Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
bab 2 : Pembalasan

Bab 1: Pembalasan

Masjid Al- Aybaki, Gaza City, Palestine

“Hidup itu sendiri adalah perjuangan, setiap hari kita harus berjuang dan menghadapi perbagai dugaan, sebagai rakyat Palestine, rakyat di bumi bertuah ni, rakyat di bumi para ambia ini, kita mesti terus hidup dan berjuang mempertahankan Negara ini, kerana kita telah diwarisi oleh orang-orang terdahulu dari kita, kini bangsa Yahudi telah menguasai tanah kita ini, tetapi kita tidak harus menyerah dan mengalah, kita mesti terus kuat dan bersatu.” ucap Sheikh Ahmed Yasen dengan suara yang lantang hingga terdengar diseluruh Masjid tua di bumi Gaza itu.

“Ingatlah Firman ALLAH ini,

“Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri”. Surah Al- Imran ayat 160.

oleh itu sahabat-sahabatku dan para pejuang, kita tidak boleh patah semangat dan mundur dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestine ini dan agama ALLAH, kita mesti terus bersatu hati bagi menghancurkan negara Israel dan bangsa Yahudi yang zalim itu.” tegas Lelaki tua itu.

Seluruh jemaah di dalam Masjid itu terdiam dan terpana mendengar syarahan awal subuh itu, kata-kata dari pemimpin ulung Hamas itu benar-benar membangkitkan semangat rakyat Palestine dan memperkuatkan tekad mereka untuk membebaskan bumi Palestine dari cengkaman Israel setelah lebih 80 tahun.

“Benar apa yang Tuan Sheikh katakan itu, kita ada tanggungjawab yang besar, tugas membebaskan bumi Palestine ini ada ditangan kita.” bisik seorang lelaki pada teman di sebelahnya.

“Aku setuju Kareem, walaupun kita hanya ada tulang empat kerat ini sahaja tetapi kita ada ALLAH dan janjinya yang pasti.” ujar teman lelaki itu sambil tersenyum.

Sheikh Ahmed Yasen kemudiannya menamatkan syarahan paginya dengan puji-pujian pada ALLAH Taala dan Nabi Muhamad dan seluruh warga di dalam masjid itu menyambut dengan takbir yang bergema. Selesai tazkirah pagi Sheikh Ahmed kemudiannya keluar dari masjid dengan di iringi pengiringnya menuju ke arah kenderaannya. Sheikh Ahmed Yasen memandang ke langit yang sudah mulai cerah dikala matahari kelihatan mula mengintai dibalik kabus sambil membiaskan cahaya keemasannya,

“Cuba kau lihat itu Yazid, alangkah indahnya subuh di bumi bertuah ini, demi agama dan tanahairku ini aku rela berkorban, sesungguhnya tiada yang lebih manis kecuali mati dalam jihad dan mempertahankan agama yang suci ini.”

“Apa yang Tuan Sheikh katakan, tiada siapa yang akan terkorban, Tuan Sheikh mesti menyaksikan pembebasan Palestine satu hari nanti.” ujar Pembantunya itu.

“Entahlah, Yazid aku rasa inilah subuh terakhir untuk ku.” balas Sheikh Ahmad Yasen sambil matanya merenung langit yang semakin cerah itu.

Dari kejauhan kelihatan dilangit biru yang semakin cerah itu sebuah helikopter terbang dengan pantasnya memasuki sempadan daerah Bandar Gaza itu, helikopter jenis AH-64 Apache Gunship. Pesawat canggih itu dikendalikan oleh Paul Smith dan dibantu oleh Death yang mengendalikan senjata tempur.

“Paul, aku rasa disana masjid itu, lekas arahkan ke sana!” arah Death sambil sekali sekala dia memantau dari sistem GPSnya

“OK!” ujar Paul sambil menghalakan pesawatnya itu ke arah yang dikatakan oleh rakannya.

Death menggunakan teropong pembidik dan dapat melihat imej Sheikh Ahmed dan pengiringnya sedang bergerak menuju ke arah kenderaan mereka, dengan segera dia memokuskan sasaran targetnya pada Sheikh Ahmed bersedia untuk menembak dengan peluru ’missile’ yang canggih yang dikenali dengan nama ’AGM-114 Hellfire’, missile buatan syarikat Lockhead Martin yang dianggarkan berharga hampir USD 68,000 atau lebih kurang RM210,800. Missile ini adalah sebuah senjata yang amat hebat dan canggih di mana ia boleh mencapai sasaran hampir 8kilometer dan berkelajuan hampir 1.3 Speed march atau bersamaan 425 meter per saat dan dengan kuasa memusnahnya yang amat hebat. Death terus memakukan pandangannya melalui alat pembidik pada senjatanya itu dan menunggu masa sahaja untuk menekan punat kawalan senjata itu.

“Ehh!! Apa tu, nampak seperti helikopter!” tunjuk salah seorang pembantu Sheikh Ahmed.

Semua pembantu, pengawal dan Sheikh Ahmed sendiri melihat ke arah yang ditunjukkan itu.

“Ahhh!..pesawat tempur Israel! lekas bawa Sheikh Ahmed ke kereta sekarang, tinggalkan tempat ini.” arah Yazid yang menjadi ketua Pengawal Sheikh Ahmed.

Sheikh Ahmad memandang helikopter itu dengan pandangan yang sayu,

“Ya Allah akhirnya janji aku telah tiba untuk bertemu denganmu, ampunilah segala dosaku dan maafkan aku kerana tidak mampu merampas kembali bumi bertuah ini.” ujar Sheikh Ahmed dengan pandangan yang redup.

Pada masa yang sama juga kelihatan asap berwarna putih sedang terbang dengan pantas keluar dari badan Helikopter itu. Peluru missile yang dilepaskan itu meluncur laju bak seperti anak panah yang dilepaskan dari busarnya dan dalam hanya beberapa saat sahaja peluru missile itu terus menghentam kereta dimana Sheikh Ahmed berada berhampirannya dan disaat itu juga terdengar satu bunyi letupan yang kuat diiringi bebola api yang menjulang tinggi.

Death yang sedang meneropong melalui teropong itu tersenyum dengan bangga kerana berjaya membunuh seorang lagi pemimpin Islam yang besar yang sebangsa dengannya dan dengan senyum dari bibirnya yang sumbing itu dia berkata dalam hatinya,

“Heheheh....hari ini aku merasa amat puas, setelah aku berjaya membunuh Muaz dan beberapa pemimpin Islam yang besar kini aku berjaya pula membunuh pemimpin Islam yang tua yang masih tak sedar diri ini....hahahaha.”

Helikopter itu terus terbang tinggi meninggalkan bumi Gaza yang masih berdarah dengan darah syuhada Sheikh Ahmed Yasen........

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.