Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
36,817
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6
Bab 6


 

DIA menanggalkan pakaiannya satu persatu lalu berdiritegak di depan cermin. Dia merenung tubuhnya yang elok terbentuk itu denganpenuh kekaguman. Suatu ketika dulu, tubuh itulah yang paling dibencinya.

Dia dijadikan bahan gelak ketawa oleh orang-orang disekelilingnya hanya kerana memiliki tubuh yang gemuk, dipenuhi lapisan lemakyang berbonggol-bonggol. Walaupun dia telah cuba berdiet namun usahanya tetapmenemui kegagalan.

Tetapi kini, 10 tahun kemudian... dia boleh tersenyum banggakerana memiliki tubuh secantik itu.

Kreekkk...

Bunyi seolah-olah daun pintu sedang ditolak orang itumembuatkan dia terkejut. Segera dicapainya tuala biru yang tersangkut pada reluntuk menutup bahagian depan badannya yang terdedah. Dia kemudiannya menoleh kearah pintu bilik yang memang sengaja dibiarkan terbuka sedikit.

Dia tidak nampak kelibat sesiapapun di luar sana. Argh,apa yang nak ditakutkan? Rumah agam itu hanya dihuni oleh dua orang manusiasaja iaitu dia dan Si Bongkok.

Dia tidak perlu takut pada Si Bongkok. Mungkin lelakicacat itu kini sedang sibuk di dapur untuk menyiapkan hidangan makan malammereka.

Dia merapikan ikatan tuala di badannya. Kemudian,mengadap cermin semula, menatap sekujur wajah dan tubuhnya yang cantik tanpasedikitpun rasa bosan. Seolah-olah itu adalah miliknya yang hakiki. Dia terlupabahawa setiap inci kulit yang melekap pada badannya, serta setiap organ yangberdegup dan  setiap helai bulu yangtumbuh pada tubuhnya itu bukanlah miliknya yang hakiki sebaliknya hanyalahpinjaman semata-mata. Ye, dia terlupa itu!

Sementara itu, matanya terus menatap cermin. Satu persatuwajah mereka yang pernah menyakiti hatinya tiba-tiba muncul di dada cermin itu.Mereka seolah-olah tersenyum mengejek ke arahnya. Walaupun telah bertahun-tahuntidak bertemu dengan mereka tapi masakan mungkin dia melupakan setiap wajahitu. Walau seribu tahun sekalipun wajah kamu... kamu dan kamu, tak akan kulupa.Hatinya membisikkan dendam yang maha hebat.

Dia melekapkan tangan kanannya ke dada.

Dup dap!Dup dap! Dup dap!

Jantungnya berdegup kencang. Pelbagai rasa seolah-olahsedang bergolak dalam dadanya ketika itu. Ia seperti sebuah gunung berapi pendamyang menunggu masa sahaja untuk memuntahkan laharnya. Rasa marah, dendam,sedih, pilu... terhina! Dan, di antaranya terselit juga secebis rasa rindu.

Ye, kesemua rasa itu sedang bergelut hebat di dalamdirinya!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.