Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
bab 8

Bab 8: Kuromoto beraksi

Ken kelihatan terkejut besar apabila melihat 7 orang yang berbadan besar berlari ke arah Kuromoto dan dia.

“Kuro, lekas lari tinggalkan tempat ini, lekas Kuro!” jerit Ken dengan nada yang panik.

Dalam hanya beberapa saat sahaja kesemua lelaki kulit putih itu telah mengepung Kuromoto dan Ken.

“Ken! kau telah menyelamatkan aku dulu, kali ini aku akan membalas budi kau!” ujar Kuromoto dengan bersahaja sambil tersenyum ke arah rakannya.

“Kuro jangan kau bertindak bodoh!, ini masalah aku dengan mereka kau tiada kena mengena!”

“Aku tidak akan tinggalkan kawan aku yang dalam kesusahan.” kata Kuro dengan tegas.

“Kuro! Jika kau mahu berlawan dengan mereka aku turut serta, aku tak takut mati.”

“Ken kau duduk sahaja, kita tak akan mati.” ujar Kuromoto sambil menepuk bahu rakannya.

“Celaka kau budak! Kau ingat kau siapa nak lawan kami!” jerit salah seorang dari lelaki itu sambil meluru ke arah Kuromoto dan terus menghayun seutas rantai motosikal yang dijadikan senjatanya, hayunan rantai yang berat dan pantas itu dielak oleh Kuromoto dengan begitu mudah sekali. Melihat serangannya tersasar lelaki itu terus menghayun rantai besi itu beberapa kali tetapi semuanya dapat dielak oleh Kuromoto.

‘Eh! Kenapa aku boleh elak serangan lelaki itu, aku rasa aku seperti mempunyai kebolehan untuk berlawan dengan dia, secara sepontan tubuhku boleh berreaksi dengan serangan itu, mana aku belajar semua ini.’ getus Kuromoto dengan rasa yang terkejut.

Semua orang yang berada di tempat itu turut terkejut dengan kebolehan Kuromoto termasuk juga Ken. Melihat serangannya tidak berjaya, lelaki kulit putih itu menjadi bertambah geram, dengan segera dia menghayun rantai tersebut melepasi kepalanya dan sebelum sempat dia membantai Kuromoto dengan rantainya itu tiba-tiba matanya terbuntang besar dan dalam beberapa saat kemudian dia jatuh terduduk atas jalan dan berguling-guling menahan kesakitan. Rupa-rupanya Kuromoto telah melancarkan satu tumbukkan yang padu pada perut lelaki tersebut.

‘Aduh! Sakitnya perut aku, celaka budak ni!’ rintih lelaki tersebut.

Terkejut besar mereka melihat apa yang terjadi termasuk juga Ken.

‘Ahh! Biar betul ni, macam mana dia boleh jadi begitu kuat sekali?, siapa dia ni!’ tertanya-tanya Ken dalam hati.

Keenam-enam orang Gengster yang lain itu turut terkejut melihat serangan musuh mereka itu, gementar juga di dalam hati tetapi pantang mereka berundur selagi tidak berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.

‘Celaka budak ni, sudah 2 orang aku di cederakan.’maki Ketua Gengster itu dalam hati.

“Budak! kau tidak akan terlepas lagi aku bunuh kau!, kamu berempat serang dia sekarang!”

Mendengar arahan dari ketua mereka itu keempat-empat orang kumpulan samseng itu terus menyerbu ke arah Kuromoto, mereka menghayun senjata mereka ke arah Kuromoto dan kerana di serang dari empat penjuru, Kuromoto menjadi kelam-kabut juga dan tidak dapat mengelak serangan secara serentak itu, bahagian belakangnya terdedah pada serangan musuh dan melihat kesempatan itu salah seorang dari kumpulan itu segera melibas seutas rantai besi dan tepat kena pada belakang badan Kuromoto.

‘Aduh! Sakitnya.’ ujar Kuromoto sambil mengeliat kesakitan dan beberapa saat kemudian kelihatan darah mula mengalir dari belakang badannya itu.

Melihat perhatian Kuromoto terpesong, salah seorang lagi dari Gengster itu meluru ke hadapan dan terus menghayun kayu beluti. Serangan itu pula kena pada bahu kanan Kuromoto menyebabkan Kuromoto terus jatuh bergolek..

“Kurooooo!…” jerit Ken apabila melihat rakannya itu tumbang dari serangan curi tersebut.

“Celaka kamu semua! Cis! hanya pandai pukul curi sahaja!” maki Ken pada musuhnya itu.

“Kau diam Jepun! Lepas ini giliran kau pula.” tengking ketua kumpulan itu.

“Zack! Bunuh dia.” arah ketua kumpulan itu sambil melihat Kuromoto yang masih terbaring di atas jalan kerana menahan kesakitan dan kelihatan belakang badannya mulai di cemari dengan warna merah, nampaknya Kuromoto telah tercedera.

Lelaki yang bernama Zack itu, membuang kayu beluti yang digunakan untuk memukul Kuromoto tadi dan dia mengeluarkan sebilah pisau yang tajam berkilat dari pinggangnya, dia berjalan menghampiri Kuromoto yang masih mengerang kesakitan. Dengan perlahan dia duduk bertinggung disebelah Kuromoto dalam keadaan membelakangi rakan-rakannya yang lain, “Celaka! Kau silap kerana masuk campur hal ini, mampus kau!”

Dengan wajah penuh kebencian dan kegeraman lelaki bernama Zack itu mengacung tinggi pisaunya dan dengan pantas menghujam pisau itu tepat ke dada Kuromoto yang sedang terbaring dalam kesakitan.

Terdengar bunyi pisau tertusuk sesuatu, Keadaan juga menjadi kaku dan beku, semua orang termasuk Ken melihat dari jauh, mereka melihat Kuromoto masih lagi terbaring dan penyerangnya masih berteleku di sisi Kuromoto.

“Kuro!…aku dah kata kau bukan lawan mereka kau degil, tengok apa dah jadi.” luah Ken dengan nada yang kesal.

Air mata jernih mengalir di pipinya, dia tak sangka kerana kesilapannya menyebabkan Kuro yang tidak berdosa terbunuh. Ken menekup muka dengan tangan kanannya sambil menangis.

Nickolas ketua kumpulan gengster itu turut terpaku melihat kejadian itu,

‘Ah! aku rasa Zack dah berjaya bunuh budak tu, padan muka dia!’ getus Nickloas.

“Bagus kerja kau Zack!, bagus…ayuh!, kita hapuskan pula budak Jepun ni!” ujar Nickolas seraya memandang ke arah Ken.

“Boss! Zack bos.” kata salah seorang dari kumpulan itu.

Semua orang kemudiannya memandang ke arah Zack yang terus diam di depan Kuromoto.

“Isk! kenapa Zack diam sahaja? Apa yang dah jadi?”

Rakan-rakannya mula merasa pelik dan seperti ada yang tak kena. Zack masih membisu,

‘Kenapa dengan budak itu, dia tidak bergerak-gerak, begitu juga dengan Kuro, apa yang dah jadi.’ tanya Ken pada dirinya sendiri.

Mereka yang berada di situ melihat darah merah pekat mulai mengalir keluar dari tempat Kuromoto terbaring itu dan begitu juga di tempat Zack duduk.

“Apa kena dengan Zack ni.” kata salah seorang rakan Gengster itu dan dia terus berjalan merapati rakannya sambil mengenggam kayu besbol.

Semakin dia menghampiri kedua lelaki itu dia melihat limpahan darah tersebut semakin banyak dan mula berbau hamis. Sebaik sahaja tiba disebelah Zack yang sedang duduk, mata lelaki yang berkayu besbol itu terus memandang ke arah Zack dan Kuromoto, dan sebaik sahaja dia memandang ke bawah air mukanya terus berubah dan dalam suara terketar-ketar dia berkata.

“Tuu…tu…tuan…Zack dah mati!”

Semua orang yang mendengar kata-kata itu kelihatan terperanjat, dan sebelum sempat dia berpaling ke belakang melihat rakannya yang lain tiba-tiba Kuromoto terus melompat dari pembaringannya dan menikam tepat pada tekak lelaki itu dengan sebilah pisau. Tikaman itu menembusi rahang mulut lawannya itu hingga ke otak. Terketar-ketar lelaki itu menahan kesakitan dari serangan yang tidak diduganya itu, manakala semua orang yang berada di tempat itu terkejut besar melihat kejadian yang tidak di sangka itu.

“Ah! Apa yang jadi!” ujar salah seorang dari kumpulan itu dengan wajah yang panik.

“Bagaimana dia boleh selamat? bukankah tadi dia kena tikam dengan Zack!”

Rupa-rupanya, Kuromoto ada muslihatnya yang tersendiri, semasa lelaki yang bernama Zack itu menghujam tikaman yang pantas dan berat pada jantungnya, Kuromoto telah menahan tangan lelaki itu dan dengan satu teknik kilasan yang pantas mata pisau itu terus terpesong dan tertancap tepat pada jantung lelaki yang bernama Zack itu.

‘Ah! Nasib baik di saat akhir aku berjaya kilas tangannya, tapi bagaimanakah aku mampu lakukan ini semua.’ cetus Kuromoto tertanya-tanya dalam hatinya.

Nickolas ketua kumpulan itu juga turut terkejut besar dengan kejadian yang tidak duga itu,

‘Si…siapa dia ni, macam mana dia boleh tewaskan orang-orang aku dengan mudahnya!’ ujar Nickolas dengan rasa tanda tanya yang bersarang di hatinya.

“Celaka kau!” jerit salah seorang dari anggota gangster itu dengan tiba-tiba.

Dia terus berlari bersama rantai besi dalam genggaman tangannya,

“Aku bunuh kau!” jerit lelaki itu sambil memutar-mutarkan rantai besi tersebut.

Melihat 2 orang rakannya tumbang begitu sahaja, lelaki yang memegang rantai itu menjadi amat marah.

 Kuromoto tidak sedar bahaya dibelakangnya, Lelaki itu terus menghayun rantai besinya.

“Ahhhhhh! Sakitnya…..” jerit Kuromoto dengan lantangnya. Darah semakin banyak keluar dari luka sebelum ini.

“Padan muka kau budak celaka, berani kau bunuh rakan aku, rasakan!” ujar penjahat itu dengan wajah yang penuh kebencian.

Dia terus memutar-mutarkan rantai itu dan bersedia untuk membantai Kuromoto lagi, tetapi kali ini Kuromoto telah bersedia. Dia berguling menuju ke arah lelaki yang kena tikaman sebelum ini dan terus mencabut pisau dari bawah dagu lelaki itu, melihat lawannya telah ada senjata, Gengster itu menyerbu ke arah Kuromoto dan kali ini Kuromoto dengan pantas melontar pisaunya ke arah musuhnya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.