Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
68,825
Kategori: Buku
Genre: Umum
Pergi

Allah SWT berfirman, "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang beriman". (QS Al-Anbya ayat 87-88).

Di lanang perasaan seorang wanita,
Yunus pergi meninggalkan Kampung Sutera.

Tidak terpaut tali yang rapuh,
Dia merasa hidupnya jatuh.

....

Pagi itu, Yunus bergerak meninggalkan Kampung Sutera tempat dia dibesarkan. Dengan perasaan yang hampa, sesudah subuh dia berjalan tanpa arah. Tiada bekalan malah tiada tujuan ke mana dia harus pergi.

Kata-kata menjadi nipah,
Luka pedih sukar di basuh,
Di mana kaki melangkah,
Di situ tempat berteduh.

Dia terus berjalan sehingga matahari tinggi di langit. Perut berbunyi. Tekak dahaga. Fikirannya hampir hilang. Matanya tidak jelas melihat ke depan. Ada budak melaluinya dengan pantas. Yunus menyapa nya.

Yunus : wahai budak kecil, di mana saya ini?
Budak 1 : hutan..
Yunus : eh budak ni. Ada kampung yang berdekatan tak dekat sini?
Budak 1 : saya sendiri sesat. Saya sedang mencari emak saya.

Yunus hanya berdiam diri. Dia cuma ingin menjimatkan tenaga yang tersisa. Perut nya terus berbunyi. Budak itu mendengarnya. Dia sedar lelaki di depan nya lapar. Dia membuka sebuah uncang kain di badannya. Ada beberapa tandan pisang dan air. Dia memberi kan sedikit pada Yunus. Yunus menerimanya sambil berterima kasih.

Yunus : abang bersyukur dapat jumpa kamu. Abang memang lapar.
Budak 1 : abang dari mana?
Yunus : Kampung Sutera.
Budak 1 : hah? Tak pernah dengar pula.
Yunus : jauh dari sini.
Budak 1 : kenapa abang tinggalkan kampung tu?
Yunus : entah lah nak.

Kemudian terdengar suara wanita memanggil-manggil seseorang. Ternyata itu adalah emak budak itu.

Wanita : terima kasih sebab jaga anak saya.
Yunus : eh tidak. Kami hanya kebetulan bertembung.
Wanita : nah, sedikit sagu hati.

Wanita itu memberikan beberapa buah-buahan yang ada di dusun nya. Yunus hanya mengambilnya lalu berterima kasih.

Yunus : jatuh buah tinggal benih, hamba sangat berterima kasih.

Yunus terus beredar dari situ dan meneruskan perjalanan nya tanpa hala tuju.

Budak : apa? Benih? Kasih? Apa tu mak?
Wanita : entah lah. Aneh orang itu. Nasib orang nya baik sopan santun nya.

Yunus berjalan lagi. Hari masih di tengah hari. Dengan perasaan yang riang kerana perut kenyang dia berjalan sambil memandang langit. Tanpa sedar.....

Yunus : aduh!!!

Dia jatuh dalam lubang yang agak besar dan dalam. Dia tidak dapat melihat arah permukaan. Hanya akar-akar dari pokok mengelilingi nya. Dia mengerang kesakitan!! Berbaring..

Yunus : Ya Allah, apa salah hamba? Hamba tidak mencari musuh mahupun mencari benci di mata orang. Kenapa harus aku seperti ini?

Yunus mengadu pada Tuhan yang maha esa.. dia cuba bangun. Masih sakit. Namun dia cuba untuk memanjat dari lubang itu.

Yunus : dalam betul lubang. Ni telaga kering ke? Tak ada tempat pijakan pula tu. Macamana aku nak naik?

Hari hampir malam. Dia masih terkial-kial cuba untuk naik ke atas.

Seiring malam datangnya bintang,
Bintang menemani bulan,
Hidup terasa di selubung malang,
Gelap malam ia di telan.

Yunus : nasib ada makanan lagi. Tapi aku kena berjimat. Aku tak tau berapa lama aku dapat naik ke atas.

Sambil berbaring dia termenung dan berfikir. Telaga kering itu sangat dalam. Dia merasa hairan kenapa telaga itu ada jalan? Apakah terlalu asyik hingga menyimpang ke arah lain? Dan dia tidak menyedari itu?

Anak ayam menetas dalam telur,
Tenang suasana dia tertidur...

Akibat terlalu sejuk, dia terjaga di saat waktu menjelang pagi.
Dalam keadaan masih mengantuk, dia meminum air. Dia bangun untuk melegakan badan. Kemudian terus mencuba untuk naik dari telaga itu.

Yunus : haa kalau takda orang lalu sini. Habis la aku. Mati seorang diri di telaga.

Setiap minit dia mencuba, namun gagal. Cuba kemudian rehat sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Sedar tak sedar air itu habis. Bekalan yang wanita tua itu bagi.
Yunus mula merasa takut. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Matanya berkelip-kelip memikirkan apa yang terjadi.

Jauh pergi sambil berkelana,
Sudah menyesal tiadalah berguna.

Yunus merasa kesal akan apa yang berlaku. Kalau dia tahu akan jadi seperti ini, dia tidak akan meninggalkan kampung itu. Hampir empat hari dia terperangkap di dalam telaga itu. Tubuh nya terasa lemah. Bibir nya kering. Masih terbaring. Makanan pun sudah tiada lagi. Dia terpaksa memakan rumput yang ada di situ untuk meneruskan hidup.

Yunus : Ya Allah, ada dosa yang hamba sendiri tidak sedari. Ampuni hamba-Mu ini. Yang lemah lagikan hina.

Dia menangis dan terus mengadu keluhan nya setiap hari. Sudah 7 hari berlalu, ajaibnya dia masih hidup. Cumanya, dia tidak mampu bergerak lagi. Mungkin ini hari terakhir. Rumput yang ada di situ sudah habis di makan olehnya. Termasuk daun-daun yang kering gugur di situ habis di makan oleh nya.

Yunus : Ya Allah, Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin .

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.


(Surah al-Anbiya ayat 87)

Yunus terus mengulangi ayat itu sampai kan mengalir air matanya. Dia berfikir jika dia harus mati di situ. Dia redha tetapi sekiranya dia di takdirkan hidup bermakna ada sesuatu yang harus yang dia lakukan. Sambil dia mengulangi ayat itu, tubuh nya terasa basah.

Yunus : adakah ini rasanya nazak?

Kali ini, dia terasa basah namun ada air masuk dalam mulutnya. Dia membukakan matanya. Alangkah terkejutnya si Yunus melihat telaga itu di penuhi air. Dia terus meminum air itu. Dari situ dia mula bertenaga dan bersemangat. Air itu semakin banyak dan membawanya ke atas. Dia terapung di dalam air itu!

Dalam pokok kering ada ulat sagu,
Demi Tuhan, jangan pernah merasa ragu!

Sesampai sahaja tiba di atas, dia terus mencapai akar dari pokok dan naik ke atas. Dia menarik nafas lega dan bersyukur kerana dia masih selamat.

Tinggi bangunan hanya di kota,
Rasa kecil di dalam dada,
Kita hanyalah manusia biasa,
Berserahlah, kau akan melihat hasilnya.

Setelah Yunus boleh berdiri, dia terus mengambil uncang nya dan mengisi air dengan penuh. Malah dia pergi mencari beberapa pokok buluh untuk di buat tempat menyimpan air dan di bawa. Kemudian, dia terus pergi dari situ. Cuma kali ini dia ada tujuan!

Bersambung.... 

Previous: Pikat
Next: Sebelum

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy