Home Novel Thriller/Aksi BRIEFCASE
BRIEFCASE
#mystrill
15/11/2019 13:35:00
25,661
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG2

            Dia membalas senyuman itu lalumengangguk-anggukkan kepalanya.

            “Saya cuma buat apa yang sayatermampu dato’.  Tanpa tunjuk ajar dato,saya takkan berada di mana saya berpijak sekarang ni.  Youhelped me a lot.  Thanks.”

            Kata-katanya membuatkan lelaki itumengangguk-anggukkan kepalanya. Pertemuan ringkas itu hanya habis di situ saja.  Briefcasetersebut bertukar tangan tanpa dia tahu dan cuba bertanya apakah isinya.

            Yang dia tahu, sebagaimana amanahyang diberikan, dia akan menjadi beg tersebut sebagaimana menjaga nyawanyasendiri.  Lamunannya terbang begitu sajabila dia teringat yang dia harus segera pulang ke rumah kerana Aryani sedangkeseorangan. 

            Gearditarik ke huruf R dan kereta tersebut mengundur perlahan keluar dari petakparkir yang memang dikhaskan untuknya itu. Ruang parkir lain di sepanjang ruang tersebut, kesemuanya kosongtermasuklah parkir khas milik Hafeez, rakan sejawatnya di kementerian tersebut.

            Iqbaal mengangkat kening.  Tidak mempedulikan itu semua, dia memasukkan gear ke huruf D dan kereta mewahtersebut mula berjajar perlahan di ruang parkir bawah tanah itu mencari jalanuntuk keluar.

            Ketika tiba di luar ruang parkir,tiba-tiba dia teringat ada dokumen di dalam beg sandangnya yang tertinggal didalam pejabatnya.  Iqbaal menepukdahi.  Dokumen itu perlu dia semak segeradan dibawanya dalam mesyuarat yang harus dihadirinya esok pagi di pejabat KementerianPertahanan Negara.

            “Macamana boleh lupa pulak ni.  Aduh.”

            Iqbaal merungut sendirian.  Dia kemudiannya membelok semula ke arah ruangparkir di hadapan lobi pejabat tersebut. Sebaik tiba, dia membuka pintu lalu meninggalkan keretanya dengan enjinyang masih hidup.

            “Abang Mat, tengokkan kereta sayakejap ye.  Saya nak naik ke office kejap,ada barang tertinggal.”

            Pengawal keselamtan yang dipanggilAbang Mat itu pantas menganggukkan kepalanya.

            “Baik Encik Iqbaal.  Ala, lama pun tak apa.  Abang Mat tengok-tengokkan.”

            Lelaki berkulit hitam manis itutersengih.  Iqbaal senyum sambilmengenyitkan matanya kepada lelaki itu lalu pantas berlari menuju ke arah lifyang sedang terbuka.  Dia masuk ke dalamlif sambil membetulkan talilehernya. Butang tingkat 4 ditekannya dan lif itu mula membawa dia ke atas.

            Ketika pintu lif terbuka, belumsempat Iqbaal melangkah keluar dari kotak lif tersebut, kedengaran bunyi deraptapak kaki yang sedang berlari di lorong tersebut.  Beberapa saat kemudian, dua das tembakan yanghalus bunyinya pula kedengaran.

            Iqbaal membulatkan matanya.  Kekecohan itu membuatkan dia jadi takut untukmelangkah keluar.  Zap!  Zap!  Duadas lagi tembakan kedengaran.  Kali inidisusuli dengan jeritan seorang lelaki yang sangat dikenalinya.

            “Allahuakbar!!  Tolong!”

            Suara jeritan itu menjadi lemah danketika itulah Iqbaal menjengahkan kepalanya dari dalam lif untuk melihatkekecohan yang sedang berlaku.

            “Dah-dah.  Lari!”

            Dua orang lelaki berpakaian serbahitam dengan salah seorangnya memegang sepucuk pistol sedang berlari ke arahpintu yang memisahkan ruang tersebut dengan tangga.  Mata Iqbaal bulat.  Dia nampak Dato’ Khalil sedang terbaringberlumuran darah di lantai.

            “Allah..  Dato’..”

            Dia bertakbir.  Dato’ Khalil sedang menggelupur di lantaiketika itu.  Tanpa berlengah dia pantasmenerpa ke arah lelaki tua itu lalu memangku kepalanya.  Air matanya mula berjuraian tanpa dapatditahan.

             YaAllah.  Apa semua ni?

Previous: PROLOG
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill