Home Novel Thriller/Aksi BRIEFCASE
BRIEFCASE
#mystrill
15/11/2019 13:35:00
25,642
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

Novel  ini merupakan  karya yang bertanding dalam Pertandingan Menulis Novel Thriller anjuran Buku Prima.

PENULIS : KHAIRUL ASWAD BIN RAMLI


PROLOG

7.30malam, 30 Mac 2023.


Ruang parkir bawah tanah, bangunan pejabat Kementerian Hal Ehwal Kewangan, Kotaraya Kosmopolis.

 

            Iqbaal membawa briefcase warna hitam bersamanya turun ke ruang parkir sambil bersiul-siul kecil.  Dia menyeluk kocek seluar slack hitam yang dikenakan bersamakemeja lengan panjang berwarna merah gelap dan tali leher bertona senada, juga berwarna merah.


            Sambil berjalan menuju ke arah keretanya yang terletak di hujung ruang parkir tersebut yang agak suram, dia membelek skrin telefon bimbitnya.  Ada panggilan yang masuk dan dia segera menjawabnya dengan segaris senyuman.


            “Abah, abah kat mana ni?”


            Suara Aryani bergema di hujungtalian.  Iqbaal menarik nafas pendek.


            “Abah kat office lagi ni sayang.  Barunak gerak balik.  Yani dah makan kebelum?”


            “Belum.  Yani lapar. Abah baliklah cepat.  Yani takutni.”


            Dahi Iqbaal berkerut.


            “Auntie Zalia mana?”


            “Auntie Za dah balik rumah dia.  Dia cakap ada emergency.  Yani sorang-sorang aje kat rumah ni.”


            Iqbaal mengangguk-anggukkan kepalanya.

 

“Ok-ok.  Abah balik segera.  Yani nak makan apa abah singgah belikan?”


“Ermm..  Pizzalah. Tapi abah balik cepat tau.  Tadi Yani tengok dekat tingkap, ada dua tiga orang lelaki ada kat luar pagar sampai perhatikan rumah kita.”


Kata-kata Aryani membuatkan Iqbaal menelan liur. Dia menghela nafas panjang buat seketika.


            “Sedara mara jiran sebelah rumah kita kot.  Tapi apa-apa pun, Yani make sure semua pintu berkunci ok.  And don’t let anyone come in ok, sampai abah balik.”


            “Ok abah.  Cepat balik tau.”


            “Ye sayang.  Abah balik cepat.”


            Panggilan dimatikan.  Iqbaal mempercepatkan langkahnya menuju kekeretanya.  Sampai saja di kereta, dia membuka pintu di sebelah pemandu lalu diletakkan briefcase tersebut sebelum berpusing ke pintu sebelahnya lalu masuk dan dihidupkan enjin.


            Sementara menunggu enjin kereta tersebut dipanaskan seketika, dia mengerling ke arah briefcase di sebelahnya.  Pantas memorinya berlari-lari kepada pesanan Dato’Khalil kepadanya setengah jam yang lepas di bilik bosnya itu.


            “Iqbaal.  Saya nak awak pegang briefcase ni.  Simpan elok-elok dan anggap ni amanah daripada saya.”


            Dato’ Khalil menyerahkan briefcase hitam tersebut kepadanya.  Wajah lelaki separuh baya di hadapannya itunampak serius.  Seolah ada benda yang takkena sedang berlaku.  Dia menyambut briefcase tersebut sambil mengganggukkan kepalanya.


            “InsyaAllah dato’.  Saya akan jaga beg ni.”


            Dato’ Khalil tersenyum tawar.  Dia kemudiannya menganggukkan kepala lalumenyandarkan semula tubuh ke kerusi empuk yang didudukinya.


            “Iqbaal, if anything happen to me, tolong bawa briefcase ni dan serahkan kepada pihak Polis dengan segera.  Dan satu lagi, jaga diri awak elok-elok.  Kalau apa-apa jadi kepada saya, sasaran seterusnya adalah awak.  Percayalah cakap saya.”

            Dahi Iqbaal berkerut.  Dadanya bergetar seketika dengan kata-kata tersebut.  Dia memandang tepat ke wajah lelaki berkaca mata dan berbadan gempal di hadapannya itu.  Jarang sekali sepanjang 10 tahun dia berkhidmat dengan Dato’ Khalil di pejabat ini, lelaki itu berkeadaan serius sebegini.  Macam ada benda yang tak kena akan berlaku. 

Hatinya mula meneka.

Next: PROLOG2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.