Home Novelet Cinta RAHSIA CINTA MARISSA
RAHSIA CINTA MARISSA
Aurian
22/9/2013 22:23:16
14,266
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
BAB 3

BAB 3

“Eh, budak cepat la…” panggil Alex sambil masuk ke kereta. Intan bergegas mencapai beg sandang dan masuk ke dalam kereta. Wajahnya masam mencuka. Nama aja suami tetapi terasa dilayan macam anak kecil. Kadangkala sahaja dia bersikap romantic tetapi selalu tersasul nama Marissa. Intan mengeluh, sampai bila dia akan hidup dalam bayang-bayang Kak Rissa. Tidak pernahkah Alex melihat dia sebagai dirinya sendiri?

“Bila kau nak ambik lesen ni?” Alex mengeluh.

“Bila-bila je la…” Intan memuncung sesekali membentulkan rambut lurusnya supaya rapi. Membelek wajah yang tidak sempat di rias dengan sempurna.

“Nanti dah ada lesen boleh bawak kereta ni...”

“Prius ni, tkde kereta lain ke? Abang nak pakai kereta apa nanti?”

“Ada lagi satu Mini Cooper dan Lamborghini kat dalam garaj dekat dengan studio.”

“Hah!” Intan ternganga. Kalau lalat lalu mesti boleh tumpang.

“Hehe, tak ada kereta yang biasa-biasa lagi ke? Intan ni student...”

“O.k lah, nanti dua-dua kereta tu aku akan jual. Kita beli kereta yang kecik sikit. Dulu my ex-wife pun tak suka aku beli kereta-kereta tu. Membazir katanya. Dia cukup tak suka minat aku pada kereta ni.”

“Memang la, baik simpan duit untuk benda lebih berfaedah kan? A shiny car doesn’t impress all girl.”

“Dah ada buyer pun Lamborghini tu. Tapi Intan belum pernah naik kan? Sebelum jual kita keluar dengan Lamborghini tu o.k. Malam ni, get ready, pukul 9.00 aku ambik kat rumah. Kita pergi makan malam tempat istimewa.” Alex senyum sambil mengerling Intan. Gadis muda itu gembira bukan kepalang. Matanya bersinar-sinar penuh harapan.

“O.k, abang jangan lambat tau!” pesannya sambil turun dari kereta di hadapan kampus. Ada perasaan halus yang meresap masuk. Dia tahu lambat laun hubungan dia dengan Alex akan makin baik. Suaminya itu punya tanggungjawab. Duit belanja, sara hidup, yuran belajar, semuanya disediakan. Dia memang tiada masalah dari segi kewangan. Malahan jika ada masa dia akan hantar Intan ke kelas, ke airport atau ke manapun. Tetapi soal hati dan perasaan masih belum Intan dapatkan. Masih belum terdapat tanda Alex menyayanginya. Bak kata Kak Rissa, cinta itu boleh dipupuk, dibina, malahan di robohkan. Yang penting sekali doa pada Ilahi, minta supaya cinta Alex berlabuh padanya. Ah kak Rissa pandai berkata-kata, pandai mempengaruhi orang, pandai menyedapkan hati. Kalau tidak masakan Intan boleh setuju berkahwin dengan lelaki itu.

Malam itu Intan bersiap sesempurna boleh. Dia mengenakan dress hitam dari jenis kain chiffon lembut. Pemberian dari Marissa. Sejak mengenakan hijab, banyak pakaian lama di beri pada Intan. Adakah kerana itu Alex selalu terpanggil namanya Rissa? Intan duduk di birai katil, sejak dari dahulu Kak Rissa sentiasa menjadi idola Intan. Dia selalu mahu jadi Kak Rissa. Tapi dia tetap mahu dipandang sebagai diri sendiri. ‘Dayang Intan Amirullah, pelajar cerdas bakal seorang engineer. Tak akan selamanya hidup dalam bayang-bayang Kak Rissa.’ Bunyi hon kereta di bawah mengejutkan Intan, pantas dia mencapai beg tangan yang sudah tersedia dan berlari turun ke bawah.

“Wahh seronoknya...!” Intan mendepa tangan ke atas, menyentuh angin pada bumbung yang terbuka. Lamborghini warna silver itu meluncur santai di jalan raya yang lengang. Intan mendongak melihat kerlipan malam yang bergemerlapan. Sungguh Indah dan nyaman. Mereka berdua jadi perhatian pengguna jalan raya sekitar Ampang. Alex hanya menggelengkan kepala melihat sikap keanakkan Intan. Angin yang meniup rambut panjang Intan memukul sisi wajah Alex.

“Tutup bumbung lah, angin kuat ni...” perlahan bumbung tertutup dan Intan membetulkan duduknya. Dia memerhati wajah Alex yang manis dan mesra. Dia segak memakai kemeja hitam dan seluar slack warna kelabu. Dadanya yang bidang nampak macho. Dengan melihat rupa Alex sahaja hati Intan sudah terbuai-buai. Tapi mengenangkan perangainya, hatinya yang keras kejung, matanya yang hanya nampak Kak Rissa. Hati Intan jadi bungkam. Dia langsung memandang hadapan jalan pada garis putih yang putus-putus. Garis putus itu pasti akan bersambung, pasti!

“Dah sampai, jom turun...” Alex menggamit setelah kereta masuk ke petak parking. Mereka sudah berada di restoran La Risata, Ampang. Restoran makanan Itali itu mewah dengan sofa warna unggu. Lilin menerangi dalam suasana romantic berserta hiasan dalaman yang sangat cosy. Intan menghempas punggung di sofa empuk. Kemudian mencapai menu yang diberikan waiter. Wajah Dayang Intan berubah apabila melihat menu yang tertera.

“Abang, sini-sini...” ucap Intan separuh berbisik. Alex mengerutkan dahinya dan mendekatkan wajah pada Intan.

“Sini makanan dia halal ke tak, kenapa ada berderet wine list dekat dalam menu ni?” wajah Intan berkerut.

“La, tak payah la order wine tu. Order je la yang halal.”
“Mana boleh abang, kalau dia jual arak, kemungkinan makanan dalam restoran ni pun tak halal.” Intan beri penegasan. Alex mengeluh, dia faham haram itu hanya arak dan daging khinzir. Kini pelbagai persoalan pula diutarakan Intan. Mood romantic pun jadi kacau dibuatnya. Potong stim betul!

“Ye la makcik, kita order jus, dan you makan dessert je la. Kalau lapar nasib lah. I nak order wood-fired pizzas yang famous kat sini.”

“Jangan, takut tak halal, kalau jatuh was-was baik tinggalkan. Nanti balik rumah Intan masakkan o.k,” tegah Intan, tangannya meramas jemari Alex. Mata pemuda itu makin mengecil. ‘geram betullah aku dengan budak kecik ni. Banyak songeh betul. Ex aku pun melayu jugak tak la jaga sangat macam ni.’ Kalau nak ikutkan mahu sahaja dia marahi Intan. Tetapi mengenangkan malam ini mahu dijadikan malam yang indah dan istimewa, maka Alex menahan rasa geram, dia ikuti sahaja kerenah Intan.

“Cantikkan abang pemandangan Kuala Lumpur malam-malam ni,” komen Intan sambil menghirup jus oren. Matanya tidak lepas dari melihat kerdipan lampu bandaraya Kuala Lumpur yang kejauhan. Alex yang bungkam kerana tak dapat makan wood-fired pizzas hanya mendiamkan diri.

“Abang...” panggil Intan. Alex mengangkat wajah. “Apa dia Intan cakap tadi?”

“Sayang kat Intan tak?”

“Hah!?” wajah Alex kaget. Intan terus memuncung. Alex berdehem, dia menghirup cappuccino di cawan kemudian tersenyum.

“Nanti abang bawak Intan pergi tempat yang boleh tengok permandangan KL lagi jelas dari ini. Kat sini tak berapa nampak sebab terlindung rumah-rumah dan bangunan. ”Mendengar Alex membahasakan dirinya abang, Intan gembira. Alex makin lembut dan baik dengan dia.

“Wooowww, cantiknya... Abang sinilah tengok permandangan Kuala Lumpur ni…” Intan melaung pada Alex yang berdiri di sebelah kereta.Kuala Lumpur seperti diselimuti emas berkerlipan yang kuning berkilauan. Cuaca malam yang cerah tanpa kabus di Bukit Langat, Ampang menjadikan fenomena indah ini terkesan. Lama Intan berdiri mengamati keindahan kerlipan Kuala Lumpur, yang pastinya tiada yang seumpamanya di negeri asal Intan.Angin kuat di atas bukit memukul susuk tubuh Intan, memperlihatkan lekuk tubuh gadis perawan. Kain dressnya terselak menampakkan betis yang gebu. Rambut lurus gadis itu bersimpang siur ditip angin.Alex dari dalam kereta terlihat beberapa remaja lelaki yang melepak di situ tak lepas-lepas merenung Intan. Dia pantas keluar dari kereta, menarik tangan Intan.

“Jom balik sayang, dah malam...” Intan mengikut dari belakang.Dia terdiam mendengar perkataan Alex.

“Tapi tak puas lagi ambil angin...” Intan memprotes.

“Kita pergi tempat lain, menara tinjau Bukit Ampang…” kereta Alex pantas menderu membelah kepekatan malam.

“Tadi abang panggil Intan sayang ye?” soal Intan manja, Alex tidak menjawab hingga kereta memasuki kawasan menara tinjau.

“Dah buka ke tempat ni...” dia bercakap dengan diri sendiri kemudian mengeluh kecil.

“Abang ada panggil Intan ni sayang ke tadi?” Soal Intan tidak puas hati selagi persoalannya tidak dijawab. Alex hanya tersenyum, kemudian dia merendahkan seat kereta dan bersandar sambil jemarinya membelai rambut Intan.

“Abang tak dengar ke?”

“Abang dengar sayang...” Intan tersenyum gembira, matanya bersinar, merah mukanya mendengar perkataan suaminya itu. Perlahan Alex menarik intan ke dadanya. Dia memeluk Intan kejap, mengucup kening, pipi dan…

I love u so much Rissa.” Suara itu mendesir bagai angin lalu. Intan terkaku, pantas menolak tubuh Alex.

”Intan! My name is Intan!” jerit Intan, wajahnya memerah. Pantas dia membuka pintu kereta dan keluar sambil menghempas pintu. Alex mengejar.

“Intan!, sori i, abang tak sengaja... Kenapa nak marah sangat ni...?”

My name is Intan, bukan Rissa! Sampai bila abang nak lupakan Kak Rissa? Sampai bila abang lihat kak Rissa dalam diri Intan?” Intan menghentak kaki dan berjalan laju. Kali ini dia benar-benar marah. Dia tidak boleh bersabar lagi. Sudah- sudahlah, suami yang dicintai, kasihnya untuk orang lain.

“Marissa tu kan kakak sepupu Intan, kenapa Intan nak cemburu sangat?” Intan berhenti melangkah, berpusing menghadap wajah Alex. Alex terkejut melihat wajah isterinya yang sudah basah oleh air mata.

“Intan pun sayang Kak Rissa, bukan abang sorang sayang kak Rissa. Tapi tak pernah ke sekali dalam hidup abang, pandang Intan ni adalah Intan. Bukan jelmaan kak Rissa.”

“Abang minta maaf Intan, sukar abang nak lupakan Marissa. Abang sendiri dah cuba, tapi abang tak mampu...” Alex menunduk wajah, dia rasa bersalah pada Intan.

“lepaskanlah kak Rissa abang, dia tak mungkin jadi milik abang, bahkan tak akan jadi milik sesiapa pun..”

“Apa maksud Intan, Intan mesti tahu apa-apa yang abang tak tahu, tolong beritahu abang, tolonglah Intan, ini untuk kebaikan Kak Rissa.” Intan kaget, dia serba salah dituju pertanyaan itu.Dia sudah berjanji pada Kak Rissa. Alex sudah memegang kedua lengan Intan, minta penjelasan. Intan serba salah, lengannya mengesat air mata yang tersisa.

………………….

Beberapa hari kemudian mereka berdua sudah sampai di Adelaide Airport. Kemudian mereka terus mengambil teksi ke Noarlunga Downs, di persisiran pantai selatan Australia. Ke rumah Aunty Ana, makcik Marissa dan Intan.

Aunty Ana yang sudah bersara sedang berkebun di halaman rumah ketikamereka berduatiba.Setelah meletak secangkir teh dan cawan di atas meja, Aunty Ana melabuhkan punggung di sofa beranda rumah.Angin persisiran pantai bertiup sepoi bahasa mencetus suasana tenang dan damai. Aunty Ana memandang jauh ke luar.

“Jadi kamu lah Alex suami Intan. Aunty minta maaf sebab Aunty tak dapat datang majlis kamu. Maklumlah sudah tua ni tak larat nak berjalan jauh.”

“Tak apalah Aunty, lagipun bukan dekat.”

“Iya, majlis pun kecil-kecilan saja. Tujuan kami datang ni, nak berjumpa dengan Marissa.” Alex terus membuka pokok persoalan. Aunty Ana hanya senyum dan tergelak kecil.

“Kamu tahukan, Marissa tak boleh di cari. Hanya dia yang boleh cari orang lain...”

“Macam mana kami nak hubungi Kak Rissa aunty?” nada Intan berharap.

“Aunty tak pasti, dari awal tahun ni lagi, selepas kamu bernikah, dia dah berlepas untuk bertugas di bawah bendera PBB sebagai pasukan perubatan. Aunty pun tak pasti dia negara mana, kali terakhir dia hubungi semasa dia di Yaman. ”

“Macam mana dengan tahap kesihatan Marissa?” wajah Alex jelas gelisah.

“Macam tu la, tapi dia masih sihat, kalau tak masakan dia boleh jadi doktor sukarelawan di negara berperang. Oh, makcik baru teringat dia ada tinggalkan surat buat kamu Alex.” Aunty Ana bangun dari duduknya dan masuk ke dalam.

Angin laut dari Christies Beach berdekatan terasa menyapa wajah. Hembusan nyaman itu tidak sedikitpun menenangkan perasaan Alex. Dia duduk berseorangan di taman halaman rumah, membaca bait kata Marissa.

Asslammualaikum,

Sahabatku Alexander Iskandar Abdullah,

Semasa surat ini sampai ke tanganmu, Rissa mungkin sudah jauh di negeri Balkans, mungkin di tanah Arab. Di mana sahaja Negara bergolak di situ ada Marissa.Memang sudah Rissa pilih jalan ini Alex, kerana inilah jalan yang menjadikan hidup Marissa lebih bermakna.Ikhlas membantu yang memerlukan, mengumpul pahala sebelum nyawa bercerai dari badan.

Sahabatku,

Mungkin Alex juga sudah tahu perihal penyakit Marissa, yang diwarisi dari arwah ibu Marissa. Masa ayah terlantar di hospital kerana kemalangan, Aunty Ana ambil Marissa untuk di jaga sementara. Masa itu baru Marissa dapat pengetahuan penuh mengenai penyakit arwah ibu. Rheumatoid Arthritis merupakan penyakit yang Marissa warisi dari ibu. Ya, setiap penyakit ada penawarnya, kerana itu Marissa mempelajari ilmu perubatan. Langsung Marissa tinggalkan cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik dan penggubah lagu. Marissa harus berjuang untuk diri Marissa dan orang yang senasib dengan Marissa. Marissa ambil keputusan untuk meninggalkan tanah air, menetap dan menyambung pelajaran di Aussie. Dan kerana itu juga Marissa tidak mahu berhubungan dengan sesiapa pun. Marissa tahu ajal di tangan tuhan. Tetapi kematian ibu memberi impak yang besar dalam hidup ayah. Alex tahukan apa yang jadi pada ayah Marissa, hidupnya hilang arah dan disia-siakan. Marissa tidak mahu Alex menerima nasib yang sama. Marissa tidak mahu Alex lihat Marissa terbaring layu di katil menunggu kematian, hilang upaya ataupun kecacatan. Mungkin Marissa terlalu dramatik, tetapi itulah kenyataan bagi pengidap kronik Artritis. Penyakit ini merupakan penyakit yang sistematik di mana ia mempunyai tiga peringkat. Dan Marissa sudah mengidap peringkat pertama. Untuk peringkat ini Marissa selalu kesakitan, kepanasan, kejang dan bengkak di sekeliling sendi. Marissa bergantung pada ubat-ubatan dan melakukan rawatan awal seperti merencatkan kerosakan dan kecacatan sendi. Marissa buat pelbagai rawatan yang agresif supaya dapat mengawal kerosakkan sendi yang dapat menghalang kehilangan pergerakkan. Marissa tidak mahu keupayaan Marisa hilang, jika boleh sampai bila-bila Marissa mahu berkhidmat kepada masyarakat. Tetapi bagi penghidap penyakit kronik seperti Marissa, kita hanya berusaha, tetapi Tuhan juga yang menentukan bukan?

