Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,957
Kategori: Buku
Genre: Umum
Raja

Bertepian ombak bersisiran pantai,
Bersapu peluh di hembus angin,
Ada masa dia bersantai,
Berbaring di bawah pokok beringin.

Yunus cuba mengambil semula emosional yang sebenarnya dia tak tahan untuk mengajar si Raja.  Sebab itu dia bersantai sambil menenang kan fikiran nya. Bukan apa, sudah hampir seminggu dia mengajar cara berpantun kepada Raja............

Raja : Pokok itu pokok kelapa, beta rasa kelaparan... Betul tak?
Yunus : Ya Allah.. kau ampunilah dosa hamba-Mu ini..
Raja : kenapa Yunus?
Yunus : salah tuanku. Bukan kah hamba sudah kata kan , pembayang dan penyata harus sama hujung pangkal.
Raja : beta tahu. Tapi bukan kah bunyi nya lebih kurang.
Yunus : ya benar tuanku. Tapi pantun bukan lebih kurang. Kita cuba pantun yang senang. Saya bagi pembayang, tuanku pula bagi penyataan nya.
Raja : boleh juga.

Yunus berfikir pantun jenis dua rangkap yang mudah

Yunus : dua tiga kucing berlari, mana nak sama dengan si kucing belang,..
Raja : hmm.. sungguh cantik wajah berseri,
Yunus : haaa haa, boleh boleh. Teruskan tuanku..
Raja : (memandang yunus yang melihatnya dengan harapan) melihat si dia memakai gelang...
Yunus : ya boleh lah. Bagus.. akhirnya.. (terharu).. setelah sekian lama..
Raja : yaaa!!...

Raja gembira dia betul

.........

Yunus yang sambil berbaring mengingatkan kejadian itu rasa damai. Baru sahaja mahu melelapkan mata, ada seseorang memberi salam kepada nya..

Irsa : Assalamualaikum tuan hamba.
Yunus : waalaikumussalam.. ada apa tuan hamba?
Irsa : hamba ingin bertanya jalan ke pantai.. adakah tuan hamba tahu?
Yunus : ya. Sepertinya hamba tidak pernah nampak tuan hamba.. apakah tuan hamba orang baru di sini?
Irsa : oh tidak.. hamba cuma seorang pengembara. Mencari ilmu sambil mencari jati diri. Nama hamba Irsa.

Kata orang itu tersenyum lembut. Irsa seorang lelaki yang tegap dan tinggi . Dia berperwatakan tenang dan berwajah kosong. Reaksi nya seperti orang yang sedang berfikir.

Yunus : oh Irsa ! Pelangi bukan?
Irsa : ya benar. Tuan hamba pula?
Yunus : hamba bernama Yunus.
Irsa : oh nama nabi. Bagus.
Yunus : berjalan jauh terasa haus, hamba bukanlah org yg ditelan ikan paus ..

Yunus berjenaka dengan orang itu. Orang itu cuma tersenyum.

Yunus : siapa tuan hamba dan dari mana tuan hamba berasal? Kenapa boleh mengembara? Seperti nya tuan hamba dalam kawasan pendalaman seperti hamba.
Irsa : ya. Hamba juga perasan dari tutur kata tuan hamba. Apakah tuan hamba juga seorang pengembara?
Yunus : bukan. Err pada mulanya ya. Tapi hamba berhenti di sini.. tinggal di sini dengan raja.
Irsa : wah, tuan hamba orang istana?
Yunus : tidak, hamba cuma seorang guru.
Irsa : guru kepada siapa?
Yunus : kepada Raja.
Irsa : wahh hamba tak sangka. Dapat jumpa seorang yang hebat dan mulia seperti tuan hamba. Kenapa tuan hamba mengembara dari kampung tuan hamba? Adakah mencari ilmu juga?
Yunus : tidak, hanya mencari tempat yang tenang dan menjalani hidup.
Irsa : bagus juga. Lagipun hamba masih muda.
Yunus : tuan hamba pula bagaimana?
Irsa : panjang cerita nya.
Yunus : alamak, kalau panjang elok lah kita ke kedai makan dahulu.
Irsa : tidak apa kah?
Yunus : tidak apa-apa. Hamba belanja.
Irsa : Alhamdulillah.

Mereka pun pergi ke kedai Abu.

Yunus : mi ayam dua!!
Abu : amboi kau.. mentang-mentang tinggal dekat istana.. kawan dengan orang ada ada.
Irsa : hamba orang biasa saja..
Abu : oh maafkan saya. Saya ingatkan kamu tinggal di istana.

Yunus faham dan perasan dengan wajah Irsa yang dalam keanehan. Mungkinkah kejutan budaya.

Yunus : err Irsa.. bahasa dekat sini agak berbeza. Mereka menggunakan bahasa yang moden.
Irsa : ya, rupa-rupanya macam ni ya. Masih panjang perjalanan hamba.
Yunus : tuan hamba baru nak berangkat ?
Irsa : tidak. Ini baru tempat pertama hamba.
Yunus : ohh begitu.
Abu : sekejap lagi siap mi ayam ya.
Irsa : terima kasih.

Kemudian, datang lah makanan mereka. Abu bertanya soalan yang sama seperti Yunus tadi. Orang itu menjawabnya dengan tenang.

