Home Novel Thriller/Aksi PSIKOPAT
PSIKOPAT
#mystrill
21/11/2019 21:07:12
32,874
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 2
ASMAWI HOLDINGS, KUALA LUMPUR

Dato’ Shahzul Asmawi, Pengerusi Syarikat Asmawi Holdings dan merupakan syarikat terbesar di negara ini. Dia merupakan tokoh koporat yang sangat berpengaruh. Perniagaannya meluas hampir menjankaui seluruh Asia termasuk Jepun. Selalu berulang-alik negara matahari terbenam itu. Berurus niaga bersama Shimoto Shimizu, salah seorang antara tokoh perniagaan terkenal di negara Jepun.

  Jesteru, akibat terkanan kerja dan saham yang acapkali turun naik di bursa saham yang mampu memberi impak pada syarikat, sedikit sebanyak menganggu kesihatan dirinya. Doktor menasihati agar lelaki itu banyakkan berehat. Menyerahkan tugas pejabat kepada orang lain buat sementara waktu dan mengambil cuti ke luar negara untuk menggurangkan stress.

  Namun bergitu, Dato’ Shahzul Asmawi tidak pernah percaya pada kredibiliti sesiapa pun. Dia tetap berkeras untuk mengendalikan syarikatnya sendiri. Isu berkenaan sakit baginya hanya sifat semetara. Sekadar menelan dua biji ubat Panadol sudah memadai. Berkenaan hal kerja dia tidak sekali-kali ambil mudah.

  Segumpal keluhan nafas yang memberat dihembus kasar. Angin pernafasannaya sahaja yang kedengaran mendesah. Terasa menghimpit dada. Dato’ Shahzul Asmawi menutup kedua kelopak matanya rapat. Cuba menenangkan fikiran. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan melalui mulut.

  Selanjur lelaki itu bingkas berdiri dari kerusi pejabatnya sebelum bergerak ke arah tingkap panjang yang mengunjur dari atas ke bawah. Padangannya dilemparkan ke arah menara berkembar patronas. Menara yang pernah menjadi bengunan tertinggi di dunia sebelum diatasi Burj Khalifa dan Taipei 101. Pencakar langit yang menjadi kebanggaan warga negara Malaysia.

  Nun di hujung padangan, kelihatan banyak kereta bergerak bersimpang-siur. Menukar haluan sesuka hati. Bunyi membingit di sana sini. Namun, Minda lelaki itu terawang-awang entah ke mana-mana merentasi relung masa yang mustahil untuk digapai.

  Interkom berbunyi, suara lunak pembantu peribadi Dato’ Shahzul Asmawi membawanya kembali ke alam realiti.

  “Dato, ada orang nak jumpa dato,” ujar Adilah.

  Lantas Dato Shahzul Asmawi bergerak ke meja pejabat sebelum menekan butang di interkom itu.

  “Siapa?” Soalnya.

  “Dato’ Mustafa,” jawab Adilah lembut.

  “Baiklah, benarkan dia masuk,” Dato’ Shahzul Asmawi memberi keizinan.

  Dia kembali duduk di kerusinya. Tidak lama kemudian, Dato Mustafa memasuki bilik pejabatnya yang besar itu.

  “Duduklah dato,” pelawa Dato Shahzul Asmawi sambil mengisyaratkan ke arah sebuah kerusi di hadapanya.

  Lelaki bergelar dato itu sedikit tergesa-gesa menghampiri sebelum melabuhkan punggunya di kerusi bertentangan dengan Dato’ Shahzul Asmawi. Sempat Dato’ Mustafa membetul-betulkan kot hitam yang dipakainya.  
  “Apa khabar dato? Ada apa yang saya boleh bantu dato pagi ni?” Dua soalan sekali gus dikemukakan.

  “Ya memang ada,” jawabnya.

  “Nak bincangkan berkenaan projek antara syarikat kita ke? Jadual saya hari ini tak berapa padat sangat. Jadi, kita ada banyak masa untuk berbincang. Oh ya... kopi? Teh? Pembantu saya pandai buat kopi. Saya minta Adilah buatkan,” dia mempelawa.

  “No thanks,” Dato’ Mustafa menolak dengan baik pelawaan itu. “Ini bukan berkenaan projek kita,” katanya seketika kemudian.

