Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,372
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 2b


Meredith Sheldon…Namun setiap kali nampak nama itu dia akan tersengih. Orangnya amat berbeza dengan persona yang dimiliki empunya nama itu. Pertama kali mereka bersua muka,tidak sangka pemakai nama seorang wanita yang sangat ringkas, bertudung bawal malas dengan t shirt lengan pendek dan tidak sedikit pun kelihatan seperti seorang yang berdarah campuran atau sekurang-kurangnya bergaya sebagaimana namanya. 

Hilda juga tidak menggunakan nama sebenar. Nama sebenarnya tidak ada apa kurangnya. Maknanya pun baik. Tetapi kerana seperti kebanyakan penulis dia seorang yang memiliki sifat pemalu,  introvert, dia menggunakan nama samaran. 

Lagipun ramai penulis terkenal yang tidak menggunakan nama sendiri. Nama Mark Twain, Hlovate, Aisya Sofea adalah antara nama-nama samaran penulis yang terkenal dan berjaya sekian lama.  Begitu juga banyak selebriti dalam bidang kreatif; malah P.Ramlee bintang terkenal itu lebih dikenang berbanding nama sebenarnya. Dalam sejarah, memang jelas nama itu mampu mengubah nasib seseorang…

Kawan-kawan yang bukan dari golongan penulis yang tidak faham, menuduhnya seekor catfish. Dia tertawa sendiri betapa ignorantnya manusia sedemikian. Beza seperti langit dengan bumi. Pseudonym adalah nama samaran penulis sebagaimana dalam dunia kreatif yang lain. Manakala catfish menyamar sebagai satu karekter berbeza untuk mendapatkan sesuatu seperti cinta atau wang… scammer much, fikirnya. Orang yang tiada ilmu sahaja menyangka dua perkara itu sama, dia membebel sendirian.

Orang kata nama tidak bermakna apa-apa. Seperti sekuntum bunga mawar, jika dinamakan dengan nama lain pun, mawar itu tetaplah wangi. Dan tidak menurunkan nilainya di kalangan manusia. Tetapi dalam bidang kreatif,nama ada nilainya tersendiri. Kerana dengan nama yang kena dan karya kreatif yang menarik hati peminat, seseorang mampu berjaya atau mungkin gagal.

Ya nama sebenarnya Rosnah Kalsum.  Biasa dipanggil Som oleh kawan karibnya dulu. Tapi… nama Hilda Aster telah meminjamkan kepadanya imej tertentu di mata peminat penulisan. Mungkin dia tidak langsung kelihatan seperti seorang kacukan tetapi nama itu telah menjadi sohor setelah karyanya yang diterbitkan di sebuah platform penulisan kemudian dijulang di beberapa lagi platform media sosial. Hypenya tidak terkira tetapi bagai belum ada validation dari dunia penulisan apa lagi mereka di dalam industri. 

Sekarang dia perlu membuktikan karyanya itu memangnya hebat dan mampu tersenarai dalam buku fizikal yang best sellers.

Ketika dia menghantar manuskripnya dia sudah ada lebih 100,000 patah perkataan sebagaimana lazimnya. Tetapi dia terpaksa mengubah dan buat pindaan setelah Wana membuang hampir sebahagian besar isi cerita yang telah dikarangnya… kini dia masih tercari-cari di mana berpuluh ribu perkataan lagi yang wajib diisi lagi untuk memenuhi kehendak penerbit baru itu.

Penerbit Guano  Publishing adalah nama baru juga dalam senario penerbitan. Memang dia sendiri tidak pernah ambil peduli dengan penerbit kecil itu sehingga terlihat beberapa buku baru terbitan mereka berjaya menarik hatinya.

Di antara buku paling hangat dan viral terbitan Guano Publishing adalah hasil tukangan Sherona Delila yang amat berjaya dengan siri romantiknya bertajuk Lelaki Terakhir Di Planet Bumi,  dan MizzX yang terkenal dengan kisah berkaitan jenayah gelap dengan naskhahnyaTersadai di Colombia, kisah berdarah ala el Capo yang mendebarkan dandengan hero yang sado dan kacak tetapi amat kejam hingga tak cukup ayat untukmenghuraikan. Karya MizzX juga sudah dialihbahasa ke bahasa Korea dan Jepun.Sesuatu yang amat membanggakan  bagi penulis tempatan yang lebih kerap mengalih bahasa karya luar ke bahasa melayu…

Walaupun tidak semua buku yang mereka terbit sohor ketika pesta jualan buku, buku barunya yang bakal dilancarkan yang akan diberi tajuk  My Handsome Prince dijangka akan meletakkan mereka di aras baru.

Dan kini dia sebagai seekor ayam tambatan, penulis harapan penerbitan Guano, dan dia akan berbangga kerana sudah setanding dengan penulis hebat. Karyanya akan beratur di rak buku Best Seller. Terbayang di ruang matanya, dan kembang kuncup hatinya apabila melihat karyanya akan diletakkan satu rak dengan penulis-penulis hebat yang satu ketika menghiburnya ketika membaca karya mereka. Kali ini hasil karyanya pula yang akan membanjiri setiap kedai buku. Buku itu bakal jadi karya terlaris dan akan dicetak berkali-kali. Tetapi itu hanyalah angan-angannya…banyak lagi rintangan yang perlu ditempuhinya sebelum mencapai tahap itu…

Kenapa aku tak dapat idea yang lebih baik dari itu…dia menggerutu sendirian. Aarghh..dia cepat-cepat bangun dan menghirup kopi pekat yang kerap membantunya berfikir. Kopi cap kapal itu diteguknya sekali lalu dan mug diletak ke tepi meja.

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Dia melihat skrin telefon menanti suaminya Mahadi pulang. Mahadi dulunya seorang pilot tetapi setelah PKP, dia kehilangan kerja dan kini selesa berkerja sebagai rider makanan dengan Ahfoodpandak. 


Dia mengeluh seketika kerana Mahadi masih belum pulang sedangkan sudah agak lewat.  Tak mungkin Mahadi buat hal…mungkinkah Mahadi pasang skandaladakah penyondol mahu dengan lelaki tak berduit? Fikirnya. Mungkin Mahadi tidak kaya tetapi dia amat tampan. Penyondol ada banyak kategori. Ada yang mahukan tempat berteduh, ada pula yang hanya mahu menumpang kasih… Mungkinkah Mahadi sedang membaja cinta baru atau ini semua kesan anxietynya yang semakin kritikal.  Mengapa Mahadi tidak meninggalkan apa-apa pesanan di telefon jika mahu balik selewat ini…

Previous: Bab 2a
Next: Bab 3-a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou