Home Novelet Komedi/Romantik Komedi EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
Aurian
31/10/2013 11:58:00
21,895
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab Istimewa : Jemari Yang Bertaut
Pesan penulis : Pembaca sila ke kotak Senarai Bab di atas dan click Bab1, Bab 2 untuk membaca awal kisah ini. Kemudian click Bab 3, Bab 4, Bab 5 (Akhir) dan Bab Istimewa untuk bacaan seterusnya..

Bab Istimewa : Jemari Yang Bertaut

Camelia menggulung kertas bunga tisu dengan penuh semangat. Dia sudah siap berpakaian cantik dan badannya berbau harum...

“Bukan gulung la, lipat. Jahanam bunga telur aku...” Siti menepis tangan Camelia.

“Beli siap la senang, rajin betul...”

“Tin! Tin!...” Bunyi hon kereta di luar rumah mengejutkan kedua sahabat itu.

“Hah, boyfriend aku dah sampai, by by!” Camelia pantas berlari ke pintu. Siti hanya menjeling dengan senyuman.

Camelia pantas berlari ke kereta. Ha, tu dia hensem betul boyfriend Cam, dari pertemuan pertama di kursus kahwin, dia sentiasa memakai kopiah. Kini kopiahnya hilang, dia nampak lebih muda dan kacak. Err, dia memang muda, baru 26 tahun. Camelia pula 28, ala tua dua tahun je. Maklumlah nak pergi dating takkan nak pakai kopiah. Camelia pantas masuk ke kereta, menghadiahkan senyuman manis pada si dia, Hafizzudin. Camelia menghulur tangan, lantas mencium tangan Hafizzudin. Dia merapatkan wajah ingin mencium pipi Din pula.

“Hishh! Malu la kalau orang nampak...” larang Hafizzudin. Camelia memuncung.

“Ala, rindu la.. Lagipun kita kan dah kawin, dah halal pun...” Camelia merengek.

“Dah kawin sekalipun, kita kena jaga adab...” Hafizzudin mengerling manja pada Camelia. Oh, lupa nak cerita, kami sudah bernikah. Dia suami Camelia. Tapi sekarang kami mahu pergi dating, maka hari ini dia bukan sahaja suami, malahan boyfriend Cam...

Korang ingat kami tak bercinta ke? Bercinta tau, sama macam orang lain. Bila tak bertemu asyik bersms tak putus-putus. Lepas tu bercakap dalam telefon berjam-jam. Kami banyak luangkan masa berdating, kalau boleh hari-hari nak jumpa. Kalau terbabas pun tak apa, kami dah nikah! Kami antara pasangan yang bercinta selepas kawin. Alhamdulillah, lebih indah kerana segala perbuatan kami peroleh pahala. Bagaimana ya kami kahwin, pasti semua orang tertanya tanya. Semuanya serba sederhana. Tak ada majlis besar-besaran. Tak ada pakaian dan barang mahal-mahal. Hantaran Camelia pun tak banyak, semampu Hafizzudin sahaja. Apabila mak ayah Camelia lihat Ustaz Abu Zar datang merisik. Bahkan setelah melihat profile Hafizzudin, bagi Camelia free pun mak dengan ayahnya tak kisah. Tapi walaupun Hafizzudin masih belum berkerja sepenuh masa, dia ada wang simpanan juga tau. Persediaan untuk berkahwin sudah di tabung awal-awal. Itu barulah namanya lelaki. Urusan pernikahan kami pun sangat mudah, Bukahkah Camelia dan Hafizzudin sudah pergi kursus kawin?.

“Kenapa pandang abang tak berkelip dari tadi ni. Dah tak sabar sangat ke?” Din mengerling.

“Hisy mengada..” Camelia memukul lengan Hafizzudin yang kekar. Dia menguntum senyum dan terus merenung Din yang tekun memandu. Tak puas-puas. Seminit pun dia tak mahu lepas memandang Din.

“Kenapa ni sayang, nanti kalau dah duduk serumah, jangan menyampah pula ya. Sebab dah hari-hari jumpa bosan pula nanti..” Din mencuit dagu Camelia.

“Abang dah dapat rumah?” Mata Camelia bersinar.

“Dah, tak jauh abang nak pergi kelas, pergi kerja. Sayang nak pergi kerja pun senang. Nak pergi kelas Ustaz Abu Zar pun tak jauh. Nanti hujung bulan ni kita boleh pindah dan duduk bersama.”

“Yeay!!” Camelia bersorak.

“Nasib baik la, Siti nak bernikah akhir bulan ni juga. Cam risau juga tak ada kawan. Sekarang Cam akan duduk dengan abang, yang akan ganti kan Siti... Yeay!!”

Hafizzudin hanya senyum,.. Camelia senang hati, tak sangka betul jodohnya sampai dulu sebelum Siti yang dah bercinta bertahun-tahun. Itulah namanya jodoh. Bila namanya jodoh, segalanya akan jadi mudah. Hafizzudin memang tak sama macam Siti yang kecoh dan kuat mengusik. Hafizzudin tenang dan cool, pendiam tetapi murah senyuman. Dia berikan sepenuh kasih sayang dan perhatian pada Camelia. Hafizzudin yang tidak pernah dikenali sebelum bernikah, adalah kekasih, suami dan juga sahabat. ‘Ya Allah, syukur kau telah jodohkan aku dengan orang yang aku cintai.’ Love at first sight…

……………………

“Esok abang pergi kelas ustaz Abu Zar?” Soal Camelia pada Hafizzudin apabila mereka berada di meja restoran Muara, Klang. Angin laut meniup selendang Camelia berkibaran. Lampu kapal berkelip-kelip dari tengah laut mewujudkan suasana malam yang indah dan nyaman.

“Abang pergi awal tau, sebab abang nak ajar orang mengaji petang tu. Sayang pergi dengan Siti...”

“Ala tak apa la, Cam ikut abang je la. Siti tak pergi sebab dia sibuk menggubah hantaran, bunga telur...”

“Ye ke?, meriah kan persiapan dia. Abang minta maaf sebab majlis kita tak ada persediaan apa pun. Simple sangat...” Hafizzudin rasa bersalah.

“Ala, itu semua tak penting, yang paling penting Cam dapat bersama abang. Cukuplah kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari abang.”

“Insya Allah abang akan usaha bagi kehidupan selesa pada sayang ya...”

Hati Camelia yang redup makin mencair. Dia merenung mata Hafizzudin yang bening. ‘Apakah lagi yang mahu aku minta sayang, kamu sendiri sudah nikmat dan rahmat yang terbesar dari Ya Rahman’ getus rasa hatinya.

“Abang, kenapa tak minta nombor Cam masa kita mula-mula jumpa kat kursus kahwin tu. Abang tak suka Cam lagi ke masa tu? Abang tau tak ,masa tu dada Cam dah berdebar-debar lihat abang. Cam jatuh cinta pandang pertama.” Luah Camelia jujur. Hafizzudin terbatuk-batuk kecil.

“Camelia harap abang buat macam tu ke? Masa tu abang dah tak tahu nak buat apa. Masa pandang sayang, abang tak boleh pandang tempat lain. Abang beristifar banyak kali, rasa bersalah sebab pandang wanita bukan muhrim. Masa tengok sayang berjalan ke kereta. Abang nak sangat kejar sayang, tapi takkan abang nak buat macam tu. Abang seumur hidup tak pernah buat macam tu. Renung sayang pun abang dah rasa bersalah apatah lagi datang dekat dengan sayang...”

“Jadi abang redha jika kita tak bertemu lagi?”

“Ya, abang redha, abang yakin bahawa jodoh telah tertulis di Luh Mahfuz. Kalau sayang bukan jodoh abang, walau abang minta nombor sayang masa tu, mungkin kita bercinta sekalipun. Kalau bukan jodoh kita tetap tak bersatu. Maka, tawakal dan berdoa. Setiap hari abang berdoa supaya ketemu dengan jodoh pilihan Allah... ”

“Kemudian kita jumpa lagi kan di majlis Maal Hijrah. Macam tak percaya...”

“Abang pun sayang, masa tu abang kaku, tak tercakap apa. Terasa seperti doa dimakbulkan.. Sebab dalam doa abang, tak putus abang berharap jodoh abang adalah sayang. Sayang tahu, malam tu juga Ustaz Abu Zar beritahu, dia kata abang sesuai dengan seorang muslimah, anak murid dia juga.”

“Abang agak itu Cam tak?” mata Camelia bersinar ingin tahu.

“Tak lah, cuma abang macam tak berminat sangat. Masa tu dalam fikiran abang hanya wajah sayang je. Abang cakap kat ustaz Abu Zar; tengok dululah.”

“Jadi bila abang tengok Cam...?”

“Bila lagi, masa sayang jatuhkan pengadang saf tu la. Abang terkejut sampai tak terkeluar suara tengok Camelia berdiri tegak kat situ. Kelakar la...” Hafizzudin ketawa kecil. Wajah Camelia cemberut.

“Abang ni jangan la ketawakan Cam. Tau tak Cam jadi macam tu sebab nak tengok abang jugak tau...”

“Ye ke sayang, kesiannya. Keluar je dari surau, ustaz Abu Zar tarik abang, dia kata, kamu tak payah susah-susah cari, bakal isteri kamu dah tunjuk diri dia. Masa tu baru abang tau yang sayang di maksudkan Ustaz Abu Zar. Dan, abang tahulah bakal isteri abang ni kecoh dan menggelabah orangnya.” Hafizzudin menyambung ketawa. Camelia mengetap bibir, matanya mengecil. ‘Amboi dia ni, bab mengutuk orang, banyak pulak dia cakap...”

“Sayang jangan la marah o.k. Bukankah semua ni kenangan manis kita. Kalau anak cucu kita tanya, adalah cerita menarik nak kongsi betul tak?” Hafizzudin menyentuh jemari Camelia. Isterinya tersenyum kembali.

“Indahkan pertemuan kita abang. Akan jadi cerita menarik untuk anak cucu. Dulu, Cam selalu doa nak pergi kursus kawin dengan bakal suami. Sebab nak jaga hati Siti akhirnya Cam pergi juga dengan dia. Tak sangka Allah makbulkan hajat Cam nak pergi kursus kahwin dengan bakal suami. Yang hebatnya pada masa tu kita belum kenal, belum pernah berjumpa. Kita jatuh cinta pada hari kursus kahwin kita!?”

“Itu bukan sahaja kursus kahwin kita berdua, tetapi kursus jatuh cinta juga...” Ucap Hafizzudin dengan senyum. Tangannya meramas jemari Camelia. Camelia hanya menggangguk dengan mata berkaca. Dia memasukkan jemarinya di celah jemari Hafizzudin. Jemari mereka bertaut. Hafizzudin menarik tangan isterinya di bawa ke bibir dan dikucup.

Bayu laut malam yang menghembus nyaman, membawa keheningan dan kedamaian yang tak berbelah bahagi. Sesungguhnya jodoh yang baik itu membawa bahagia dan ketenangan jiwa. Dua hati yang bersatu melawan arus ombak dan badai, hingga ke akhir waktu kebangkitan, masih mencintai di hadapan Ya Rahman. Dengan syarat beristihar akan membawa cinta dunia berlandaskan hukum dan garis panduan Yang Maha Kuasa, pemilik segala cinta segenap alam.

T A M A T

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.