Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
37,546
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

PROLOG

 

“CIK! Tunggu aku, cik! Jangan tinggalkan aku!”

Dia boleh sahaja memekakkan telinganya dan berlari pergimeninggalkan segala kekalutan yang tercetus di situ tapi entah mengapa diamenghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Dia memandang lurus ke arahlelaki bongkok yang terhinggut-hinggut cuba mengejar langkahnya. Walaupunlelaki cacat itulah yang telah banyak menolongnya selama ini tapi dia masihjijik memandang wajahnya yang hodoh.

“Lembaplah kau ni! Kau nak kita mati rentung ke? Sekarangkau bagitahu aku, lorong mana yang betul, ni? Mana jalan keluar???” Dia memekiksekuat-kuat hatinya ke arah Si Bongkok.

Di atas sana, situasi huru-hara. Api makin menggila. Marakmemamah apa sahaja yang menghalang laluannya. Sedangkan di sini, di lorong bawahtanah ini, dia dan Si Bongkok yang cuba lari daripada kebakaran itu pulaterperangkap dalam laluan berselirat yang mengelirukan. Celaka!

Tiba-tiba...

Bammm!!!

Dia terdengar satu bunyi letupan yang kuat di atas sana.Mungkin tong gas di dapur sudah meletup dimamah api. Lorong bawah tanah ituturut bergegar membuatkan dia dan Si Bongkok terhoyong-hayang. Ianya tak ubahseperti satu gempa bumi.

Kemudian, apa yang dibimbangkannya menjadi kenyataan.Hidungnya mula tersedut asap.

Dia menerpa ke arah Si Bongkok.

“Mana jalan keluar? Mana? Cakap cepat. Hoi, cakaplah! Akutak nak mati hangus dalam rumah ni!” jerkahnya sambil menggugat bahu SiBongkok.

Dia langsung tidak bersedia menghadapi situasiseterusnya. Tanpa dia duga, Si Bongkok menusukkan jarum suntikan ke lengankanannya. Cecair jernih yang disuntik ke venanya itu memberi kesan hampirserta-merta. Tangan kanannya mula terasa kebas. Kemudian, rasa kebas itumenjalar ke seluruh tubuhnya bermula daripada bahagian sebelah kanan.

Terbelalak matanya merenung Si Bongkok.

“Hey, apa yang kau buat pada aku, hah?” Dia menyergah.

Si Bongkok tidak menjawab. Dia hanya memandang lurus kearah perempuan yang semakin lemah di depannya.

“Bongkok...” Dia bersuara lemah sebelum jatuh terjelepokke lantai.

Seluruh tubuhnya longlai. Dia langsung tidak dapatmenggerakkan jari-jemarinya. Dia hanya terbaring di situ, mungkin menunggu mautbersama Si Bongkok yang tanpa diduga telah mengkhianatinya.

Segala penat lelahnya selama ini sia-sia sahaja. Ye,sia-sia! Dia akan mati berkubur di bawah rumah agam itu. Air matanya meleleh.

Inilah kesudahannya. Aku akan menurut jejak Puan Chempakadengan berkubur di rumah ini, bisik hatinya. Seterusnya aku akan menjadipenunggu di sini!

Tiba-tiba berlaku satu perkara yang sangat mengejutkan. Lelakiyang disangka cacat serta lemah itu telah menaikkan dia ke belakangnya. Kemudian,Si Bongkok terhinggut-hinggut meninggalkan tempat itu dengan memikul dia dibelakangnya...

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.