" ARGH! " Laungnya bingkas bangun." Astagfirullahalazim..Aku bermimpi apa ni ? ," soalnya sendirian.Titis keringat di seka.Berkali wajah di raup kasar.Semenjak dua menjak ini, Rafena seringkali di hambat mimpi dikejar seseorang yang sehingga malam ini masih tidak nampak wajahnya.Di samping itu juga, dia selalu teringatkan Rafael.Lenanya selama ini tidak seperti selalu .Seringkali terjaga ditengahmalam.
" Fena, Fena kali ini akan aku pastikan kau akan melutut menagih cintaku ," tekad Rafael tersenyum sendirian.Bungkusan kuning berisi tanah kubur dan tulang khinzir kini semakin sebati dalam tanah bawah rumah khasnya bilik Rafena.Rafael juga tidak jemu- jemu memanggil - manggil semangat gadis itu.
" Raf, kenapa aku selalu teringatkan mu ...Adakah ini di namakan cinta ?," soal Rafena yang kini berada di depan jendela yang terbuka luas.Hatinya malam ini semakin tak keruan.
Rafael memicingkan pendengarannya.Dia yakin itu suara orang .Tingkap dia bukakan selaknya lalu terlapang luas.Matanya membulat seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat itu.Rafena tersenyum manis ke arahnya.Dia yang berdiri tepi pangkin masih lagi memegang handle basikal.Adakah ilmu tok bomoh Aki menjadi ? Tak sia- sialah dia korek kubur tengah - tengah malam.
Nasib keduanya sungguh baik kerana kedua ibubapa Rafael tiada di rumah .Rafena pula tidak tahu bagaimana dia boleh terlepas.Gadis itu bagaikan dihipnotis.Dia bagaikan tak sedar.Yang dia mahu, hanyalah mahu ketemu Rafael.
Rafael perlahan- lahan mendudukkan Rafena di atas pangkin.Tiada sebarang bantahan.Sinar mata gadis itu dipenuhi sinar cinta ." Fena, tak takut ke datang rumah abang ni ? Kan dah malam ni ...Ibu tahu tak ?," soal Rafael tangannya masih menggenggam erat jemari Rafena.Ingin saja di kucupnya namun dia cuba bertahan.
" Abang , tak suka ke Fena datang ? Kalau tak suka tak apalah...Susah- susah Fena datang ..Abang pula halau " Rajuknya berbaur sebak.Tanpa dia sedari bergenang airmatanya .Entah kenapa dia cukup terasa sekali kini.Ini bukan Rafena ? Tetapi siapa ?
Makin melebar senyuman Rafael kini, dia memusingkan tubuh itu supaya menghadapnya.Jarinya menyeka tangisan yang membasahi pipi gadis idamannya itu." Bukan sayang, bukan itu maksud abang.Abang cuma risaukan keselamatan sayang .Yela sayangkan perempuan sorang pula tu , malam lagi hah .kan ke bahaya tu ," ujar Rafael .Hakikatnya hatinya cukup gembira kerana akhirnya Rafena melutut menagih cintanya.
" Alah, abang ni .Fena oklah .See, Fena ok kan.Erm...Rin...Dukan abang ...Terlalu rindukan abang..." ujar Rafena manja sekali.Ternaik juga nafsu lelaki Rafael kini.Apatah lagi berduaan begini , tempat pula sunyi.Apa kata orang ? Line clear...
" Sayang, Sayang abang pun rin....du..Abang juga terlalu rindukan sayang .Mari abang nak peluk," arah Rafael lalu menundukkan kepala Rafena supaya membenam ke dada bidangnya.Rafena memejamkan matanya.Dia sangat tenang kini." Abang, tolong jangan tinggalkan Fena ya abang ..." ujar Rafena seraya membelai pipi Rafael.Rafael menundukkan bibirnya lalu menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Rafena.
" Ye, sayang.Abang takkan tinggalkan Fena.Abang juga menyintai Fena."
Sedang Rafael ingin melangut ke langit .Tiba- tiba, matanya tertancap pada satu lembaga yang terpunduk tepi rumahnya.Berdekatan pokok di mana tertanamnya botol minyak dagu .Baru dia tersedar,malam ini dia harus memberi ' benda' itu makan.Jika tak darah Rafena sebagai galang gantinya.
Dari pemerhatian Rafael sememangnya makhluk hodoh itu dari tadi merenung Rafena." Sayang,mari abang hantar balik...Dah 4 pagi ni..."
" Alah, Fena tak mahu "
" Fena sayang, dah lewat ni "
" Sayang...Janganlah macamni ok abang janji esok , abang jumpa sayang ok "
" Janji ! ?," soal Rafena mengangkat jari kelinkingnya." Ye sayang....," Rafael terus mencubit hidung Rafena.Geram nya dia! Kemanjaan sebegitulah yang dia idamkan." Adoi ! Huk ! Huk ," keluh Rafena tersenyum manja.
" Mari sayang , kejap abang ambil motor..."
" Kau duduk sini, jangan ke mana- mana...Nanti aku balik aku bagi kau makan"
Makhluk itu seraya merenung tajam ke arah Rafael.Dia sememangnya sangat lapar .Motor terus dia tontoni ke arah Rafena yang kini atas basikal.
Setelah hampir 20 minit perjalanan, kini pasangan itu tiba ke destinasi ." Ingat tau abang, janji abang tadi ...," pinta Rafena manja." Ye sayang , Fena.Cium abang sikit ..."
Rafael tergamam .kelu lidahnya ketika ini.Tak dia sangka.Bukan setakat pipi tapi bibirnya juga sanggup Rafena kucupi.Semakin geram naluri lelaki kini.Kalau diikutkan hati , mahu saja dia cempung gadis itu naik ke rumah .Memandangkan ibubapa Rafena juga tiada.Patutlah dia senang lepas .
" Bye Bye sayang " Rafena benar- benar sayu kini.Dia tak mahu berpisah dengan Rafael.Sedangkan selama ini , lelaki itu yang paling ingin dia hindari.Apatah lagi selepas pertemuan tempoh hari.Kini lelaki yang telah dia ludahi itulah yang dia tergilakan sekarang.
Tak sia- sia, Rafael , Osman juga tok bomoh Aki bertelanjang semasa layur dagu si mati.Dan si mati itulah yang kini menjadi ' belaan' nya.Jasadnya pula dibiarkan dalam keadaan aib.