Yunus : jadi, ceritalah tentang mengapa kamu mengembara? Hamba sudah bercerita tadi.

Selepas berdoa.. mereka pun makan.. Abu dan Yunus mengetahui bahawa orang ini mungkin seorang yang alim yang baru mencari ilmu yang lebih luas. Jadi Abu pun bertanya tentang makan tak boleh berkata-kata..

Irsa : oh sebenarnya, kita boleh bersembang ketika kita ramai seperti ini. Ini lah di nama kan silaturrahim. Memang benar ketika makan tak boleh berkata-kata. Bermaksud tuan hamba harus lah habiskan mengunyah baru lah sambung berkata kata.. jika tidak, tuan hamba akan tercekik makanan.
Yunus : hahaha betul tu. Apa lah kau ni Abu.

Irsa ternyata orang yang bijak dalam mengutarakan pendapatnya.

Yunus : hamba masih menunggu cerita..
Irsa : oh maafkan hamba.. makanan ini sungguh sedap.. inilah makanan tersedap hamba makan.
Abu : terima kasih. Nanti kalau tuan hamba mengembara, tuan hamba ceritakanlah tentang gerai mi ayam hamba ni.
Irsa : insya-Allah. Baiklah, hamba sebenarnya tidak tahu mahu memulakan cerita dari mana.
Yunus : dengar cerita dia terlena, tak kisahlah dari mana..

Irsa pun memulakan cerita panjangnya.

Irsa : Di dalam kampung hamba, ada dua orang pemuda yang di anggap rendah darjat nya. Keluarga hamba orangnya sederhana dimana keluarga hamba bekerja kuat untuk teruskan hidup. Hamba juga hanya ada seorang ibu yang bernama Mariam. Hamba agak terkilan kerana hamba tiada ketika ibu hamba meninggal dunia.
Abu & Yunus : Innalillahiwainnalillahirajiun..
Irsa : ibu hamba meninggal dunia ketika solat di sebuah gunung. Dan hamba ingatkan dia masih solat , jadi hamba pun solat hingga menjelang pagi. Setelah sedar ibu hamba sudah tiada, hamba turun dari gunung ke desa untuk meminta tolong untuk menguruskan jenazah ibu hamba. Namun tiada siapa yang sedia untuk menolong hamba.
Yunus : masya-Allah.. jadi siapa yang menguruskan jenazah ibu tuan hamba.

Irsa terdiam seketika...

Irsa : maafkan hamba, ini rahsia Allah.
Yunus : baik lah, hamba faham. Jadi, selepas itu tuan hamba mengembara?
Irsa : ya.
Abu : bagaimana dengan pemuda yang kedua?
Irsa : ya, dia sahabat hamba yang miskin. Namun hamba tak pernah malu berkawan dengan dia. Namanya Jazal. Dia tinggal bersama neneknya yang sudah tua. Kami berkawan baik namun orang desa pula selalu merendahkan kami. Lebih-lebih lagi dia. Suatu hari, ketika sedang berkerja. Seseorang menolak badan nya hingga dia terjatuh tempat yang ada kayu tertancap di tanah. Akibat kejadian itu. Matanya buta sebelah. Dia mula berdendam dengan orang kampung. Namun dia masih baik-baik saja.. kami pun mula mengembara berlainan arah mencari ilmu seorang diri agar sekembalinya kami orang-orang desa hormat dengan kami.

Mereka berdiam diri mendengar kisah lelaki itu.

Yunus : wah hebat sungguh cerita tuan hamba.
Abu : yalah. Hamba harap tuan hamba dapat ilmu yang baik-baik.
Irsa : insya-Allah.. hamba juga tak sabar untuk bertemu sahabat hamba dan berkongsi ilmu dengan nya.

Sewaktu mereka sedang rancak bercerita.. raja melalui kawasan itu sambil berjalan kaki dengan diiringi oleh pengawal nya.

Raja : dua tiga kucing berlari, sungguh cantik kain ini..
Orang kota 1 : wah hebat tuanku berpantun. Tentu Yunus mengajar tuanku hingga tuanku mahir dengan pantun.
Raja : hehe itu sudah tentu.
O. K 2 : tuanku hendak kemana?
Raja : dua tiga kucing berlari, beta mahu ke pantai.
O. K 3 : wah.. pantun lagi.. hebat tuanku! Lagi tuanku.

Raja berbangga hati dengan pujian itu. Padahal pantun-pantun nya sama.

Raja : dua tiga kucing berlari, berapa harga gandum ini?
O. K : inilah raja kita . Raja pantun!!!!

Ramai orang-orang kota bersorak dengan kepandaian Raja mereka dalam berpantun.

Raja : dua tiga kucing merana, bawa 10 guni ke istana.

Orang-orang kota tersenyum riang dan bertepuk tangan. Raja pula ternampak Yunus dan Abu. Baginda pun meluru ke arah mereka.

O. K : raja kita bakal menjadi Raja pantun!!

Raja pun menyapa Yunus dengan lagaknya.

Raja : kamu dengar itu wahai Yunus, guru beta. Mereka memuji beta dengan gelaran Raja Pantun. Hahaha!!
Yunus : ya lah tuanku. Tapi tuanku harus belajar lagi sampai benar-benar mahir
Raja : baiklah tuan guru. Siapa gerangan orang ini?

Bersambung.....

Previous: Menang
Next: Wazir

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy