Aku bukan ‘Playboy’
Bab 3 – Mengalah bukan kalah.
Aku
membuka peti ais dan mengambil setin Coca-Cola lalu duduk di sofa sambil
memandang Siti yang terbaring di sofa ruang tamu ini. Ita dan Ana pula
terbongkang tidur di atas karpet sebelah sofa tempat Siti tidur. Lalu aku
teringat kisah seorang rakanku.
Kawan baik aku bernama Amir,
pernah menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas dirinya. Kisah yang akan
menakutkan semua lelaki agar tidak membuat kesilapan yang serupa. Kisahnya
begini.
Amir baru berkenalan dengan
seorang perempuan dari sebuah kelab malam dan namanya Suzi. Selepas berkenal
mesra di kelab malam, Suzi agak mabuk pada malam itu lalu Amir mempelawa Suzi
mengikutnya pulang. Setibanya mereka di rumah bujang Amir, kebetulan pada malam
tersebut semua rakan serumah Amir telah pulang ke kampung sempena cuti panjang.
Maka tinggal mereka berdua di dalam rumah bujang itu.
Amir menyangka Suzi mabuk dan pasti tidak akan ingat apa
yang berlaku pada malam itu. Lalu Amir mengambil kesempatan ke atas Suzi pada
malam itu. Namun esok harinya, setelah Amir tersedar dari tidur, dia dapati
Suzi tiada di sebelahnya. Dia terlihat pintu rumah terbuka luas. Sangkanya Suzi
pasti bangun lebih awal pagi itu dan terus pulang ke rumahnya sendiri. Namun
tidak lama selepas itu, kedengaran suara seorang lelaki memanggil dari luar
rumah.
Berdiri di muka pintu rumah Amir adalah 2 orang anggota
Polis yang lengkap beruniform. Kata salah seorang anggota Polis itu kepada Amir
yang terperanjat dengan kehadiran mereka, “Kamu nama Amir ke?”. Lalu Amir
dengan terketar-ketar menjawab, “Ya, saya Amir. Kenapa encik?” Anggota Polis
itu menjawab, “Sila ikut kami ke balai. Ada laporan terhadap encik tentang
kesalahan merogol.”
Serta-merta badan Amir menggigil mendengar apa yang dikatakan oleh anggota Polis itu. Nak tak nak, terpaksa
juga Amir dibawa ke Balai Polis dengan tangannya digari. Malunya bukan
kepalang, sebab ketika itu, jiran kiri kanan rumah tersebut sedang memerhatikan
apa yang berlaku. Maklumlah, rumah teres kawasan perumahan Melayu, memang
mengamalkan sikap mengambil tahu hal jiran tetangga masing-masing.
Setibanya di Balai Polis, kelihatan Suzi sedang menangis
di kaunter aduan balai tersebut. Amir terus dibawa ke bilik soal siasat. Ketika
itu, Amir berasa takut dan insaf tentang apa yang telah dilakukan terhadap
Suzi. Sangkanya Suzi mabuk dan tidak mengingati apa yang dia lakukan terhadap
Suzi. Namun sangkaannya meleset. Orang mabuk juga mempunyai ingatan yang cukup
untuk membuat aduan kepada Polis terutama yang melibatkan hubungan seks secara
paksa atau pun dipanggil ‘Rogol’.
Namun nasib Amir agak baik. Dia terselamat daripada
tuduhan jenayah rogol kerana keluarga Amir orang yang mempunyai kuasa dan latar
belakang undang-undang. Tak silap aku, abang Amir seorang Penolong Kanan Pendaftar
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Maka pengaruh kuasa dan kebijaksanaan
undang-undang digunakan keluarga Amir bagi membolehkan pertuduhan terhadap Amir
digugurkan. Lagi pula, Suzi telah dibayar dengan wang yang banyak bagi menyuruh
dia menarik balik laporan Polis yang dibuat. Cerita yang aku dengar, Suzi
menyatakan kepada Polis, bahawa mereka adalah pasangan kekasih dan melakukan
hubungan seks secara sukarela. Oleh kerana perselisihan faham pagi itu dia
membuat laporan Polis. Akhirnya kes itu senyap begitu sahaja.
Namun Amir pernah berpesan
kepada aku. Katanya, “Zul. Kau kalau nak main dengan awek, biar dia yang bagi
ikhlas kat kau. Jangan buat macam kesilapan aku dah buat. Aku ingat dia mabuk.
Boleh makan. Last-last aku yang kena balik. Nasib lah family aku handle semua.
Tapi malu jangan citer la Zul. Family aku jenis terkenal kat kat bandar ni,
teruk aku kena marah dengan family aku. Ingat pesan aku ni Zul. Benda boleh
dapat mudah kalau kita buat cara betul. Rasa sedap sekejap je. Takut yang aku
rasa masa kena angkut dengan Polis tu, Tuhan je tahu. Insaf aku masa tu. Tapi
masa tu je la. Hahahah.”
Betul kata Amir. Memang dia
insaf. Tapi masa tu je la. Kemudian dia balik perangai lama. Main dengan ramai
pompuan jugak. Tapi yang aku tahu semua dia urus dengan betul. Main kemudian
bayar bagi pompuan tu tak kecoh.
Habis Coca-Cola aku teguk
sambil memikirkan kisah Amir tadi. Kemudian aku kembali memandang kepada Siti,
Ita dan Ana di depan mataku. Aku juga memandang pintu bilik tidur utama, tempat
Wani tidur. Otak aku kembali berfikir dengan rasional. Kalau aku ‘makan’ dia
orang ni sorang-sorang semua malam ni, masak aku esok kalau dia orang buat
report Polis.
Sedangkan Amir yang kena
satu aduan rogol pun bergetar lutut nak hadap Polis masa soal siasat. Ini kan
aku kalau kena 4 aduan rogol. Mau tercabut nyawa aku takut kena soal Polis
nanti. Malu pulak, jangan citer la. Ibu dan bapaku jenis meniaga jumpa orang
ramai. Kena dalam pelanggan mereka tu yang jadi saudara mara anak dara empat
orang ni, memang malu tak terkira la ibu dan bapaku nanti.
Hatiku berkata, “Sedap
sekejap. Seksa berabad. Lebih baik tak payah bro. Kalau kau nak jugak main
perempuan nanti kita cari yang ‘baik’ punya. Yang sanggup memberi mahkota
wanitanya dengan rela hati. Batin puas. Badan pun tak sakit kena sebatan sebab
caj rogol.” Terus kepala aku mengangguk tanda setuju dengan kata hatiku.
Lalu aku terus mencari
sehelai kertas kosong dan menulis di atas kertas itu, “Girls, I tinggalkan not
RM100 ini untuk you all bahagi sorang sikit buat tambang teksi balik rumah
nanti. Rumah ni nanti I panggil maid datang kemas. Sori sebab tak dapat hantar
you all balik. I ada hal penting. See you all next time. Thanks......Zul.” Nota
itu aku tinggalkan bersama duit RM100 dan aku letakkan atas meja kecil sebelah
sofa Siti tidur. Aku terus keluar
dari ‘rest house’ itu untuk pulang ke rumah keluargaku di Bt.10 Cheras.
Kereta Proton Perdana V6 ku
pecut laju menuju pulang ke rumah. Aku mengalah bukan kerana ‘kalah’. Tapi
caranya tak kena. Lebih baik mengalah daripada dijatuhi hukuman bersalah. Peribahasa
ada berbunyi, “Lambat laga asalkan menang.” Biarlah aku lambat namun tujuan aku
tetap akan tercapai.