Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
58,504
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
I


orang tidak menulis sajak rindu lagi, adikku

biarlah mereka berikan kilang

serta kesibukan

tidakku bangkang

 

biarlah aku yang berikan dikau sajak rindu

dalam kejauhan lalang serta bulan

bersama sungai dan senja yang berlalu

di atas bukit merenung pelabuhan


kegagahan sudah terdapat di mana – mana

itu rahmat dari musim yang berkisar

tapi biarlah aku serahkan padamu

Dendalu, Pasifik, rendang, tahun – tahun yang telah lalu

daun - daun, Danau Toba beserta cemara dan aidilfitri


ingatkah dikau akan malam kita bercumbu dekat titian

dan bintang – bintang pun tiada berkedip

 

sajak rindu ini kukira perlu

kerana tidak mahu mendengar

jejak – jejak berginjat

di luar jendela

ketika malam yang larut.


*dipetik dari koleksi idahman - 2004

Next: II

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.