Gua biker. Gua tak kacau orang. Kalau `ORANG TU' tak suka gua kat jalan tu. Gua tak leh buat apa. Gua balik jam 5. Gua mmg lalu exit parking, lalu trafik light dan terus ke highway LKSA terus ke KESAS. Gua perasan Viva Putih tu tak selesa gua benti kat trafik light tu. Dah lampu merah. Gua benti la. Ade je ruang utk kete sebelah tu. Tp Viva tu benti jauh kat belakang. Hahaha. Nampak sangat la tak suka gua dengan bobber gua ni. Dah route gua macam ni. Time gua balik macam ni. So layan aje la. Dulu masa gua keje Celcom, pakar motivasi tu penah cakap kat gua. "Kita tak boleh buat semua orang di dunia suka atau happy dengan kita. Apa yang kita boleh buat. Kita pandang semua orang dan dunia luar dengan cara happy dan suka kepada mereka. So kita tetap happy sepanjang masa." Hahahaha.
Sapa yang faham perenggan atas tu faham la. Tak faham sudah. Hahahah. Cerpen Bikers Tak Kental - Bab 2 ni aku mulakan dengan kisah di atas. So style pembacaannya ala-ala flashback macam style filem hollywood la. Banyak kisah-kisah silam ditayangkan dalam jalan ceritanya.
Hari ni Khamis 10 April 2014. Semalam petang tak hujan. So hari ni aku ramalkan pun tak hujan. Jadi aku pun ride bobber kuning aku yang dah seminggu tak start. Dari pagi aku mula ride jam 6.30pagi dari rumah ke opis di Shah Alam aku dah perasan, ekzos bobber ni bunyi semacam. Bunyi kuar kat gasket ekzos. Macam bocor. Bunyi bukan kuar kat muncung ekzos. Jadi bunyi bobber ni tak berapa mengaum. Bawak bike rupa macam harley tapi bunyi macam skuter Nouvo, memang menjatuhkan martabat chopper la.
Dengan terpaksa dirinya aku mencari kedai untuk repair ekzos bobber ni waktu tengahari tadi. Alasan pegi ke mahkamah untuk failkan perintah, tapi tu keje 10minit settle. Yang penting nak cari bengkel yang boleh repair masalah bobber ni. Aku ingat masalah bobber ni punca dari gasket ekzos yang rosak.
Dari kedai motor seksyen 3, aku pegi ke seksyen 9. Dari seksyen 9, disuruh oleh cina kedai tu ke seksyen 7. Sampai di seksyen 7 pula, dua kedai aku pegi. Semuanya menolak untuk repair bobber aku. Pasal dia orang tengok bobber aku special sangat kot. Takut dia orang nak usik. Tp ada gak insan baik hati yang rekeman aku suruh pegi kedai chopper yang sebenar. "Abang pegi kedai Cheah motor bang. Kat jalan bukit kuda. Kat klang. Tapi dekat je dari sini", ujar brader mekanik kedai motor seksyen 7 tu sambil dia 'describe' jalan mudah ke kedai Cheah motor tu.
Lebih kurang 15 minit aku ride ikut pandu arah brader mekanik tadi. Aku tiba di kedai Cheah motor Jalan Bukit Kuda Klang. Dari jauh memang dah nampak kedai ni jual dan repair chopper je. Masuk je kedai, aku cari pomen. Tapi takde orang. Yang banyak hanya motor untuk dijual dari jenis Titan dan Harley. Sekali tgk kat dinding dalam kedai, rupanya kedai ni specialist utk Titan. Hahaha.
Dalam hati aku, giler bangang aku nak cari gasket ekzos virago pegi kedai Titan. Sama mak bapak ke motor aku dengan Titan ni? Hahahah. Takpe la. Tawakal aje. Yang penting bobber sihat. So cari punya cari orang, akhirnya nampak satu kerani pompuan cute dalam kedai."Dik, pomen mana dik?" Tanya aku kepada kerani tu. "Pomen baru pegi makan bang", jawab kerani cute tu. "Oh kedai Titan ni memang pomen pegi makan ikut office hour ye. Jam 1 memang time lunch ye?", tanya aku. Mana la tau, kedai mahal2 macam ni, kot mekanik dia keje pakai neck tie ke. Kita tak tau tanya aje la kan. Tapi kerani cute tu menjawab, "eh tak la bang. Kami rehat ikut giliran. Tadi takde customer, so dia pegi makan dulu. Lepas dia balik kang, saya lak rehat. Abg dok la sekejap. Ke abg pegi makan dulu. Kang datang lagi 40minit ye".
