Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,527
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

BU SENAH terpunduk menekur tanah di atas pangkin.Matanya sembab menandakan dia seringkali menangis dan tak cukup tidur.Mana taknya, saat matanya mahu terlelap raungan dan jeritan keazaban Rafena seringkali hadir dalam bentuk mimpi .Bu Senah tertanya- tanya apakah petanda mimpi tersebut ?Sudah tentulah ia petanda buruk

" Mana kau , Fena anakku ! Sampai hati tak hantar khabar berita pada kami .." Sayu hati tatkala mendengar rintihan ibu tua itu.Airmata yang mengalir tak larat untuk diseka lagi .

Dari jauh suaminya, Pak Tahir merenung tubuh tua yang semakin menyusut itu.Di tangannya , kelihatan dulang berisi semangkuk bubur dan secawan kopi .Itu pun hanya mampu ditelan dua, tiga kali suapan sahaja.Dan bakinya terpaksa lelaki tua itu sedekah pada itik belaannya.

" Senah , makanlah sikit ," ujar Pak Tahir seraya menyuakan sudu berisi bubur nasi ke arah mulut yang sentiasa berkatup rapat itu .Kini, Bu Senah tidak lagi sebecok dahulu .Jika tidak, ada sahaja celotehnya pada Rafena dan Pak Tahir .Ada saja cerita yang ingin dia sampaikan.Namun, kini yang ada hanya linangan airmata.

" Tolonglah Senah , tak kasihan pada abang ke ? Janganlah begini....Jamahlah walau sedikit..." 

" Mana Fena, bang ..? Senah nak Fena....Senah rindukan Fena..." Bu Senah merayu- rayu lalu memandang tepat ke anak mata Pak Tahir .Pak Tahir tertunduk cuba menahan tangisannya juga .Tiap kali memandang mata isterinya itu , dia terkenangkan Rafena.

" Ya Allah , Fena ....Tergamak kau buat kami begini ? Tergamak kau membelakangkan kami ? Sedar tak kamu siapa kami ni ? " 

' Uhuk ! Uhuk ! Uhuk ! Ish , siapa pula yang tegur aku ni ?," soal Rafena sedang lincah mengopek mempelam untuk di cicah sos kicap pedas .Entah kenapa sejak akhir- akhir ini selera dia beralih arah pada benda masam pula.Sudah ' berisi ' kah dia ? 

Kuah colek yang tersembur dia lapkan dengan kain basah yang sengaja dia sangkutkan tepi pangkin." Assalamualaikum, Fena ," sapa Rafael lalu meletakkan parang atas pangkin sebelum dia naik atas pangkin tersebut .

" Tak sakit perut ke ? Dok makan masam je ?" Soal Rafael mengambil sepotong lalu di suakan ke dalam mulutnya.Terpejam mata, terherot - herot bibirnya menahan rasa masam mempelam muda .Rafena yang memandang tertawa gelihati .

" Ooooo...Sayang gelakkan abang ya ! Gelakkan abang ..." Tergawang - gawang tangan Rafena menahan tubuhnya dari terus di geletek ." Hah...Kan dah kena ...." ujarnya tertawa lagi pabila piring berisi kuah colek tertumpah lalu lalu terkena tangan Rafael.Tanpa menunggu lagi terus dia menjilatnya .Nikmatnya....


*******


TATKALA malam menjelang , kedua pasangan itu dihurung rasa takut cuma mereka tak meluahkannya .Terutama sekali Rafena , yang kini ' berisi ' .Sudah tentu dia agak lemah dalamannya.Berpeluh dia kini, pusing kiri dan kanan namun setelah terjaga dari igauan mimpi terus matanya tak mahu lelap kembali.Terkebil- kebil merenung sekitar yang gelap hanya di terangi lampu bulat itu pun malap sahaja cahayanya.

