Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
58,493
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
III


Aku adalah dahaga.  Engkau adalah air salji

mengalir dari atas bukit.

Sejuk dan jernih.  Menyegarkan.


Aku adalah pengembara.  Engkau adalah hujan

mencurah dari tinggi syurga.

Membasahi seluruh aku.  Memutihkan.


Aku adalah angin.  Engkau bagiku adalah ombak samudera

dibelai lembut mengejar pantai.

Bermanja di atas pasir putih.  Mengasyikkan.


Aku adalah embun.  Engkau adalah kuntuman

mawar terlena dalam pelukan.

Mengelus kelopakmu sepanjang malam.  Mendoakan.


Aku adalah cerita.  Engkau bagiku adalah penyudah

yang kurindu selama berjalan.

Mengundang sua berlabuh.  Melengkapkan.


Previous: II
Next: IV

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.