Home Novel Thriller/Aksi PENJARA MATI
PENJARA MATI
Riduan Judin
12/1/2014 13:52:37
66,474
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1

Taman Suria, KLCC

MALIK hanya berdiri di kejauhan. Menara berkembar yang tersergam indah tidak berjaya menawan hatinya. Dia melihat suasana di perkarangan Taman Suria itu dipenuhi manusia yang pelbagai warna rambut dan kulit. Ini menandakan, negara Malaysia begitu disukai pelancong. Wajahnya seperti semalam, langsung tiada tanda-tanda yang dia akan hidup gembira selepas itu. Matanya yang diselindungkan di sebalik kaca mata hitam berjenama tidak berkedip.

Dia begitu asyik memandang ke arah seorang wanita yang tersenyum manis bersama seorang rakannya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin hidup seperti mereka. Gembira, malah jauh daripada segala kemurungan yang melampau. Dia terus mengamati wanita itu, kelihatan anggun menawan.

Intan terhenti ketawa apabila perasan mengenai lelaki di depan mereka yang mengenakan kaca mata hitam. Dia percaya, lelaki itu pasti sedang melihat gelagat dirinya bersama Maya, kawan karibnya dari bangku sekolah lagi. Dia segera menghentikan tawa. Dia mula takut.

“Maya, kau perasan tak dengan sorang mamat di depan yang pakai kaca mata hitam. Aku rimaslah.” Intan mengomel.

“Lelaki di Kuala Lumpur ni kau nak hairan apa, Intan.” Maya menjawab selamba.

“Aku takutlah, macam pandang kita semacam aje.” Intan mendekatkan bahunya ke bahu Maya.

“Alah, biasalah lelaki. Tengah cuci matalah tu.” Maya berpura-pura melihat ke depan sebelah kanan. Hujung matanya diarahkan kepada lelaki itu. ‘Sah, lelaki itu memang sengaja cuci mata.’ Hatinya bermonolog. Mereka berdua pantas meninggalkan tempat itu.

Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor

INSPEKTOR ROZMAN meneliti setiap penjuru bilik hotel itu. Kehadirannya bersama beberapa orang pakar forensik di situ atas dasar penyiasatan jenayah itu. Dalam kes pembunuhan itu, ia membabitkan pihak hotel dan beberapa individu di bilik sebelah sebagai kaedah untuk mencari maklumat.

“Tiada apa-apa yang ditinggalkan oleh pembunuh, tuan.” Laporan orang bawahan Rozman teramat mendukacitakan. Wajahnya masam mencuka. Dia kelihatan agak serius. ‘Mustahil pembunuh itu tidak meninggalkan kesan.’ Hatinya berkata-kata.’

Matanya difokuskan pada satu benda yang agak terselindung di sebalik permaidani berwarna keemasan itu. Inspektor Rozman pantas menuju ke arah itu dan mencapai sesuatu. Dia tersenyum sinis. Hatinya dilanda pelbagai persoalan.

“Subang emas.” Manan agak terperanjat. Orang bawahan Inspektor Rozman itu kelihatan terkial-kial kerana tidak menjumpai apa-apa semasa memeriksa tempat itu tadi.

“Adakah ini milik pembunuh itu?” Inspektor Rozman yang bersarung tangan putih mendekatkan subang itu ke matanya.

“Mungkin juga, Tuan.” Ujar Manan. Beberapa orang unit forensik kelihatan khusyuk menjalankan tugas masing-masing.

“Kita ke lobi, ambil semua rakaman CCTV dan jalankan siasatan di bilik gerakan kita.” Inspektor Rozman mengeluarkan arahan. Setakat ini, dia tidak mempunyai sebarang bukti kukuh melainkan sebelah subang emas yang dijumpainya. Ini termasuk dalam kes berat. Ada pembunuhan tetapi tiada bukti yang ditinggalkan.

“Mustahil ini kerja hantu!” Inspektor Rozman segera beredar dari situ. Pagi ini, dia gagal mencari tanda untuk menyelesaikan kes tersebut. Dia harus bekerja lebih keras.

Bilik yang disewa oleh Datuk Haris segera ditinggalkan. Maka, proses membersihkan bilik itu akan dijalankan bagi mengelakkan bau hanyir darah yang mewarnai permaidani lantai. Manan segera ke lobi untuk mendapatkan rakaman CCTV, manakala Inspektor Rozman segera ke luar hotel untuk menghirup udara yang lebih baik daripada udara di dalam hotel itu yang dirasakannya umpama bau darah yang meloyakan.

INTAN menyelongkar beg tangannya. Purse yang dihadiahkan oleh ayahnya tidak terdapat di beg tersebut. Mungkin tercicir. Dia teraba-raba dalam kalut. Jiwanya berkecamuk. Dia mengeluh berulang kali. Baju yang sudah berada di tangannya dibelek berulang kali.

“Kau gunalah duit aku dulu, Intan. Tapi, jangan lupa bayar tauAku tengah kering ni.” Maya berseloroh.

“Keringlah sangat. Habis yang ayah kau bagi duit ribu-ribu setiap bulan tu apa?” Intan mencubit-cubit pinggang Maya. Mereka sama-sama ketawa. Mereka segera beredar dari situ.

“Maaf, rasanya purse ini milik kalian.” Suara seorang lelaki kedengaran dari arah belakang. Intan dan Maya segera menoleh. Mereka terperanjat bukan kepalang. Lelaki yang berdiri di depan mereka semasa di Taman Suria mengunjukkan purse berwarna kelabu. Mereka berdua tergamam tanpa kata. Intan segera mengambilnya.

“Terima kasih.” Ujar Intan. Malik hanya mengangguk lemah kemudian berpaling dan beredar dari situ. Mereka berdua hanya kaku membisu tanpa sempat berbuat apa-apa. Mereka berdua rasa terpukul dengan prasangka buruk. Selepas itu, mereka berdua segera

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.