Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
40,608
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 3

LINTAH. Dari mana makhluk itu muncul?Macam mana makhluk itu membiak di dalam perut Hani? Mustahil doktor tidak dapatmelihat makhluk itu ketika pemeriksaan dilakukan.

            “Takpayah nak peningkan kepala fikir pasal lintah tu. Aku rasa dia kena masa aktiviti camping kita. Lintah tu masuk dalam badan dia.” Julia membukamulut.

            “Esh,tak mungkinlah.”

            “Pandai pulak makhluk tu pilih mangsa. Aku teringat filem tajuk Beranak Dalam Kubur.Tapi kes Hani ni beranak lintah. Sesuai kalau buat filem dari kisah benar ni.Pasti meletup.”

            KematianHani bukan bahan untuk Julia berjenaka.

“Aku tak percayalahHani kena masa pergi camping hari tu.Dalam air terjun mana ada lintah. Kalau ada masakan Hani seorang saja yang kenasedangkan ramai ahli kumpulan yang bermandi-manda dalam air terjun tu. Aku punada sekali. Tiada sesiapa yang jumpa lintah di tempat perkhemahan mereka. Kalaupacat mungkinlah kut. Tak logik dekakal.” Sephia mengerling ke arah Julia. Mulut Julia ada masanya lancang tidakbertempat. Dia tahu yang Julia tidak sukakan Hani.

            Juliasudah lama memusuhi Hani, sepupunya itu. Entah-entah Julia yang buat Hani. Astagfirullahalazim…tidak baik dia berfikir begitu pada Julia.

            “Kaupun agak-agaklah Julia. Kalau Hani kena, kami ni pun kena sekali tau.” MarahZila. Satu kolej kecoh pasal kematian Hani. Ada yang menyampaikan cerita buruktentang arwah. Salah seorangnya Julia. Hanya kerana seorang lelaki sampaibegitu sekali Julia bencikan Hani.

            “Habis?Macam mana Hani boleh beranakkan lintah? Geli aku.” Julia memeluk tubuh. Kalaudia berada di tempat kejadian memang awal-awal dia jatuh pengsan.

            “Masascan tu memang tak nampak apa-apa.Doktor cakap okay je. Tapi makin lama perut Hani membusung macam orangmengandung. Uncle aku sampai naktembak anak dia sebab fikirkan Hani mengandung. Setahu aku Hani tak pernah ‘buat’benda tak baik dengan boyfriend diatermasuklah yang ringan-ringan.” cerita Sephia. Pasangan kekasih itu masihmenjaga batas pergaulan.

            “Pelik?”Tandan dahi Zila berkerut.

            “Aku suruh uncle aku berubat caratradisional tapi dia tak nak. Dia cakap cara tradisional ni ketinggalan zaman dan tak boleh dipercayai sangat. Aku bukan nak uncle aku jumpa bomoh tapi ustaz-ustaz yang tahu tentang benda ni. Akusyak sepupu aku tu kena buatan orang.” Sephia rasa kecewa kerana tidak berdayauntuk membantu sepupunya itu.

            “Kejamlah sapa yang buat arwah sepupu kau tu.”

            “Aku tak boleh nak maafkan orang yang buat sepupu aku sampai meninggal. Auntie aku jadi sasau. Kau pun tahu Hanisatu-satunya anak perempuan dia. Anak tunggal!” Suara Sephia penuh emosi.

            “Akupeliklah, kalau tak puas hati jumpa berdepan bukan buat cara halus beginisampai nyawa yang tak berdosa jadi taruhan.” Desis Zila. Inilah sikap yang adapada manusia. Orang cakap, tak dapat cara kasar, guna cara halus.

            Juliatidak lagi menyampuk. Dia tidak percaya dengan ilmu-ilmu hitam itu. Mengarutbaginya. Macam mana orang itu boleh hantar lintah ke dalam perut Hani? Masakandengan tiup saja lintah sudah berada dalam perut. Tidak logik langsung.

            “Carahalus ni lagi bahaya dari ‘keyboard warrior’dalam dunia internet tu.” Sephia menongkat dagu. Dia menyindir Julia. Juliamencebik.

            “Akupun nak buat scan di klinik nanti.Takut jugak kalau aku pun mengandungkan anak lintah.” Julia bingkas bangunmemaut buku-bukunya. Hujung bibirnya melirik senyuman sinis.

            “Bendamacam tu kalau kau scan seratus kalipun doktor takkan nampak.”  Sephia tidakmenyenangi kata-kata Julia itu.

            “Ouch,iya ke?” Julia ketawa kecil seakan mempersendakan kata-kata Sephia.

            “Akutak minta kau percaya. Tapi, kau berhati-hatilah. Manalah tahu lepas inigiliran kau pula.”     Sephia sekadarmemberikan amaran.

            “Akutak takut!”

            Juliamenjongket kening lalu beredar meninggalkan Sephia dan Zila. Elok sangatlahHani tu mati. Puas hatinya. Syahrul sudah tentu melalak atas kematian perempuanitu. Julia tersenyum sendiri. Tidak salah dia mengambil peluang yang ada. Hanisudah tiada. Dia tidak digelar perampas kekasih orang. Julia perlu menunggukeadaan reda sebelum bertemu dengan lelaki itu. Pandailah dia berlakon denganSyahrul nanti.

            Sephiamemerhati saja lengggok Julia dengan ekor mata. Julia cantik tapi hatinya tidak secantik wajah yang dimiliki. Bagaimanalahmereka boleh bersahabat baik dengan jenis seperti Julia itu? Hani tidak pernahmenganggap Julia sebagai musuh. Sephia cukup kenal dengan perilaku arwahsepupunya itu.

            “Sephia…”Seorang lelaki muncul di depan mereka.

            Sephiamengukir senyum nipis. Lelaki itu mengambil alih tempat Julia.

            “Takziah.”ucapnya pendek.

            “Zarin,aku rasa kau tahu apa yang terjadi pada sepupu aku tu?”

            Lelakiyang bernama Zarin itu menganggukkan kepalanya.

            “TakziahPhia. Maaf aku tak dapat nak pergi pengebumian Hani. Hani sakit apa?”

            “Santau.”Sephia membalas ringkas.

            BibirZarin terkatup rapat.

           

           

SEPASANG mata memerhatikan langkahJulia. Julia mempercepatkan langkahnya sebaik melihat kelibat Syahrul. Diamenyaingi langkah lelaki itu. Syahrul merupakan ‘top student’ di kolejtersebut.

            Syahrulduduk kafeteria. Julia turut duduk bertentang mata dengan lelaki itu. Dia tahuSyahrul bersedih dengan kematian Hani. Orang sudah mati pun masih hendakdikenang.

            “Syah…aku tumpang sedih.” Julia hanya berpura-pura di depan mata Syahrul.

            “Akutak boleh terima semua ni. Siapa yang sanggup buat Hani sampai mati.”

            “Kaupercaya ke ilmu santau ni?”

            Syahrulpun terjebak macam Sephia. Kalau Sephia tu, tidaklah dia hairan sangat. Sephiaberkawan baik dengan Zarin yang suka menkaji benda-benda mengarut tu.

            “Kautak percaya itu hal kau. Aku tahu Hani dibuat orang.” Syahrul menggigit ulasbibir. Dia masih mencari orang yang bermuduh dengan Hani. Anak matanya melirikpada wajah cantik Julia.

            “Kautenung aku macam itu macam aku pula yang buat Hani sampai mati.” Desis Julia.

            “Akutak cakap apa-apa pun.”

            “Gayarenungan mata kau tu aku dah boleh baca. Mulut aku mungkin jahat tapi aku bukanjenis nak santau orang ke? Nak hantar saka ke? Pleaselah…” Kata-kata Syahrul itu menjengkelkan hati Julia.

            “Tapikau memang tak suka Hani. Aku tahulah kau ada perasaan suka pada aku.”

            Juliatersentak.

            “Salahkahaku ada perasaan pada kau?”

            WajahJulia dipandang lama. Syahrul bingkas bangun menggalas begnya.

            “Kauhanya bermimpi di siang hari.” Ujarnya.

            Kata-kataSyahrul meremukkan hati Julia. Julia meramas-ramas jari-jemarinya. Syahrulmemang buta.  

            ‘Akutakkan berhenti separuh jalan. Aku akan pastikan kau jadi milik aku, Syah.’Hatinya berbisik.

 

 

“HE…HE…HE… aku tak sangka ilmu aku hebatmacam ni” Rasa teruja semakin mencanak naik. Syaitan turut melonjak seronokmelihat manusia yang berjaya ditakluki hatinya. Dia menarik keluar seekorlintah keluar dari balang kaca itu.

            “Akuakan berikan kau makanan yang lebih lazat.”

            Diatidak berasa puas. Dia semakin taksub dengan ilmunya itu. Satu kematian tidakmencukupi.

            “Lepasini giliran kau.” Matanya melirik foto di tangan. Wajah gadis di dalam foto ituadalah Julia.

            Lintah-lintahitu muncul di atas tilam milik Julia. Julia kelihatan sedang lena tidur dibuaimimpi. Lintah-lintah hinggap ke kaki Julia lalu menyerap masuk melalui telapakkaki gadis itu. Julia yang pulas tidur bagaikan tidak berasa apa-apa.

            “Julia…Julia…”

            Suararakan sebiliknya mengejutkan tidur Julia. Julia mengeliat.

            “Bisinglahkau!” Julia kembali rebah. Dia menarik bantal lalu dilekapkan pada wajah.

            “Julia!Bangunlah. Kau tak ada kuliahkah pagi ni?”

            “Kuliah?Gosh!” Julia menarik bantal di wajah. Dia bingkas bangun lalu turun dari katilmencapai tuala.

            Matilahjika dia lewat kuliah pagi ini. Julia menyapu pebersih muka.  Entah kenapa tubuhnya pagi ini seperti lainmacam. Julia tidak sedap badan. 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.