irsa : tak apa tuanku, patik rasa boleh ikut sampai ke destinasi kapal ini. Kemudian, patik boleh menumpang orang lain selepas sampai di sana.
Raja Muda : benarkah?
Irsa : ya tuanku.
Raja Muda : baguslah. Senang hati beta mendengarnya.
Irsa : terima kasih tuanku atas pertolongan yang amat bererti ini.
Kapten : kalau macam tu. Cepat naik. Kami dah nak berangkat.

Maka dari itu, berangkat lah orang-orang yang berada di kapal itu. Tidak tahu kemana arah yang di tuju. Apa yang pasti ianya di barat.  Dalam perjalanan pulang ke istana, Raja Muda mencerita kan tentang Yunus dan Abu kepada Wazir istana.

Wazir istana itu nama penuh nya, Lagat Palingaju . Dia tiada di istana selama ini kerana mencari ubat untuk penyakit tuan puteri. Bukan apa, jika dia dapat mengubati penyakit tuan puteri.. dia dapat menantukan tuan puteri. Namun harapan nya pudar apabila ada seorang pemuda bernama Abu Sadad yang menyembuhkan penyakit Tuan puteri. Lagat masih kelihatan tegap walaupun sudah berumur 42 Tahun dan seorang duda anak satu. Semenjak kematian isterinya, dia selalu sibuk dengan pekerjaan nya. Kerana itulah, apa saja kemahuan dan keperluan anaknya dia segera tunaikan secepat mungkin dan kembali semula ke istana.

Ketika mereka sedang seronok berbual, kereta kuda Raja Muda berhenti secara tiba-tiba. Raja Muda pun menjenguk  ke jendela dan bertanya kepada penunggang kuda itu.

Raja Muda : ada apa wahai pengawal?
Pengawal : ada seseorang mati di jalan kita Tuanku.
Raja Muda : Mati ?

Kata Raja muda sambil memandang Wazir istana itu. Raja muda itu terus keluar kerana merasa bertanggungjawab dalam pemerintahan nya.

Raja Muda : orang ini, perempuan!
Wazir : pengawal! Angkat saja perempuan ini ketepi.
Pengawal : baik ..
Raja Muda : jangan.. sebagai orang islam..kita kena membantunya.
Wazir : ampun tuanku, dia sudah pun meninggal dunia. Apa yang boleh kita bantu?
Raja Muda : sekurang-kurangnya kita haruslah menguruskan jenazahmya dengan layak dan sempurna mengikut shariat islam.

Wazir Lagat itu terus terdiam. Baru sahaja Raja Muda mahu mengarahkan pengawalnya untuk mengangkat perempuan itu, perempuan itu terbatuk-batuk. Kemudian, pengsan semula.

Raja Muda : dia... Masih hidup!!! Bawa dia ke istana. Beta titahkan kamu..

Mereka dengan pantas bawa perempuan tu ke istana... Pengawal lain memuji-muji kebaikan Raja mereka. Kalau lah semua orang yang berkuasa tinggi seperti itu baik seperti raja mereka. Sejurus sampai ke istana, Raja Muda memberi titah kepada dayang istana untuk merawat perempuan itu. Raja Muda juga datang mencari Yunus sambil di temani Wazir Lagat.

Raja Muda : Yunus, dalam satu hari ni. Macam-macam orang beta jumpa. Hahaha..
Yunus : sama lah. Bagaimana dengan Irsa?
Raja Muda : dia sudah sedang dalam perjalanan.
Yunus : eloklah. Ini siapa ?
Raja Muda : Yunus, inilah Wazir istana, Lagat Palingaju.
Yunus : hehe (tahan gelak) apa? Sekali lagi?
Raja Muda : Lagat Palinga..
Yunus : hahaha sungguh aneh nama itu.. cuba sebut dengan laju.. alih-alih jadi...
Raja Muda : Lagat paling laju..(20 kali)
Yunus : hahaha paling laju..
Raja Muda : Yunus! Tidak baik mempersendakan nama orang.
Yunus : ampun tuan ku. Tidak berniat mempersendakan nama itu.

Kelihatan wajah Wazir istana merah kerana menahan marah. Dan berlalu dari situ.

Raja Muda : lihatlah apa yang kamu sudah perbuat.

Yunus mengejar Wazir itu.

Yunus : maafkan hamba. Hamba tidak sengaja. Marilah kita menghadap raja. Dia bersendirian.
Wazir : jika bukan kerana Raja, kamu sudah pasti aku pukul.

Mereka pun kembali.

Raja Muda : baguslah sudah berbaik.
Wazir : hanya buat masa ini.
Raja Muda : beta rasa ingin berkahwin tak lama lagi.
Yunus : wah! Mengejutkan.
Wazir : apakah yang ada dalam benak tuanku? Kenapa tiba-tiba?
Raja Muda : beta jatuh hati pada perempuan yang kita selamatkan tadi.
Yunus : itu perkhabaran yang baik. Sudah pasti perempuan itu terima. Sebab tuanku sudah menunjukkan perkara baik.
Raja Muda : mudah-mudahan.
Wazir : bukan datuk bendahara ada seorang anak gadis ?
Raja Muda : gadis itu masih budak. Kamu mahu beta menunggu selama 10 tahun lagi?
Wazir : ampunkan patik. Tetapi jika menunggu 10 tahun apa salah nya, tuanku dpt anak gadis yang masih muda.
Raja Muda : ............
Yunus : Wazir Lagat. Biarkan Raja Muda menentukan hidupnya sendiri.
Raja Muda : benar apa kata kamu Yunus. Memang pantas kamu menjadi tuan guru beta. Kamu boleh jadi penasihat istana.
Yunus : patik malas tuan ku. Patik mahu hidup dengan tenang. Tuanku harus membiarkan patik menentukan hidup sendiri.
Raja Muda : ya maafkan beta. Beginilah, nanti jika kamu ingin berkahwin suatu hari, beta sendiri akan menyediakan semua perlengkapan.
Wazir : Tuanku, jika nanti tuanku sudah berkahwin, siapa pula seterus nya...

Wazir sudah tahu , dia sengaja bertanya..

Raja Muda : sudah semestinya Adinda beta..
Wazir : dengan siapa?

Masuk hutan mencari nibong,
Bersambong....

Previous: Raja
Next: Rahsia

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy