Home Novel Thriller/Aksi INDIGO
INDIGO
Miko Yan
30/3/2020 12:34:45
63,580
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12

KETEGANGAN di café sebentar tadi pastinya juga mengundang 1001 satu persoalan kepada Jenny dan Jess. Mereka yang turut berada di café ketika itu, telah menyaksikan kejadian itu dari minit pertama hingga ke akhirnya.

            “Kau rasa  kenapa mereka berdua berjumpa dengan Brian tadi?” Jess sememang tidak pandai memendam perasaan busy bodynya.

            “Entahlah,” keluh Jenny sambil mengangkat kedua-dua bahunya. Fikirannya seperti memikirkan sesuatu yang lain.

            “Semakin peliklah aku lihat mereka berdua tu. Tapi kan, macam secocok pulak mereka berpasangan.Seorang weirdo, seorang lagi pulak geek gigir berpagar.” Jess mengekek macam kambing, lucu sangat dengan kata-kata sendiri.

            Jenny tersenyum tawar. Sedikit pelik kelakuan Jenny hari itu. Dia tak seperti selalunya.Kebiasaannya,  kalau Jess membuat lawak dialah yang akan paling kuat ketawa. Seperti ada sesuatu kebimbangan di fikirannya tika itu.

            “Hey, macam mana kita ni?” Soal Jess selepas teringat akan ketegangan hubungan mereka dengan Alicia.

            “Macam mana apa?”Jenny yang banyak mengelamun tika itu, tidak memahami maksud Jess.

            “Pasal Si Geek gigi berpagar itulah, kita singkir ajelah dia dari group kita. Halau dia dari rumah sewa kita!” Jess yang masih membengkak rasa geramnya terhadap Alicia mengingatkan kembali perkara itu kepada Jenny.

            “Kau sedar tak apa yang kau cakap tu?” Jenny seperti mahu mengingatkan Jess sesuatu.

            “Tentulah aku sedar! I’m clean today okay. I belum lagi layan kepala hari ini!” Tegas Jess, sampaikan herot-herot mulutnya.

            “I don’t think so!” bentak Jenny. Nada suaranya sedikit tinggi. Seolah-olah dia kini lebih rasional.

            “Sampai hati you cakap I unconcius. Please tell me, why you said like that?”Sotong mula melembikkan diri. Menyampah!

            “Siapa yang payung makan minum kita selama ini?”

            “Alicia,”

            “Siapa yang jadi driver kita hari-hari?”

            “Alicia,”

            “Siapa yang bayarkan sewa bulan-bulan rumah yang kita duduk itu?”

            “Err… err… Alicia jugak,”

            “Habis tu, kau sanggup bayar makan minum aku?”

            Jess menggeleng.

            “Kau sanggup naik Bas Smart Selangor hari-hari, walaupun percuma?”

            Jess menggeleng lagi.

            “Kau sanggup tanggung duit sewa rumah dan segala bagai bil?”

            Akhirnya Jess terdiam seribu Bahasa. Bahasa tubuh juga tak mampu lagi diucapkannya.

            “Itulah kau, jangan main sedap mulut aje. Fikir dulu sebelum berkata-kata!” Jenny melepaskan rasa tegangnya.

            Jess tertunduk layu, belum pernah lagi dia dimarahi Jenny sebegitu.

            Baru kau tahu! Tadi bukan main lancang sekali mulut kau. Baru kena penangan ketiak Bangla dah tak keruan. Hidup zaman sekarang, kalau tak ada kebendaan kau jangan sembang!

            “So, macam mana?” Soal Jess yang tiba-tiba pula jadi keliru.

            Jenny berfikir sejenak.

            “Kau rasa, sebab apa mereka jumpa Brian tadi?” Jenny bersuara selepas perihal itu masuk kembali ke ruang fikirannya.

            “I have no idea.”Jess yang lambat tangkap itu sememangnya selalu kosong ruang fikirannya kalau bukan bab nak menyeranah orang.

            “Adakah mereka dah dapat apa-apa klu tentang kehilangan Emily?” Jenny memberi sedikit kefahaman  kepada rakannya yang selalu bengap itu. Riak wajahnya sedikit berubah.

            “Yalah, kenapalah aku tak terfikir ke situ?” ujar Jess. Mula juga faham akan perubahan wajah Jenny itu.

            “Mungkin kita boleh bantu mereka,” keluar kata-kata itu dari mulut Jenny.

            Terangkat kening Jess dibuatnya. Seperti tidak percaya Jenny akan berkata begitu.

            “Err... kau tak takut rahsia kau akan terbocor ke?”

            Sekali lagi Jenny jadi terdiam beberapa saat. Seperti Jess telah membuat hatinya jadi berbelah bagi pula.

            “At least, kalau kita bersama mereka kita akan dapat tahu perjalanan penyiasatan mereka. Then, kita boleh membuat apa-apa tindakan susulan. Mungkin daripada penyiasatan itu juga, aku akan dapat tahu siapa lagi yang mahu mencipta masalah dengan aku? Lagipun, inilah caranya kita nak berbaik-baik semula dengan Alicia.” Panjang lebar Jenny memberi rasionalnya.

            Jess perlahan-lahanmengangguk faham.

 

SELEPAS menghabiskan makan tengah hari mereka, Jenny dan Jess bergegas masuk ke kelas semula walaupun waktu rehat masih berbaki. Pastinya mereka mahu segera memenangi hati Alicia semula. Saat mereka melewati pintu kelas, dapat mereka lihat Alicia sedang duduk bersama Megat.

            Jelas Alicia dan Megat sedang dilanda kebuntuan. Sejak kembali dari café tadi, mereka terdiam seribu bahasa.Seperti tiada arah lagi untuk mereka pergi.

            “Hai, Alicia.”Terkejut sedikit Alicia dengan sapaan Jenny itu. Jenny yang bermanis muka kemudian melabuh punggung di sebuah kerusi kosong di sebelahnya. Jess seperti selalu, berlagak bodyguardnya walhal tidak menepati kriteria. Seperti biasa juga, buat-buat muka tak malunya.

            Melihat kehadiran dua malaun itu, Megat segera angkat kaki. Langkah kakinya kemudian menuju ke arah tandas untuk mendapatkan sedikit ketenangan. Budak kolej biasalah, tempat syaitan berkumpul itulah yang selalunya memberi ketenangan dan ilham. Macam budak-budak sekolah menengah jugak.

           “Err, kami berdua nak minta maaf daripada kau andainya selama ini kami selalu berkasar dengan kau.” Jenny kemudian mengungkap kata-kata itu. Pastinya ia sekadar kata-kata dari mulut.

           “Minta maaf?” Alicia pura-pura sedikit terkejut.

            Kedua-dua makhluk tak tahu malu itu mengangguk serentak, seumpama kakak kepada gimnas Farah Ann Abdul Hadi dan pasangannya dalam acara synchronized swimming.

           “Aku tak simpan dalam hati ler,” ujar Alicia dengan wajah riangnya.

           Jenny dan Jess juga tersenyum gembira.

           “Lega kami mendengarnya,” ucap Jenny kemudian, dan saling berpandangan dengan Jess. Seolah-olah lega hati mereka tak perlu lagi menghidu ketiak Bangla.

          “So, macam mana penyiasatan kau dengan mamat wei… err… dengan Megat?” Jess terpaksa membetulkan ayatnya selepas disiku oleh Jenny.

          “Hmm, kami sebenarnya telah mendapat beberapa klu. Tapi akhirnya seperti kami menghala ke jalan buntu semula.” Alicia menjelaskan situasi yang dihadapi.

          “Tadi kami ada lihat kau jumpa dengan Brian di café’, kenapa?” Jenny menyoal pula.

          “Err… aku tak tahu nak jelaskan kepada kamu berdua. Pastinya kamu takkan percayainya.” Alicia sedikit payah untuk berterus terang akan hal itu.

           “Apa dia? Jelaskan aje.” Jenny mendorong.

           “Hmm… begini, Megat ada mimpikan tentang nama Brian selepas menyentuh novel Emily yang aku bagi kat dia tempoh hari. Ternyata benar, di dalam satu page novel itu telah dihighlight nama Brian. Dan daripada klu itu, kami mengagak Emily ada berjumpa secara rahsia dengan Brian di Restoran Burger King di Giant Kota Damansara, tempat Brian buat kerja part time. Bayangan restoran itu juga muncul dalam mimpi Megat. Sebab itu kami yakin Brian ada kena-mengena dengan kehilangan Emily. Namun, Brian enggan mengakuinya.”

           “Jadi benarlah Megat itu itu ada kuasa psikik?” Terbeliak mata Jess.

           Alicia menggangguk dengan satu ukiran senyum.

          “Brian kerja part time?” Perkara itu yang lebih memelikkanJenny.

          “Ya, selama ini rupanya dia berlagak aje seperti anak orang kaya di depan kita semua,” ungkap Alicia.

          “Wait, setahu aku Brian itu memang anak orang kayalah. Kalau kau orang nak tahu, organiser konsert marathon K-Pop yang kita tonton dua minggu lepas itu ialah syarikat keluarganya. Dan tiket-tiket yang aku beri pada kau orang itu memang tiket-tiket VVIP yang aku dapat free daripada Brian sendiri.”

          “Apa maksud kau free? Siut kau! Jadi kau tipu kamilah minta bayaran separuh harga tiket tu!”

          “Oops! Aku dah tersalah cakap, sorry…” Jess tersengih-sengih macam kerang busuk.

          “Sorry naik lorilah! Aku tak kira, nanti kau bayar balik duit tiket kami tu,” ujar Jenny yang tiba-tiba naik angin. Siapa yang tak naik angin? Kalau ditipu bulat-bulat sebegitu, lebih-lebih lagi yang menipu itu mengaku sebagai seorang kawan sehidup semati. Apa nak hairan? Orang zaman sekarang, pasal duit boleh jadi kelabu mata.

          Padan muka kau Jenny! Itu kau belum tahu lagi apa yang dia buatkepada kau waktu kau terdampar atas katil setiap kali kau mabuk balik berdisko-disko dengannya.

         “Kalau organiser konsert itu ialah syarikat keluarga Brian, jadi Brian ada akses lah untuk keluar masuk stadium dengan mudah ya?” Tiba-tiba terdetik di fikiran Alicia tentang persoalan itu. Secara tak langsung juga mengajak Jenny dan Jess kembali kepada perihal perbualan mereka.

          “Ya tak ya jugak!” Jenny menyokong.

           “Maksud kau orang apa?” Seperti biasa, makhluk bebal seperti Jess itu lambat tangkapnya. Hanya bab menipu aje akalnya cepat.

           “Maksudnya, Brian boleh keluar masuk stadium dengan mudah. Tak seperti kita kena lalui pintu masuk yang dikawal ketat. Keluarga Brian mesti keluar masuk stadium menggunakan pintu khas.” Alicia cuba memberi kefahaman kepada Jess.

           “So, apa kaitannya dengan kehilangan Emily?” Masih banyak pulak kerutan di dahi Jess. Ingatkan makhluk sotong sepertinya secepat Diva AA dan Nur Sajat jugak akal fikirannya, tapi hampeh!

           “Apalah kau ni lambat sangat nak faham! Sudah tentulah Brian boleh membawa Emily menyusup keluar dari stadium tanpa dapat ditangkap CCTV andainya dia menggunakan pintu khas.” Jenny membentak, mula naik geram dengan Jess.

           “What the heck! Patutlah Emily tidak kelihatan dalam CCTV waktu keluar stadium.” Mulut Jess kemudian melopong. Selepas dibentak baru nak faham.

            Masing-masing jadi terdiam seketika.

            “Patutkah kita beritahu perkara ini kepada Inspektor Rizal?” Alicia bersuara semula selepas fikirannya tiba-tiba teringatkan pegawai penyiasat kes kehilangan Emily itu.

            “Err, aku rasa baik kita cari kesahihannya dulu. Risau jugak takut-takut dakwaan kita tak berasas, tak pasal-pasal kita kena saman dengan Brian nanti. Zaman sekarang orang suka buat duit dengan saman-menyaman.” Jenny pantas memberi pandangannya.

            “Betul tu, lebih-lebih lagi Brian itu ada demensia, mudah-mudah aje dia terlepas nanti.”pantas jugak Jess menyokong. Dengar sahaja perkataan saman dia dah jadi kecutperut. Tak padan langsung idolanya Diva AA. Idolanya itu disaman RM17K pun rileks aje.

            Alicia akur. Walaupun sedikit hampa, seperti ada sedikit cahaya di hujung terowong hatinya. Maklumat yang baru diperolehi itu akan dikongsinya dengan Megat nanti.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Miko Yan