Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 4 Terperangkap

Taman Mahkota, Pulau Eurasia

6.30 pagi, 1 April 2013

Syamir menghempaskan punggungnya di atas kusyen, keletihan selepas bertarung bersama Jiwon tadi. Kelihatan yang Jiwon bukanlah gadis biasa. Syamir melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana gadis itu menggunakan shotgun dengan sangat mahir. Dia merenung wajah Jiwon yang sedang memejamkan matanya sambil merehatkan diri di atas kusyen. Kemudian, Syamir melarikan matanya melihat jam dinding. Rupa-rupanya hari sudah menginjak pagi. Sudah pukul enam. Masa berlalu agak pantas semalam.

“Akak.. rasanya waktu subuh dah lama masuk. Jom kita solat dulu?” ujar Syamir tiba-tiba. Kakaknya Leen mengangguk.

“Kita berjemaah hari ni? Kita minta doa pada ALLAH agar diselamatkan mak dan ayah!” cadang Syamir. Leen sekadar mengangguk. Serentak itu, mata Jiwon terbuka. Solat? Perkataan itu agak asing di cuping telinganya.

“Kamu semua nak pergi mana?” soal Jiwon. Loghat koreanya masih bersisa dalam bahasa melayunya yang agak fasih itu. Syamir sekadar menunjukkan isyarat mengangkat tangan yang akan dilakukan ketika mengangkat takbir.

Prayer?” soal Jiwon di dalam Bahasa Inggeris.

Yup.Waktu subuh dah dekat nak masuk. Lepas kami solat, kita akan bincang macam mana nak keluar dari bandar ni,” kata Leen. Syamir sudah mendahului yang lain, dia terlebih dahulu sudah naik ke biliknya untuk ke bilik air dan seterusnya mengambil wuduk. Leen pula berlalu ke biliknya di tingkat bawah.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua sudah berada di ruang tamu.

“Kita solat berjemaah kat bilik tetamu?” cadang Syamir. Leen sekadar mengikut cadangan adiknya itu.

“Tunggu!” seru Jiwon. Syamir dan Leen menoleh.

“Boleh saya tengok kamu solat?” Syamir dan Leen saling berkongsi pandangan. Kemudian, Syamir tersenyum.

“Apa salahnya... mari-mari,” ajak Syamir. Ini peluanganya untuk dia menunjukkan keindahan Islam. Biar Jiwon akan terpegun akan keindahan solat, yang mewakili antara lima tiang Islam itu.

***

Suara Syamir begitu merdu mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Dia memilih surah Ad-Duha sebagai surah pertama dan Suruah Al-Ikhsan sebagai surah kedua dalam solatnya. Bacaan yang dilontarkan oleh Syamir begitu menenangkan Jiwon. Walaupun ayat-ayat itu tidak difahami oleh Jiwon, namun ianya sudah cukup untuk menjadi sesuatu yang membuatkan air mata Jiwon bergulung tanpa sedar.

Usai sahaja solat berjemaah dan Leen melipat telekungnya lalu dimasukkan ke dalam beg, Jiwon menghampiri kedua-dua orang adik beradik itu sambil tersenyum. Gadis itu sempat mengesat air mata tidak henti mengalir tadi.

“Awak baca apa tadi?” tanya Jiwon.

“Al-Quran. Kitab orang Islam. Kenapa?” tanya Syamir.

“Sedap.. hati saya tenang bila dengar bacaan tu. Merdu suara awak Syamir,” Jiwon memuji.

“Terima kasih,” ucap Syamir seraya mengukirkan senyuman. Jiwon seolah-olah terpanar pada senyuman itu, lembut tetapi menusuk ke ruang kalbu.

“Hari masih gelap. Bahaya kalau kita keluar dalam masa yang macam ni,” jelas Leen.

“Hari tidak akan lagi cerah di sini,” celah Jiwon.

“Kenapa?” tanya Syamir ingin tahu.

“Tidak ada gunanya kalau hari cerah, kita masih terperangkap dalam bandar ini. Apa yang penting, kita kena telefon polis. Kita perlukan kepastian ke atas apa yang sedang berlaku pada Eurasia!” Jiwon serius memberi arahan, lagak seseorang yang sudah biasa menempuh situasi seperti ini.

Syamir mengangguk, sekadar menjadi pak turut. Dia bingung untuk berdepan dengan ‘fenomena ajaib’ di mana hampir jutaan penduduk bandar metropolis Eurasia City bertukar menjadi makhluk yang dahagakan daging, otak serta darah manusia.

“Sila cuba sebentar lagi. Pihak kami sedang mengalami kesulitan,” kedengaran suara wanita yang kelihatan seperti sudah dipogramkan. Syamir mematikan panggilan dengan hati yang dipenuhi rasa hampa.

“Sila cuba sebentar lagi. Pihak kami sedang mengalami kesulitan,” Syamir mengajuk kembali suara wanita di panggilan tadi ketika Jiwon dan Leen melontarkan pandangan meraih jawapan. Ketawa kecil dua gadis jelita itu.

“Kalau macam tu, kita kena buat sesuatu... fikirkan cara terbaik untuk keluar dari sini.” Leen mengutarakan cadangan.

“Kita buka televisyen. Mungkin kita akan tahu apa yang sedang berlaku.” Syamir memberikan cadangan. Jiwon mengukirkan senyuman, seolah-olah merestui hasrat Syamir. Tanpa sedar, Jiwon seolah-olah menjadi ketua mereka.

“Berita Terkini melaporkan untuk anda. Penduduk bandar Eurasia dilaporkan telah mengadakan rusuhan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Komando 69 dan anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keadaan. Sebab dan alasan berlaku rusuhan masih belum diketahui. Bersama Arshad Hamidin di Eurasia untuk mendapatkan laporan penuh daripada Lapangan Terbang Eurasia.” Pembaca berita siaran TV3 itu kusyuk menjalankan tugas. Skrin beralih tempat. Kali ini, seorang lelaki yang berperut sedikit buncit sedang memegang mikrofon sedang berdiri benar-benar di belakang rusuhan di Lapangan Terbang Eurasia sedang kelihatan di televisyen.

“Saya Arshad Hamidin melaporkan daripada...” Zrashh! Lehernya tiba-tiba di baham oleh manusia ‘perusuh’ itu. Kamera sedikit bergerak. Darah merembes membassahi skrin dan kemudian.. siaran terganggu.

Syamir pantas mematikan siaran. Dia saling berkongsi pandangan dengan Jiwon dan Leen.

“Adik.. kakak takut...” luah Leen jujur. Syamir mengeluh kasar. Dia mengeluarkan senjata pistol yang diberinama Desert Eagle yang baru sahaja diberikan oleh Jiwon sebentar tadi.

“Kita tak ada pilihan lain. Kalau kita bertiga masih selamat, kita kena jadi hero dan heroin. Destinati kita ialah... Balai Polis Eurasia!” jelas Syamir sambil matanya kusyuk mengamati pistol buatan Belgium itu. Tangan kanannya pula erat menggenggam kayu hoki.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.