Home Alternatif Cinta Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
Orang Tidak Menulis Sajak Rindu Lagi, Adikku
che'
10/9/2021 20:53:41
46,052
Kategori: Alternatif
Genre: Cinta
XII


Aku ingin berlari

menunggang fajar mengejar mimpi

tetapi jika kau ingin aku di sini

akan aku sedia menanti


Aku pantas berlari

menyeberang lautan membelah awan

semua wajah bumi hendak ku tawan

tetapi jika kau ingin aku di sini

aku sedia merantai kaki


Aku ingin terbang

dipalu semangat bersayap di langit

tetapi jika tidurmu diguris mimpi ngeri

aku rela kembali

mendukung lenamu hingga ke pagi


Akan ku biarkan putaran hari

aku lepaskan sahaja semua itu pergi


Aku lebih ingin bersama dan mati

daripada seribu tahun tanpamu di sisi.





Previous: XI
Next: XIII

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.