Home Novel Seram/Misteri IFRIT
IFRIT
Illya Abdullah
25/6/2018 15:51:58
13,428
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog1

Firman ALLAHSWT: “Dan Dia (ALLAH SWT) menciptakan jin dari nyalaan api.” (surah al-Rahmanayat ke 15)

           

            Abdullahbin Abbas r.a menjelaskan dalam tafsirnya berkenaan dengan maksud “Nyalaan Api”iaitu dari inti api. Dalam riawayat yang lain pula, Abdullah bin Abbas r.amenyatakan dari hujung nyalaan api.

            ALLAHSWT menyatakan bahawa jin dijadikan daripada api yang sangat panas sebelumdiciptakan Nabi Adam a.s.

 

            FirmanALLAH SWT: “Dan telah kami ciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangatpanas.” (Surah al-A’raf ayat ke 12)

 

            Didalam hadis Nabi SAW, riwayat daripada Imam Muslim dan Ahmad, daripada Aisyahr.a. beliau berkata: Rasullulah SAW bersabda:

            “Paramalaikat diciptakan daripada cahaya, bangsa jin dicipta daripada nyalaan apidan Adam diciptakan daripada yang sudah dijelaskan kepada kamu.” (HR ImamMuslim)

           

            Berdasarkankeada ayat al-Quran dan hadis ini, jelaslah bahawa hakikat penciptaan jin olehALLAH SWT adalah daripada nyalaan api yang sangat panas. Kemudian nyalaan apitersebut dimasukkan roh oleh ALLAH SWT. Lalu jadilah ia sebagai Jaan  (jin) dalam pelbagai rupa bentuk yangdiingininya dengan izin-NYA.

            Jinberupaya menyerupai pelbagai bentuk yang diingini dengan izin ALLAH SWT kecualirupa Nabi Muhammad SAW sahaja.

 

IFRIT adalah golongan jin tetapi mempunyaidaya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh ALLAH SWT.

 

Ifritdisebut di dalam al-Qur'an, Surah al-Naml: Ifrit dari golongan jin berkata: “Aku yang akan membawanyakepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu dan sesungguhnya akuamatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi dipercayai. (Surah al-Naml, ayat 39)

Next: Prolog2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.