Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
32,374
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 18

Di pinggir pantai yang tenang di resort setinggi 18 tingkatdi mana Hilda dan Mahadi merancang staycation itu suasana keheningan yang jelik berlegar di udara. Suasana amat berbeza sekali dengan dengung tawa beberapa tetamu resort yang sedang bergembira di kejauhan dan kadangkala di selang bunyi deruan ombak yang menghentam pantai.

Bilik suite resort berwarna rustic dihiasi indah dengan rona putih di sekitarnya, terasa bagai terlalu sempit  untuk menampung betapa beratnya nilai kata-kata yang tidak terucap di antara mereka.

Mahadi terpaku di tengah ruang tamu, matanya tertancap pada lantai, otot-otot di rahangnya menegang dan jelas terpancar di wajahnya yang dia sedang bergelut dengan apa yang berlegar dalam fikirannya.

Hilda duduk di sofa,jari-jemarinya dengan gelisah memetik benang sarung kusyen yang longgar. Keresahan   amat ketara di wajahnya. Manakala awan ribut bagaikan berlegar di atas kepalamereka.

“Saya mahu anak-anak tinggal dengan saya,” kata Hilda.

“Tidak relevan Rose. Saya bukan  mahu penceraian Rose. Saya mampu. Saya hanya mahu memberitahu awak tentanghasrat saya untuk menikahi Camrinda. Saya bukan meminta kebenaran.”

“Saya tak mahu berkongsi. Sapa pun yang pernah menjadi kekasih awak, bukan masalah saya. Saya isteri awak yang sah. Saya ada hak memberikan pendapat dan decide tentang hala tuju kehidupan kita  dan zuriat kita.”

“Awak mahu saya berdosa sepanjang hayat?”

“Itu bukan masalah saya.”

“Saya mahu Marja dan Marjiaa bersama saya juga. Saya akan buat tuntutan hadanah jika terpaksa. Dan awak tidak akan menang!”

“Hahah… Di….Di…Tuntutan hadanah pun awak tak tahu maksudnya. Mahu buat tuntutan? Anak-anak kita sudah masuk usia remaja. Mereka sudah mumayyiz. Awak terlalu jahil dan mahu menjadi imam?Mereka ada hak memilih untuk tinggal dengan siapa. Dan jika saya ceritakan apa yang telah awak lakukan, saya pasti mereka tak ingin tinggal dengan awak, Di.”

“Saya tak mahu anak kita menjadi mangsa penceraian. Saya mungkin bukan seorang suami yang baik, tetapi saya pasti mereka menyayangi saya kerana saya tidak gagal sebagai seorang bapa. Saya mahu mereka belajar ke tahap tertinggi dan saya tak mahu emosi mereka terganggu…”

“Tapi sekarang awak yang buattahi. Dan awak mahu paksa saya bersabar?”

No way. Jika awak paksa saya akan buat hidup awak susah Rose.”

“Ohhh macam itu?” Hilda tersengih.Senyum sinis. Masa ini mahu jadi bapa mithali. Bab menggatal, dia nombor satu. Bisik hatinya.

“Saya tak akan setuju dan saya rasa elok sahaja kita berpisah Di,” Hilda bersuara penuh yakin. Dia sudah penat memikirkan tentang kehidupan mereka. Semua tentang Mahadi yang indah-indah telah diabadikannya dalam novel yang ditulisnya. Semua yang pernah dinikmati bersama Mahadi telah dipateri dalam My Handsome Prince. Malah dia sudah juga menyiapkan sebuah manuskrip mengabadikan kisah cinta yang manis tentang cinta mereka, yang dia mahu dibaca anak-anak dan cucu cicit mereka satu hari nanti…yang manis-manis sahaja. Tiada spicy sepedas karya terhangatnya.

Tetapi apa yang dihadapinya setiap hari sekarang adalah hanya kepura-puraan. Dia terpaksa berlakun demi survival dan mengharapkan keajaiban akan ada perkara baik terjadi setelah Mahadi kembali beraksi di langit. Apa yang diharapkan menjadi debu sahajakerana ini pula yang Mahadi mahukan.

Mahadi menarik nafas dalam-dalam   dan melangkah mendekat, tangannya dihulurkan seolah-olah cuba merapatkan  jurang semakin meningkat di antara mereka.

"Baiklah…Saya tahu perkaraini sukar untuk didengari, tetapi saya fikir ia adalah yang terbaik untuk semua orang jika kita mengikut cara masing-masing. Awak akan baik-baik saja, awak kuat. Kita masih boleh berkawan."

