Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
25,542
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 11


Lilith Athaliah menanti tindakan Hilda.

"Tapi...itu hanyalah perasaan kasih yang... tidak berbahaya, tetapi ia telah berlaku lebih lama daripada keujudan awak dalam hidupnya. Kami ada mutual understanding...kami menghormati space masing-masing..."

Hati Hilda mendap dengan perasaan sayu. Dia merasakan seolah-olah jiwanya kosong sekosongnya bagaikan tiada lagi roh dalam dirinya.

"Berapa lama?" dia berjaya menuturkannya walaupun penuh paksaan. "Berapa lama awak bersama dia?"

Lilith memandang matanya, riak wajahnya melembut.

"Saya minta maaf, Hilda. Saya tidak mahu menyakiti awak. Ia hanya... berlaku. Kami berdua mungkin sudah terpisah tetapi setiap kali kami diserang kesunyian, dan kami akan berhubung apabila convenient. Tetapi saya mahu awak tahu bahawa saya tidak pernah bermaksud untuk perkara ini berlaku. Saya tidak pernah mahu jadi pencaras, tidak pernah mahu menjadi orang ketiga antara awak dan Mahadi."

Air mata Hilda bergenang ketika dia bergelut untuk memproses maklumat itu. Dia tidak dapat menerima apa yang Lilith ceritakan. Apa jenis manusia yang boleh membuat perhubungan hanya kerana convenient? Seteruk-teruk aku, fikir Hilda, ini bukan normal. "Tapi... kenapa dia tak beritahu saya?" dia berbisik. "Kenapa dia tipu saya tentang... tentang segala-galanya?"

Lilith mencapai meja, memegang tangan Hilda yang terketar-ketar. Hilda memandang sekitar mereka sekilas lalu. Dia takut ada yang sedar apa yang sedang berlaku. Mujurlah ketika itu kedai agak sibuk dengan begitu ramai pembeli kerana sekolah baru sahaja bermula semula setelah bercuti. Perbualan mereka mungkin tidak didengari sesiapa. Itulah harapan Hilda.

"Saya tidak tahu, Hilda. Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah saya tidak pernah berniat untuk menyakiti awak. Saya yang sebenarnya kehilangan Mahadi kerana dia terpaksa bernikah dengan awak...Saya hanya mahu membahagiakan Mahadi, dan saya terima apa yang telah berlaku kerana deep inside, Mahadi masih cintakan saya. Pernah saya terfikir jika saya menjauhkan diri, apakah keadaan lebih baik...tetapi Mahadi menangis kerana saya cuba menjauhkan diri.... tetapi kemudian saya melihat awak di sini, dan saya tidak dapat mengelak daripada berfikir bahawa mungkin keadaan berbeza sekarang. Mungkin kita semua mampu bahagia bersama-sama..."

Air mata Hilda mengalir deras mendengar kata-kata Lilith. Hatinya sakit dengan beratnya pengkhianatan dan kehilangan. Dia mahu tidak lebih daripada mempercayai bahawa Lilith berkata benar, bahawa kecurangan Mahadi hanyalah salah faham, kesilapan. Tetapi jauh di lubuk hati, dia lebih tahu.

"Saya tidak faham," bisiknya, suaranya bergetar. "Kenapa dia tipu saya tentang segala-galanya? Kenapa dia pilih saya? Sedangkan dia sudah lama dengan awak?"

Lilith meramas tangannya, riak wajahnya pedih. "Saya tidak tahu, Hilda. Saya cuma boleh mengagak yang dia adalah typical lelaki yang mahu wanita yang baik untuk dijadikan suri...sedangkan saya seorang yang mungkin dilihatnya liar dan terlalu berdikari. Mungkin dia fikir kalau dia tak beritahu awak, awak takkan tahu. Mungkin dia fikir dia boleh buat kita berdua bahagia. Secara serentak."

Pandangan Hilda melayang ke lantai, hatinya bagaikan hancur berkecai sejuta. Dia bergelut untuk memproses maklumat, untuk memahami pengkhianatan yang dia rasai. Dia mahu membenci Lilith, membidasnya kerana berselingkuh dengan suaminya, tetapi sebaliknya, dia mendapati dirinya berasa kasihan kepadanya kerana sebenarnya dia yang merampas kasih sayang Mahadi daripada Lilith...

"Saya cuma... saya tidak faham," dia bagaikan tersedak. "Berapa lama awak bersama dia? Bila ia berlaku?"

Lilith teragak-agak sambil mengalihkan pandangan. "Ia bermula... kira-kira setahun pertama kami kenal di kelas juruterbang. Kami berdua berada di kem latihan syarikat penerbangan itu, dan kami berhubung. Kami mula bercakap, dan satu perkara membawa kepada yang lain. Saya tidak pernah berniat untuk meneruskan perhubungan ini sekiranya saya tahu Mahadi bahagia dengan kehidupan rumahtangganya. Saya tetap bersamanya kerana kasihankan dia. Kerana dia mengadu kesepian walaupun sudah berumahtangga... dan saya tak sangka saya mampu bertahan dengannya...dan pergi sejauh ini, Hilda. Saya bersumpah."

