Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
30,519
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

ANNA  POV


     KOTAK tersebut jauh aku campakkan.Aku benar- benar tak tahu , siapa punya kerja ! Apa yang dia mahukan dari aku ? Apa maksud pemberiannya itu ? 


      Bersemadilah engkau dalam tong pelupusan sampah itu ! Aku memakai hud aku .Aku kini berada di tengah- tengah  lorong gelap lagi sunyi.Hanya di temani tiang - tiang kaku neon membarisi sepanjang lorong di belakang kondo penginapanku .Hanya kadang - kala kedengaran deru enjin kenderaan yang kemungkinan sedang berlumba.


      Setapak aku melangkah , setapak juga ' Dia' mengekori.Aku tahu aku sedang di ekori , tapi aku tak tahu siapa! 


      Deringan iphone dari dalam saku sweater ku , benar- benar memeranjatkan aku ! Akibat terlalu kelam- kabut ianya terjatuh ke aspal jalan yang agak basah .Hujan ke ? 


       Dari ekor mataku , kelihatan ada bayangan seseorang di belakang ku kini.Berpandukan biasan cahaya neon atas aspal. Iphone aku kutip lalu di bawakan ke telingaku.


       " Hello ! Kau kat mana wei ? Jenuh aku ketuk pintu ni ! " 


       " Shila ! Shi...la ! " 


       " Weh ! Kau dah kenapa ?." 


      " Aku kat belakang ni ! Kejap ! Aku rasa ....Aku sedang di ekori ! " ujarku perlahan sekali ." Apa ? Siapa wei ! Risaunya aku ! Aku pergi sekarang " 


       " Jangan ! Bahaya ! Kau tunggu saja aku ! Aku tahu macamana nak buat ! " Tanpa menunggu balasan Shila, aku terus menyimpan Iphone ke poket sweater kembali.


      " Aku tak tahu kau siapa ? Apa mahu kau ? Tapi , aku takde salah atau berhutang apa- apa pun dengan kau ! Jadi lebih baik kau pergi dari sini ! " 


       Berani tak berani , aku tetap bersuara juga kini.


        1 minit


         2minit 


          3 minit 


          Tetap sunyi tiada sebarang jawapan dari si dia. Tetapi aku tetap berhati- hati kerana aku yakin sudah tentu di tangannya bersenjata.


         " Kau siapa hah ? Apa kau mahu dari aku ? Aku kenal kau ke ?" Jawablah ! Aku makin dikuasai amarah . Adrenalin ku kian meluncur hebat di temani sang peluh .Drastik penumbukku tergenggam erat kini.


PEMBURU MALAM  POV


    SENYUMAN sinis ku kian melebarkan . Macamana sayang ?.Apa perasaan kau terima hadiah istimewa dari aku ? 


     Teruja ? 

       

     Terkejut ? 


     Atau kau takut ? Kau takut ' hadiah ' istimewa aku itu ?. Bukankah itu yang kau titipkan dalam karya kau ? Kau juga sukakan aksi- aksi penyeksaan itu ? 

      

     Tak mungkin kau boleh takut ! Kau lah pembunuh itu ! Kau yang mencipta kami semua ! Para penyeksa ! 


ANNA  POV


     AKU tarik nafas sedalam- dalamnya sebelum aku memutarkan kepalaku untuk berpusing ke belakang .Mata tetap aku pejamkan.Aku pasrah jika aku sedang berdepan dengan MAUT ! 


    MAUT ? Bukankah perkataan itu yang selalu aku abadikan dalam setiap karya aku ? Dan sekarang adakah ia telah menjadi de javu buat aku ? Atau telah menjadi karma aku ?.


    Perlahan- lahan aku cuba bukakan kelopak mata yang sengaja aku tutupkan tadi .Peluh semakin bertindak agresif kini.Berbahang walaupun aku kini sedang berembun.Aku tahu malam kian lewat sekarang ini ! 


     Luas ! Tapi kosong ! Gelap ! Sunyi ! Hanya deretan tiang neon dan timbunan kotak di tepi dinding kedai sebelah .Aku tarik nafas lega.Aku harus cepat beredar dari lorong gelap itu ! 

      


SHILA   POV


      AKU risau ! Tersangat risau akan keadaan sahabat aku itu .Aku tahu kau seorang yang berani malahan skeptikal pada sesuatu perkara itu.Namun, adakalanya keberanian kau menggamit kehadiran bahaya.


      " Angkatlah pon ! " 


      " Dah pukul berapa ni ?" 


     " Angkatlah ....! " 


      Aku betul- betul tidak sedap hati kini.Telefon pintar aku campak dalam tas tanganku .Lalu aku berpusing dan melangkah laju di lorong tersebut .Sunyi kini.Semua orang sedang lena .Pintu lift kini terbuka tanpa pamitan aku laju berlari dan terus masuk ke dalamnya.


       " Ya Allah ! Kau lindungilah sahabat aku itu " Aku berdoa dalam resah yang memuncak.Peluh di dahi aku lap rakus dengan hujung shawl.


       14

       13

       12

       11

       10

       9

       8

       7

       6

       5

       4

       3

       2

       1

         

        TING ! G ! Dan pintu pun terbuka luas.Di sambut dengan kesunyian kawasan parkir tersebut .Remote aku tekan .


        Bunyi itu terus mengarahkan langkah kakiku, menuju ke selatan parkir.Kereta comelku telah pun kelihatan , aku terus berlari.


ANNA  POV


      AKU menapak seperti biasa.Menguap juga dah berkali sehingga berair mataku yang berkacamata ini .Tangan aku peluk tubuh , menahan kesejukkan.Teringat kembali aku semasa belajar di United Kingdom, waktu itu musim salju .Keketaran yang aku alami tersangatlah hebat .Pundi kencing juga aktif sahaja. Sejuk kan ? 


       Pinn! Pinn ! 


       ' Siapa pula tu ? ' monolog aku seraya berpaling .


        " Wei ! Kau ok ? " Soal Shila , rakanku dari dalam kereta." Masuk cepat ! Aku cuak ar....Tu aku cari kau jugakk ....Kau ke mana ? " Shila tanpa berikan aku peluang untuk bernafas terus menerkamku dengan soalan ! 


       " Kejap " kataku sambil tangan di tegakkan .Aku tarik dan hembus nafas semahunya .Shila terngadah , akui silapnya kerana terlampau cuak .


       " Tadi aku ada terima kiriman barang " 


       " Wah ! Dari siapa ? Takkan Ejoi ?." 


        " Tiada kad atau surat !" 


        " Pengirim misteri ? " 


        " Ya lebih kurang begitulah .." 


         " Ada apa dalam kotak tu wei ? " Stereng kini di belokkan ke kanan menuju ke bangunan hadapan kondo .


         " Pengirim itu seolah - olah beri aku satu amaran " 


         " Apa maksud kau ? Apa benda tu ? Apa barang yang kau dapat ? Lain macam je bunyinya ..." 


          Aku diam seketika...


           Shila pula masih dilanda teka- teki...


SHILA   POV 


   

       ANNA menapak masuk ke kamar kondonya laju sekali .Aku pula kena kunci pintu .Apa barang tu ? Kenapa teruk sangat nak bagitahu aku ? 


       Mataku meliar .Dan ternyata ada kertas pembalut yang telah koyak dan beberapa helai suratkhabar yang di bulatkan.Tapi mana kotak tu ? 


       " Anna , baik kau bagitahu aku ! Apa yang kau dapat ? " Aku terusan mendesak supaya gadis jelita itu berterus - terang .Namun,  Anna tetap berbuat tidak tahu saja ! Malahan dia kini menghadap laptopnya.


         Apa yang aku dapat lihat .Makin tinggi susunan novel- novel Thriller dari pelbagai penulis dalam dan luar negara.


         Apa yang seronok sangat thriller tu pun ...Aku tak tahu.


         Mangsa ! 


          Pemangsa ! 


          Senjata ! 


           Darah ! 

  

           Raungan ! 


        Tak lupa juga tangisan para mangsa yang semakin menghampiri alam kubur .Tiap kali baca ,tiap kali itu jugalah jantung berdegup laju .


         Suspen ! 


         " Shila , kau kalau ngantuk tidur je sini ! Dah lewat pun ! Pukul 4 pagi dah..." ujar Anna kemudian menghadap kembali skrin laptop.


          ........dan kotak itu pun di buka oleh Rya .Rasa terujanya kini berganti .


          " Argh...!" Jeritan memecah kesunyian kamar itu.Rya terdorong ke belakang , kotak itu pula tercampak jauh .


ANNA  POV


     " ARGH..!" Jeritan memecah kesunyian kamar itu.Rya terdorong ke belakang , kotak itu pula tercampak.jauh...." Aku membaca lagi sekali apa yang telah aku taipkan di skrin laptop dengan penuh fokus.


        Aku bagaikan terasa episod karya aku kali ini seakan sama dengan apa yang aku hadapi kini.Entahlah , mungkinkah ia hanya satu kebetulan ? 


       Aku meneguk kembali cangkir .Kopi ku sudah habis rupanya.Leher yang lenguh aku pusing- pusingkan seketika.Aku berpaling lalu tersenyum.


       Shila dah lena rupanya di atas sofa .Dengan tudung masih di kepala.Aku entahlah , tak tahu bila nak berhijab .....


        Aku bangun lalu menapak ke bilik.Selimut aku ambil dan menapak keluar .Menghayunkan langkah kaki ke arah sofa panjang , selimut aku hamparkan pada tubuh yang mengerekot itu.


        Aku pula masih belum mengantuk lagi. Aku mengarahkan pula kaki ke arah dapur .Mahu bikin kopi lagi .


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.