Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
92,501
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 5

Mail Keding memboncengkan motornya menuju ke arah rumahnya. Entah kenapa sejak keluar dari simpang masjid, motornya terasa berat.

“Nasib tak baik jumpa bunian. Ke jin Islam? Tapi kalau jumpa hantu malam raya ni lagi nasib tak baik. Kata Haji Hamzah tadi malam raya inilah segala mak nenek syaitan akan dilepaskan dari belenggu.

Ish! Jangan buat pasai. Haji Hamzah nipun satu. Sempat dia kenakan aku!” marah Mail Keding.

Dia masuk ke simpang ke lorong rumahnya. Rumah Sarjan Seman akan dilaluinya sebentar lagi. Dari jauh dia melihat api lemang.

“Wah! Tok sarjan ni buat lemang tahun ni. Boleh aku pau esok.”

Baru sahaja di mendekat ke laman rumah Sarjan Seman, Sarjan Seman yang berdiri memandangnya terus masuk ke dalam rumah.

“Wah! Nampak aku terus masuk ke dalam rumah. Macam tau tau sahaja aku nak pau lemang dia.”

Dia mengamati seorang lelaki botak yang berdiri memandangnya. Dia kenal itulah anak lelaki Sarjan Seman yang pernah ditegurnya semasa majlis bacaan Yasin. Carlo mengangkat tangan untuk menyapa Mail keding. Mail Keding mengangkat tangan kanannya untuk membalas sapaan Carlo.

Mail Keding berasa pelik Carlo seolah oleh terpaku memandangnya. Motor Mail keding melepasi Carlo yang masih terpaku dengan tangan kanannya masih lagi terangkat. Mail Keding berasa pelik.

“Udah kenapa Carlo macam terpaku je? Macam nampak hantu.”

Mail Keding melihat cermin sisi motornya. Dia melihat Carlo masih terpaku memandangnya.

“Hmmmm. Anak beranak tak betul.”

Mail Keding membonceng motornya melalui jalan yang sunyi. Di kiri kanan hanyalah dusun. Tiba tiba lampu motornya padam.

“Arghh sudah! Kenapa lampu motor aku ni padam?” Mail Keding memberhentikan motornya.

Dia turun dan menongkat motornya lalu ke hadapan motor bagi melihat lampunya.

“Mak ai. Gelapnya. Kenapa lampu aku ni terpadam pula? Takkan dah mati mentolnya?” kata Mail Keding lalu mengetuk lampunya. Lampunya berkelip kelip sebelum padam semula.

“Adui. Time nak rayalah kau buat hal. Mana kedai buka malam malam buta ni. Orang nak beraya. Karang aku tukar lampu bulat emak aku. Haru.”

“Uuuuu. Uuuuuu. Uuuuu,” bunyi burung hantu kedengaran

“Alamak. Burung ni berbunyi lagi,” keluh Mail Keding.

Dia melihat kawasan sekitar. Keadaan sunyi dan sepi dan gelap. Mail Keding menelan air liurnya. Tiba tiba bahunya disentuh seseorang. Mail Keding segera menoleh ke belakang dan melihat seseorang berjubah putih yang menegurnya. Mail Keding terus jatuh terduduk!

“Hantu!” jeritnya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.