Pada masa yang sama Rafael di sebelah juga terketar- ketar seperti terkena demam kura- kura.Dahinya usah di kira lencunnya dek peluh .Tepinya terpunduk makhluk belaannya itu menyeringai .Matanya yang tajam bersinar membuatkan Rafael tertelan liur .Entah kenapa dia garang semacam pula, kalau tidak bodoh sahaja.Diarah barulah dia bergerak .Rafael cuba berpura- pura tidur.Dengan harapan pabila matanya dibuka nanti makhluk hodoh itu menghilang.

" Argh!! Arggh!! " Matanya terjegil, lidahnya terjulur keluar.Pada pandangannya makhluk berambut panjang menutupi separuh daripada mukanya sedang mencekiknya.Tangan tergawang- gawang .

" Ya Allah ! Rafena! Rafena ! Kenapa ni ? Bangun Fena! Bangun! " Rafael semakin kelam- kabut pabila Rafena bagaikan dirasuk sesuatu.Pandangan Rafena semakin berpinar semakin gelap.Kerongkongannya tercekik, sukar sekali untuk dia bernafas kini.Berjelejehan airliur makhluk tersebut membasahi wajah Rafena.

" Fena! Jangan takutkan abang Fena ! Tolong sayang bangun! " Tatkala dia melihat rontaan wanita itu semakin lemah .Wajah yang kaku itu ditamparnya berkali supaya dia sedar namun hampa." Fena! Fena! Jangan tinggalkan abang Fena! Uhuhu..." Rafael teresak- esak sambil memangku kepala Rafena yang terkulai layu itu .

Matanya terbuka luas .Liar sekali lalu bibirnya tersenyum sinis menampakkan taringnya.Tangan yang berjari tirus itu tanpa sebarang amaran mencekik leher Rafael.

" Ark ! Ark ! " Rafael pula terjegil mata dan terjulur lidahnya .Ada ' sesuatu' sedang mendiami jasad Rafena kini.Rafena menyeringai lantas mengeratkan lagi cengkaman di leher itu.Rafena sudah tidak mengenali bahawa lelaki yang dia cekik itu sebenarnya Rafael , kekasih hatinya.

Dalam masa yang sama, pandangan Rafena bertimbal- balik antara Rafael dan makhluk itu .Cengkaman dilonggarkan tatkala dia terpandangkan Rafael, tetapi akan di eratkan semula tatkala dia terbayangkan makhluk itu sedang menghadapnya .

Rafael juga dengan sedaya- upaya merungkaikan cengkaman tangan Rafena yang erat mencekik lehernya.

" Allahuakbar ! Allahuakbar !" 

" Argh !......" Rafena merangkak dan terus menjauh tatkala terdengar laungan azan dari Rafael.Tercungap- cungap Rafael mencari nafas .Lencunnya badannya bagaikan di siram air .Lehernya terasa pedih , jarinya menyentuh sedikit ." Auch " Dia mendesah kepedihan.Darah pekat kian mengalir .Rafena pula menjilat bibirnya.Dia haus ! Ya, dia teramat hauskan darah musuhnya.

Tangan itu memasukkan kembali patung wanita itu ke dalam sangkar kecil ." Rasakan! Ini balasan buat kau ! Hahaha! " ujarnya lalu menaburkan kemenyan lagi ke dalam dupa yang tengah berasap itu .Dia telah dibayar , jadi dia harus sempurnakan tugasnya itu .Tugas untuk menyeksa Rafena dan Rafael atas arahan seseorang yang mendendami mereka.

Berkali matanya di tenyehkan, sukar untuk dia percaya. Rafena kini semakin menghilang dengan perlahan.Lalu dia terus ghaib.

" Fena ! Fena! Fenaaa...." Laung Rafael meluru ke arah tempat Rafena menghilang .Dia teraba- raba sana- sini." Fena! Ke mana kau sayang ! Kenapa tinggalkan abang? Fena ! Fenaaaa" 

Laju dia merangkak lalu merapati Rafael yang bagai orang gila itu .Dia juga lapar kini.Rafael tidak menyedari ibu jari kakinya sedang di hisap oleh makhluk belaannya .


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.