Bab 1-22 akan menggunakan gantinama diri "AKU" dalam bab-bab ini. Dilabelkan dengan nama watak.
Bab 1- 6 merujuk kepada SAIFUL ANUAR BIN AZIZI,
BAB 7-11; NUR KATRINA BT. DAUD.
BAB 12-17 NURNATRAH BT. DAUD.
bAB 18-21 ADUHA @ DUHA.
SEMUA WATAK2 INI / BAB 1- 21;
AKAN BERAKHIR DI SATU TEMPAT iaitu Break Through Event. Dan seterusnya,
tiada gantinama diri pertama lagi yang akan digunakan. BAB 22; watak dikembangkan dgn gantidiri ketiga.
Selamat
Membaca! Mengalu-alukan pandangan pembaca! Saya dahului dengan ucapan
terima kasih. Suntingan bab-bab hanya dimasukkan secara rawak sahaja.6
Sesudah panggilan ditamatkan, situasi terasa sunyi, sepi. Hujan yang
turun dari angkasa yang luas, berbunyi seolah semakin lebat. Bunyi titisan
hujan yang berembesan di luar sana,
berbunyi indah, umpama irama yang berdendangan sayu sebenarnya. Sesayu hatiku
tanpa mereka yang aku sayangi. Seisi rumah yang biasanya sendat dengan suara
Sara dan Pia seakan menjadikan rumahku sesunyinya. Sepi. Dingin.
Biasanya kepulanganku akan disambut dengan suara manja Pia, yang masih
kadangkalanya berbunyi pelat. Perkataan popularnya, “Papa bucuk, macam…,” merujuk kepada ‘busuk dan masam’, perkataan biasa
kami lebelkan kepadanya apabila dia malas untuk mandi. Itulah juga perkataan
yang dia simpan dalam memori mindanya dan seringkali dikembalikan perkataan itu
kepada kami.
Tindakanku seolah mati akal. Ku mencuba membuka siaran televisyen. “Hmm,
tak ada yang menarik pun.” Bercakap sendirian rupanya aku ini. Bayangkan dalam
setiap program, setiap 10 minit program siaran, akan diselangi 10 minit iklan
pula. Bermakna setiap satu jam siaran, kita juga terpaksa membayar elektrik
selama dua jam.
Semuanya seakan tidak logik kepada pengguna. Syarikat penerbitan mendapat
bayaran untuk siaran iklan, pengguna terpaksa melihat siaran iklan dengan
dikenakan bayaran elektrik yang semakin hari semakin meningkat. ‘Cantik!’,
sekadar mengeluh sendirian. Syarikat
media meraih keuntungan, setiap tahun barangkali boleh senang-senang mendapat
bonus dua tiga bulan, malah mungkin menjangkau sepuluh bulan. Yang kerugian
adalah pengguna, kita perlu membayar lebih bil elektrik, dan dan yang lebih
merugikan, menonton merugikan banyak masa kita!
Aku juga rindu akan cerita puteriku Sara, yang sentiasa sibuk bercerita,
a, b dan c. Cerita sekolah yang biasa. Cerita tentang gurunya yang bergaya
sakan atau cerita tentang teman-teman sekelasnya yang berjaya ke mendapat
cemerlang atau berpeluang berjalan ke sana-sini. Atau, sekadar memandang ke
wajah Kat, dan aku akan merasa terhibur sepanjang malam.
Dan di saat ini, aku menjadi mengerti, mereka adalah insan terpenting
dalam hidupku ini, walaupun tidak pernah aku nyatakan. Tiga hari Kat dengan
anak-anak tiada di rumah, seakan sepurnama lamanya. Semuanya terasa sifar.
Kosong dengan sepi dan sunyi. Sifar dengan rasa kebosanan!
Esok, Majlis Perasmian terowong yang kami bina. Dan aku bangga aku
menjadi sebahagian sejarahnya. Setiap detik malam ini, terasa begitu panjang
sekali. Dengan iringan segelas air suam yang terasa seolah kelat di tekak, aku
berbaring bermalasan.
Teringat akan Kat, mungkin perlu aku menelefon kepadanya lagi, sekadar
mengucapkan selamat malam, tetapi hati masih bimbang, Kat mungkin lagi merajuk
panjang. ‘Ah, biarkanlah dia.’ Sekadar bercakap sendiri. Dan terbayang waah Kat
yang bertocang dua lagi, manis dan semakin manis, mengiringi malam yang kelam.
Pagi ini dingin sekali. Barangkali, sekadar sesejuk cuaca winterdi luar negara. Berada tenang di
pagi ini sambil menghirup teh panas bancuhan sendiri, yang tentunya tidak
sesedap bancuhan kat, menjadikan aku segera terbayang akan sejarah bandar ini.
sekeping roti bakar disapu dengan kaya bagaikan melekat di kerongkong, pahit
dan tidak sedap.
Barangkali tiada sentuhan kat di sini yang menjadikan semuanya tidak
enak. Cinta barangkali tiada di sini bagi menjadikan makanan seenak cinta dan
kasih sayang yang dicurahkan daripada jemari Kat!
Taiping ini merupakan tempat yang agak terkenal di Malaysia dengan tempat yang menerima purata
maksima hujan di Malaysia,
dengan taburan 320 hari setahun. Jadi tidaklah menghairankan jika Taiping ini
sentiasa hujan! Jarang sekali Taiping tidak disimbahi hujan! Taiping yang
terletak di koordinat 4.8 darjah utara dan 104.7 darjah Timur, merupakan juga
ibukota kepada daerah Larut, Matang dan
Selama.
Taiping dan hujan! Barangkali jika di rumah tiada pengering sendiri, baju
sukar dikeringkan begitu sahaja. Dan Taiping ini barangkali begitu sinonim
dengan kembar Eropah.
Cuma bezanya, di sini tiada winter,
spring, summerdan autumn. Yang
ada cuma, hujan, hujan, hujan dan hujan.Sementara
nama lama bandar ini adalah Klian Pauh, dengan Klian yang bermaksud lombong. Pauh pula bermaksud
buah mangga yang kecil saiznya. Aku bagaimanapun sukakan maksud ‘Taiping’ dalam
Bahasa Hakka yang bermaksud ‘aman’ atau ‘kedamaian’.
Semuanya aman dan tenteram
di sini, seperti mana juga bandar-bandar lain di Malaysia. tentu sukar
dipercayai sebelum tahun 1937, Taiping adalah ibu negeri kepada Perak Darul
Ridzuan ini.
Perkataan Taiping dicetuskan
akibat pertelingkahan antara dua kumpulan penguasaha lombong atau kongsi gelap
yang paling popular diperkatakan dalam sejarah. Semua tahu sejarah dua kumpulan
ini iaitu kumpulan Hai San dan Ghee Hin sentiasa bersengketa. Dan setelah
mereka mencapai kata sepakat untuk sama-sama berdamai, perkataan ‘Taiping’
ternyata memang kena pada gelarannya.
Dan barangkali mungkin ramai
yang tidak tahu, Perak merupakan negeri pertama yang terlibat dengan
campurtangan British secara tidak langsung apabila termeterainya Perjanjian
pangkor pada tahun 1874, yang aku ingat lagi, disebut buku sejarah lama sebagai
Tiga P. Pangkor! Perak dan HMS Pluto, kapal Inggeris yang megah sekali. Dan
perjanjian ini merupakan kesilapan terbesar apabila Inggeris dijemput secara
langsung ke sini. Dan Taiping merupakan penglibatan keselamatan pertama di
Tanah Melayu apabila polis Negeri-negeri Selat, diketuai oleh Kapten
Speedy telah dihantar ke sini untuk
mendamaikan puak-puak kongsi gelap yang bersengketa. Dan askar-askar Gurka dari
India
dibawa masuk untuk mendamaikan kongsi-kongsi gelap ini. Dan hasilnya situasi
yang lebih damai dan tenteram.
Damai dan tenteram! Cuma
yang ‘tidak damai’ dan ‘aman’ sekarang ini adalah hatiku sendiri, tanpa
Katrina, Kaisara Kamila dan Sophiellea Kamila.
Segera keluar menuju ke arah
motorsikal jaguh untuk segera ke tempat kerja. Di Bukit Berapit atau Terowong
Bukit Larut, suasana meriah mulai terasa. Bendera kecil berwarna warni yang
dipasang sepanjang jalan menuju ke khemah yang disediakan Syarikat Garuda.
Khemah yang berwarna putih
dengan deretan kerusi-kerusi untuk para tetamu yang akan memeriahkan Hari
Perasmian Terowong ini atau lebih dikenali dengan nama Breakthrough Ceremony. Wajah-wajah ceria memenuhi persekitaran yang
sudah warna-warni, secerah langit membiru dia angkasa sana. Memerhatikan sekeliling, bagai terlupa
aku berdiri di pintu terowong yang seolah bagaikan mimpi. Bentuk ladam kuda
yang besar, diwarnai dengan warna seakan aluminium dan warna kemerahan dan
jingga, warna granit dan jenis batuan yang indah! Mempersona! Seolah warna
cinta yang indah! Warna Jingga tandanya ceria!
“Abang, apa yang abang
angankan? Ni mesti Kak Kat tak ada di rumah ni?” Suara di belakangku menyapa
mesra! Segera memalingkan mukaku ke arah dia.
Wajah pemuda yang mempunyai
ketinggian 172 cm ini kutenung lagi. Wajahnya hampir empat segi, tersenyum
lagi. Bercermin mata, berkumis nipis di dagu, menampakkan lagi kematangannya
lagi, walaupun baru berusia pertengahan usia dua puluhan. Rambutnya yang
bersisir rapi, nampak bersedia untuk majlis kami nanti.
“Tak la berangan, lega
melihat terowong kita ni. Zie mana?” Soalan yang sengaja mengubah tajuk
perbaualan kami. Tidak mahu dia terus mengasak minda dan jiwa dengan persoalan kat,
Sara dan Pia, sementelah aku pun sudah rindu benar dengan mereka!
Dia ketawa, mengejek.
“Beranganlah tu namanya. Kalau tak berangan tak boleh ke bang?”
“Ala, kau mana tahu. Wan belum dilanda angau
satu badan lagi. kalau angau barulah tau.”
Dia ketawa terus. “Kalau
macam ni ‘angin angau’, tak payah angaulah bang, susahkan hidup je.” Dia terus
ketawa. Terasa dengel juga dengan ketawanya.
“Mana Zie?”
Dia ketawa lagi, entah apa
yang lucu dengan soalan aku kali ini.
“Sejak bila abang ada
skandal dengan Zie pulak. Asyik tanya Zie je. Ramai lagi orang lain yang boleh
abang tanya?” Itulah agaknya yang dia pelikkan atau bahan ketawanya tadi.
“Ada ka Zie pula ada skandal dengan abang ni,
Wan. Kalau Wan, logik la. Solo dengan solo. Okay apa Zie tu, cantik, molek,
budi bahasa.”
Dia hanya ketawa terus tanpa jawapan. “Zie
sibuk di khemah. Checkmakanan,
periksa itu dan ini.” Aku sekadar mengangkat kening, masih menunggu jawapannya
mengetai Zie yang aku perkatakan tadi.
“Saya belum kena penangan
angau mahupun bangau lagi dengan dia bang ooi.” Dan dia menyambung ketawa.
“Abang tentu belum sarapan kan, isteri tak de,
entah tak lalu makan kot. Di khemah ada disediakan sarapan tau. Jom kita ke sana.” Kami segera
beredar ke khemah. Sepotong sandwish sardin dan sepiring bihun goreng segera
mengisi perut yang kelaparan. Dilengkapkan pula dengan secawan kopi yang panas.
Tangan pantas mengeluarkan
telefon daripada poket seluar. pagi tadi sempat aku layangkan sms memberitahu
kak tentang hari penting kami hari ini. Nampaknya dia belum membalas sms aku
lagi. Resah dan sedikit gelisah.
Kedengaran riuh rendah di
luar khemah, rupanya mereka memanggil kumpulan kami untuk bergambar bersama.
Kumpulan pemberita dan juru gambar nampaknya bersedia mengabadikan gambar
kumpulan bersama-sama.
Sambil memegang bendera
Jalur Gemilang kebanggaan negara, kami beratur beramai, warna-warni baju yang
dipakai menggambarkan kemeriahan suasana bersama. Cahaya lampu daripada kamera
seolah menggambarkan kerdipan bintang yang menyemarakkan dada langit takkala
malam bulan terang. Berpakaian lengkap dengan jaket keselamatan, bertopi seolah
separuh topi keledar berwarna putih, jingga atau ungu, bergantung kepada
kumpulan yang diwakili oleh individu adalah pakaian rasmi sebagai mengambil
langkah keselamatan di dalam terowong.
Jaket berwarna jingga ini
mempunyai lampu terang bagi memudahkan penglihatan di dalam terowong yang gelap
seumpama gua batu. Berkasut boottahan
lasak berwarna jingga sebagai langkah keselamatan, maklum sajalah, kasut getah
atau kulit biasa tidak akan memberi daya tahan dan jaminan akan keselamatan
dalam terowong.
Kebiasaannya kami gelar
kasut ini sebagai Kasut Pua Chu Kang, walaupun kasutnya dan but kami diperbuat
daripada material yang berbeza, dan warna juga berbeza, tetapi nama Pua Chukang
membuatkan bootini menjadi popular.
Semuanya menjadi tenang dan
lega apabila Majlis perasmian yang dirancang berjalan lancar, dirasmikan dengan
jayanya oleh Menteri pengangkutan iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha.
Langit kelihatan tenang setenang perasaanku, apatah lagi setelah telefon yang
berada di dalam poket bergetar perlahan. Di kaca telefon tertera perkataan Kat.
Aku menerima sms daripada Kat berbunyi,
Kami sudah sampai di rumah.
Perasaan menjadi lega. Tepat jam 10.00 pagi
semasa majlis sedang berlangsung. Cuaca nampaknya secerah jiwaku juga. Lega.
Kat sudah kembali ke pangkuan. Cintaku sudah kembali. Kasihku sudah kembali.
Dan tiba-tiba, terasa
bagaikan M.Nasir sedang berlagu di sisi dengan lagunya Falsafah Cinta, mendayu
dan merdu sekali.Benarlah kata senikata lagu ini, cinta menciptakan rindu. Juga membuat
kita sendu.
Dan hati jantanku hanya
terbayang wajah Katrina! Sesungguhnya, hanya wajah dia! dan sesekali terbayang
wajah Hana yang bersembunyi di sebalik wajah Katrina! Sumpah! Aku semakin rindu
kepada Hana!