Lepas 45 minit dah siap makan aku datang balik ke kedai Titan tu. Selang 5 minit kemudian, datang sebuah jentera BMW jenis chopper warna biru datang parking dekat aku. Kemudian rider tu turun bersalam dengan aku. Umur brader ni dalam lingkungan awal 50an. Aku pun berkata,"takde orang bang. Saya pun tengah tunggu mekanik ni". Brader tu menjawab, "ha. Dia pegi makan. Jap lagi dia sampai".
Elok 2 minit lepas tu, datang seorang brader. Umur lewat 20an dengan pakaian overall bengkel warna oren. "Ni la pomennya" kata brader rider BMW ni. Brader mekanik bertanya kepadaku,"nape motor bang?". Terus aku citerkan penyakit bobber aku ni. Moga moga doktor chopper ni dapat menyembuhkannya. Brader mekanik terus start enjin dan rem enjin. Then dia matikan enjin. Dia ambik spanar kecik no berapa aku tak perasan. Dia ketatkan skru pada gasket ekzos bobber ni. Dan dia start semula bobber. "Ok bang siap".
Ha? Siap? Tercengang aku kejap. Biar betul mekanik ni. Kalau setakat ketatkan skru gasket ekzos, takkan 3 4 kedai aku pegi kat Shah Alam tadi tak leh buat. Ni aku datang kedai Titan semata-mata nak ketatkan skru gasket ekzos je. Serupa aku bawak kete kancil pegi kedai repair Ferrari dan cakap, "Bang checkkan minyak hitam kete saya". Lebih kurang gitu la gamaknya. Adui malunya aku. Brader rider BMW ni menambahkan kemaluan aku dengan berkata, "Skru longgar je pun." Then dia sambung, "Opis kau kat mana". "Pusat Bandar bang,"jawabku. "Ok jom kita konvoi pegi opis kau. Aku pun nak balik seksyen 11,"kata brader rider BMW ni. "Elok sangat la bang. Saya pun bukan tau sangat jalan nak balik ni",jawabku.
Lalu kami pun berkonvoi dari kedai Titan ke Pusat Bandar Shah Alam. Jentera rider BMW ni adalah model R1200c. 1200cc. Banding dengan aku 535cc. Memang macam Proton dengan Lamborghini la tarafnya. Brader tu pulas trottle terus jadi bayangan kecik di depan aku. Aku cuba nak besarkan bayangan kecik tu jadi besar depan mata aku. Puas aku perah bobber aku ke 120kmj. Tapi tetiba aku terpegun tengok brader BMW ni lepaskan kedua-dua tangannya dari handle motor dan menari-narikan kedua dua tangannya. Aku kata dalam hati,"motor BMW ni ade auto pilot kot. Tu pasal brader ni tak guna tangan pegang handle." Agaknya la. Motor mahal kan.
Sampai di simpang Plaza PKNS kami pun berpecah. Aku sempat ucap terima kasih kepada brader tu. Tapi tak sempat tanya nama. Tak sempat bagi no telefon. Tak apa la. Ade rezeki bro, leh jumpa dalam episod 3 nanti.
Kisah flashback aku terhenti setakat itu. Skrg kembali ke masa nyata. Waktu kini, jam lebih kurang 5.45 petang. Ku sangka panas sampai ke petang. Memang pun. Sampai petang panas. Cuma panas sampai Saujana Putra je. Menghala balik ke beranang, selepas tol Saujana Putra nak ke Tol Ayer Hitam SKVE hala Kajang, hujan lebat melanda. Aku yang sedang riding bobber dengan kelajuan 110kmj terpaksa turunkan speed ke 60kmj apabila hujan lebat melanda 5minit sebelum kaunter Tol Ayer Hitam SKVE. Lepas je tol tu, aku benti di hentian tandas tol tersebut. Jika sesiapa yang pernah membaca kisah ini bab 1, ini lah hentian tempat aku berborak dengan rider Honda CBR 600 dan rider Versys 1000.
