Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,803
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

UNIVERSITY OF OXFORD, ENGLAND 


Ariana Erina termenung jauh. Pandangannya melayang jauh entah ke mana-mana merintasi relung masa yang tidak tergapai. Gadis berambut perang (brunette) itu menyilangkan tangannya di dada. Matanya tidak berkelip memandang ke satu arah. Mindanya sedang dikerah memikirkan tentang nasib dirinya sendiri. Hembusan bayu dingin negara itu menghembus lembut batang tubuh mungilnya, membuatkan rambutnya beralun lembut yang di sinari cahaya mentari.

Sepasang tangan merangkul pinggangnya lembut dari belakang, disusuli kucupan manja di pipi kanannya lalu turun ke leher. Hembusan nafas hangat terhembus di lingkaran leher jenjang Ariana Erina. Di nagara itu, perbuatan cumbuan di tempat awam tidak memberi apa-apa makna selain kehangatan remaja-remaja sedang dilamun cinta.

Cumbuan si lelaki semakin ghairah. Sekali gus merimaskan Ariana Erina. Dia berasa tidak selesa diperlakukan seperti itu di kawasan terbuka. Tangannya meleraikan rangkulan tangan si lelaki yang merangkul erat pinggangnya, sebelum dia berpusing menghadap lelaki itu.

“Stop it, Adam!” bentak Ariana Erina kasar. Dia membetul-betulkan rambutnya yang terurai.

“What’ swrong baby? Is it my lip disappoint you? Jawab Adam, kedengaran manja.

Dia merapatkan badannya ke arah Ariana Erina untuk mencium gadis itu. Namun, Ariana Erina menjauhkan mukanya dari Adam.

“Adam we need to talk. I ada benda nak you tahu pasal kita,” kata Ariana Erina sambil melemparkan renungan mengoda ke arah lelaki itu.

Hati Adam cair. Lelaki itu mencapai dan menggengam tangan gadis itu. “Kenapa ni sayang? Macam penting sangat aje ni,” ujarnya manja.

“I’m pregnant,” terus sahaja Ariana Erina memeritahu pokok awal kedatangan mereka berdua ke sini.

“What! Tapi macam mana? Bila kita...” Adam tergagap-gagap hendak mengeluarakan hujah.

Dia sendiri tidak ingat bila dia dan Ariana Erina bersama-sama sehingga membawa kepada kandungan yang gadis itu dakwa. Ya! Memang sudah banyak kali dia peluk, cium, cumbu Ariana Erina sepanjang perkenalan mereka di bumi England ini. Tapi, bila pula...

“Party tu. You tak ingat ke?” Soal Ariana Erina. Cuba mengembalikan ingatan lelaki itu.

“Huh? Mana satu? A lot of party we’ve been through,” Adam inginkan kepastian.

Ariana Erina mendengus halus. “Valentine’s day. You dengan I pergi party tertutup rumah Abigaile. Boyfriend dia pun ada,” ujar Ariana Erina. Cuba mengembalikan kembali ingatan teman lelakinya.

“Tapi...” belum sempat Adam sempat mengabiskan kata-kata, Ariana Erina mencelah.

“Kita mabuk waktu tu Adam,”

“Well, sekurang-kurang kita berdua tak sedar apa yang kita dah buat,” balas Adam. Mengambil ringan perihal ini.

“Sh*t Adam! Serius boleh tak,” Ariana Erina membentak kasar. “Apa yang I nak bagitahu kat papa I nanti?”

“Baby, baby,” pujuk Adam sambil memeluk tubuh gadis dari Asia itu erat. “Jangan risau. Kalau betul kandungan itu I punya bermakna kita sama-sama tanggung masalah ni. You and I ok,”

“Apa maksud you ‘kalau’.” Ariana Erina memandang wajah Adam dengan mata berkaca. This...” Ariana Erina menuding ke arah perutnya.“... is you child Adam. Ini anak you.” Tegasnya. Kolam matanya mula bergenang. Bibirnya bergetar menahan sebak.

“Shhh,” Adam memujuk. Sekali lagi dia menarik Ariana Erina dalam rangkulannya sambil mengusap-gusap lembut rambut gadis itu. Ariana Erina mula tersendu-sedan.

“Tak payah bagitahu papa you. Kita gugurkan aje,” cadang Adam.

Ariana Erina menolak badan lelaki itu jauh darinya. “How dare you! Sanggup you nak bunuh anak you sendiri. Senang aje you cakap. I yang bawa kandungan ni merata-rata. I yang kandungkan anak you!”

“Dengar dulu, sayang.” Adam cuba meredakan ketegangan ini. “Perut you tak nampak baby bum lagi. Budak tu tak membesar pun lagi. Tak jadi salah pun,”

“You jangan nak buat hukum sendiri! You dah peluk, cium, cumbu I sepanjang I kenal you kat UK ni dah satu dosa besar. Sekarang ni I dah kandungkan anak you cara haram. Luar nikah. Tak sah.” Bentak Ariana Eriana.

“Ya! I sedar I dah banyak buat silap. I terpengaruh dengan budaya orang sini. I berasa berdosa you. Please Adam, tolonglah I merayu sangat-sangat. Jangan buang anak ni. Ni anak kita,” rayu Ariana Erina. Air mata jernih seumpama kristal menitis dari kolam matanya jatuh ke pipi.

Gadis itu benar-benar menyesal dangan perbuatan khilafnya itu. Dia juga manusia biasa yang akan melakukan kesilapan. Dia juga ada kehendakdan nafsu selayaknya digelar mansia. Dan sekarang dia hendak menebus kembali kesalahanya itu.

Adam mengeluh halus. “Jadi, you nak I buat apa?”

“Kita kahwin,” Ariana Erina lekas menjawab. “Kita balik Malaysia, minta persetujuan papa I dan parent you. Lepas tu kita kahwin, ya sayang?” sambungnya lagi benar-benar berhadap.

“Macam mana dengan pelajaran kita. Lepas kita kahwin nanti you nak bawa kandungan ni satu Oxford?”

“By that time we already husband and wife. Lantaklah orang nak kata apa,” jawab Ariana Erina.

Adam mengagguk-angguk bersetuju dengan cadangan itu. Tiada lagi perasaan ragu-ragu. Dia akan buat apa sahaja demi cinta hatinya itu. Demi Ariana Erina!

“Tapi kita kena buat sesuatu,” kata Adam sejurus itu.

“Apa?” berkerut dahi Ariana Erina. Tangisanya sudah mula reda.

“Abigaile,” sebaris nama itu disebut Adam. “Dia akan syak sesuatu pasal ni selepas kita kahwin nanti. Dia akan tahu pasal kandungan tu,”

“Biar I yang selesaikan,” nadanya kedengaran yakin. 

Previous: BAB 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.