Kerna itu sahabatku, Marissa ambil keputusan untuk meninggalkanmu. Marissa tahu Alex tak akan terima alasan Marissa ini. Maka Marissa terus pergi umpama wanita yang tidak berperasaan. Ibu Alex ada hubungi Marissa, nadanya marah-marah apabila Alex masuk hospital kerana Marissa. Marissa baru tinggalkan Alex sekali, Marissa tahu Alex kecewa. Bagaimana nanti jika kita berkahwin, kemudian Alex lihat Marissa menderita di depan mata, cacat, kemudian pergi selama-lamanya. Pasti kecewa Alex bertambah parah. Itu tidak adil bagi Alex, dan Marissa tidak sanggup untuk lakukan itu pada orang yang paling Marissa cintai.

You are selfish Rissa!” bentak Alex sambil menarik nafas panjang. Dia meraup wajahnya yang keruh kemudian menyambung bait kata Marissa.

Mungkin alasan Marissa tidak dapat Alex terima, tetapi percayalah, inilah yang terbaik pada pandangan Marissa. Alex punya masa depan yang lebih baik. Masa depan Marissa sudah Marissa ketahui. Tidak akan Marissa sia-siakan masa yang tersisa. Marissa akan berbakti hingga ke hujung dunia Alex. Marissa sudah ambil keputusan untuk tidak berteman hidup. Untuk apa kita menyentuh hidup seseorang jika kita hanya akan menyakitinya, hanya untuk meninggalkannya. Marissa tidak tega. Marissa pernah bertugas beberapa bulan di Afganistan sebelum ini. Memang tempat bergolak dan berperang sangat berbahaya, tetapi kematian ada di mana-mana. Aunty Ana kata, Marissa umpama pergi membunuh diri. Mungkin Aunty Ana betul, Marissa lebih rela mati syahid, kerana ditawari syurga daripada menunggu kematian di atas katil kerana Artritis!... Marissa takut Alex! Marissa yang tegas, keras hati, berani sebenarnya perempuan penakut. Dan kerana takut juga Marissa lari tinggalkan Alex. Maaf kerana kecewakan Alex, Marissa sebenarnya tak layak untuk terima cinta yang begitu besar darimu.

Air mata Alex menitis perlahan. ‘Mungkin cinta ini menjadi beban pada kamu Marissa, maafkan aku.’ Dia mengesat air mata…

Bila Alex bernikah dalam masa tak sampai setahun kita berpisah, Marissa terkejut kerana ianya terlalu cepat. Marissa takut Alex terburu-buru.Marissa sedikit kecewa dalam bahagia. Kecewa kerana impian untuk hidup bersama tak tercapai. Bahagia kerana Alex tidak senasib dengan Marissa, hidup keseorangan sampai bila-bila. Tanggapan Marissa benar, walaupun 5 tahun tempoh yang agak lama untuk sebuah perkahwinan yang terburu-buru. Marissa tahu Alex berusaha untuk menjayakan perkahwinan itu. Apa yang Marissa ingin tekankan di sini, Marissa ingin Alex bina hidup yang lebih bermakna, cari pasangan hidup yang tepat. Ubah sikap, kurangkan aktiviti malam yang membuang masa, jangan dekati benda haram, jadilah muslim yang baik. Hiduplah cara islam yang sederhana. Kerana sederhana itu adalah kebahagian. Kurangkan sifat suka membazir pada motosikal besar, kereta mewah dan aktiviti tak berfaedah. Buatlah aktiviti yang lebih kemasyarakatan dan membawa manafaat kepada kemanusiaan dan alam sekitar. Oh! Marissa sudah membebel macam nenek tua, macam cikgu sekolah. Tetapi jika Alex berada di tempat Marissa Alex akan faham kenapa Marissa lebih menghargai hidup. Mungkin tempoh hayat Marissa tak lama, Marissa tak punya masa untuk di sia-siakan. Begitu juga Marissa harapkan untuk Alex, orang yang selalu bertahta dalam hati dan jadi sebutan dalam setiap doa.

Sahabatku, cinta bukanlah sekadar untuk memiliki. Cinta yang dimiliki juga tidak pernah kekal selamanya. Tetapi cinta untuk di rasai dan dihargai. Segala kenangan kita bersama dahulu kekal dalam hati sanubari Marissa selamanya. Cinta itu pengorbanan bagi yang mencintai. Marissa rela menanggung rindu sepanjang hayat asalkan Marissa tahu Alex bahagia. Bukannya memastikan kamu jadi milikku tetapi menonton dirimu berkecai satu persatu di hadapan mata. Cinta itu bukan sifat tamak, hanya mahu memiliki kamu seorang, tetapi tidak membahagiakanmu. Ingat tak dulu kalau Alex tersenyum dengan wanita lain sahaja Marissa sudah mengamuk. Itu dulu, sewaktu Marissa tak pernah kenal erti cinta sebenar.Sedangkan cinta itu seharusnya tiada sifat tamak, sifat dengki mahupun paksaan. Jika ada sifat negatif sepertinya, itu namanya bukan cinta, melainkan amarah dan hanya keinginan mahu memiliki. Cinta adalah sifat-sifat terpuji. Dan cinta yang paling tinggi adalah pada Ilahi. Dan cinta tulus sesama manusiawi, adalah menyebut nama orang yang dikasihi itu di dalam doanya!

Kerana itu sahabatku, setelah Marissa dengar tentang hidupmu yang terumbang-ambing. Marissa datang bertemu mu, kerana Marissa yakin masih tersisa kasih Alex pada Marissa. Jadi Alex mungkin akan mendengar kata Marissa. Intan itu adalah satu -satunya adik yang Marissa ada. Alex juga tahu yang Marissa anak tunggal. Menyerahkan Intan pada Alex umpama seorang ayah menyerahkan anak perempuannya menempuh kehidupan baru. Marissa cintakan kamu berdua. Hingga Marissa tidak percaya pada lelaki lain selain Alex!...Intan itu gadis yang baik dan taat. Lemah lembut dan rendah hati.Mempunyai kualiti yang lebih baik dari Marissa sendiri. Siapakah lagi yang boleh dipercayai untuk bersama orang yang dicintai melainkan juga orang yang dicintai!

Alex tahu kan kita sehati sejiwa, sedari dulu lagi. Kita umpama bayangan masing-masing. Melihat diri Alex seperti melihat diri Marissa sendiri. Melihat Alex sekarang ini seperti melihat diri Marissa yang dulu. Kenapa kamu masih sama, tidak berubah? Sedangkan Marissa sudah bertemu dengan dunia yang lain. Dan cinta kita juga tidak memberi manafaat untuk kebaikan masing-masing. Kenapa Marissa cakap begitu? Kerana dahulu kita terlalu tenggelam dalam kekecewaan, dan makin hanyut tanpa sempadan. Tidak pernah bertemu dengan jalan keluar melainkan sesat dalam kelalaian dan kerosakkan.

Sahabatku, kita melewati zaman remaja bersama, melalui susah dan senang bersama. Kita terlalu memahami satu sama lain. Maka Marissa tahu Alex pasti memahami niat dan isi hati Marissa ini. Minta maaf jika ada perkataan atau perbuatan yang tidak berkenan. Minta maaf juga jika keputusan Marissa ini adalah kesilapan. Marissa cuma manusia biasa, yang juga terkhilaf dan tersilap membuat perhitungan. Moga masa hadapan akan bertambah baik untuk kita semua.

Untuk diri Marissa, pinta doa dari Alex, Intan dan yang mengasihi, supaya Marissa dapat berteguh hati menghadapi cabaran hidup ini dan sentiasa dalam rahmat Al-Rahman.

Nafas kasih dan cinta,

Marissa

Alex masih menunduk merenung surat Marissa, tangannya menggigil. Dia tidak tahu apa yang dia rasa. Marah, sedih, cemas, simpati, luka, kecewa, risau, tidak berdaya, semuanya bercampur aduk. Yang pasti dia tidak senang hati. Perlahan Alex mengangkat wajah, jelas aliran air mata yang masih mengalir. Mata yang berkaca itu tertancap pada renungan Intan yang berdiri dihadapannya. Intan melutut kemudian memeluk suaminya.

Previous: BAB 2
Next: BAB AKHIR

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.