Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.25
Kepala Duha terasa berat sedikit. Dengan bahagia rongga atas hidung yang
terasa bagai ‘ketat’ sedikit, dia pasti dia telah didatangi tetamu biasa,
‘encik flu’ atau ‘cik selsema’. Penyakit
yang biasa tetapi sebenarnya meleumpuhkan sistem pemikiran untuk berfikir
dengan logik dan bijak kerana rongga hidung yang sendat! Dia bersih beberapa
kali, barangkali kerana semalam, dia dengan tidak sengaja mendedahkan kepalanya
ke balkoni, di waktu hujan turun, sekadar mencari Manisah. Dan akhirnya, dia
kesali, Manisah berkemungkinan telah pulang ke kampung ibunya, dan merajuk
panjang. Rongga di bahaian matanya pun, terasa berat. Sudah jelas, ‘cik
selsema’ sudah mengunjunginya lagi. Dia merancang tidak akan hadir ke galerinya
hari ini. Diharapkannya, tidak ada pertemuan penting antara pelanggan dan
dirinya hari ini. Nanti, pada jam 10 pagi, dia akan menelefon Rashdan dan
membuat pengesahan temujanji.
Dia teringat akan mug dan pinggan yang dia tinggalkan di sinki semalam.
Dia segera bergerak ke dapur yang telah diwarnakan dengan dua tona pilihan
Manisah. Warna ‘putih mutiara’ dan ‘hijau apple’. Kata Manisah, warna hijau
mengurangkan rasa lapar dan mahu makan, berbanding dengan warna jingga, yang
akan merangsang selera manusia, kerana jingga kata Manisah, adalah warna
bahagia! Kabinet dapur yang juga dipilih oleh Manisah. Katanya dia suka, “Yang
ringkas sahaja. Tak perlu kerawang sana-sini.” Semuanya mengikut pilihan
Manisah. Dan apartment yang mewah ini, adalah hadiah perkahwinan Manisah dan
Duha, daripada ibu dan bapa Manisah, walaupun sekadar bayaran deposit, cukup
untuk meringgankan kehidupan dua insan yang baru mendirikan rumahtangga. Hijau
‘apple’ yang masih mengiurkan selera kepada Duha. Duha membasuh mug yang telah
digunakan. Semalam selepas makan malam, dia sengaja meningalkan sebiji pinggan
dan gelas yang dia gunakan, dengan harapan Manisah akan mengemas untuk dia. Sayangnya,
sehingga pagi tadi, dilihatnya pinggan dan gelasnya tidak disentuh langsung!
Bukan begitu sifat Manisah, isterinya ini tidak akan mungkin meninggalkan
pinggan dan gelas yang tidak bercuci. Dia masih ingat akan kata-kata Manisah.
“Rasullullah berpesan, jangan ditinggalkan pinggan atau mangkuk yang
tidak berbasuh kerana hal ini mewarisi kepapaan.” Dan Manisah tidak akan
membiarkan biarpun sebiji pinggan yang berada di sinki, terbiar tanpa dibasuh.
Agaknya, Manisah tidak pulang ke rumah mereka lagi. Rajuknya agaknya masih
belum reda. Masaalahnya, dia tidak tahu ke mana Manisah menghilang!
Telefon rumahnya berdering beberapa kali, diangkatnya telefon itu.
Dia menyebut salam, disambut dengan pemanggil di hujung gagang. Ternyata
panggilan daripada ibunya lagi.
“Baru bangun ke Duha?”
“Tak la mak, dah lama bangun. Ingat nak baring sekejap.”
“Duha sihat?” Soalan ibu yang sudah menjengah ke
penghujung usia lima puluhan itu memancing telinga Duha lgi.
Duha tersenyum sendiri. Kenapa kerap sangat orang bertanyakan keadaan
kesihatan dia. Dia tentunya sihat. Sedikit situasi selsema tidak menjadikan dia
sakit!
“Baik mak. Mak sihat?” Soalan tipikal biasa. Jika ditanya tentang
kesihatan kita, adatnya, tanyalah kembali kesihatan orang yang bertanya.
“Betul ke sihat Duha? Tapi suara bunyinya sengau semacam saja.”
“Sengau?” Duha tergelak di hujung gagang lagi.
Ibunya tergelak sama. “Ya Duha, sengau.”
“Ala mak, selsema sikit saja. Masalah kecil mak.” Segera dia menyatakan
hal sebenar kepada ibunya, Duha tidak mahu ibunya kuatir akan dirinya.
“Jangan lupa ya Duha, penghujung bulan, sabtu yang terakhir, mak nak buat
kenduri doa selamat sikit. Jangan pulak Duha tak balik ya.”
‘Kenduri, entahlah, tidak pasti aku tahu tentang kenduri yang mak
sebutkan. Tetapi diberitahu lagi, tahulah aku’. Duha menyebut sendiri. “Ya mak,
tak akan lupa.” Dia berjanji lagi. Sama seperti janji yang lepas, dia terlupa
juga akan tarikh kenduri yang sepatutnya dia hadiri di kampung ibunya.
“Ya la, macam tiga bulan lepas, lepas tu Duha lupa.” Suara mak Duha
menceritakan seolah kisah ‘duka’. Ada rahsia yang tersembunyi di sebalik nada
suara itu.
Duha mengetip bibirnya sendiri, “Mak, minta adik ingatkan ya. Suruh dia
sms Duha dua tiga hari sebelum itu.” Duha gagal mengesan mengapa secara
tiba-tiba ibunya mahu membuat kenduri doa selamat lagi, entahlah, bagai ada
sesuatu yang tersembunyi di sebalik semua itu, dan dia tidak berani bertanya.
“Dato’ dan datin pun sudah bersetuju untuk datang.”
“Mak, panggil sahaja Rohayati dan Syamsul mak, tak payah lagi berdato dan
datin.”
Duha hanya mendengar ibunya ketawa, “Bukan senang nak dapat gelaran tu
tau. Nanti mak mertua Duha akan bawa Ati sekali.” Dan sekali lagi membuatkan
Duha tersentak. ‘Ati’ dan ‘Zehra’, siapa mereka?
“Okay mak, nanti jumpa di sana. Nanti Duha akan masukkan wang ke akaun
bank mak. Mak tentu perlukan duit untuk kenduri.”
Duha mendengar ibunya ketawa menandakan senang hati lagi. “Tak payah lagi
Duha. Tak luak duit yang kamu hantar.” Sebaik sahaja gagang diletakkan kembali
ke asalnya, Duha terasa kepalanya semakin pening. Dua biji tablet ubat selsema
pastinya akan menenangkannya.
‘Sengau’, dia teringat akan kata-kata ibunya lagi. Manisah tidak akan
kuatir dengan suara sengau Duha. Sudah banyak kali sepanjang perkahwinan
mereka, suara Duha yang serak-serak merdu menjadi garau, tetapi kepada Manisah,
yang kerap disebutnya,
“Suka suara awak macam ni, seksi. Macam Amy Search tau.” Suka dia mengusik.
Gurauan manja yang mengasyikkan! Dan Duha tercari lagi, ke mana perginya pemuja
dirinya? Ke mana dia, wanita pujaan sukmanya yang selalu memuja suara garaunya
ketika dia selsema lagi?
Dia masih lagi tertanya lagi, siapa ‘Ati’ dan ‘Zehra’ yang disebutkan ibu
mertuanya. Dalam kekalutan itu, dia hanya sempat bersms Rashdan.
Rasa tak ada temujanji. Saya datang petang sikit, jam 3.
Dan menekan ‘send’. Ternyata Rashdan tidak mengambil masa yang lama untuk
membalasnya.
Okay. Kak Vimmi akan datang petang,
sudah ubah temujanji.
Duha memuji pekerjanya dalam diam. Bijak! Bijaksana! Duha merebahkan
dirinya kembali di sofa. Kenangan demi kenangan datang berbalam-balam,
melelapkan matanya yang sudahpun kepenatan.
Jam loceng yang berbunyi membangunkan dia. Bagaikan ‘dijampi-jampi’,
sakit kepala yang dia rasakan sebelum ini, sudahpun hilang. Lama juga dua
tidur. Hampir dua jam lamanya. Dia bangun membersihkan diri dan melangsaikan
solat Zuhurnya sebelum bersiap untuk ke galerinya.
Duha agak terkejut melihat galerinya yang disinggahi pelanggan yang baru.
Biasanya hanya pelanggan yang biasa sahaja yang akan terus datang ke galeri.
Maklum sahajalah, bidang seni lukis bukanlah suatu bidang yang mampu difahami
oleh semua orang. Hanya orang ‘seni’ yang mampu mentafsir seni dengan memahami
segala bentuk tafsiran di sebalik semua lukisan-lukisan yang dipamerkan di
galerinya.
“Ni Encik Duha, pemilik galeri.” Dia segera diperkenalkan dengan tetamu
galeri.
“Hai. Saya baru sahaja terbaca
mengenai galeri ini di blog. Quite
impressive.”Duha segera menghulur tangan kepada pelanggan barunya. Lelaki
yang dalam penghujung usia tiga puluhan atau awal empat puluhan mengikut
telahan Duha segera menghulur tangan kanannya kembali untuk bersalaman
dengannya. Lelaki itu segera menghulurkan kartu
perniagaannya.
“Sudah lihat-lihat sekeliling?’ Duha bertanya lagi. “Ada yang menarik
minat encik…?” Cepat Duha bertanya.
“Syam sahaja. Tidak perlulah berencik-encik.” Duha sekadar mengangguk
mendengar penjelasan pelanggannya yang mahu dibiasakan dengan panggilan ‘Syam’.
Dia percaya layanan yang bersifat peribadi akan lebih dihargai oleh
pelanggan, apatah lagi layanan kelas pertama oleh pemilik galeri sendiri. Duha
sedang mencongak kalau perlu ditanyakan kepada pemuda ini akan minatnya kepada
lukisan daripada jenis-jenis yang tertentu.
“Ya. Saya berminat dengan satu lukisan untuk pejabat saya. Minggu depan
saya akan datang lagi, tentu ada lukisan yang baru kan?”
Duha tersenyum. “Ada, Insya_Allah. Konsep bagaimana yang Encik Hisyam
suka? Abstrak? Karya Bahan Campuran? Pemandangan?”
“Tak kisah sangat apa konsepnya. Tapi yang saya mahu cari lebih kepada
konsep flora. Isteri saya mahu letakkan di spa yang akan dirasmikan.”
“Kalau begitu, okay, saya akan usahakan dengan pilihan-pilihan yang Encik
Hisyam perlukan.” Mereka berjabat tangan. Pelanggan yang memperkenalkan dirinya
sebagai Hisyam segera berlalu bersama sekeping lukisan yang dibelinya.
“Hari ni Puan Vimmi datang lagi?” Lily tiba-tiba datang menyapa. Duha
tergelak, dia memahmi maksud kata-kata Lily tadi.
“Hari ni tak de food testing.
Dia datang bawa lukisan saja.”
Muka Lily nampaknya berkerut lagi, “Dah la saya tak makan. Saya ingat
dengar je nama Puan Vimmi, dia datang bawa makanan lagi.”
Rashdan tergelak. Cepat sahaja Lily mencubit lengannya. Dia menjerit
kesakitan. “Diet lagilah tu. Kalau lapar Lily, makan je kek dalam peti sejuk
tu.” Duha cepat-cepat memeri cadangan.
Daripada kaca pintu, ternampak Vimmi datang bersama lukisan-lukisan yang
dijanjikannya.
“Nak minum Puan Vimmi?” Cepat Lily bertanya. Duha hanya meilhat dengan
senyuman di wajahnya.
“Boleh juga.” Ini ‘Water Lily’.Dan
ini pula ‘Lavender’.Duha cepat
memandang ke arah lukisan yang dibentangkan oleh Vimmi. Dia dapat melihat
kegembiraan pelukis sewaktu melakarkan lukisannya.
Bunga Lily yang berwarna merah
jambu, unggu dan merah menyala. Gabungan dengan dedaun hijaun dalam tiga tona
yang teratur. Dengan dedaun kembang yang kembang indah, berliuk perlahan,
menutupi sebahagian besar daripada air tasik yang melatari lukisannya. Dan air
tasik yang kelihatan tenang, tidak diasak dengan angin, walaupun boleh nampak
deaun lily yang agak melintuk perlahan.
“Lukisan ini nampak bahagia. Lukisan boleh bercerita!”
Vimmi hanya ketawa. “Yang saya tahu, orang saja boleh bercerita, bukannya
lukisan?”
Duha tergelak kembali. “Boleh. Boleh dilihat dari sudut warna yang
digunakan. Gabungan warna merah, unggu, merah jambu, warna ceria. Dedaun hijau
yang digunakan pun bertenaga, nampak segar. Pelukisnya mesti seorang yang
sedang bahagia dengan perasaan yang dia miliki.” Vimmi sekadar mengangguk. Apa
tidaknya, dia sedar sewaktu melakarkan lukisan ini, jelas Katrina sedang berada
di alam percintaan dengan Nik Hisyam. Tentulah lukisannya menggambarkan
bahagia! jelas sekali telahan Duha!
Duha memerhatikan tandatangan yang bertulis, Cat.
“Namanya Cat?”
“Katrina. Nur Katrina.” Nama yang disebut Vimmi, terasa indah, bagaikan
melekat lama di minda.
“Yang satu lagi?”
Vimmi segera membuka lukisan yang dibawa bersamanya. Lukisan yang
menggambarkan lautan bunga lavender yang berwara unggu dan kuning, yang
berlintuk liuk dibuai angin.
“Lukisan yang cantik, tapi nampak amatur lagi?”
Vimmi menganggak mukanya, memandang Duha. “Memang benar dia amatur, tak
ada latihan melukis di mana-mana!”
“Cantik, tak ada masalah, cuma lihat cara dedaun ni melintuk. Kalau
pelukis profesional, arah anginnya akan datang dari pelbagai arah. Jadi
dedaunnya dan bunganya akan melintuk pelbagai arah, bukan satu arah saja.”
“Ooh, begitu, jadi bagaimana…?” Dia bertanya lagi, perlu juga dia tahu
kedudukan lukisan ini.
“Boleh. Saya terima.” Duha tersenyum lagi.
“Nama pelukisnya pula, Natrah. Nur Natrah.” Duha sempat membelek
tandatangan di bawah dasar lukisan itu, bertanda, Nat.
Duha mengangguk lagi. “Adik beradik?”
“Ya. Natrah, kakaknya, Katrina, adik.”
Lily kemudiannya datang membawa
dua mug minuman dan meletakkan ke meja kopi di hadapan kaunter galeri. “Lily,
bawa baucer penyerahan, minta Puan Vimmi tandatangan dan isikan butirannya.”
Vimmi mengangguk.
“Bayarannya bagaimana nanti. Kalau terjual, saya akan bayar Vimmi atau
pelukisnya.”
“Bayar mereka. Saya sudah bawa nombor akaun dan salinan kad pengenalan
seperti yang Duha pesankan.”
“Okay, kalau begitu.” Duha mengangguk lagi.
“Lily, nanti lengkapkan fail pelukis yang baru ya.” Dia segera meminta
Lily melengkapkan fail, mudah melengkapkan kerja dengan informasi yang lengkap.
“Terima kasih Puan Vimmi ya. Susah payah bawa ke sini.”
Vimmi tersenyum sahaja, “Tak ada susahnya. Kawan-kawan saya ni memang
berbakat.”
“Terima kasih atas usaha sama ini.”
Duha hanya menyaksikan Vimmi meninggalkan galeri setelah mengucapkan
ucapan terima kasih. Dan dia terus memandang lukisan itu dengan penuh minat dan
tanda tanya, ‘Agaknya pelukis-pelukis ini tengah bahagia, sentiasa. Tergambar
jelas daripada lukisan-lukisan mereka.’. Lukisan memang pandai bercerita.