Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
91,453
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 10

Bab 10

Sementara itu di dalam kawasan kebun

Ujang melilau mencari Mail Keding di dalam kebun.

“Mail! Mail! Kek mano? Buang air bosa ko?” laung Ujang memanggil adik iparnya.

Tiada sahutan dari Mail Keding.

“Mano pulak poie budak ni. Takkan kono culik? Borapo sen sangatlah pendapatan budak tu buek kojo kampung? Omak montua den pun bukannya kayo. Harap pencen yo. Kalau culik Haji Hamzah mungkin ok. Kayo tu. Harto bokopok. Kodokut nak kuar duit. Bokoyan harto tu. Tapi malam raya siapa nak culik?” gumamnya sendiri.

“Sssss... Sssss... Ssssss” kedengaran bunyi dahan pokok meliuk ditiup angin.

Bulu roma Ujang mulo meremang,

“Ish. Sejuk pulak. Nak hujan ke? Jangan... Basah nanti kayu nak masak dodol ni.”

“Uuuuu... Uuuuuu.... Uuuuu” kedengaran bunyi burung hantu.

“Arghhh sudah. Mail! Kau jangan buat pasal boleh tak? Malam malam ni pulak menghilang. Mak kau bising ni. Ikut hati den nak balik je ni.” marah Ujang.

“Hehehehe,” bunyi seseorang tersengih kedengaran.

“Eh ekau ni Mail. Den serius kau sengih pulak. Keluarlah copek!” marah Ujang yang rasa dirinya dipermainkan.

“Huhuhuhu... Huhuhuhu... Huhuhuhu,” kedengaran pula seseorang menangis.

Ujang semakin panas hati.

“Mail! Tak kelakarlah. Kuar copek! Den nak tido ni! Ponek jago lomang. Ekau sodaplah jojalan!” marah Ujang yang telah hilang sabar.

“Huhuhu. Huhuhu. Huhuhu. Abang tolong saya... Saya sesat. Abang... Tolong saya,” seru satu suara mendayu dayu.

Tengkuk Ujang mula meremang. Badannya seram sejuk.

Eh! Ni bukan suara Mail. Halus je suara? Siapa? Tanya Ujang dalam hati.

Ujang melilau pandangan matanya mencari dari mana datangnya suara meminta tolong. Tidak pula kelihatan di mana-mana kelibat manusia.

“Saya kat atas pokok rambutan bang,” tegur satu suara garau.

Ujang memandang ke atas pokok rambutan yang terletak di hadapannya. Dia menelan air liur. Sesusuk lembaga dipercayai pontianak sedang terawang awang di salah satu dahan pokok.

“Bang.. Saya sesat. Boleh tumpang saya jalan ke atas bukit?”

“Hantu!!! Tolong Ujang Omak!” jeritnya lalu berlari ke arah motor.

“Hahahaha... Hahahaha... Hahahaha,” ketawa makhluk tersebut dengan kuat.

Ujang segera berlari ke motornya. Dia terkejut apabila melihat makhluk terkutuk itu sudah duduk di atas motornya. Lampunya motornya terbuka.

“Bang, nak tumpang,” kata makhluk tersebut.

Enjin motorsikalnya dihidupkan dengan sendiri.

“Omak! Hantu!” jerit Ujang lalu berlari ke arah rumahnya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.