Home Novel Umum Stigma (SELESAI)
Stigma (SELESAI)
ae0907
12/10/2021 21:15:47
94,551
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 5

"Aku tak sangka ada juga bakat budak ni, luar nampak kasar tapi ada je something yang buat aku kagum,"

Nurhan tersengih mendengar bicara Faiz yang tidak habis-habis memuji Wajdi. Biarpun baru satu minggu mereka bergelar 'pendidik' di situ, mereka berdua merasakan anak didik mereka seperti anak mereka sendiri.

"Ini yang kita panggil bakat terpendam. Ni baru baca ayat suci Al -Quran, entah-entah nanti kalau azan, kalah bilal Mekah nanti." Nurhan berkata, mengiyakan kenyataan sahabatnya itu.

Kata-kata Nurhan membuatkan Faiz berasa ingin mengetahui dengan lebih dalam potensi sebenar anak muridnya yang bernama Wajdi Hariz itu.

Rasanya, dia akan lebih memerhatikan remaja itu.

~~~

Wajdi terdiam. Sesekali dia menghela nafasnya. Azhar dan Fahmi yang berada di hadapannya langsung tidak ditoleh. Semenjak dia 'beraksi' semasa subjek Talaqqi sehingga lah sekarang, dia tidak mengeluarkan sepatah dua kata meskipun hanya deheman. Rakan-rakan di sekeliling apatah lagi, langsung tidak dipandang.

"Korang, boleh tak stop tenung aku. Aku rimas."  gumam Wajdi ketus. Macam mana dia tidak serabut dengan dua manusia di hadapannya yang tak habis-habis terlopong sejak subjek Talaqqi tadi?!

Azhar dan Fahmi menggeleng kepala serentak. Sungguh mereka tidak mempercayai bahawa Wajdi boleh melantunkan ayat suci itu dengan sangat merdu. Tidak pernah mereka mendengarkan suara Wajdi mengaji meskipun mereka berkawan sudah lama.

Kenapa? Sebab Wajdi selalu ponteng kelas mengaji dan kelas hafazan! Sejak tingkatan satu lagi!

Tetapi, tidak hairanlah ingatan remaja itu kuat. Lihat sahaja IQnya.

"Aku tak sangka kau, wau Wajdi!" Azhar menepuk belakang Wajdi. Terdengar ikhlas pujiannya.

"Tak pernah kau tunjuk kat kiteorang yang kau boleh taranum macam Qari Mekah!" Fahmi pula menyiku lengan Wajdi. Mereka berdua tersenyum.

Wajdi mengukirkan senyuman tipis. Memang lama dia tidak mengeluarkan 'taranum'nya di hadapan orang sejak sekolah rendah. Dah bertahun-tahun rasanya. Entah mengapa aura Ustaz Nurhan tadi membuatkan dia mahu mengeluarkannya.

Pelik bin Ajaib bukan?

~~~

Mikayla yang sedang menyuapkan makanannya ke dalam mulut terhenti apabila merasakan seseorang menepuk bahunya agak kuat. Hal itu membuatkan badannya terloncat sedikit akibat terkejut. Apabila dia berpaling, kelihatan rakannya, Mardiyah terkebil-kebil memandangnya.

"Eh, saya kejutkan awak ke? Maaf, maaf!" Mardiyah segera memohon maaf sambil bantu menyapu makanan yang terjatuh ke atas baju sekolah kawannya itu. Mujur sahaja ianya tidak meninggalkan sebarang kesan kotoran.

"Tak apalah, saya maafkan. Cuma lain kali jangan buat lagi. Buatnya saya ada sakit jantung, memang dah lama saya jadi arwah. Sudah la amal pun tak cukup lagi." Mikayla berkata sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya, isyarat meminta Mardiyah duduk di situ. Mardiyah segera duduk sambil tersengih sumbing.

"Kenapa ni?" Mikayla hairan melihat rakannya itu dari tadi tersengih tanpa sebarang kata yang terbit dari mulut sahabatnya itu.

"Tadi saya lalu sebelah kelas Wajdi tadi sebab nak hantar essay kat teacher Nuha. Awak tahu tak apa yang saya dengar masa lalu situ tadi?" Mardiyah terus memulakan bicara dengan wajah yang bersinar- sinar. Mikayla menjadi semakin hairan dengan perlakuan gadis itu.

"Dengar apa? Wajdi dengan kawan dia bergaduh lagi?" Mikayla terus bersuara. Sifat ingin tahunya semakin meninggi apabila melihat reaksi Mardiyah.

"Saya dengar suara orang baca surah Al Fath tadi. Merdu sangat! Saya rasa tak pernah lagi dengar suara tu sebelum ini!" Jawapan Mardiyah membuatkan Mikayla mencubit bahu Mardiyah sedikit kuat. Mardiyah mengeluh sakit dan menggosok bahunya yang sedikit sakit.

"Hah, elok sangat mengintai kelas muslimin. Kalau ada mana-mana ustaz ke ustazah yang nampak, macam mana?" Mikayla berkata kepada sahabatnya itu.

"Bukan apa Mikayla, terdengar je. Tak ada niat pun nak pergi intai kelas diorang. Itu pun bersebab tau! Ha, awak tahu tak siapa yang baca tu?" Mardiyah masih lagi berada dalam keadaan teruja. Mikayla hanya menggelengkan kepalanya melihat reaksi sahabatnya itu.

"Tak naklah. Lagipun, macam tak elok saje, Mardiyah. Sudahlah, saya nak pergi basuh tangan dulu." Mikayla segera bangun sambil membawa pinggan dan cawannya. Namun, jeritan kecil Mardiyah menghentikan pergerakannya.

"Wajdi, Wajdi Hariz." Mardiyah berkata dengan menunjukkan reaksi seakan mengusik. Mikayla berpaling dengan wajah hairan.

"Kenapa dengan Wajdi?" Mikayla masih berada statik di tempat berdirinya, menunggu jawapan dari gadis itu.

"Dialah yang suara merdu tu, Mikayla. Tak sangkakan!" Mardiyah menjawab sambil tersenyum sehingga hampir menutup kedua- dua belah matanya.

Mikayla masih kaku berdiri di situ. Di mindanya mula terbayang saat - saat dia bersama lelaki itu ketika masih kecil. Segala memori indah mereka ketika itu mula terlayar di mindanya. Tanpa disedarinya, wajahnya mula terukir satu senyuman yang manis. Mardiyah yang melihat senyuman itu mula tersengih jahat.

"Haa... senyum sorang-sorang ni. Sukalah tu bakal laki suara sedap. Untunglah..." Mardiyah berkata dengan nada yang dibuat-buat supaya kedengaran sedikit hampa. Mikayla bagaikan tersedar kembali dari lamunannya dan hanya kembali menyambungkan perjalanannya ke singki.

"Walaupun dia dah banyak berubah, tapi dia tetap Wajdi yang dulu." Mikayla berkata perlahan. Tiba-tiba ingatannya terimbas kembali semasa dirinya masih seorang kanak-kanak.


10 tahun yang lalu...


Kelihatan seorang budak perempuan dikelilingi oleh beberapa budak lelaki. Budak-budak lelaki. Kesemuanya menudingkan jarinya kepada budak perempuan itu.

"Bak sini kau punya gula-gula ni!" Salah seorang dari mereka merampas gula-gula dari tangan budak perempuan itu. Dia terus memanjangkan tangannya, ingin mengambil gula-gulanya kembali. Namun, budak lelaki itu mengangkat tangannya tinggi membuatkan budak perempuan itu tidak dapat mencapainya.

Tanpa disedarinya, dua lagi budak lelaki yang lain merampas beg silang yang tersangkut di bahunya. Sekali lagi, budak perempuan itu berpaling dan ingin mengambil semula begnya namun hampa apabila dirinya ditolak menjauhi mereka berdua.

Air matanya mula mengalir apabila melihat barang-barang daripada begnya dikeluarkan. Budak lelaki yang mengambil gula-gulanya membuka plastik tersebut dan memasukkan gula-gula tersebut ke dalam mulutnya.

"Wek! Ei! Perisa apa ni? Tak sedaplah!" Gula-gula itu terus diludah keluar dan dipijak oleh budak tersebut.

"Weh, tengok ni! Dia ada anak patung la!" Salah seorang dari mereka menjerit sambil mengangkat tinggi sebuah anak patung beruang berwarna coklat.

"Eh, janganlah kacau Mimi! Bagi Mimi balik!" Budak perempuan itu terus bangkit dan berlari ke arah mereka. Tangan perempuan itu diangkat, ingin memgambil kembali anak patungnya

Namun, oleh kerana budak lelaki itu lebih tinggi daripadanya membuatkan dia tetap tidak dapat mencapai anak patungnya itu.

"Eleh, kau dah besarkan! Mana boleh main anak patung dah!" Serentak itu, tubuh budak perempuan itu ditolak lebih kuat berbanding tadi. Budak perempuan itu mengaduh sakit sambil menggosok bahunya.

"Entah! Anak patung macam ni kita buat pijak sajalah!" Usai berkata-kata, anak patung itu terus dicampak ke tanah dan dipijak oleh mereka bertiga.

Tangisan budak perempuan itu semakin menggila. Dia bangkit semula dan cuba menolak budak - budak lelaki itu menjauhi anak patungnya. Tetapi, dengan kudratnya itu, mereka langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri malah tubuh budak perempuan itu pula yang tertolak sehingga kembali terjatuh.

"Hei! Korang buat apa tu? Buli eh?" Kedengaran suara jeritan menerpa gegendang telinga mereka. Mereka semua termasuk budak perempuan itu berpaling dan perbuatan mereka terhenti seketika.Tangisan budak perempuan itu juga kini bertukar menjadi sendu.

Kelihatan seorang budak lelaki berdiri di hadapan mereka sambil bercekak pinggang. Raut wajahnya garang memberitahu mereka bahawa dirinya sedang menahan marah. Namun, hanya kedengaran hilai tawa daripada sekumpulan budak lelaki itu.

"Haah. Kitorang tengah buli budak ni. Kenapa? Nak belasah kitorang? Kau dahlah pendek, ada hati nak belasah kitorang." Salah seorang daripada mereka bersuara. Tawa mereka kedengaran semakin kuat.

Budak lelaki itu mengetap bibirnya dan terus meluru ke arah budak lelaki yang mengejeknya tadi. Satu tumbukan dihadiahkan ke perut lawannya itu. Budak itu terus tertunduk menahan senak.

"Hah, tadi cakap besar sangat! Baru pukul sikit dah sakit!" Budak itu terus menjelirkan lidahnya ketika selesai berkata-kata.

Rakan-rakannya yang lain mulai berlari ke arahnya sambil menggenggam buku lima. Budak lelaki yang berseorangan itu memperkemaskan kekudanya sambil menggenggam buku lima pada kedua-dua tangannya.

Budak perempuan tadi melihat dengan penuh asyik bagaimana budak lelaki itu mengelak serta membalas kembali segala serangan yang diterimanya. Perhatiannya kembali teralih apabila melihat anak patung beruangnya berada di atas tanah tanpa pengawasan mana- mana budak lelaki pembuli itu.

Setelah mendapatkan anak patungnya, budak perempuan itu menyapu sedikit debu-debu tanah yang melekat pada anak patungnya itu. Namun, dia masih sedih apabila melihat kesan-kesan tapak selipar yang berada pada anak patungnya akibat dipijak sebentar tadi.

Setelah dia berpaling semula untuk melihat pergaduhan antara budak lelaki itu dengan pembuli-pembuli itu, dia terkejut apabila melihat tiada siapa berada di situ kecuali budak lelaki itu. Budak lelaki itu berjalan mendekatinya.

"Okay tak? Ada sakit kat mana-mana?" Budak lelaki itu bertanya. Budak perempuan itu menggeleng perlahan.

"Mana mereka yang lain?" Budak perempuan itu memberanikan diri untuk bertanya.

"Diorang dah lari tadi. Takutlah tu." Budak lelaki itu menjawab. Budak perempuan itu mengangguk lagi tanda faham. Tangannya mula mengutip kembali barang - barangnya dan dimasukkan kembali ke dalam begnya.

Sekali lagi dia terperanjat apabila ada tangan lain turut membantunya mengutip barangannya. Apabila kepalanya diangkat, kelihatan budak lelaki itu mengutipnya dengan wajah yang serius. Budak perempuan itu menjadi sedikit takut dengan perwatakan penyelamatnya itu.

Setelah selesai memgumpulkan kembali barangannya, budak perempuan itu mendekati gula-gulanya yang sudah bersalut dengan tanah. Tanpa sebarang amaran, dia mengutip semula gula - gula itu, membersihkannya sedikit dan membawanya ke mulutnya.

Sebelum gula-gula itu sempat masuk ke dalamnya, seseorang memukul tangannya membuatkan gula-gula itu jatuh kembali ke atas tanah. Apabila dia melihat gerangan yang memukul tangannya itu, kelihatan budak lelaki itu memandangnya dengan wajah yang masam.

"Kenapa nak makan gula - gula tu lagi? Kan dah kotor gula - gula tu." Budak lelaki itu bertanya, sedikit marah. Budak perempuan itu hanya terdiam, menunduk memandang tanah sambil bermain dengan jarinya.

"U-um-umi cakap kalau kite buang rezeki, nanti die nangis. 'Kayla tak nak die nangis..." Budak perempuan menjawab, masih menunduk. Budak lelaki menepuk dahi mendengar jawapannya.

"Memanglah. Tapi agak - agaklah sikit, kan kotor gula - gula tu. Entah ade ape kat tanah ni, kalau ade kuman apa - apa macam mana? Nah!" Budak lelaki itu mengambil tangan budak perempuan itu dan meletakkan sebuah gula - gula yang serupa dengan gula - gulanya di atas tapak tangan budak perempuan itu.

"Eh, tak apa ke ni?" Budak perempuan itu segera bertanya. Segan hendak mengambil gula - gula itu darinya.

"Ambil sajalah. Ada banyak lagi kat bilik." Budak lelaki itu menjawab sambil menyelukkan kedua - dua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Terima kasih." Budak perempuan itu bersuara sambil tersenyum lebar ke arah budak lelaki itu membuatkan muka budak lelaki itu menjadi merah sedikit.

"Hmm...nama apa?" Budak lelaki itu bertanya. Budak perempuan itu terdiam sebelum menjawab.

"Mikayla." Budak perempuan memberi respon ringkas. Budak lelaki itu memgangguk sebelum ingin pergi dari situ.

"Oh, okaylah, Mikayla. Saya kene balik dulu. Bye!" Budak lelaki itu melambai sambil berjalan menjauhinya. Mikayla turut melambai tetapi segera bertanya apabila teringatkan hal itu.

"Eh, nama awak apa?" Budak perempuan itu bertanya sedikit menjerit disebabkan budak lelaki itu berada sedikit jauh daripadanya.

"Wajdi Hariz!" Budak lelaki itu berkata sebelum berlari, semakin menjauh darinya.

Mikayla masih berdiri di situ sambil menggalas begnya dan memeluk anak patung beruangnya.

"Wajdi Hariz..." Dia tersenyum apabila menyebut nama itu.

Mikayla tersenyum sendiri ketika itu. Dia tahu, sekasar - kasar Wajdi, masih ada satu tempat di hatinya yang menunjukkan kelembutan dirinya. Kerana baginya, Wajdi yang dulu dan Wajdi yang sekarang...

"Masih orang yang sama." Mikayla berbisik sambil tersenyum nipis. 


Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.