Hilda berasa lebih sakit hatinya apabila mengenangkan saat Mahadi pergi ke kem penerbangan itu. Dia teringat betapa gembiranya Mahadi ketika itu, betapa dia terharu tentang betapa seronoknya Mahadi. Dia fikir ia adalah kerana aktiviti yang mereka lakukan, latihan team building...membina pasukan. Tetapi kini semuanya masuk akal. Bukan membina pasukan tetapi menderma benih. Perit dia mengenangkan semua itu.

Dia duduk di sana, merasakan beban kebenaran menekannya, tertanya-tanya bagaimana dia sepatutnya memproses maklumat ini. "Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan," bisiknya, suaranya hampir tidak kedengaran. "Saya rasa seluruh dunia saya dah terlingkup sekarang."

"Tak ada apa-apa yang membezakan keadaan awak Hilda. Awak tetap isteri Mahadi yang sah...hanya...awak tak tahu Mahadi cintakan saya."

Hilda telan air liur. Tak tahu apa mahu dikatakannya dengan kenyataan yang sedang dihadapinya. Apakah wanita di depannya itu normal? Apakah normal dengan apa yang dihadapinya? Apakah wanita itu tahu Mahadi curang dengan isterinya juga? Apakah Lilith boleh menerima kecurangan Mahadi dengan wanita seksi yang Hilda lihat tempoh hari?

"Awak Rose yang juga Hilda Aster yang tulis buku itu,kan?" tanya Lilith tiba-tiba.

"Buku?" Hilda teragak-agak, hampir dia terlupa tentang dirinya yang sekejap Hilda, sekejap Rose.

"Ya...buku yang sangat baik, berkesan dan panas dan...ya...seperti Tengku Hadiff Eshal, Mahadi adalah My Handsome Prince..." kata Lilith tanpa segan silu.

Hilda berasa seolah-olah dia hidup dalam mimpi, jantungnya berdegup kencang, fikirannya berputar-putar. Dia tidak percaya dengan apa yang Lilith baru saja mengaku kepadanya. Ia terlalu banyak untuk diproses, terlalu sakit untuk ditanggung. Dia rasa seperti hendak menjerit, menangis, memaki hamun seseorang, tetapi dia tidak mampu untuk melakukan mana-mana perkara itu. Sebaliknya, dia berdiam diri, matanya tertancap ke tanah, fikirannya bergelora dengan implikasi pengakuan Lilith.

"Saya perlukan sedikit udara," katanya sambil berdiri. Matanya memandang sekeliling mengharapkan tiada sesiapa menyedari apa yang sedang bergelora dalam hatinya. Mujur jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pm dan slot untuk dia meet n greet sudah berakhir. Dia memaksa sebuah senyuman dan melambai ke arah gadis di kedai buku. Mujur juga ada topeng yang dipakainya dapat juga melindung dari sesiapa menyedari perubahan air mukanya sepanjang pertemuan dengan Lilith.

Dia berjalan perlahan-lahan, tanpa tujuan, Lilith mengekorinya di belakang, melalui pusat membeli-belah, langkahnya membawanya ke tempat terpencil di mana mereka tidak dapat didengari. Persekitarannya riuh dengan muzik yang kuat dari konsert percuma yang diadakan di pentas tengah berhampiran. Orang ramai sibuk dengan kehidupan mereka sendiri, tidak menyedari gelora hati Hilda.

Dia duduk di bangku berhampiran, bahunya terkulai, tangannya digenggam penumbuk. Baru sejam yang lalu dia gembira menandatangani autograf. Menikmati saat sebagai seorang penulis yang dikejar pembaca, selama ini hanya dalam impiannya.

"S-saya tidak faham," dia tergagap-gagap, suaranya hampir tidak kedengaran. "Macam mana dia boleh? Kenapa dia tak pernah bagi tahu saya?" Air matanya bergenang di tubir matanya,  hampir tumpah ke pipi. "Saya sangka kami ada sesuatu yang istimewa, tetapi saya rasa saya silap. Saya tak tahu nak buat apa, Lilith. Saya tak sangka hatinya sudah berpunya ketika itu..."

Lilith menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan jantungnya yang berdegupan bagai sedang berlumba lari.

"Saya tidak menyalahkan awak kerana merasa dikhianati," katanya lembut. "Saya tidak pernah berniat untuk awak tahu begini. Saya sayangkan dia, awak tahu? Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti awak."

Hilda memandang penuh pelik wajah wanita di depannya. Ekspresinya tidak dapat difahami Hilda. Dia terkejut dengan banyaknya ketidakpedulian di wajah Lilith apabila dia mengaku tentang rahsia besarnya itu.

"Jadi apa sekarang?" dia bertanya akhirnya. "Apa yang patut saya buat?"

Lilith mengangkat bahu.

"Saya tidak tahu, Hilda. Saya harap saya ada jawapan untuk awak. Saya tidak dapat bayangkan untuk kembali kepada keadaan sebelum ini. Ia seperti segala-galanya telah berubah."

"Jujurnya, awak dan Mahadi...pasangan kekasih?" tanya Hilda ingin tahu sejauh mana perhubungan Mahadi. Dia memaksa perkataan itu walaupun amat sukar baginya untuk mengucapkannya, apa lagi menanti pengakuan wanita di depannya.

Lilith tersenyum penuh makna.

"Saya boleh sebutkan lokasi semua tahi lalat di tubuh Mahadi."



Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou