Faiz termenung. Makanan yang dibeli oleh Nurhan langsung tidak menarik seleranya namun dimakannya juga meskipun sesuap. Lagipula, orang dah belanja, haruslah dia hargai bukan?
"Haih,kau fikir apa lagi?" soal Nurhan. Suasana bilik warden itu punyalah legang. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing menyejukkan suasana.
"Pasal Wajdi,"
Nurhan yang sedang makan terdiam. Mujur tidak tersedak.
"Wajdi? "Nurhan memandang pelik.
"Kau jumpa dia ke?" soal Nurhan. Makanannya diletak di tepi. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
Faiz mengangguk.
"Macam mana budaknya?" soal Nurhan ingin tahu.
"Macam kita dulu-dulu."
Nurhan tergelak. Ya, mereka memang nakal dulu. Tapi itu dulu, sekarang dah insaf. Moga istiqamah!
"Kau tu, macamana dengan kelas kau hari ni?" tanya Faiz pula.
"Dah ada adik angkat?"
"Eh,kau ni. Aku dah ada adik, buat apa nak tambah-tambah lagi?" ujar Nurhan,dia tahu Faiz memerlinya.
"Eleh,kau dulu suka kan ber'angkat' ber'adik'." Faiz gelak. Teringat zaman sekolah dahulu.
Bekerja di sekolah itu menyegarkan kembali kenangan dulu-dulu.
"Usah diungkit. Nanti luka yang lama berdarah kembali," pesan Nurhan.
"Hek eleh,"
Mereka berdua ketawa.
~~~
"Hei,baru first day dah ada kerjasekolah. Like hell." gumam Wajdi. Dia menyandakan tubuhnya pada kerusi. Maklumlah hanya mereka bertiga sahaja di dalam kelas tersebut. Itupun sebab guru bertugas tidak hadir.Lagipun, siapa yang nak study denganorang yang bermasalah kan?
Mujur sahajalah kes pagi tadi dia sudah lupakan. Kalau tak, lagi dia stress!
"Ala,satu je pun. Chill la. Sainsje." kata Azhar di sebelahnya. Kenal benar dia dengan Wajdi. Malas belaja rnamun dia kagum dengan kepintaran Wajdi. Tak pernah tak lulus dalampeperiksaan. Selalu top 3 dalam kelas dan tingkatan. Wajdi hanya belajar pada last-last minute, itu pun kalau dia rajin.Tidak pernah dia melihat Wajdi meniru orang lain. Namun sayang, disebabkan dia pelajar bermasalah, membuatkan dia tidak menggunakan kepintarannya itu dengan sebaiknya.
Keputusan UPSR Wajdi adalah 5A dan PT3nya 11A. Namun dia hairan, kenapa Wajdi tidak berpindah sekolah walhal ada banyak lagi sekolah yang hebat remaja itu boleh duduki. Kenapa Wajdi mahu sekolah di sekolah agama swasta yang mahal.
Tahun lepas Wajdi memperolehi straight A dalam peperiksaan akhir tahun. Dia dinaikkan ke kelas pertama namun dia menolaknya. Dia tidak mahu bercampur kelas. Maklumlah dalam setiap tingkatan,kelas paling hadapan, akan dicampurkan muslimin dan muslimat. Wajdi pernahdicalonkan sebagai Ketua Pelajar dan ketua Asrama. Namun disebabkan masalah disiplinnya, dia dikeluarkan dari senarai itu. Namun Wajdi bersyukur kerana tidak perlu susah-susah menguruskan junior-junior yanglain. Lagipula guru-guru pasti tidak senang jika dia dilantik, bukan?
"Eleh, like hell like hell. Esok pagi siap jugak." perli Fahmi.
Wajdi menjeling ke arah Fahmi dengan sinis.
"Daripada kau malas, baik ajar aku ni." Azhar menarik tangan Wajdi dan meletakkan sebatang pen di atas tapak tangan remaja itu
Wajdi buat muka malas. Dia membiarkan sahaja perilaku Azhar.
"Weh,Wajdi. Kau bagitahu ke pasal kes pagi tadi kat ustaz tu?" soal Fahmi ingin tahu.
"Aku malas nak fikir benda tu sekarang," Ujar Wajdi dengan wajah yang dingin.
"Yalah,"ujar Fahmi sambil memuncungkan bibirnya. Walhal, dia sangat mahu tahu.
"Ye,aku tahu. Cepatla ajar." desak Azhar.
"Fahmi, jom. Dapat ilmu dari sifu."
"Melebih pulak,"
Wajdi menuruti sahaja kehendak Azhar.
"Tula,orang belajar dalam kelas kau buat apa kat meja kau." bebel Wajdi. Dia menerangkan satu persatu permasalahan kerja itu kepada kedua rakannya.
~~~
Mikayla menuju ke arah mesin water cooler sambilditemani Mardiyah. Mesin water cooler beradabetul-betul di antara blok muslimin dan blok muslimat serta bersebelahan dengankantin sekolah Semua mesin water cooler perludibaikpulih semula kerana tamat tempoh, hanya mesin itu sahaja yang tinggal.
"Weh,seram la." Mardiyah memegang lengan Mikayla erat.
"Seramapanya, lampu banyak sekeliling. Lagipun ada kan Mak Jah dan Mak Selimah tengahbasuh pinggan kat kantin." balas Mikayla sambil menggelengkan kepalanya.
"Cepatlah,"gesa Mardiyah.
"Sabar,sayang." Mikayla tenang sahaja. Dia menunggu botolnya diisi penuh darimesin itu. "Ok, dah siap. Jom."
Sebaiksahaja mereka berdua mahu melangkah pergi, ada seseorang memanggil mereka.
"Mikayla!"Mikayla menghentikan langkahnya. Mardiyah juga begitu.
"Amirul?"Mikayla memandang pelik ke arah seseorang yang berlari ke arah mereka berdua.
Amirul?
"Awak buat apa kat sini?" soal Mikayla. Mardiyah memandang sekeliling. Bahayakalau orang lhat. Nanti ingat buat date kena tangkap pula! Dah la malam!
"Sayabaru nak pergi prep. Awak buat apakat sini?" soal Amirul dengan nada ceria.
Mikaylamemandang raut wajah Amirul kemudian dia memandang tempat lain.
"Kenapadengan wajah awak tu? Kena belasah?" soal Mikayla.
"Eh,mana ada. Saya jatuh." ujar Amirul bohong. Macamana Mikayla tahu ni?
"Takpayah lah awak nak berdalih, saya tahu awak cari pasal dengan Wajdi." ujarMikayla.
Amiruldiam. Macam mana Mikayla tahu?
"Sayakenal Wajdi. Dia tak akan pukul orang yang tak cari pasal dengan dia."kata Mikayla lagi.
"Dahkami pergi dulu." Mikayla menarik tangan Mardiyah. Bahaya kalau merekaberlama-lama di situ. Boleh timbul isu.
Amirulmemandang ke arah Mikayla dan Mardiyah yang sudahpun jauh meninggalkan tempatitu.
'Perluke kau bela anak haram tu?' cela Amirul dalam hati. Bibirnya diketaprapat.
~~~
Penggerajam telefon iphone11 milik Faizbergetar menunjukkan pukul 2.30 pagi. Dia terus bangun membaca doa kemudianbersedia untuk membersihkan diri. Kemudian dia mengambil wudhu. Selesai sahaja,dia membuka semua lampu dorm. Ya,sememangnya dia hafal setiap dorm.Semua lampu dibuka, dan kipas ditutup.
Semuapelajar masih tidur. Faiz hanya mengukir senyuman tipis. Pasti ramai yang tidaktidur selepas dia dan AJK yang lain meronda.
Faizteringkatkan siren yang pernah digunakan oleh warden ketika dia menjadi pelajardahulu. Siren itu digunakan warden dan para AJK untuk mengejutkan pelajar. Faizmencari siren tersebut di sekitar, berharap agar benda itu masih ada.
Tidaklama untuk dia memerlukan masa untuk mencari, akhirnya dia menjumpai juga sirenitu. Kedua sudut bibirnya terangkat.
Dalambeberapa saat, siren berbunyi cukup kuat menyebabkan semua pelajar panik, namunsemuanya masih mamai. Maklumlah baru bangun dari tidur yang lena.
"Bangunsemua! Mandi! Ustaz nak semua orang kosongkan asrama tepat 4.00 pagi, "Faiz bersuara lantang memandangkan dorm yang luas dan juga besar. Bangunanasrama muslimin hanya satu serta luas, dan boleh dibahagikan kepada beberapadorm. Mudah dipantau oleh warden sekiranya ada apa-apa masalah berlaku.
"Haih,kenapa kena bangun awal ni!" dengus Azhar sambil mengeliat. Wajdi danFahmi juga turut melakukan hal yang sama. Jam sudah hampir 4.00 pagi, namunketiga mereka tidak berganjak sedikit pun dari katil.
"Wajdi!Azhar! Fahmi! bangun!" suara exco disiplin asrama, Taufiq menggerakkanmereka namun mendapat tepisan dari mereka bertiga.
"Kauapahal? Nak aku pukul kau?" Wajdi memberi amaran dengan suara yang serak.
"Bangunlah,kiteorang nak kunci pintu dorm ni!"tegas Taufiq berbicara. Meskipun agak gentar tetapi dia tidak mahu mengabaikanamanah yang dipegang.
"Adaapa ni?" Faiz muncul dengan lengkap berpakaian jubah dan kopiah. Diamemandang ke arah Taufiq yang juga sudah bersiap, kemudian dialihkan ke arahtiga remaja yang masih lena di katil hadapannya kini.
"Niustaz, tiga manusia ni je tak mandi lagi. Semua orang dah keluar. Saya nakkunci dorm pulak ni." aduTaufiq dengan nada yang memelas. Dia sudah bosan dan pasrah dengan ketigaremaja yang dikejutkannya ini.
Faiztersenyum. "Bagi kunci. Biar ustaz selesaikan masalah ni."
Taufiqmengangguk. Kunci diberikan kepada Faiz, setelah itu dia beredar.
"Wajdi,Azhar, Fahmi. Bangun." Faiz menepuk perlahan belakang mereka. Pelajarsebegini perlu dilayan dengan sebaik-baiknya.
Perlahan-lahanmereka bertiga bangun apabila mendengar suara yang tidak cukup asing bagimereka.
"Kenapaawal sangat ni ustaz? Biasa warden atau exco gerakpukul 5.00 pagi." soal Fahmi tidak puas hati. Matanya yang masihmengantuk, digosoknya pelan.
"Ustaznak ajak kamu semua Qiamullai,"
Merekabertiga memandang sesama sendiri dengan keadaan yang masih mamai.
"Cepat,kalau tak ustaz bagitahu Ustaz Khairul Nizam."
Faiztersenyum kecil. Tahu takut!
Merekabertiga akur meskipun berat untuk bangun. Faiz memerhati dari belakang,takut-takut mereka bertiga itu tertidur pula di tandas.