4. Pernantian Tiada
Penghujung
Hari
demi hari, malam berganti malam, minggu berganti bulan. Mainan hati dan
perasaan tidak berpenghujung. Camelia mula merasa, menanti buah tak gugur
memang sia-sia. Mustahil dia akan berjumpa lagi jejaka yang entah datang dari
mana itu. Camelia menghembus nafas dan membanting badan pada tilam. Fikirannya
menerawang pada kursus kahwin yang dia hadiri hampir tiga bulan lepas. Sekilas
dia teringat pada Ijaz.
“Sayang pergi ambil
kursus tu kat sana, abang ambil kat sini. Kita ambil asing la...”
“Tapi saya teringin nak
pergi dengan bakal suami saya...” Camelia merengek, berharap Ijaz akan menurut
kemahuannya.
“Jauh kan, takkan abang
nak turun Shah Alam semata-mata nak pergi kursus tu. Penat, nak kerja lagi...”
sanggah Ijaz.
Akhirnya Camelia
mengalah. Rupa-rupanya jauh itu hanya alasan. Hakikatnya Ijaz pergi kursus tu
dengan orang lain. Malahan menikah dengan perempuan lain! Camelia mencengkam
rambutnya, ‘Geramnya, dasar penipu, buaya!’
Hari pertama berada di
kursus itu dengan alasan menemani Siti, hati Camelia bagai di carik-carik. Dia
asyik membayangkan alangkah bahagianya Ijaz datang kursus itu bersama bakal
isterinya, bergelak ketawa dan menyulam bahagia. Tetapi pada hari kedua
segala-galanya berubah. Ketika menatap wajah lelaki itu, pak ustaz yang manis.
Hati Camelia terusik. Rupanya bukan Ijaz seorang yang mampu menyentuh hati
Camelia. Mungkin kerana lelaki itu punya persamaan dengan Ijaz. Badan tegap,
kulit sedikit tan yang manis menawan, mengingatkan dia pada Ijaz. Camelia
menggeleng, bukan, dia lebih baik dari Ijaz, senang cakap lebih handsome dari Ijaz, malahan
personalitinya lebih menawan, sopan, misteri, dan pastinya punya pegangan agama
yang lebih baik dari Ijaz. Camelia tersenyum, ‘Kalau ditakdir kita tak akan
bertemu lagi, akan ku semat sedetik kenangan itu ke sanubari. Agar jadi
kenangan paling indah dalam hidup ini...’
“Hoi minah jiwang!!
Macam tak betul je tersengih sorang-sorang!”
Camelia terperanjat
sambil mengurut dada. "Kurang asam kau, nasib baik aku tak ada sakit jantung.”
“Eiii, rimas betul la
aku tengok kau ni... daripada berkurung, mengelamun dalam bilik ni, baik pergi
mengaji ke. Pegi kelas tafsir ke...”
“Kelas tafsir?, Ustaz
Abu Zar dah balik ke?”
“Dah berzaman ustaz
balik dari Mekah tau. Kau tu, sebelum ustaz pegi haji lagi kau dah tak datang
kelas dia kan. Asyik menangis, meraung
frust dengan Ijaz tu…” Siti mula membebel. Dia tak sedar Camelia dah keluar
dari bilik.
“Oii, kau nak pergi mana?”
“Bersiap, aku nak pergi
jumpa ustaz Abu Zar. Ada urusan hidup dan mati!”
“Ceh! Hidup mati konon
. Jom la sekali, malam ni ada majlis Qatam Al-Quran, sempena Maal Hijrah.”
“O.k” Camelia melaung
dari bilik air.
……………………………………………………………………
“Ustaz ingat tak dulu,
ustaz pernah tanya saya, saya dah kahwin belum. Saya kata belum. Lepas tu Ustaz
nak kenalkan saya dengan kawan ustaz tapi saya tolak...”
“Ya, ya saya ingat…”
Ustaz Abu Zar mengangguk.
“Saya cakap kat ustaz
saya dah ada kawan kan. Lepas tu ustaz kata ‘saya takut dia tinggal kamu,’ Kan
kan?”
Ustaz Abu Zar hanya
menganguk. Dia jadi gusar melihat wajah Camelia makin keruh.
“Kenapa mulut ustaz
masin, dia betul-betul dah tinggalkan saya... huwaaaaa!!”
“Ya Allah, benarkah?
Kasihan kamu. Sabar-sabar...” Wajah Ustaz Abu Zar kaget melihat Camelia mula
menangis.
“Macam mana ustaz tau
dia akan tinggalkan saya?”
“Macam ni la, benda ni
banyak jadi. Orang lelaki, dalam satu masa, tak semestinya suka dengan seorang
perempuan saja. Ini saya tahu sangat, ramai orang lelaki macam ni.”
Aduh pedih sungguh
rasanya mendengar kenyataan ustaz. Tapi ada benarnya... Lelaki yang setia sukar dicari, tetapi masih
wujud!
“Jadi macam mana dengan
kawan ustaz yang ustaz nak kenalkan tu...?”
“Hai... hari tu kan
kamu dah tolak. Sekarang kamu sudah terlambat, kawan saya dah bertunang. Sudah
habis...” Ustaz Abu Zar senyum mengena... Wajah Camelia makin muram.
“Ala ustaz tak ada
orang lain ke?”
“Nanti saya carikan
kamu. Saya juga akan doakan kamu dapat jodoh yang soleh, yang baik ya...”
Wajah Camelia sedikit
cerah. “Jazakumullah khairan kathiran ya Ustaz…” Camelia minta diri dengan
langkah riang. Ustaz Abu Zar menggeleng kepala.
………………………………
5. Detik Pertemuan ke Dua.
Bacaan Al-Quran
berkumandang sepanjang Majlis Qatam sempena Maal Hijrah di surau pusat
pengajian Islam itu. Syair Qasidah didendangkan sebagai penutup majlis.
Pengunjung hari ini lebih ramai dari hari biasa. Camelia dan Siti turun dari
surau bersama orang ramai yang berpusu turun. Siti tidak melihat kelibat
Camelia yang baru sebentar tadi berada di depannya. Dia pantas turun ke bawah
mencari.
“Kau pargi mana?”
pantas Siti memaut lengan Camelia.
“Lelaki tu... Lelaki
tu...”
“Siapa?” dahi Siti
berkerut.
“Yang kita jumpa kat kursus
Kawin tu. Aku nampak dia tadi, sumpah aku nampak dia…” Camelia berpusing ke
kiri dan kanan mencari.
“Laa… tak habis lagi
pasal mamat hari tu…” Siti menggaru kepala yang tak gatal.
“Betul…” Camelia
berpaling ke arah cafeteria. Dia hampir terlanggar seseorang.
“Maaf…” kata-kata
Camelia mati. Mulutnya ternganga. Lelaki itu di depannya. Ya, benar-benar di
hadapan mata. Wajah lelaki itu kelihatan terkejut. Anak matanya kaku merenung
Camelia. Mulutnya sedikit terbuka. Saat ini, dunia terasa berhenti berputar,
suara riuh rendah orang ramai di cafeteria menghilang. Camelia dan lelaki itu
terjeda, kaku di hadapan satu sama lain. Dengup jantung juga tidak tersapa. Siti juga ternganga di
sebelah Camelia. Sayup-sayup Camelia terdengar..
“Din!”
“Cam!”
“Din, wei orang nak
lalu la...” Seorang lelaki menarik lengan jejaka idaman Camelia. Mata lelaki itu
terbuntang , tidak berkelip merenung wajah Camelia. Halkumnya bergerak-gerak.
Spontan badannya terpaling ditarik rakannya. Dan dia beredar, jauh, makin
menjauh..
“Adikk, makcik nak lalu
masuk café ni…” beberapa orang makcik sudah berbaris di belakang Camelia.
“Maaf ye makcik... kawan saya ni memang macam ni…” Siti lantas menarik tangan
Camelia paksa dia beranjak..
“Nama dia Din... Din... Cuma tiga huruf tu je aku tahu! Setelah
berbulan menunggu, dengan sebakul doa lagi...”
“Hei, jangan nak
merungut macam tu... berdosa...”
“Astagafirullah al
azim…” Camelia meraup muka.... "Tapi, aku dah terlepas dia lagi… Ada lagi ke
peluang ke tiga?” Camelia sebak, air matanya hampir luruh.
“Siapa suruh berdiri
kat tengah pintu! Memang la orang marah... habis tak sempat cakap apa...
Sengal...” Siti geram, takkan la mereka nak menyusul jejaka itu hingga ke bahagian
lelaki.
Hati Camelia makin
sarat kecewa lagi hampa. Mungkin lebih sakit dari ditinggalkan Ijaz.