Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
bab 7: 2 lawan 10

Bab 7: 2 lawan 10

Ken dan Kuromoto terus berbual-bual dengan mesranya dan banyak perkara yang mereka kongsi bersama, Ken menceritakan rancangannya bagi memajukan lagi Restoran yang baru dibukanya itu,

“Aku ada rancangan yang besar Kuro, kita akan bangunkan perniagaan ini dan jika sambutan berterusan baik seperti ini aku rasa aku akan buka cawangan lain dan aku mahu kau jaga tempat ini.” Luah Ken dengan nada yang gembira.

Kuro tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu,

“Tapi Ken kau kena bersabar dan mantapkan lagi perniagaan di sini lagipun ianya baru 7 bulan dibuka, banyak lagi yang kita kenal lakukan.”

Ken mengangguk kepala tanda mengakui kata-kata Kuro itu.

“Kau tahu Kuro, malam ini adalah antara malam yang bermakna bagi aku, aku sedikit pun tak menyesal kerana tak ikut Minami pergi berhibur di Pub sana kerana inilah pertama kali kita benar-benar berbual.” ujar Ken sambil tersenyum pada Kuromoto.

“Ya lah! akupun rasa seronok juga, sebelum ni mana ada masa kita nak bersembang begini, kita sentiasa sahaja sibuk.” tingkah Kuromoto sambil tergelak.

Ken juga turut ketawa besar,

“Hahah…betul tu Kuromoto, marilah kita balik, dah pagi dah ni nanti kita nak ke pasar pula, akupun dah mengantuk ni.”

“Ken! kau pergi dulu, aku nak kunci pintu dan buang sampah di belakang sana.”

“Ok! aku jalan dulu.” ujar Ken sambil berjalan menuju ke jalan besar.

Kuro dan Ken terus berpecah dan Ken berjalan meninggalkan restorannya sambil menyeluk saku dan mengeluarkan sekotak rokok. Dengan perlahan dia menarik keluar sebatang rokok dan meletakkan dibibirnya lalu menghidupkan pemetik api dan membakar hujung rokoknya itu.

“Ahh…nikmatnya dapat hisap rokok!” ujar Ken sambil menyedut asap rokok dalam-dalam.

Dengan tiba-tiba Ken merasakan seperti ada yang tak kena, dia terus memandang ke depannya “Ehhh! Apa pulak ni.” ujar Ken dalam keadaan terkejut apabila dia mendapati dihadapannya ada 3 orang lelaki kulit putih dan diikuti dengan 5 orang lelaki yang muncul entah dari mana.

‘Apa hal mereka ni?’ getus Ken dalam hati sambil melihat 8 orang lelaki yang berbadan besar dan bermuka bengis.

Kesemua lelaki kulit putih itu berdiri memegang senjata ditangan masing-masing seperti kayu beluti, Kayu Hoki, batang besi dan pemukul Besbol. Nampaknya mereka memang sudah merancang untuk menyerang Ken. Tiba-tiba salah seorang dari lelaki itu melangkah ke depan,

“Hei! Jepun! kau tahu aku siapa?, Aku adalah ketua gangster tempat ini! aku dah lama perhatikan kau, aku dapati kau tak bayar duit pelindungan dan kau belasah budak aku bukan sekali tapi dua kali, hari ini kau mesti mampus!” jerit lelaki tersebut.

Ken merenung lelaki yang berada di hadapannya itu, dia cuba menenangkan dirinya.

‘Aku tahu saat seperti ini pasti akan tiba, sebelum ini sudah beberapa kali dia hantar orangnya untuk peras ugut aku tapi aku pukul mereka, nampaknya malam ini mereka nak pukul aku pula.’ getus Ken dalam hatinya.

“Celaka pun Jepun! Kau ingat kau siapa! Berani kau pukul anak buah aku, kau tahu tak kau berada dimana sekarang?”

Ken sedar dia dalam bahaya sekarang dan dia perlu melakukan sesuatu.

“Kawan aku tak mahu cari masalah, wang perlindungan yang kau minta itu tinggi sangat, aku tak mampu bayar lagipun restoran aku tu baru sahaja buka, modalpun tak balik lagi, berilah aku peluang.” pujuk Ken.

“Peluang kepala otak kau! Kau ingat kami ni apa, bila aku minta duit kau kena bagi! lagi satu berani kau pukul budak-budak aku!”

“Aku tak cari pasal dengan orang kau, mereka ugut dan pukul pelanggan aku, mana boleh aku diam sahaja.” tingkah Ken.

“Ahh! aku tak peduli, malam ini kau akan mati budak!” kata ketua Gengster sambil meludah di depan Ken.

‘Aduh! macam mana ni, dulu yang aku pukul setakat 3 orang dan tidak bersenjata, kali ni ramai dan semuanya ada senjata, parah juga aku macam ni.’ gumam Ken dalam hatinya.

Tiba-tiba dia terasa ada seseorang berdiri di sisinya, Ken agak terkejut dengan kehadiran orang itu disebelahnya, jantungnya berdegup kencang, kerana dia tidak sedar bila lelaki itu muncul ditepinya.

“Ehh siapa pula yang berdiri di sebelah aku ni, bila masa dia muncul aku tak perasan pun.” ujar Ken dan dengan segera dia memandang ke arah tepinya dan Ken mendapati lelaki yang berdiri di sebelahnya itu adalah Kuromoto.

Ken melihat di tangan Kuromoto ada sebatang kayu beluti dan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba mengejutkan semua Gengster tersebut, mereka tertanya-tanya dari mana lelaki itu datang.

Dengan wajah yang serius Kuromoto berkata,

“Ken! Ada masalah ke?”

Ken tidak menjawab pertanyaan Kuromoto itu,

“Apa kau buat disini Kuro!, lekas tinggalkan tempat ini, kecederaan kau tu masih belum sembuh, ini masalah aku dan biar aku yang selesaikan kau jangan masuk campur!”

“Tapi mereka tu ramai, boleh ke kau kalahkan mereka?”

Ken agak tersentak mendengar pertanyaan Kuro itu, dia sedar dia tak mampu mengalahkan musuhnya itu tetapi dia tidak mahu menunjukkan wajah ketakutan pada saat ini.

“Ini Ken la Kuro!, kau tengok bagaimana aku kalahkan mereka itu dengan teknik judo aku ni, jangan kau takut sebelum ni mereka dah aku kalahkan nampaknya mereka tak serik-serik lagi.” ujar Ken sambil menjeling ke arah sahabatnya itu.

Ken terus menyerbu ke arah kumpulan lelaki itu tetapi tiba-tiba 3 orang gengster itu juga turut berlari ke arah Ken dan mereka menyerang secara serentak. Ken menjadi agak kelam kabut dengan serangan yang bertubi-tubi itu, tiba-tiba Ken terkena tumbuk di perut dengan agak kuat juga, menyebabkan dia tertunduk kesakitan, Seorang lagi penyerang terus menghentak lututnya ke arah muka Ken menyebabkan Ken terpelanting ke belakang dan terjatuh. Belum sempat Ken bangun salah seorang lelaki itu terus menyepak kepala Ken, nasib baik kali ini Ken sempat mengelak dan dia cuba berdiri. Tanpa Ken sedari salah seorang penyerangnya itu menghayun kayu Besbol ke arah belakang kepala Ken.

“Awas! belakang kau!” jerit Kuro.

Mendengar jeritan itu Ken terus mengangkat tangan kirinya melindungi kepalanya, kayu Besbol itu singgah di tangannya dan terdengar bunyi ‘Prak!’ dan pada masa yang sama tangan kiri Ken itu terus terkulai patah.

Ken terus jatuh dan mengerang kesakitan sambil memegang tangannya yang patah itu.

“Aduh! sakitnya.” ujar Ken menahan kesakitan.

Tiba-tiba dia melihat lelaki yang mematahkan tangannya itu mengeluarkan sebilah pisau dan berjalan menuju ke arah Ken,

‘Alamak! nampaknya dia ni memang betul-betul nak bunuh aku, apa yang aku nak buat ni.’ ujar Ken sambil meringis menahan sakit.

Gengster bertatu di muka itu mencengkam rambut Ken dan kemudian dia mengangkat tinggi tangannya yang mengenggam sebilah pisau yang tajam berkilat.

“Jepun sial! kau dah kalah, mampus kau!”

Ken tidak mampu berbuat apa lagi, dia hanya berserah sahaja kali ini. Tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘Thup!’ yang agak kuat juga, dia tak berani membuka matanya dan dalam beberapa ketika kemudian dia merasa tangan yang mencengkam rambutnya mulai longgar dan terlepas.

‘Ehh! Apa yang dah jadi.’ ujar Ken di dalam hatinya.

Dengan perlahan-lahan Ken membuka matanya dan apa yang ia lihat lelaki-lelaki yang berada di hadapannya kelihatan terkaku dan ada yang melopong mulut mereka.

‘Ehh! Apa yang dah jadi dengan mereka, kenapa seperti nampak hantu sahaja.’ ujar Ken dalam hati sambil berpaling memandang ke arah kirinya.

Ken terkejut besar apabila melihat kejadian ditepinya itu, dia melihat lelaki yang cuba membunuhnya sebelum ini rebah dengan kepala berlumuran dengan darah.

‘Ah! kenapa ni!’ ujar Ken dalam hatinya.

Dia tidak percaya dengan apa yang ia lihat.

‘Siapa yang pukul dia eh! Kuromoto!’ ujar Ken apabil terlihat di tepinya berdiri Kuromoto sambil merenung Gengster-genster di hadapan mereka.

‘Apa yang dia buat?’ tanya Ken pada dirinya.

Apabila melihat ditangan kiri lelaki itu dia mulai faham,

‘Ahh! Nampaknya Kuro telah menyelamatkan aku, dia yang memukul lelaki itu.’

“Kuro! Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku” kata Ken kepada rakannya itu.

“Tak mengapa Ken, kau ok?, bagaimana dengan tangan kau tu?” tanya Kuromoto sambil menjeling ke arah Ken.

“Tangan aku patah, Kuro lebih baik kita lari dari sini, mereka tu semua ganas dan kejam.”

Semua lelaki kulit putih yang menyerang Ken merasa terkejut dengan kejadian yang di luar dugaan mereka, mereka tidak tahu bila masa lelaki itu bertindak.

‘Setahu aku tadi, jaraknya hampir 12 kaki dari kami bagaimana dia boleh sampai ke sisi Jepun itu dengan cepat, pantas betul pergerakan dia.’ getus salah seorang dari ahli kumpulan tersebut.

“Pantasnya! siapa dia tu.” kata salah seorang dari kumpulan Gengster itu.

‘Jika di lihat tindakannya itu tadi, aku rasa dia ni lebih hebat dari orang Jepun itu, tapi siapakah dia ni.’ kata Ketua Gengster itu dalam hatinya.

“Aah! Apa hebatnya, dia pukul curi!” tingkah salah seorang Gengster itu.

“Kawan-kawan, dia dah tumbangkan Philips, mari kita bunuh dia!” sambung lelaki itu lagi.

Mereka mula bersedia untuk menyerang Kuromoto, masing-masing mengenggam kemas senjata mereka sambil terus memantau pergerakan lelaki yang baru muncul itu, mendengar gesaan anak buahnya Ketua Gengster itu kembali bersemangat.

“Cis! Berani dia pukul curi, kawan-kawan! dia dah bunuh rakan kita, kita mesti hapuskan dia!, Ayuh! serang dia habis-habisan!” Jerit ketua kumpulan itu dengan kuat sambil mengacung tinggi besi yang ada dalam genggamannya.

Mendengar sahaja arahan dari Ketua mereka, lelaki-lelaki yang kelihatan bengis itu menjerit-jerit sambil menjulang senjata mereka dan terus menyerbu ke arah Muaz.

Next: bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.