  Dato’ Shahzul Aswami terkelu dengan kenyataa yang baru keluar dari mulut lelaki itu.

 “Then, what this all about?” lekas Dato’ Shahzul Asmawi bertanya lanjut.

  “Aku tak selamat sekarang dato,” kenyataannya tidak dinyatakan secara menyeluruh. Nada percakapannya terketar-ketar.

  “Maksud dato,” berkerut dahi Dato’ Shahzul Asmawi, bingung.

  Dato’ Mustafa merapatkan dirinya ke meja pejabat. Seolah-olah ada perkara besar yang hendak dinyatakan kepada lelaki itu.

  “Saya nak pinjam duit dari syarikat dato,” tujuan awal kedatangannya ke sini dinyatakan.

  “Jadi dato datang ke sini semata-mata nak buat pinjaman dari syarikat saya?” Dato’ Shahzul Asmawi inginkan kepastian.

  “Yes,” balasnya ringkas seraya menganggukan kepala sekali. Bersunguh-sungguh.

  “Dato berhutang?”

  “Dan saya perlukan pinjaman dari syarikat ni, ya!” ujarnya. Dia benar-benar terdesak.

  Kenyataan terakhir itu membuatkan Dato’ Shahzul Asmawi tertawa. Dia benar-benar tidak menyangka seorang lelaki bergelar dato ingin membuat pinjam dari syarikatnya.

 “Dato, apa syarikat dato tak ada duit? Datang ke sini semata-mata nak buat pinjaman daripada saya?” Dia kembali serius.

  “I know this is  stupid but...” kata-katanya terhenti di situ.

  “Apa syarikat dato nak jatuh muflis?” Dato’ Shahzul Asmawi mencelah sekali gus membuat andian, kedengaran sinis percakapannya.

  “Dengar dulu Dato...”

 “Saya tak boleh terimalah kalau rakan bisnes saya berhutang.” Dato’ Shahzul Asmawi mencelah lagi. “Sejujurnya saya memang tak nak ada kaitan langsung dengan penghutang apatah lagi berurusan dengan orang macam ni,” Kedua-dua belah tangannya disatukan dan diletakkan di atas meja di hadapannya.

 Dato’ Mustafa langsung terdiam. Lidahnya seperti dikerat. Kelu hendak berkata-kata.

“Maaf dato... dato sebenarnya datang ke tempat yang salah. Mulai saat ini, saya setegas-tegasnya menyatakan yang saya tidak akan berurusan lagi dengan dato dan kalau ada apa-apa perjanjanjian antara kita saya akan batalkan segera,” Dato’ Shahzul Asmawi membuat keputusan muktamad.

  “Dato, saya minta tolong sangat,” dia merayu.

  “Here my advice, buat laporan polis. Minta kawalan pihak polis 24 jam sehingga dato selesaikan masalah ni,” Dato’ Shahzul Asmawi mencadangkan.

  “No! Pihak polis akan soal macam-macam,”
 
  “Dato ada buat salah ke?” Dia memerli.

  Dato’ Mustafa terdiam agak lama. Terasa satu tamparan keras singah di pipinya. Sakit dan pedih.

  “Thanks for your advice. And for you time. I wish I could see you again,” dia bingkas berdiri, lalu berlangkah ke arah pintu pejabat.

  Hanya beberapa langkah sebelum dia tiba di pintu, Dato Mustafa berkalih ke arah Dato’ Shahzul Asmawi. Bekas rakan kongsinya.

  “Hati-hati dato. Mungkin nasib kita sama,” ujarnya sebelum beredar. Meninggalkan seribu satu persoalan dan mesej tersirat itu.

  Dato’ Shahzul Asmawi tercatuk di situ. Hembusan nafas halus dihembus keluar. Lantas, dia menarik laci meja pejabatnya. Mengeluarkan botol bersaiz kecil. Dua biji pil diletakan di atas telapak tangan sebelum menelan keduanya sekali gus. Jag besar berisi air masak dituang ke dalam gelas. Diteguknya sehingga habis.

  Dia memicit-micit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut di pelipis kepala. Terasa menyakitkan urat kepala. Padangannya terasa sedikit berbinar-binar. Kepenatan dan tekanan kerja beransur mengendur. Namun tidak lama selepas itu, rasa pening itu mula berasur-ansur hilang kesan dari pil yang ditelannya sebentar tadi.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.