Itu dua minggu lepas, hari ini hujan lebat aku kesorangan je berhenti. Apa ade hal. Gua biker. Gua tak kacau orang. Gua cara gua. Gua nak benti nak rehat suka gua la. Hehehe. Bahasa biker la sikit.
So aku pun berhenti parking bobber aku. Seluar jeans hitam aku basah lencun. Jaket kulit pun sama. Nasib beg pouch pinggang aku jenis Alpinestar beli kat downtown jalan reko ni ade `rain cover` dia sendiri. Selamat la tablet dan barang penting aku tak basah.
Letak je barang2 kat bangku sebelah tandas tu, aku kuarkan sebatang nusantara demi membakar semangat agar tak kecut dek kesejukkan hujan. Time sejuk la layan nusantara best. Aku pun kuarkan pulak tablet anak aku yang aku pinjam sebagai pengganti sony xperia z ultra yang dah retak. Terus aku whatsap Iswardy (officemate) dan bagitau aku benti di hentian tol lepas area rumah dia sebab hujan lebat. Sambil itu aku juga whatsap dengan pegawai lama aku (nama dan majikan lama tidakdinyatakan atas sebab KERAHSIAAN) tentang plan aku nak jumpa kawan-kawan pejabat lama.
Aku bgtau Iswardy, aku takde hal lepak situ sorang-sorang sebab aku tengah layan chat. Masa tu aku sedang layan chat dengan (nama tidak dinyatakan atas sebab DIRAHSIAKAN). KERAHSIAAN dan DIRAHSIAKAN membawa maksud yang berlainan sedikit kot. Hahahah. Yang penting happy.
Sedang aku asyik berchatting dengan tablet ni, aku terpandang bobber aku. Terdapat sebuah jentera lain sebelah bobber ku. "Aik, mana lak datangnya Versys ni. Tadi takde",kata aku dalam hati. Versys yang ku maksudkan adalah brader rider Versys 1000 warna oren dalam bab 1 dulu.
Terus aku memandang kiri kanan mencari brader tu. Pusing je belakang, ternampak brader rider Versys ni baru kuar dari tandas. "Bang, jumpa lagi kita",sapa ku kepada brader tu. "Hahhaha,"gelak brader tu sambil hulur tangan. Kami bersalam.
Kami berbual macam episod 1 dulu. Tentang motor. Kemudian aku bertanya, "abang keje mana bang?" Dalam hatiku kata brader ni kalau tak polis, sure tentera. Sebab brader ni tinggi. Badan tegap. Tak hisap rokok. So badan sihat. Umur lingkungan hujung 40an. Setakat naik Versys 1000 ni memang kena la dengan badan dia. Dia menjawab,"saya keje di TUDM Subang". Betul la sangkaan ku selama ni.
Terus brader tu datang dekat dengan aku yang tengah duduk sambil menyedut udara nyaman nusantara ni. "Abang lak, keje takde kaitan dengan MH370 ke? Aritu kan semua kapal terbang penyelamat landing kat Subang?" Tanya ku. Ringkas je brader Saiful menjawab, "Tak. Saya tak keje bahagian tu. Bukan keje saya."
"Hujan ni lebat bang. Saya dah lencun ni. Tak larat nak ride. Motor saya tu mana ade mudguard depan. Semua air kat jalan simbah ke muka saya je. Tu saya berhenti ni," kata ku. Kemudian brader Saiful berkata,"Hujan petang takpe. Nak balik. Kalau masa pagi nak keje. Susah gak". Saya menambah,"Saya kalau hujan pagi, sampai opis basah, saya pakai kain pelikat je bang. Apa susah. Keje kita bukan jumpa orang. Pakai kain pelikat aje dok dalam pejabat". Melopong brader Saiful dengar. "Wah best la keje macam tu. Pakai kain je," kata brader Saiful.
Saya kemudian menambah, "Masyarakat kita hari ni bang. Dah jadi pelik dengan orang pakai kain pelikat. Tapi kalau pompuan pakai skirt. Pompuan tak pakai tudung. Pompuan pakai bikini. Tak tutup aurat. Dia orang tak pelik. Padahal. Sapa yang tutup aurat. Yang pakai kain pelikat ke yang pakai bikini?". "Betul. Betul", jawab brader Saiful. Hahahah. Saje je aku goreng citer. Makan jugak brader ni.
"Bang. Balik keje mcm ni brapa speed abg bawak?" tanya ku. "Biasa la. Jalan highway ni 120 ke 130kmj la. Kalau jalan biasa kurang sikit", jawab brader Saiful. "Laju tu bang. Saya 100 ke 110kmj je",tambahku.
Sedang kami rancak berborak, tetiba keluar satu lelaki dari tandas, terus menegur kami. "Lawa motor bang", ujar lelaki umur lingkungan lewat 30an itu. Aku terus menjawab,"Biasa je bang. Motor lama". Lepas tu aku terfikir, brader tu puji bobber aku ke atau Versys abang Saiful ni? Hahahah. Confident je aku jawab. Macam la motor aku paling cantik kat situ. Aku pun terpandang kiri dan kanan mencari motor brader yang baru join kami borak ni. Tapi tiada jentera lain selain bobber dan versys di sini.
Lalu brader tu berkata, "Saya bawak kete hari ni. Hujan selalu kan. Tapi saya guna Kawasaki ER6F bang" katanya kepada aku dan brader Saiful. Brader Saiful seperti malas melayan brader sorang lagi ni. Tapi aku cover la, saje nak tambah kawan. "Abg biasa konvoi ke bang? Saya motor pakai keje je. Takde gi konvoi mana pun",kata ku kepada brader yang tak diketahui nama ni. "Saya biasa bang. Tak pegi Thailand ke bang? Semalam bebudak bike ramai gerak konvoi ke Thailand. Saya tak pegi sebab dah biasa pegi. Hatyai. Betong. Banyak dah pegi Thailand,"cerita brader yang kata pemilik ER6F ni. Brader Saiful pula bertanya," Betong Thailand, apa ada sana? Macam mana keadaan?". Brader ER6F menjawab, "Betong ni bang. Tempatnya aman. Sunyi. Macam kampung sikit. Tapi hiburan sama je bang. Massage Thailand". "Hahahahha. Itu biasa",tambahku.
"Biasa la bang kan. Betong. Danok. Hatyai. Phuket. Sama je semua. Massage Thailand la kan?"kata brader ER6F ni. Brader Saiful pula berkata,"Saya kalau urut, suka urut kaki je". Brader ER6F menjawab,"Eh tak bang. Sana urut satu badan. Tak urut kaki je.". Terdiam abg Saiful. Hahahah. Dalam hati aku kata,"Apa barang urut kaki. Dah ride motor sakit satu badan. So urut satu badan la. Buat apa urut kaki je. Hahahaha".
Brader ER6F bertanya,"Abang kalau nak join konvoi ke Thailand boleh join kita orang bang. Puchong bikers. Ramai bikers lepak dengan kita orang. Selalu gak konvoi Thailand. Dalam hati ku berkata, "Orang kuat iman boleh la pegi . Aku iman nipis kulit bawang. Pegi sana. Jadi bawang goreng la gamaknya nanti." Hahahah. Sapa faham, faham. Tak faham sudah.
Akhirnya dekat jam 7 dah. Aku pun mohon izin untuk bergerak balik. Tapi aku sempat bagi name card kepada brader berdua tadi. Sebab boleh la jadi geng bikers melepak tepi tandas ni nanti. Semoga berjumpa la lagi aku dengan bikers yang lain di episod akan datang. Kalau ade lak Lady bikers di bab 3 nanti mesti bertambah best kan. Hahahahha.