Ekspresi Hilda berubah daripadaterkejut kepada marah, matanya merah dengan kemarahan. Perasaan kecewat imbul kerana dia mengharapkan Mahadi akan memujuk dengan lebih bersungguh-sungguh.

"Awak rasa ini yang saya mahu?Lagi pun dengan apa yang kita dah lalui awak nak buang saya macam saya ni sampah semalam?" Suaranya semakin kuat dengan setiap perkataan, tubuhnya menggigil menahan marah.

Wajah Mahadi kekal tenang,berbeza sekali dengan kemarahannya. "Ini bukan tentang apa yang awak mahu atau tidak mahu. Ini tentang apa yang menggembirakan saya. Dan saya tidak boleh melakukannya dengan awak lagi. No spark. Nothing."

Hilda merasakan ribut melanda dalam dirinya, campuran kesakitan dan kemarahan berpusing-pusing menjadi tornado emosi.

"Apa yang membuatkan awak fikir awak boleh masuk ke sini dan beritahu saya perkara ini? Kita dah kahwin, Di!Kita ada sejarah! Sikit pun itu semua tak bermakna kepada awak?" Perasaannya terluka dengan kata-kata Mahadi.

Rahang Mahadi diketatkan sambil melangkah setapak lagi mendekat. 

"Saya tahu, Rose. Tapi kadang-kadang keadaan berubah. Orang berubah. Awak pun berubah. Dan saya juga berubah." Dia berhenti sebentar, mencari perkataan yang sesuai. "Saya minta maaf, tetapi saya tidak boleh mengabaikan perasaan saya terhadap Candrima. Dan dia perlu bimbingan saya. Dulu dia atheist…saya berjaya meyakinkannya…dia akan memeluk agama Islam."

Mata Hilda mengecil. "Dan bagaimana dengan perasaan saya? Adakah ia tidak bermakna untuk awak?"

Mahadi mengeluh berat. "Rose,saya dah cuba untuk perbaiki keadaan ni. Tapi jauh di sudut hati, kita sama-sama daht tahu kita sama-sama dah lama tak puas hati."

Suara Hilda serak ketika dia bercakap. 

"Jadi selama ini, setelah awak kata awak nak putus dengan dia, awak masih bertemu dengan dia di belakang saya? Awak masih bermaksiat dengan alasan kononnya untuk berdakwah?"

Mahadi berundur setapak, wajah kacaknya berkerut-kerut kerana kecewa. "Entahlah Rose. Saya rasa tidak ada gunanya kita bincangkan lagi. Tadi awak mahu bercerai dan jaga anak-anak. Lepas itu bila saya setuju untuk berpisah…awak naik marah. Saya tak sangka pun saya akan  terfikir untuk berkahwin lagi…"

Kemarahan Hilda semakin membara dengan setiap patah perkataan yang diucapkannya. "Awak tidak sangka perkara ini akan berlaku? Betapa mudahnya bagi awak!" Dia meludah, suaranyaberbaur sindiran. "Bagaimana dengan saya, Mahadi? Bagaimana dengan kita? Bagaimana dengan keluarga kita? Awak memang jantan kabaret!"

Bilik itu tebal dengan sumpah seranah dan dendam yang selama ini tidak terucap. Dada Hilda berombak ketika dia cuba mengawal emosinya.

"Saya tidak percaya awak.Saya tidak akan biarkan perempuan itu musnahkan rumahtangga kita!,"katanya tegas, suaranya bergetar.

Mata Mahadi memandang tajam kearahnya.

"Rose, awak tidak ada pilihan,"katanya dingin. "Saya dah buat keputusan. Saya akan kahwin dengan Candrima.Take it or leave it."

"Awak tak boleh putuskan masa depan kita begitu sahaja! Saya takkan benarkan awak buang saya ketepi!" Suara Hilda melengking.

Kesabaran Mahadi patah seperti  ranting kering terpijak di hutan ketika kemarau. Dia melangkah lebih dekat. Jantung Hilda berdentum seperti mahu gugur.

"Awak tidak boleh berdebat dengan saya, Rose. Saya akan buat apa yang saya mahu, ini akan berlaku sama ada awak suka atau tidak."

"Saya tidak akan hanya berdiam diri membiarkan awak menendang saya keluar!" dia menjerit.

Tangan Mahadi meraih lengannya,genggamannya erat dan  begitu kejap.

"Awak tidak boleh bersuara dalam hal ini," geram bunyi Mahadi, nafasnya panas di wajah Hilda.

Hilda cuba melepaskan diri darir angkulan Mahadi, tetapi gagal.

"Lepaskan saya!" dia menjerit, matanya liar. Entah mengapa timbul perasaan ketakutan dalam kemarahan.

Pelukan Mahadi semakin erat,menariknya lebih dekat.

"Rose…awak tidak rasional," desisnya. "Ini mungkin jalan terbaik sebagai pengakhiran kisah kita."

Ini? Apakah ini yang dimaksudkan Mahadi. Dengan cengkaman di tengkuknya yang begitu kejap, nalurinya menduga Mahadi punya perancangan untuk menamatkan riwayatnya.

Mata Hilda mencari ruang untukmelarikan diri, pandangannya mendarat di telefon di atas meja di sisi katil.

Mahadi memegangnya dan menariknya ke arah tingkap besar.

"Awak betul-betul nak campak saya Mahadi?" tanya Hilda, terkejut dengan apa yang dia fikir Mahadi lakukan.

"Ya Hilda. Saya rasa awakt ahu bagaimana ini akan berakhir." Suara Mahadi menakutkannya.

Dia merengek cuba melepaskan diri dari pelukan ketat Mahadi.

Telefon di meja dekat sebelah katil bersaiz King itu mula berdering. 

Bunyi nada lagu kegemaran mereka berduasatu hari dulu berkumandang menembusi kesunyian yang tegang.


Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go 'til we're gone

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on

Cengkaman Mahadi pada lengannya dilonggarkan selama seperti terpana dengan lagu kenangan mereka itu.

Hilda mengambil kesempatan daripada gangguan itu, melepaskan dirinya dan tersandung ke belakang. Dia mengerling ke arah telefon, itu kini menjadi talian hayatnya.

"Awak nak buang saya? Nak bunuh saya!?" dia menjerit. "Bukan macam ni caranya! Awak kata awak dapat hidayah! Apa yang awak cuba lakukan Di??"

Kata-kata itu terngiang-ngiang dikerongkongnya apabila kesedaran itu menyedarkan dirinya. Ketakutan di mata Hilda amat jelas, protesnya bukan tangisan terdesak seseorang yang terperangkap dalam pembohongan. 

Bunyi telefon yang tidak henti-henti itu seolah-olah menahan Mahadi daripada meneruskan apa yang dia mahu lakukan. Dengan geram, dia mencampakkan telefon itu ke atas katil.

Telefon terus berbunyi, lagu itu kedengaran terlebih kuat dalam kesunyian yang tegang. 

Mata Mahadi meliar ke arah telefon itu, dan untuk seketika, kaku. Mahadi mencapai telefon.

“Khairiah…” kata Mahadi membaca nama tertera di skrin Hilda. "Awak jawab! Jangan cuba  mengadu tentang pertengkaran kita kalau   selamat!" Mahadi memerintahnya. "Kalau awak cakap pasal kita tadi dengan siapa pun itu, saya bersumpah saya akan-"

Hilda terbatuk-batuk, menguruttekaknya. "Tidak, Di. Saya tidak. Saya bersumpah."

Mahadi  merenungnya, mata lelaki itu mengecil sambil mencari sebarang tanda penipuan.  “Kenapa tiba-tiba Khairiah menelefon?”


Hilda mengketik skrin telefon bimbitnya sambil jantungnya berdegup kencang, dan suaranya bergetar ketika dia bertanya khabar.

Itu Khairiah, kakak Mahadi,suaranya berselang dengan esakan. 

Tangan Hilda melayang ke mulutnya, dan dia memberi isyarat kepada Mahadi. Mereka bagai terlupa terus dengan pertengkaran mereka sebentar tadi.

Mahadi kelihatan terganggu. Dia  menyeluk poket melihat telefonnya. Dia baru tersedar yang bateri telefonnyasudah mati.

“Hello Kak…” Hilda menjawab telefon. Memaksa suara yang ceria.

“Som…maaf akak terpaksa telefon Som…”kata wanita bernama Khairiah itu.  “Akak tak dapat hubungi Mahadi.  Dia ada dengan Som ke? Tolonglah akak Som, akak buntu…”

Suaranya keluar dalam tangisan tersekat-sekat. Keperitan jelas dalam setiap perkataan.

Mata Mahadi membulat dengan setiap perkataan yang diucap Khairiah.
Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou